Tuesday, April 26, 2016

TERBARU! TERHANGAT! PROGRAM SPIRITUAL INTELEKTUAL [INNER SELF ACTUALIZATION ON THE POTENTIALITY OF HUMAN DEVELOPMENT]

BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM,
SEGALA PUJI-PUJIAN TERKHUSUS KEPADA SANG MAHA PENCIPTA, SELAWAT SERTA SALAM KEPADA RASULULLAH SAW YANG TERCINTA DAN PARA SAHABAT BAGINDA.

Duhai sahabat-sahabat yang dikasihi! Syukur Alhamdulillah sukacita dikhabarkan di sini, ingin kami kongsikan perjalanan program 'Spiritual Intelektual' yang sedang hangat dan rancak dilaksanakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan Insya Allah kehangatan serta bahangnya bakal dirasai di seluruh tanah air, seterusnya kebarangkaliannya juga bakal menerpa dan menjejakkan kaki disekitar kediaman pembaca blog ini. Duhai sahabat-sahabat yang kami kasihi ingin kami nyatakan di sini bahawa inilah satu-satunya program 'Spiritual Intelektual' yang pertama di negara kita dengan menggunakan konsep 'keSufian' sepenuhnya serta menidakkan konsep metode dari barat yang menjadi kebiasaan diguna pakai dalam program motivasi. Alhamdulillah hasil testimonial yang lepas pihak penganjur dan para peserta amat berpuashati dan memberikan komentar yang positif antaranya; menakjubkan, efektif dan intelektual. Ayuh duhai sahabat! Demi kebelangsungan perkara ini, kami sangat berharap sokongan dan dokongan pada perjalanan Dakwahtul Haq dapat dicanangkan, diperluaskan pada sahabat-sahabat yang masih belum mengenal dan melayari blog kami. Mudah-mudahan Allah SWT dengan sifat Rahman-Nya senantiasa menyiramkan Rahmat-Nya kepada kalian sahabat dan pengunjung blog kami dalam kesudian menyebar serta mewar-warkan risalah ini, Insya Allah! Pada masa yang sama izinkan kami sajikan poster terbaru yang menjadi bualan dan juga sedang hangat di 'viralkan' di media sosial, media massa, media cetak, blog, dan laman sesawang untuk tatapan para sahabat yang selama ini tidak jemu-jemu melayari blog kami. BarakAllahufikum!


Sunday, April 24, 2016

SPIRITUAL INTELECTUAL,TRAINING AND CONSULTANCY.

Baitul Adam ITMT Resources merupakan sebuah badan bukan
kerajaan yang telah di tubuhkan pada 31-12-12.Tujuan utama Baitul Adam ITMT Resources di tubuhkan adalah bagi memperluaskan lagi ilmu Tauhid Makrifatullah yang semakin hilang di Malaysia supaya ia semakin berkembang dan syumul di Malaysia.
 Baitul Adam ITMT Resources di tubuhkan juga berperanan dalam menyediakan perkhidmatan serta kepakaran dalam Perundingan Kerohanian Motivasi juga dalam Pendidikan Islam dan Tauhid. 

Kami di Baitul Adam ITMT Resources juga memberi penekanan terhadap kepentingan mendalami Ilmu Agama yang menyeluruh dan tepat bagi menyentuh dan membuka kesedaran bermula dari jiwa, dan betapa setiap orang itu amat penting mendapatkan ilmu bagi mengelakkan diri terjerumus dalam golongan mereka-mereka yang jahil. Penerapan tentang Ilmu bermula daripada syariatnya, usuluddin (Tauhid) dan juga Tasawuf (Ihsan) adalah pokok utama yang perlu disampaikan sebelum kepada ilmu-ilmu yang lain, inilah cahaya ilmu yang dibawa oleh Rasulullah SAW bagi menangani orang-orang arab jahiliyah (kegelapan menjadi terang-benderang) menjadi yang benar-benar baik mengikut, meneladani serta membawa syiar Islam ini. Ini menunjukkan Rasulullah SAW berjaya dalam misinya itu, maka atas dasar ini kami mengambil ikhtibar malah pengajaran untuk dibawa pada masyarakat kita. InsyaAllah kerja-kerja agama senantiasa akan ditolong Allah SWT.
 
MATLAMAT

Matlamat utama adalah untuk terlibat secara langsung dalam sektor pembangunan sumber manusia negara menerusi penawaran khidmat perundingan latihan yang menyeluruh kepada pelbagai organisasi berkaitan latihan yang menjurus kepada perkara-perkara berikut:
* Motivasi Kerohanian Spiritual Intelektual
* Kepimpinan Melalui Tauhid
* Pengajian Tasawwuf
* Khidmat Kaunseling
* Praktikal Kerohanian
* Rawatan Pemulihan
* Etika Adab

Alamat operasi kami seperti yang tertera di bawah;

No 3-2-A Jalan Hijau 5/1,
Green Valley Park,Bandar Tasik Puteri
48020 Kundang, Selangor Darul Ehsan
Email : baitul_adam@yahoo.com.my
Carian google : Baitul Adam

Berhubunglah dengan kami pada kadar segera pada nombor yang tertera di bawah;
Tel No. : +603-6087 7976 [pejabat]
+6017-2392569 [Prof.Dr.Bahaudin Jalal Bin Abd Hadi]
+011-3664 7086 [En. KamarulNizam Bin Said]
+6017-977 6369 [En. Hisyam Bin Abd. Rahim]
+6017-925 6470 [En. Othman Bin Ali]