Tuesday, February 12, 2013

RUKUN SYAHADAH

PERIHAL MA’RIFAH DAN RUKUN SYAHADAH [ SUNGGUHKAH AKU TELAH ISLAM DAN BERIMAN?] 

Aduhai Sahabat!
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
WA'BUDULLAAHA WALA TUSYRIKUU BIHII SYAIAA
ALHAMDULILLAA HIL WAAHIDIL GHAFARI WASSOLATU WASSALAAMU 'ALAN NABIYYIL MUKHTARI WA'ALAA AALIHII WASSOHBIHIL AKHYAR.

1. MUKADDIMAH
Apabila kita memperihalkan persoalan rukun, maka jelas terbayang pada benak kita dan tersimpul  fahaman dan hati kita tentang betapa sesuatu yang disebut sebagai rukun itu sebenarnya mendasari, menegakkan dan mengesahkan sesuatu pegangan ['iktikad], kepercayaan dan amalan. Maka apabila terdapat sebarang kecacatan pada kelangsungan rukun tersebut, maka goyah atau terbatallah pegangan atau amalan tersebut.
Didalam muamalah kehidupan, kita ditemukan dengan pelbagai amalan berbentuk kemasyarakatan, kenegaraan, malah terlebih-lebih lagi disudut keAgamaan. Misalan seperti, rukun negara, rukun tetangga, rukun ibadah antara lain, seperti rukun sembahyang, rukun Haji, rukun Nikah dsbnya.
Malah, perkara yang paling kritis, jarang disebut dan dititip, disyarah atau ditazkirah dimana-mana media sekalipun kepada khalayak umat Islam dewasa ini, yang penulis akan bincang; penulis terpanggil kerana menganggap perkara yang menjadi asas, pokok, tiang-seri, tunjang, teras dan tonggak kepada kelangsungan hidup beragama, telah mengalami ketirisan dan penghakisan yang maha getir dan hebat, dikalangan orang-orang Melayu, mengancam kepercayaan dan pegangan akidah sehingga keakar umbi keimanan umat Melayu khususnya! Tragedi ini, terutama sekali mengancam generasi muda belia kini dan masa depan, kerana sentiasa digoda dan diasak oleh gelombang negatif dan destruktif dalam kehidupan, samaada oleh faktor kelemahan sendiri atau faktor luaran yang sememang dirancang oleh kaum kuffar atau Dajjal [musuh tegar Islam].
Isu tegar yang akan kita bincang adalah mengenai TAUHID atau AQIDAH; kaedah mengetahui dan memahaminya, tidak lain melainkan melalui pengetahuan dalam memahami lafaz DUA KALIMAH SYAHADAH dan segala tuntutan-tuntutan yang berkait rapat [integral] dengan Kalimah tersebut. Umum sedia maklum bahawa Dua Kalimah ini menjadi pra-syarat bagi memeluk Agama Islam, dan untuk menjadi seorang Muslim, dan kekal sebagai Muslim! Justru, betapa ramai tokoh dan juga berapa banyak pihak yang menyeru agar kembali kepada Islam sebenar; untuk mengukuh dan mendalami Aqidah Tauhid dan memperkasa iman! Namun, belum ada dan tidak ada seorang tokoh pun bergegas tampil kedepan hingga saat ini, bagi menunjuki dan mengajari apa dan bagaimana!Justru, penulis mengambil inisiatif dan tanggung-jawab untuk menangani permasalahan sekritis ini demi kepentingan umat dan Agama.
 
Sila lihat Q.S.47:19, bermaksud:
‘ Maka ketahuilah Laa ilaaha illallaah.’
Penulis menggaris-bawahi disini tanpa sebarang kompromi bahawa andai kita hanya lancar melafazkan dua Kalimah Syahadah, bukanlah bermakna segala tuntutan Kalimah tersebut telah pun selesai! Fahami benar-benar persoalan ini! 

2. TUNTUTAN DUA KALIMAH SYAHADAH
Perkara-perkara menjadi tuntutan wajib keatas umat Islam berkait dengan Dua Kalimah Syahadah atau Kalimah Tauhid itu adalah seperti berikut:
i]   Rukun Syahadah
ii]  Fardhu Syahadah
iii]  Kesempurnaan Syahadah
iv]  Syarat Sah Syahadah
v]  Yang Membinasakan Syahadah.
Tuntutan wajib yang lain, antaranya ialah mengetahui dan memahami 50 Aqaidul Iman yang terkandung didalam kalimah tersebut; memahami konsep Nafi dan Isbat didalamnya dan terpenting, mengetahui dan memahami Rahsia jari telunjuk tidak digenggam ketika bersyahadat, 9 kali sehari semalam! 

3. RUKUN SYAHADAH 
Dalam penulisan kali ini kita akan membincang perkara pertama dalam tuntutan Dua Kalimah Syahadah, yakni, Rukun Syahadah. Berapa ramaikah yang mengetahui dan menghafalnya sebanding dengan hafalan rukun Negara, dsbnya! Rukun Syahadah adalah ibu segala Rukun. Mengetahuinya , seperti telah diFirmankan Allah,  adalah Wajib [Fardhu ‘Ain]. Barangsiapa tidak mengetahui atau memahaminya, maka menjadi Batal Syahadahnya; Batal Islamnya; malah menjadi Sah Kafirnya! Jangan lah pandang ringan, sampai tergugat pegangan Akidah kita. Fahamkan benar-benar permasalahan ini!

4. SOAL-JAWAB
Sayugia, penulis mengajukan perbincangan dalam bentuk soal-jawab, bagi lebih memudah dan mendekatkan fahaman, seperti berikut:
1] S: Berapakah Rukun Syahadah?
  J: Rukun Syahadah itu 4 perkara, seperti berikut:
   A] Mengisbatkan Dzat Allah Taala; b] Mengisbatkan Sifat Allah Taala; c] Mengisbatkan Af’aal Allah Taala; d] Mengisbatkan Kebenaran Rasulullah.  

2] S: Apakah erti Rukun?
  J: Rukun itu adalah dasar kepercayaan; bererti, Rukun Syahadah adalah dasar kepercayaan atau pegangan Akidah dalam Syahadah.
3] S: Apakah Rukun pertama dalam Syahadah?
  J: Mengisbatkan Dzat Allah Taala.
4] S: Apakah erti isbat?
  J: Ertinya ialah menetapkan. Misalannya, mengisbatkan Si-Zaid berdiri dan menafikan beliau duduk.
5] S: Bagaimana Isbat kepada Dzat Allah Taala?
  J: Bermula mengisbatkan Dzat Allah Taala, yaitu membenar dan menetapkan Dzat itu dengan tidak adanya bandingan dan sekutunya; berSifat Kesempurnaan, tidak terhingga, Maha Kaya dan Maha Suci dari sebarang sifat kekurangan. Maha Esa dan Tunggalnya Dzat Allah itu sehingga wujud selain dariNya adalah bersifat majazi sahaja!  Allah berfirman didalam surah Al-Ikhlas, bermaksud:
‘ Katakanlah [Muhammad],’Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. [Allah] tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang seumpama/setara denganNya.’
Didalam Hadits Qudsy, Dia menyatakan, bermaksud:
‘ Tuhan ada dan tak ada apa-apa disampingNya.’
Telah tetap adanya Allah dan tidak ada sesuatu pun sertanya Allah. Dia sekarang adalah pada apa-apa yang telah tetap adanya atasNya. 
6] S: Adakah wajib Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu?
  J: Ya wajib bagi setiap Muslim Mukallaf, lelaki dan perempuan Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu.
7] S: Bolehkah mengisbatkan barang yang tiada dilihat itu?
  J: Ya, boleh diisbatkan dengan sekira-kira ‘iktikad keimanan dan keyakinan kita, bahkan dilihat dengan mata hati. Sila bertanyakan kepada Ahli Muqiniin atau Ahli TarekatSufiyah [Ahli hakikat].
8] S: Dengan sebab apakah didapati ‘iktikad yang demikian itu?
  J: Adalah dengan jalan mengenal segala Sifat-SifatNya dan menjalani Jalan orang-orang Sodiqin.
Sila lihat Q.S.9:119, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang yang benar [Para Sodiqin].
9. S: Apakah sebabnya dapat Mengisbatkan dengan mengenal Sifat?
  J: Kerana dengan mengenal Sifat Allah, dapatlah Mengisbatkan Dzat, oleh kerana Sifat itu berdiri  kepada Mausuf.
10. S: Manakah yang dinamakan Jalan orang-orang yang Sodiqin?
   J: Yaitulah Jalan orang-orang yang bersungguh-sungguh  hati Rohani  mereka, zahir dan batin menjalani dan beramal dengan amalan TareqatSufiyah, sehingga mencapai Hakikat dan Ma’rifat, yang dengannya dapatlah mereka Mengisbatkan Dzat Allah Taala dengan tahkik dan setetap-tetapnya [istiqamah]. Seandainya belum lagi, hendaklah kita terus mencari sehingga mendapatkan WASILAH dan JALAN menuju ke Allah, walhal kita sering memohon 17 kali didalam Al-Fatihah, didalam Solat, sehari semalam, bahkan sepanjang hayat kita, agar Allah menunjukkannya. Nah! Sudahkah Allah menunjukki agar kita memperolehinya dan beramal dengannya?
Sila lihat Q.S.5:35 , bermaksud:
‘ Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah WASILAH [JALAN] untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berJihadlah [berjuanglah di-JALANNya] agar kamu beruntung.’
Dan lagi firmanNya Q.S.72:16, bermaksud:
‘ Dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus diatas TAREQAH [ JALAN-NYA], nescaya Kami mencurahkan air hikmah melimpah ruah.’
11. S: Bagaimanakah jika tiada kita Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu?
   J: Maka adalah jatuh dalam keadaan tiada sempurna ‘iktikadnya; kerana terdapat ragu-ragu, syak dzan dan waham. Bahkan, ‘iktikad yang tidak sempurna juga bermakna Tauhidnya kepada Allah Swt. tidak ikhlas, tidak murni dan tidak sempurna pula, dan pasti membawa kepada Syirik dan kesesatan disepanjang hayat, terlebih-lebih lagi diakhirat kelak!
12. S: Manakah dalil menyuruh kita Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu?
  J: Sila lihat Q.S. 112:1, bermaksud: ‘Katakan oleh mu ya Muhammad bahawa Dzat Allah Taala itu Esa.’ Adalah Allah Swt. itu Esa pada Dzat; Esa pada Sifat; Esa pada Asma’ dan juga Esa pada Af’aalNya. Malah, kita diperintahkan mengisbatkan dan menetapkan setetap-tetapnya, seyakin-yakinnya didalam pandangan dan penglihatan mata hati kita. Dalam hubungan ini Allah berfirman Q.S.51:21, bermaksud:
‘ Dan didalam diri mu sendiri apakah kamu tidak memperhatikan?’ Fahamkan benar-benar!
13. S: Apakah Rukun Syahadah yang kedua?
   J: Mengisbatkan Sifat Allah Taala.

14. S: Apakah yang dikatakan Sifat itu?
   J: Yang dikatakan sifat itu ialah suatu rupa, warna atau keadaan yang menggambar dan menentukan sesuatu perkara atau benda. Misalnya, warna putih menunjukkan kepada zat kapur. Demikianlah juga dengan Sifat Allah Taala: umpamanya, Sifat Qudrat, yaitu suatu Sifat yang menunjukkan bahawa Dzat Allah Taala itu Kuasa dan lagi Maha Berkuasa.
15. S: Manakah yang dinamakan sebagai Sifat-Sifat Allah Swt. itu, silalah senaraikan?
   J: Yang dinamakan Sifat-Sifat Allah Taala itu dan yang wajib diketahui berjumlah 20 Sifat, seperti berikut: Wujud, Qidam, Baqa, Mukhalafatuhu Taala lil hawadis, Qiyamuhu Taala binafsih, Wahdaniyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayyat, Sama’, Basar, Kalam, Qadiran, Muridan, ‘Aliman, Hayyan, Sami’an, Basiran dan Mutakalliman. Untuk perhatian, Sifat-Sifat Allah yang Mustahil [20 Sifat] dan yang Harus [1 Sifat], tidaklah dibincang kali ini.
16.  S: Bolehkah dikenali Dzat tanpa mengisbatkan Sifat?
     J: Tidak boleh, kerana Sifat itu menunjukkan diri Mausuf [Dzat Allah Taala].
17.  S: Bagaimanakah kaedah mengisbatkan Sifat Allah Taala itu?
    J: Bermula kaedah mengisbatkan Sifat Allah Taala itu ialah ibarat salah satu daripada segala Sifat-Sifat yang ada didalam alam ini. Umpama, tiada ada yang Kuasa hanya Allah; tiada yang Berkehendak; tiada yang Tahu; tiada yang Hidup; tiada yang Mendengar; tiada yang Melihat dan tiada yang Berkata-kata pada hakikatnya hanya Allah; dan sifat-sifat yang ada pada kita hanya menzahirkan Sifat-Sifat Allah Taala jua adanya.
18. S: Bolehkah Mengisbatkan Dzat Allah Taala dengan tiada Mengisbatkan SifatNya?
   J: Tidak boleh, kerana dapat Mengisbatkan Dzat Allah Taala itu hanya dengan perantaraan dapat Mengisbatkan SifatNya’ terkecuali atas jalan Majzub dan Wujdan. Orang seperti ini adalah ia mengenal Dzat Allah Taala terlebih dahulu; kemudian Sifat, Asma’dan Af’aal; bersalahan Salik dari Af’aal, kemudian Asma’, Sifat dan Dzat.
19. S: Manakah dalil kita diperintah/disuruh Mengisbatkan Sifat Allah Taala?
   J: Dalilnya, seperti firman Allah Taala didalam Hadits Qudsy, bermaksud:
‘ Tidak menghampirkan diri kepada Aku akan hamba-hambaKu jika mengerjakan yang Fardhu sahaja, terkecuali, mengerjakan mereka itu akan yang Sunnat sehingga kasih Aku kepada mereka; jika Aku kasih Akulah Pendengarannya yang mendengar; Akulah Penglihatannya yang melihat; dan Akulah Lidahnya yang berkata-kata; hingga akhirnya.
20. S: Apakah Rukun Syahadah yang ketiga?
   J: Bermula Rukun Syahadah yang ketiga ialah Mengisbatkan Af’aal Allah Taala.
21. S: Apakah erti Af’aal?
   J: Ada pun pengertian Af’aal itu ibarat segala perbuatan/perlakuan yang berlaku didalam ‘Alam ini, samaada terbitnya daripada diri kita atau lain dari diri kita, didunia maupun diakhirat.
22. S. Bagaimanakah mengisbatkan Af’aal Allah Taala itu?
   J. Bermula setiap perbuatan dan perlakuan, gerak dan diam didalam alam ini, pada hakikatnya adalah dari Allah, seperti wujud alam ini diwujudkan Allah; bergerak alam ini adalah digerakkan Allah; diam alam ini adalah didiamkan Allah, dan seterusnya.
23. S. Sila berikan dalilnya hakikat ini?
   J. Sila lihat Q.S.39:62, bermaksud:
‘ Allah-lah pencipta segala sesuatu dan Dialah Memelihara segala sesuatu.’
Dan lagi firmannya, bermaksud:
‘ Allah Taala menjadikan kamu dan segala perbuatan kamu.’
Rasulullah bersabda, maksudnya: ‘ Tidak bergerak suatu zarrah [atom] melainkan dengan izinNya.’
Adalah wajib kita ber’iktikad, bahawa harus bagi Allah Jalla waAzza, menjadikan sekelian alam, menjadikan kebaikan dan menjadikan kejahatan. Persoalannya, bila dilihat pada satu sisi, tidakkah wajib bagi Allah memasukkan orang-orang beriman yang taat, kedalam Surga Allah dan memasukkan pula orang-orang Kafir kedalam NerakaNya?
Jawabnya, tidak wajib bagi Allah Taala memasukkan orang-orang beriman yang taat, kedalam Syurga; hanya harus yaitu, semata-mata kurniaanNya sahaja; dan tidak pula wajib Allah Taala memasukkan orang-orang Kafir kedalam Neraka; hanya harus, yaitu semata-mata Keadilannya sahaja! Fahamkan benar-benar!
24. S. Apakah Rukun Syahadah yang keempat [terakhir] itu?
   J. Mengisbatkan atau membenarkan dengan sesungguhnya kebenaran Rasulullah.
25. S. Bagaimanakah kaedahnya?
   J. Dengan mengetahui, memahami dan membenarkan keempat-empat sifat Rasul tersebut, seperti, Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah.
26. S. Sila huraikan satu persatu.
   J. Sifat pertama yang wajib bagi Rasul ialah Siddiq. Siddiq bererti benar, yakni, benar segala Rasul yang pernah diutus Allah Swt. kedunia ini. Andai Rasul tidak bersifat benar,maka mereka pasti bersifat dusta, dan jika mereka dusta, dusta pulalah Allah kerana Allah membenarkan Rasul-RasulNya dengan menzahirkan mukjizat keatas segala Rasul-RsulNya; yaitu, suatu perbuatan yang menyalahi kebiasaan, dianugerahkan kepada Rasul-Rasul sebagai hujah dan kebenaran ketika mereka didustakan sekelian manusia. Umpama, turun bulan terbelah dua dihadapan Nabi Muhammad saw.kemudian naik bertaut semula kelangit; dan terbit air dari jejari Rasulullah ketika ketiadaan air bagi Sahabat-Sahabat berwudhuk.
Sifat kedua yang wajib bagi Rasul ialah Amanah, yakni, kepercayaan bagi sekelian Rasul itu suci dari melakukan yang mungkar, haram dan makruh, zahir dan batin. Andai Rasul bersifat khianat dengan melakukan yang mungkar, haram dan makruh, boleh pula kita melakukan yang serupa, kerana kita diperintah Allah mencontohi sekelian RasulNya.
Sifat ketiga yang wajib bagi Rasul ialah Tabligh yakni, menyampaikan segala Rasul akan perkara-perkara yang diperintah Allah menyampaikan kepada segenap makhluk didunia ini. Andai boleh bagi Rasul menyembunyikan akan apa yang disuruh Allah menyampaikannya, tentu boleh pula kita menyembunyikan apa-apa yang disuruh kita menyampaikan kepada segenap manusia, kerana kita disuruh Allah mengikuti RasulNya. Walhal, kita tidak boleh menyembunyikan, apa lagi, Rasul tidak pula boleh berbuat demikian.
Sifat keempat dan terakhir yang wajib bagi Rasul ialah Fatonah, yakni cerdik, pintar dan bijaksana Rasul menetapkan setiap yang hak, dan menolak setiap yang batil. Disamping itu Rasul amat bijaksana mengemukakan hujjah, jawapan dan penyelesaian apabila berdepan dengan serangan, tentangan, bantahan dan sanggahan dari kaum Kuffar dan Munafiq.
Demikianlah penggarapan tuntutan Rukun Syahadah yang wajib dituntut oleh segenap umat yang mengaku memeluk Agama Islam! 

5. KEISLAMAN KITA
Sesungguhnya, setelah kita mengetahui dan memenuhi prasyarat bagi menganuti Agama Islam sebenar-benarnya seperti menunaikan segala tuntutan wajib berkaitan dengan Dua kalimah syahadah, diikuti pula dengan berterusan melaksanakan kelima-lima Rukun Islam, khususnya mendirikan Solat 5 waktu. Kelebihan Solat ialah kerana didalam Solat itu telah terkandung kelima-lima Rukun Islam, dan pada hakikatnya orang yang mendirikan Solat telah sekali-gus menunaikan kesemua Rukun Islam, dan sekali-gus menegakkan Agamanya. Perhatikan Hadits Rasulullah bermaksud:
‘ Perbedaan antara orang-orang Islam dan orang-orang kafir ialah dengan meninggalkan solat.’ Dan lagi:
‘ Barangsiapa yang meninggalkan Solat dengan sengaja adalah kafir.’
Samaada Solat kita dapat menepati syarat-syarat, kehendak dan objektif bersolat harus dibincang dalam kesempatan yang lain. Namun, kita telah dapat membuktikan andai kita melaksanakan semua tuntutan yang tersebut, sesungguhnya kita adalah orang Islam sebenar!

6. KEIMANAN KITA
KeIslaman itu sifatnya hanya luaran. Justru kita dituntut oleh Allah Swt. agar mengisi dan melengkapkannya dengan keimanan. Lihat firman Allah bermaksud:
‘ Katakanlah kamu memang telah Islam. Hanya Iman belum memasuki hati kamu.’
 Islam tanpa dipupuk dengan Iman, Tauhid, Taqwa, Ihsan dan Ma’rifah tidak membuahkan sebarang kelebihan, malah suatu kesiasiaan, dan meletakkan penganutnya dalam kategori:
a] Islam warisan/keturunan; b] Islam taklid/ikutan; c] Munafiq d] Syirik e] Fasiq dan Zindiq.
Jelaslah,bahawa keIslaman adalah lebih mudah dibuktikan kerana ia merupakan paparan amalan bersifat zahir, sedangkan keImanan pula adalah bercirikan amalan dalaman atau bersifat kebatinan, yang hampir mustahil dilihat atau diketahui, melainkan oleh yang empunya diri! KeImanan adalah berlandaskan kepada pegangan, kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap Agama Islam, yang seharusnya dihayati dan dijiwai secara TAHKIK dengan berpaksikan kepada keenam-enam Rukun Iman yang sedia dimaklumi. Walaupun demikian, terdapat banyak ciri-ciri atau tanda-tanda pada diri seseorang yang benar-benar beriman, hanya jika kita lebih prihatin menyedari dan memerhatikannya! 

7. TAUHID [AQIDAH] KITA
Pengertian Tauhid ialah aqidah, pegangan, ‘iktikad, pengEsaan dan penunggalan terhadap Dzat Wajibal Wujud yang bernama ALLAH itu. Lawannya pula adalah Syirik. Sila lihat Q.S. Muhammad:19, bermaksud:
‘ Ketahui olehmu bahawa tiada Tuhan sebenarnya melainkan ALLAH.’
Inilah Kalimah yang tiada tara, tiada tolok bandingnya dengan Kalimah-Kalimah Allah yang lainnya. Kalimah ini juga dinamai Kalimah Tauhid, Kalimah Taqwa, Kalimah Ikhlas dan juga Kalimah Toyyibah. Atas Kalimah ini juga berdirinya Hukum-Hakam Allah; berdiri yang Halal dari yang Haram; berdiri yang Hak dari yang Batil, dan atas Kalimah ini juga berdirinya MA’RIFATULLAH! Sila bertanya kepada Ahlinya!
Kalimah ini jugalah menjadi kunci pembuka Syurga dan penutup Neraka bagi orang-orang beriman, seperti Hadits Rasulullah, bermaksud:
‘ Barangsiapa pada akhir kalam/hayatnya dapat menyebut/mengingat LAA ILAAHA ILLALLAAH akan dimasukkan kedalam Syurga.’
Perlu ditekankan disini bahawa majoriti umat Melayu Islam diNegara ini amat terkeliru atau memandang sepi dan mudah tentang keutamaan, kelebihan, kepentingan peranan dan implikasi kejahilan dalam memahami Dua Kalimah Syahadah ini! Kalimah Tauhid ini, walaupun begitu mudah disebut, namun, ketidak fahaman dan tanpa ilmu, akan mengundang bahaya kekhilafan dan kegelinciran keatas aqidah sebenar seseorang.
Penulis mengulangi sekali lagi! Pada Kalimah Tauhid ini antara lain, tersimpulnya sekurang-kurangnya 50 Aqaidul Iman. Tanpa Aqaidul Iman akan terbatallah Syahadah itu! Perlu mengetahui Fardhu Syahadah; Kesempurnaan Syahadah; Syarat Sah Syahadah; dan perkara yang membinasakan Syahadah. Syahadah juga mengandungi Kalimah Nafi dan Isbat, yang mana fahaman yang sempurna amatlah dituntut diatas kesempurnaan dan sah pelaksanaan Syahadah tersebut.  Dan mutakhir sekali adalah mengetahui dan memahami Rahsia jari telunjuk tidak digenggam ketika mengangkat Syahadah! Implikasi dari kesemua ini akan menjadi jelas dan amat serius bagi mereka yang boleh berfikir, punyai firasat dan mata hati! Apakah memerlukan tindakan susulan? Fahamkan benar-benar permasalahan ini! 

8. MA’RIFAH KITA
Sila perhatikan sebuah Hadits Rasulullah, bermaksud:
‘ Awal Agama adalah mengenal Allah.’
Bererti, andai kita tidak mengenal Allah, maka kita tidak berAgama! Ma’rifah, bermakna mengenal, yakni, kita dikehendaki mengenal Allah yang disembah, terlebih dahulu, kemudian baharulah kita dikehendaki menyembahNya. Kedapatannya, lumrah dan lazim menyembahNya tanpa terlebih dahulu mengenali objek yang disembah! Justru, mana mungkin kita berupaya mencapai ‘Khusyuk’ dalam Solat, tanpa kaedah yang betul! 
Juga pengertiannya, dengan Ma’rifah baharulah beramal, dan bukannya dengan beramal baharulah berMa’rifah! Oleh yang demikian, Rasulullah berJihad/berjuang selama 13 tahun untuk menegakkan Kalimah Tauhid dan menyemarakkannya, khususnya, dikalangan Keluarga, para Sahabat, dan sekelian umat Islam dizaman itu, bagi penyempurnaan Iman, Tauhid dan Ma’rifah mereka. Kemudian dari itu baharulah Rasulullah diIsra’Mi’rajkan untuk menerimah watikah dan perintah mewajibkan Solat 5 waktu keatas umat Islam seluruhnya, dari Allah Jalla waAzza.
Sayugia ditekan dan diperingatkan bahawa Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAAH juga adalah Kalimah Ma’rifah. Dengannya sahaja kita, umat Islam dapat mengenali Tuhan kita, ALLAH, secara ‘TAHKIK’ disamping dapat mengenali diri kita yang sebenar-benar ‘diri’, seperti kata Ulama TareqatusSufiyyah, bermaksud:
‘ Barangsiapa mengenal dirinya, mengenal ia akan Tuhannya.’ Bagaimana – sila tanyakan kpd Ahlinya! 

9. KEUTAMAAN DZIKIR LAA ILAAHA ILLALLAAH
Berkata Abu Said r.a. bahawa Rasulullah bersabda, bermaksud:
‘ Allah Swt. telah berfirman: ‘ Berkata Nabi Musa a.s.: Ya Tuhanku! Ajarilah aku sesuatu yang dapat aku menyebut NamaMu dan berdoa kepadaMu! Menjawab Allah swt.:Wahai Musa! Katakanlah Laa ilaaha illallaah! Berkata lagi N.Musa: Ya Tuhanku! Semua hamba-hambaMu mengucapkan demikian! Lalu Berfirman Tuhan: Katakanlah: Laa ilaaha illla Anta Rabbi [Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Tuhanku!]. N.Musa berkata: Sesungguhnya, aku ingin mengucapkan sesuatu yang khusus baguku sahaja! Berfirman Allah Swt.:  Wahai Musa! Andai diletakkan seluruh 7 petala langit dan isi-isinya dan seluruh 7 petala bumi dan isi-isinya, selain Aku, disatu sisi neraca timbangan dan Kalimah Laa ilaaha illallaah di satu sisi yang lain pula; lalu ditimbang kedua-duanya, nescaya lebih beratlah lagi neraca Kalimah Laa ilaaha illallaah itu!
Hadits diatas tuntas menjelaskan betapa paling utama dan betapa beratnya pahala orang-orang yang beramal atau berdzikir dengan kalimah tersebut!
Malaikat Djibril a.s. mengakui dan menyatakan bahawa beliau tidak pernah membawa sesuatu bingkisan atau amalan yang lebih hebat, sarat dan terlebih afdhal dari Kalimah Laa ilaaha illallaah!
Maka Rasulullah bersabda, bermaksud:
‘ Seafdhal-afdhal dzikir ialah membaca/menyebut Kalimah Laa ilaaha illallaah.’
‘ Barangsiapa yang membaca Kalimah Laa ilaaha illallaah sebanyak 70,000 kali,[ yakni sekhatam Tahlil], maka dimerdekakan ia dari api Neraka.’
Beramallah dengan yang lebih utama atau bertanyalah kepada Ahlinya! Fahamkan benar-benar!

10. KESIMPULAN DAN PENUTUP
Jelas dari sintisis dan huraian dalam risalah ini, dapatlah kita memahami bahawa Agama Islam itu adalah himpunan dari Ilmu dan kefahaman [Baca: Bukan bertaklid buta/ikut-ikutan], amalan dan penghayatan ciri-ciri integral dan penting yang telah dipaparkan, yang amat menuntut kefahaman mantap dan kesempurnaan dalam pelaksanaan elemen dan ciri-ciri tersebut; disamping menegakkan suruhan dan tegahan Allah Swt. Kendati, ini sekaligus membolehkan kita menentukan ‘STATUS’ diri kita sendiri didepan dan dipenglihatan Allah Taala! Dengan kaedah ini dan kesedaran  baru yang bertamu dan bertemu dalam diri kita, baharulah kita akan dapat merasakan diri kita sebenar-benarnya berAgama, berTuhan, berIman, berTauhid dan berMa’rifah, sebagaimana dituntut oleh Allah Taala, bertepatan dengan firmannya, bermaksud:
‘ Tidak Aku ciptakan Djinn dan manusia melainkan bagi mengabdikan diri mereka kepadaKu.’
‘ Sembahlah Tuhanmu hatta, sehingga datang keyakinan [ajal].’
‘ Sesungguhnya kita dari Allah dan kepadaNya kita dikembalikan.’
INSYAALLAH!
Diharapkan Anda berpuas hati kerana dapat menggarap  mesej dan intipati dari penjernihan isu pokok dalam risalah ini; sebagai suatu usaha berfadhilat dan bermanfaat maksimal . Dikesempatan lain, pena ini akan terus menyambung penulisannya demi peningkatan ilmu, kemaslahatan ummah sejagad, dan kelangsungan semarak Agama Islam yang kita cintai.
Allah adalah sebaik-baik tempat kembali!
Amin – Ya Robbul ‘Izzati! Wabillahit Taufiq!

TABARAKALLAHU ROBBIL ‘ALAMIN.
29.01.2013. BLOG TN.MADRASATUL BAITUL ADAM, SHAH ALAM, MALAYSIA.
 

Thursday, January 24, 2013

NAMA ALLAH

Nota Khas! Assalamualaikum Duhai Sahabat Sekalian! Risalah ini pernah dipostkan satu ketika dahulu 24.01.2013 ketika hangat peristiwa Kalimah Allah hendak digunakan oleh paderi2 kristian buat pengikut2nya yg terlalu sedikit di Malaysia!

 Isu itu telah dimenangi oleh pihak mukmin di Malaysia! DYMM Tuanku Sultan Selangor pun telah bertitah bahawa isu Kalimah Allah jangan disebut lagi dan ia adalah Milik Eksklusif Orang Islam Sahaja! Daulat Tuanku! 

Orang2 kafir sentiasa mencari taktik helah untuk menyebarkan dakyah jahat yang dapat memecah belahkan orang2 Islam jadi berlaku sekali lagi kebiadapan pd Institusi Raja dan Negara kita yg sememangnya Islam adalah agama rasmi Malaysia! Mengapa ramai ulamak2 berdiam seribu bahasa! adakah telah menjadi 'zulwajhia"(seribu wajah)! 

Jadi kami Ahli Sufiah yang sanggup mati untuk Allah! Kami juga berikrar serta bersumpah membela Nama Ini ! Allah hu Allah! Jgn Dicabar Kedudukan Orang2 Melayu diMalaysia Ini!

 Pahami Renungkan Risalah ini mohon sebarkanlah pd semua utk membaca maka pertahankanlah Nama Ini! MashaAllah!

PERSOALAN APA DAN KENAPA NAMA 'ALLAH' TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN APA SEKALI PUN OLEH SELAIN UMAT ISLAM.
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM
INNAKA ANTALLAHU LAA ILAAHA ILLA ANTA

Alhamdulillah, Allahumma Solli'ala Muhammadin Abdika wa Rasulika wa'ala alihi waazwajihi wa zurriyatihi.
Aduhai Sahabat dan Semua Ikhwanul Muslimin!

1. FITNAH BESAR AKHIR ZAMAN
Entah untuk sekian kalinya Umat Islam diNegara Malaysia ini diuji, didesak, digasak dan diasak oleh kaum kuffar dibumi Tanah Air yang Tercinta, samaada berkait dengan Perlembagaan yang menjadi tonggak dan teras sistem pemerintahan Negara ini, malah lebih berani dan biadabnya, mencampuri, menceroboh dan mengganggu-gugat pula hal ehwal urusan dan pentadbiran perundangan Agama dan Syariat Islam, sehingga boleh mengancam kemaslahatan dan kerukunan kehidupan Umat Islam itu sendiri. Lebih parah lagi, fitnah mutakhir yang sedang melanda Umat Islam kebelakangan ini, semenjak tiga tahun lalu, berkemungkinan boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat dan harmoni berbilang kaum, diNegara ini! Kejadian atau fenomena ini boleh dianggap sebagai antara fitnah besar akhir zaman! Namun perkara ini tidak akan mencapai ketahap ledakan jika tidak dengan sokongan dari pihak konco-konco ‘so-called’ Muslim, petualang yang berkepentingan!

2. MENGGUNA NAMA 'ALLAH' DALAM KITAB INJIL VERSI BAHASA MALAYSIA

Persoalan pelik bin ajaib ialah siapakah manusia [atau institusi] bebal, tidak berakal dan tidak bertanggung-jawab [unIslamic] yang memberi kebenaran, membolehkan kitab Injil itu dialih-bahasa ke-versi bahasa Malaysia. Apa jadahnya?Sedangkan, umum mengetahui bahawa orang Melayu yang BENAR Islamnya dan TEGUH Imannya, tidak akan pernah, sekali lagi, tidak akan pernah terlintas dibenaknya untuk membaca dan mentelaah isi kandungan kitab tersebut kerana tiga[3] sebab.

Pertama: Kitab Alquran yang relevan dan tonggak hidup-mati orang-orang Islam sendiri pun tak mampu dibaca, dikaji, ditadabbur, ditakwil, dimengerti dan digunapakai seluruhnya dan selayaknya, dalam tempoh durasi hidup mereka.

Kedua: Menurut logika pun sudah memadai untuk difahami bahawa setiap Syariat [Kitab] sebelum ini yang dibawa oleh seseorang Rasul diutus Tuhan, pada zamannya itu, akan mansukh dengan perintah Allah, apabila Rasul tersebut wafat; dan digantikan pula oleh Rasul yang lain berserta Syariat [Kitab] yang lain pula, pada zaman berikutnya.
Bererti, kesemua Kitab-kitab yang pernah diturunkan Tuhan kepada sekelian Rasul-RasulNya telah termansukh [luput tempoh hayat] kecuali Kitab Alquranul Karim yang terus relevan hingga akhir zaman! Kitab Alquranul Karim dan Sunnah Rasul Muhammad saw. sahajalah selayaknya menjadi bahan bacaan dan dambaan semua Umat Islam diseluruh Jagad raya ini. Tiada lain!

Ketiga: Kerja bodoh, membuang masa dan sia-sia.[Baca: Abih bogheh Jang!]
Persoalan pelik bin ajaib yang kedua ialah kenapa kaum kuffar diNegara Malaysia ini mahu menggunakan nama ‘Allah’ didalam kitab mereka; apakah  mereka dah hilang ‘confidence’ dengan nama yang mereka gunakan selama ini, atau bagi memenuhi muslihat/agenda mereka yang tersirat, yang bukanlah begitu sukar untuk dibaca! Terlebih pelik bin ajaib ialah kenapa Partai yang konon, berjuang keras atas nama Islam [dan konco-konco] boleh merestuinya dan bersekongkol dengan golongan Kuffar tersebut dalam usaha-usaha mempolitikkan, terlebih buruk, mencemar kesucian dan kemurnian Agama Islam dan memporak-perandakan akidah generasi umat Islam kini dan akan datang!

Justeru, Kerajaan, pihak berwajib, sekalian Ulama dan umat Islam sendiri janganlah melatah; haruslah bersifat siddiq [benar] dan fatonah [cerdik] dalam menangani isu panas lagi sensitif ini. Janganlah termakan pengaruh, desakkan, asakkan, hasutan dan fitnah sedemikian rupa; hanya kerana takut kehilangan ‘political mileage’ disaat berdepan dengan Pilihan Raya dalam masa terdekat ini. Jika ini yang berlaku, desakkan mereka berhasil, dan permohonan mereka diwartakan; nah, tunggukan sahaja murka Allah dan yang pasti mengirimkan bersama Musibah, kadar dan skala yang belum pernah disaksikan Ummah! Wana’uzubillah..
Contohilah kaedah-kaedah berkesan yang dilaksanakan Rasulullah dizamannya dalam menangani kaum Kuffar dan munafiq ini. Disebalik hubungan berpolitik, berdiplomasi dan melaksanakan keadilan, jangan sekali-kali kita melupakan amaran Allah, seperti disebut didalam Q.S.2:120, bermaksud:
‘ Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk [yang sebenarnya].’ Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu [kebenaran] sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.’

Kebenaran tidak pernah gentar atau kalah bila berdepan dengan kebatilan, dan Penulis dengan tegar berdoa dan menyeru kepada Kerajaan dengan Agensi-agensi bawahannya, pihak berwajib yang lainnya, Majlis/Jabatan Agama Islam, [Tuan-Tuan Mufti/Pegawai-Pegawai] dan [NGOS], dan terpenting kebawah Duli-Duli Tuanku, Majlis DYMM Sultan-Sultan, Raja-Raja Melayu, dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, sebagai penaung Agama Islam dan orang-orang Melayu/Pribumi, Ulama-ulama, agar menguatkuasakan segala peruntukan perundangan Islam dan Keselamatan dalam negeri , yang ada pada mereka. Seruan juga dibuat agar seluruh Umat Islam yang cintakan Agama mereka agar bersatu-padu membenteras kerja-kerja TOGHUT seperti yang dimaksudkan. Buktikan, tunjukkan dan berdiri teguhlah atas kebenaran, berjihad keras demi kebenaran Agama, dan memelihara kesucian Islam, kesemua  bererti menolong menegakkan Agama dan menolong Allah!

Dalam konteks ini, Allah pun menegaskan dalam firmanNya, lihat Q.S.47:7, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong [Agama] Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’
Andai kita semua bersikap benar, jujur, cerdik, berani, patuh dan berserah kepada Allah atas segala urusan dunia akhirat, nescaya kemenangan pasti berpihak kepada kita, yakni Kerajaan dan juga rakyat. Yakin dan fahamilah permasalahan ini baik-baik!

Tidak perlu merasa takut kepada bayang-bayang sendiri atau pun musuh yang nyata maupun yang tersembunyi, kerana Allah melandaskan dengan tuntas; lihat Q.S.3:160, bermaksud:
‘ Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkan kamu; tetapi jika Allah membiarkan kamu [tidak memberi pertolongan] maka, siapakah yang dapat menolong kamu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang Mukmin bertawakkal.’

Dan lihat lagi Q.S.10:107, bermaksud:
‘ Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia Memberikan kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia Kehendaki diantara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.’

3. DALIL-DALIL , NAS-NAS DAN HUJAH-HUJAH ATAS LARANGAN DAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN NAMA/KALIMAH ALLAH OLEH KAUM KUFFAR
i] KAUM KUFFAR BUKAN SAHAJA TIDAK PERCAYA, MALAH MEMUSUHI ALLAH

Sejarah kemanusiaan membuktikan bahawa Kaum Kuffar bukan sahaja tidak mempercayai Allah, malah tuntas memusuhiNya. Mereka menolakNya, RasulNya, KitabNya dan keseluruhan Syariat AgamaNya. Jika demikian, maka, mana mungkin mereka boleh menukar fikiran dan kini sedia menerima dan menggunakan namaNya, dalam kitab Agama mereka yang tidak direstu Allah pula. Kerana, Agama yang diterima dan diredhai Allah hanyalah Agama Islam, seperti disebut dalam firmanNya didalam Alquran. Dia orang ni sakit otak ke apa? Kesesuaian hubungan Kaum Kuffar dengan Allah adalah seperti kapur dan keju! Renungkan! Andai mereka menerima nama Allah, mereka seharusnya menerima pula Agama Islam, Rasul Muhammad saw, berserta seluruh Syariat yang dibawanya![Maksudnya, masuk Islam maa!]  Mungkinkah kan terjadi?? Maaf ya, tiada hadiah kepada jawapan yang betul!       

ii] PENENTUAN DAN PENDIRIAN ALLAH TERHADAP KAUM KUFFAR

Jika Kaum Kuffar ini meneliti dan memahami sikap, penentuan dan pendirian/janji/ancaman  Allah terhadap mereka, barangkali, mereka akan mengubah fikiran! Sila lihat antara dalil-dalil didalam Alquran dalam hubungan ini.  

Lihat Q.S.8:55, bermaksud:
‘ Sesungguhnya, makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka tidak beriman.’

Lihat lagi Q.S.8:22, bermaksud:
‘ Sesungguhnya, makhluk bergerak dan bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu [tidak mendengar dan memahami kebenaran Islam] yaitu, orang-orang yang tidak mengerti.’

Lihat lagi Q.S.33:64, bermaksud:
‘ Sungguh, Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala [neraka].’

Lihat lagi Q.S.9:63, bermaksud:
‘ Tidakkah mereka mengetahui bahawa barangsiapa menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah baginya, dia kekal didalamnya. Itulah kehinaan yang besar.’
Setelah meneliti hujah-hujah Allah tersebut diatas, apakah kaum Kuffar masih tetap mahu meneruskan niat mereka?! Seharusnya, mereka bergegas selamatkan diri; keluar melarikan diri dari Bumi Allah kini, kebumi tuhan yang lain dan dibawah langit tuhan yang lain!?

iii] PERINTAH ALLAH KEPADA ORANG-ORANG ISLAM BERIMAN

Rentetan dari sikap, pemikiran, pendirian, kebencian dan permusuhan kaum Kuffar dan munafiq terhadap Allah dan RasulNya, dan apa sahaja yang berbau Islam; justeru Allah melakarkan pula perancangan dan tindakan sesuai dan sewajarnya bagi orang-orang Mukmin, dalam berdepan dan menghadapi kaum Kuffar dan munafiq ini, berupa perintah-perintah Fardhu A’in!

Sila lihat Q.S.66:9, bermaksud:
‘ Wahai Nabi! Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafiq dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.’

Lihat lagi Q.S.9:123, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang beriman! Perangilah orang-orang kafir disekitar kamu, dan hendaklah mereka merasakan sikap tegas darimu, dan ketahuilah bahawa Allah bersama dengan orang yang bertakwa.’

Lihat lagi Q.S.2:190, bermaksud:
‘ Dan perangilah dijalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.’

Lihat lagi Q.S.8:15, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang akan menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka [mundur].’

Dan lagi Q.S.8:59, bermaksud:

‘ Dan janganlah orang-orang kafir mengira, bahawa mereka akan dapat lolos [dari kekuasaan Allah]. Sungguh, mereka tidak dapat melemahkan [Allah].
Nah! Setelah jelas terbukti Psyche dan Psycho musuh-musuh Allah dan Islam ini; apakah orang-orang Muslim dan Mukmin rela melacurkan diri mereka dengan bersekongkol dengan mereka, demi mileage politik dan ganjaran duniawi, yang pada hakikatnya tiada bernilai disisi Allah!

AMARAN KEPADA KAUM KUFFAR DAN KONCO-KONCO MEREKA:
BATALKAN NIAT DAN HENTIKAN SAHAJA SEBARANG AGENDA BURUK TERHADAP ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM KHUSUSNYA DINEGARA INI. JANGAN SEKALI-KALI BERANI MENCEROBOHI DAN CAMPUR TANGAN DALAM HAL EHWAL KEAGAMAAN ISLAM, SEPERTI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH, PEMURTADAN ORANG-ORANG MELAYU, MENGHALANG KUATKUASAAN HUKUM-HAKAM, DSBNYA!

Andai umat Islam mampu melaksanakan perintah-perintah Allah tersebut, pastilah Agama Islam dan umatnya dapat berdiri tegak, teguh, perkasa, adil, mulia, berjaya, diberkati, digeruni, malah amat dihormati, diseluruh maya-pada ini!

iv] KEMAHA-BESARAN, KEMAHA-MULIAAN, KEMAHA-TINGGIAN DAN KEMAHA-SUCIAN NAMA DAN KALIMAH ALLAH ITU TIADA TARA/BANDINGAN

Hakikat kebenaran ini jelas dan tuntas ditegaskan Allah azza wajalla, dalam firmanNya, Q.S.6:100, bermaksud:
‘ MahaSuci Allah dan MahaTinggi dari sifat-sifat yang mereka [orang-orang kafir] gambarkan.’
Oleh yang demikian, apakah orang-orang Muslim dan Mukmin sanggup berpeluk tubuh, malah, menggalak dan membenarkan seteru-seteru dan musuh-musuh Allah yang busuk bernajis itu, sewenang-wenangnya memutar-belitkan kalimah-kalimah suci Allah itu, disalah-guna, dikotak-katik, diinjak atau di permainkan bagi mencapai tipu muslihat mereka! Awas!
Rujuklah Q.S.8:30, bermaksud:
‘ Mereka [orang-orang kafir] membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya.’

Selain dari itu orang-orang mukmin juga diperintahkan Allah agar senantiasa mensucikan dan membesar dan mengagungkankanNya, nama dan kalimah Allah. Antaranya sila lihat Q.S.87:1, bermaksud:
‘ Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.’

Dan lagi Q.S.74:1-3, bermaksud:
‘ Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah/besarkanlah Tuhanmu.’
Dengan demikian apakah orang-orang Muslim dan Mukmin itu sanggup memperlekeh atau membiarkan musuh-musuh Allah itu memperlekeh sehingga akan menginjak dan mencemar Kemaha-Sucian kalimah-kalimah tersebut? Fahamkan benar-benar permasalahan ini!

v] ALLAH MEMILIKI NAMA, AF’AAL [PERBUATAN], SIFAT-SIFAT, DAN DZAT TIADA TARA/TANDINGAN
ADA APA PADA NAMA?

Haruslah difahami bahawa nama Allah itu bukan sekadar nama biasa, malah ia adalah nama kepada Dzat Allah Wajibal Wujud; nama Maha Indah, Maha Suci, Maha Kuasa, Maha Berkat, malah, Maha segala-galanya terutama kepada umat Islam dan Mukmin! [Konsep Aqidah ini tidak akan pernah difahami oleh penganut Agama lain].

Tegasnya hidup dan mati Muslim dan Mukmin adalah atas Kemaha-Sucian dan KeMaha-Berkatan kalimat ini. Dan mereka telah pun berikrar tidak akan membiarkan adanya pihak yang akan merampas atau merobek kalimah ini dari pemilik/pengguna asalnya! [OMG: Over my/our dead body or bodies!]
Seterusnya, Allah Menyatakan fadhilah dan juga padah kepada pengguna maupun perosak Nama-NamaNya dalam Q.S.7:180, bermaksud:

‘ Dan Allah memiliki Asma’ul Husna [nama-nama yang terbaik], maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma’ul Husna itu; dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalah-erti [menyalah-guna atau mengengkari] akan nama-namaNya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.’

SIAPAKAH ENTITI YANG BERNAMA ALLAH INI?
Seperti telah disebutkan pemilik mutlak nama itu adalah Dzat Wajibal Wujud, bersifat tidak terhingga dengan Maha Kesempurnaan dan tidak ada sesuatu pun seumpamaNya! Antara lain Allah Sendiri berfirman dalam Q.S.59:23-24, bermaksud;
‘ Dialah Allah. Tidak ada tuhan selain Dia. Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pengasih, Maha penyayang.’

‘Dialah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Maharaja Yang Maha-suci, Yang Maha Sejahtera, Yang menjaga keamanan, Pemelihara keselamatan, Yang Maha Perkasa, Yang Maha-Kuasa, Yang Memiliki segala KeAgungan. Maha-Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.’

‘ Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa. Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang ada dilangit dan dibumi bertasbih kepadaNya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.’

Nah! Demikian, antara Maha-hebat Nama-Nama dan KalimahNya; yang dengannya, Doa dan Munajat orang-orang Mukmin dipanjatkan, dan kepada pemilik Agung dan Mutlak Nama-Nama ini, kepatuhan Ubudiyah dan Kehambaan dituju dan disampaikan, demi kelangsungan hubungan Hablum Minallah, yang mendahului hubungan Hablum Minannas!NAMA DAN KALIMAT YANG SUCI BAGI AGAMA YG SUCI!

4. PENUTUP

Aduhai Sahabat dan Ikhwan beriman dan Budiman! Tariklah nafasmu sambil beristighfar panjang. Ulangilah lagi dua kali berturut. Kemudian, berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw; yakni, cinta-kasih, buah hati belahan jiwa dan pengarang jantung orang-orang Islam dan Mukmin sejati! Ulang-tahun Maulidur-Rasul berbetulan jatuh pada bulan ini, tanggal 24 Januari,2013; yang disambut dan dira’i sewajarnya diseluruh dunia! Sallallahu ‘ala Muhammad, Sallallahu ‘alai wasallam!

Tiadalah yang lebih tinggi nilainya pada pandangan Allah swt. , malahan Jihad dan Syahidnya orang-orang Islam/Mukmin itu adalah dalam membela, mempertahankan, memelihara, menegakkan menyebar, menyibar Panji-Panji Agama Islam serta kesuciannya, disamping meneruskan kelangsung Agama suci ini hingga mendapat redha Allah Azza Wajalla; dan hingga Akhir Zaman. Insyaallah. Ayuh! Teruskanlah Jihad atas Nama dan Agama Allah, sehingga ke-nafas terakhir!!!
Pembuktiannya, sila rujuk Q.S.2:218, bermaksud:
‘ Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta BERJIHAD dijalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan!’
‘ Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudahnya!’[ Q.S.30:4.]
‘ Ingatlah, hak mencipta dan memerintah itu kepunyaan Allah, Maha Berkat Allah, Tuhan Semesta Alam.’
‘ Itulah Allah, Tuhan kamu, tidak ada tuhan selain DIA, Pencipta segala sesuatu; maka sembahlah DIA; DIA-lah Pemelihara sesuatu.’[Q.S.6:102.]
‘ Dan Allah Mengatakan yang sebenar-benarnya, dan DIA Menunjukkan Jalan yang Benar.’ [Q.S.33:4.]

AMEEN. ALHAMDULILLAH.
WABILLAHIT TAUFIQ, TABARAKALLAHU RABBAL ‘ALAMIN!

NOTA KAKI: ADALAH MENJADI KEWAJIPAN [FARDHU A’IN] SETIAP MUSLIM DAN MUKMIN MEMELIHARA KESUCIAN DAN KELESTARIAN AGAMA ISLAM DARI DICEROBOHI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH [KAUM KUFFAR DAN MUNAFIQ]. ANASIR-ANASIR JAHAT HARUS DIBENTERAS SEGERA, DENGAN SEGALA PERUNTUKAN PERUNDANGAN,ENAKMEN AGAMA, AKTA DSBNYA YANG SEDIA ADA.

BLOG TN.MADRASATUL BAITUL ADAM, SHAH ALAM. 10.01.2013.