Nota Khas! Assalamualaikum Duhai Sahabat Sekalian! Risalah ini pernah dipostkan satu ketika dahulu 24.01.2013 ketika hangat peristiwa Kalimah Allah hendak digunakan oleh paderi2 kristian buat pengikut2nya yg terlalu sedikit di Malaysia!
Isu itu telah dimenangi oleh pihak mukmin di Malaysia! DYMM Tuanku Sultan Selangor pun telah bertitah bahawa isu Kalimah Allah jangan disebut lagi dan ia adalah Milik Eksklusif Orang Islam Sahaja! Daulat Tuanku!
Orang2 kafir sentiasa mencari taktik helah untuk menyebarkan dakyah jahat yang dapat memecah belahkan orang2 Islam jadi berlaku sekali lagi kebiadapan pd Institusi Raja dan Negara kita yg sememangnya Islam adalah agama rasmi Malaysia! Mengapa ramai ulamak2 berdiam seribu bahasa! adakah telah menjadi 'zulwajhia"(seribu wajah)!
Jadi kami Ahli Sufiah yang sanggup mati untuk Allah! Kami juga berikrar serta bersumpah membela Nama Ini ! Allah hu Allah! Jgn Dicabar Kedudukan Orang2 Melayu diMalaysia Ini!
Pahami Renungkan Risalah ini mohon sebarkanlah pd semua utk membaca maka pertahankanlah Nama Ini! MashaAllah!
PERSOALAN APA DAN KENAPA NAMA 'ALLAH' TIDAK BOLEH
SEWENANG-WENANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN APA SEKALI PUN OLEH SELAIN UMAT ISLAM.
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM
INNAKA ANTALLAHU LAA ILAAHA ILLA ANTA
Alhamdulillah, Allahumma Solli'ala Muhammadin Abdika wa
Rasulika wa'ala alihi waazwajihi wa zurriyatihi.
Aduhai Sahabat dan Semua Ikhwanul Muslimin!
1. FITNAH BESAR AKHIR
ZAMAN
Entah untuk sekian kalinya Umat Islam diNegara Malaysia ini
diuji, didesak, digasak dan diasak oleh kaum kuffar dibumi Tanah Air yang
Tercinta, samaada berkait dengan Perlembagaan yang menjadi tonggak dan teras
sistem pemerintahan Negara ini, malah lebih berani dan biadabnya, mencampuri,
menceroboh dan mengganggu-gugat pula hal ehwal urusan dan pentadbiran
perundangan Agama dan Syariat Islam, sehingga boleh mengancam kemaslahatan dan
kerukunan kehidupan Umat Islam itu sendiri. Lebih parah lagi, fitnah mutakhir
yang sedang melanda Umat Islam kebelakangan ini, semenjak tiga tahun lalu,
berkemungkinan boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat dan harmoni berbilang
kaum, diNegara ini! Kejadian atau fenomena ini boleh dianggap sebagai antara
fitnah besar akhir zaman! Namun perkara ini tidak akan mencapai ketahap ledakan
jika tidak dengan sokongan dari pihak konco-konco ‘so-called’ Muslim, petualang
yang berkepentingan!
2. MENGGUNA NAMA
'ALLAH' DALAM KITAB INJIL VERSI BAHASA MALAYSIA
Persoalan pelik bin ajaib ialah siapakah manusia [atau
institusi] bebal, tidak berakal dan tidak bertanggung-jawab [unIslamic] yang
memberi kebenaran, membolehkan kitab Injil itu dialih-bahasa ke-versi bahasa
Malaysia. Apa jadahnya?Sedangkan, umum mengetahui bahawa orang Melayu yang
BENAR Islamnya dan TEGUH Imannya, tidak akan pernah, sekali lagi, tidak akan
pernah terlintas dibenaknya untuk membaca dan mentelaah isi kandungan kitab
tersebut kerana tiga[3] sebab.
Pertama: Kitab Alquran yang relevan dan tonggak hidup-mati
orang-orang Islam sendiri pun tak mampu dibaca, dikaji, ditadabbur, ditakwil,
dimengerti dan digunapakai seluruhnya dan selayaknya, dalam tempoh durasi hidup
mereka.
Kedua: Menurut logika pun sudah memadai untuk difahami
bahawa setiap Syariat [Kitab] sebelum ini yang dibawa oleh seseorang Rasul
diutus Tuhan, pada zamannya itu, akan mansukh dengan perintah Allah, apabila
Rasul tersebut wafat; dan digantikan pula oleh Rasul yang lain berserta Syariat
[Kitab] yang lain pula, pada zaman berikutnya.
Bererti, kesemua Kitab-kitab yang pernah diturunkan Tuhan
kepada sekelian Rasul-RasulNya telah termansukh [luput tempoh hayat] kecuali
Kitab Alquranul Karim yang terus relevan hingga akhir zaman! Kitab Alquranul
Karim dan Sunnah Rasul Muhammad saw. sahajalah selayaknya menjadi bahan bacaan
dan dambaan semua Umat Islam diseluruh Jagad raya ini. Tiada lain!
Ketiga: Kerja bodoh, membuang masa dan sia-sia.[Baca: Abih
bogheh Jang!]
Persoalan pelik bin ajaib yang kedua ialah kenapa kaum
kuffar diNegara Malaysia ini mahu menggunakan nama ‘Allah’ didalam kitab
mereka; apakah mereka dah hilang ‘confidence’ dengan nama yang mereka
gunakan selama ini, atau bagi memenuhi muslihat/agenda mereka yang tersirat,
yang bukanlah begitu sukar untuk dibaca! Terlebih pelik bin ajaib ialah kenapa
Partai yang konon, berjuang keras atas nama Islam [dan konco-konco] boleh
merestuinya dan bersekongkol dengan golongan Kuffar tersebut dalam usaha-usaha
mempolitikkan, terlebih buruk, mencemar kesucian dan kemurnian Agama Islam dan
memporak-perandakan akidah generasi umat Islam kini dan akan datang!
Justeru, Kerajaan, pihak berwajib, sekalian Ulama dan umat
Islam sendiri janganlah melatah; haruslah bersifat siddiq [benar] dan fatonah
[cerdik] dalam menangani isu panas lagi sensitif ini. Janganlah termakan
pengaruh, desakkan, asakkan, hasutan dan fitnah sedemikian rupa; hanya kerana
takut kehilangan ‘political mileage’ disaat berdepan dengan Pilihan Raya dalam
masa terdekat ini. Jika ini yang berlaku, desakkan mereka berhasil, dan
permohonan mereka diwartakan; nah, tunggukan sahaja murka Allah dan yang pasti
mengirimkan bersama Musibah, kadar dan skala yang belum pernah disaksikan
Ummah! Wana’uzubillah..
Contohilah kaedah-kaedah berkesan yang dilaksanakan
Rasulullah dizamannya dalam menangani kaum Kuffar dan munafiq ini. Disebalik
hubungan berpolitik, berdiplomasi dan melaksanakan keadilan, jangan sekali-kali
kita melupakan amaran Allah, seperti disebut didalam Q.S.2:120, bermaksud:
‘ Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela
kepadamu sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya
petunjuk Allah itulah petunjuk [yang sebenarnya].’ Dan jika engkau mengikuti
keinginan mereka setelah ilmu [kebenaran] sampai kepadamu, tidak akan ada
bagimu pelindung dan penolong dari Allah.’
Kebenaran tidak pernah gentar atau kalah bila berdepan
dengan kebatilan, dan Penulis dengan tegar berdoa dan menyeru kepada Kerajaan
dengan Agensi-agensi bawahannya, pihak berwajib yang lainnya, Majlis/Jabatan
Agama Islam, [Tuan-Tuan Mufti/Pegawai-Pegawai] dan [NGOS], dan terpenting
kebawah Duli-Duli Tuanku, Majlis DYMM Sultan-Sultan, Raja-Raja Melayu, dan DYMM
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, sebagai penaung Agama Islam dan
orang-orang Melayu/Pribumi, Ulama-ulama, agar menguatkuasakan segala peruntukan
perundangan Islam dan Keselamatan dalam negeri , yang ada pada mereka. Seruan
juga dibuat agar seluruh Umat Islam yang cintakan Agama mereka agar
bersatu-padu membenteras kerja-kerja TOGHUT seperti yang dimaksudkan. Buktikan,
tunjukkan dan berdiri teguhlah atas kebenaran, berjihad keras demi kebenaran
Agama, dan memelihara kesucian Islam, kesemua bererti menolong menegakkan
Agama dan menolong Allah!
Dalam konteks ini, Allah pun menegaskan dalam firmanNya,
lihat Q.S.47:7, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong [Agama]
Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’
Andai kita semua bersikap benar, jujur, cerdik, berani,
patuh dan berserah kepada Allah atas segala urusan dunia akhirat, nescaya
kemenangan pasti berpihak kepada kita, yakni Kerajaan dan juga rakyat. Yakin
dan fahamilah permasalahan ini baik-baik!
Tidak perlu merasa takut kepada bayang-bayang sendiri atau
pun musuh yang nyata maupun yang tersembunyi, kerana Allah melandaskan dengan
tuntas; lihat Q.S.3:160, bermaksud:
‘ Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat
mengalahkan kamu; tetapi jika Allah membiarkan kamu [tidak memberi pertolongan]
maka, siapakah yang dapat menolong kamu setelah itu? Kerana itu, hendaklah
kepada Allah sahaja orang-orang Mukmin bertawakkal.’
Dan lihat lagi Q.S.10:107, bermaksud:
‘ Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepadamu, maka
tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki
kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia Memberikan
kebaikan kepada siapa sahaja yang Dia Kehendaki diantara hamba-hambaNya. Dia
Maha Pengampun, Maha Penyayang.’
3. DALIL-DALIL ,
NAS-NAS DAN HUJAH-HUJAH ATAS LARANGAN DAN PENGHARAMAN PENGGUNAAN NAMA/KALIMAH
ALLAH OLEH KAUM KUFFAR
i] KAUM KUFFAR BUKAN SAHAJA TIDAK PERCAYA, MALAH MEMUSUHI
ALLAH
Sejarah kemanusiaan membuktikan bahawa Kaum Kuffar bukan
sahaja tidak mempercayai Allah, malah tuntas memusuhiNya. Mereka menolakNya,
RasulNya, KitabNya dan keseluruhan Syariat AgamaNya. Jika demikian, maka, mana
mungkin mereka boleh menukar fikiran dan kini sedia menerima dan menggunakan
namaNya, dalam kitab Agama mereka yang tidak direstu Allah pula. Kerana, Agama
yang diterima dan diredhai Allah hanyalah Agama Islam, seperti disebut dalam
firmanNya didalam Alquran. Dia orang ni sakit otak ke apa? Kesesuaian hubungan
Kaum Kuffar dengan Allah adalah seperti kapur dan keju! Renungkan! Andai mereka
menerima nama Allah, mereka seharusnya menerima pula Agama Islam, Rasul
Muhammad saw, berserta seluruh Syariat yang dibawanya![Maksudnya, masuk Islam
maa!] Mungkinkah kan terjadi?? Maaf ya, tiada hadiah kepada jawapan yang
betul!
ii] PENENTUAN DAN PENDIRIAN ALLAH TERHADAP KAUM KUFFAR
Jika Kaum Kuffar ini meneliti dan memahami sikap, penentuan
dan pendirian/janji/ancaman Allah terhadap mereka, barangkali, mereka
akan mengubah fikiran! Sila lihat antara dalil-dalil didalam Alquran dalam hubungan
ini.
Lihat Q.S.8:55, bermaksud:
‘ Sesungguhnya, makhluk bergerak yang bernyawa yang paling
buruk dalam pandangan Allah ialah orang-orang kafir, kerana mereka tidak
beriman.’
Lihat lagi Q.S.8:22, bermaksud:
‘ Sesungguhnya, makhluk bergerak dan bernyawa yang paling
buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu [tidak mendengar
dan memahami kebenaran Islam] yaitu, orang-orang yang tidak mengerti.’
Lihat lagi Q.S.33:64, bermaksud:
‘ Sungguh, Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan
bagi mereka api yang menyala-nyala [neraka].’
Lihat lagi Q.S.9:63, bermaksud:
‘ Tidakkah mereka mengetahui bahawa barangsiapa menentang
Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya neraka Jahanamlah baginya, dia kekal
didalamnya. Itulah kehinaan yang besar.’
Setelah meneliti hujah-hujah Allah tersebut diatas, apakah
kaum Kuffar masih tetap mahu meneruskan niat mereka?! Seharusnya, mereka
bergegas selamatkan diri; keluar melarikan diri dari Bumi Allah kini, kebumi
tuhan yang lain dan dibawah langit tuhan yang lain!?
iii] PERINTAH ALLAH KEPADA ORANG-ORANG ISLAM BERIMAN
Rentetan dari sikap, pemikiran, pendirian, kebencian dan
permusuhan kaum Kuffar dan munafiq terhadap Allah dan RasulNya, dan apa sahaja
yang berbau Islam; justeru Allah melakarkan pula perancangan dan tindakan
sesuai dan sewajarnya bagi orang-orang Mukmin, dalam berdepan dan menghadapi
kaum Kuffar dan munafiq ini, berupa perintah-perintah Fardhu A’in!
Sila lihat Q.S.66:9, bermaksud:
‘ Wahai Nabi! Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang
munafiq dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka
Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.’
Lihat lagi Q.S.9:123, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang beriman! Perangilah orang-orang kafir
disekitar kamu, dan hendaklah mereka merasakan sikap tegas darimu, dan
ketahuilah bahawa Allah bersama dengan orang yang bertakwa.’
Lihat lagi Q.S.2:190, bermaksud:
‘ Dan perangilah dijalan Allah orang-orang yang memerangi
kamu, tetapi jangan melampaui batas. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang
yang melampaui batas.’
Lihat lagi Q.S.8:15, bermaksud:
‘ Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu bertemu dengan
orang-orang kafir yang akan menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi
mereka [mundur].’
Dan lagi Q.S.8:59, bermaksud:
‘ Dan janganlah orang-orang kafir mengira, bahawa mereka
akan dapat lolos [dari kekuasaan Allah]. Sungguh, mereka tidak dapat melemahkan
[Allah].
Nah! Setelah jelas terbukti Psyche dan Psycho musuh-musuh
Allah dan Islam ini; apakah orang-orang Muslim dan Mukmin rela melacurkan diri
mereka dengan bersekongkol dengan mereka, demi mileage politik dan ganjaran
duniawi, yang pada hakikatnya tiada bernilai disisi Allah!
AMARAN KEPADA KAUM KUFFAR DAN KONCO-KONCO MEREKA:
BATALKAN NIAT DAN HENTIKAN SAHAJA SEBARANG AGENDA BURUK
TERHADAP ORANG MELAYU DAN AGAMA ISLAM KHUSUSNYA DINEGARA INI. JANGAN
SEKALI-KALI BERANI MENCEROBOHI DAN CAMPUR TANGAN DALAM HAL EHWAL KEAGAMAAN
ISLAM, SEPERTI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH, PEMURTADAN ORANG-ORANG MELAYU,
MENGHALANG KUATKUASAAN HUKUM-HAKAM, DSBNYA!
Andai umat Islam mampu melaksanakan perintah-perintah Allah
tersebut, pastilah Agama Islam dan umatnya dapat berdiri tegak, teguh, perkasa,
adil, mulia, berjaya, diberkati, digeruni, malah amat dihormati, diseluruh
maya-pada ini!
iv] KEMAHA-BESARAN, KEMAHA-MULIAAN, KEMAHA-TINGGIAN DAN
KEMAHA-SUCIAN NAMA DAN KALIMAH ALLAH ITU TIADA TARA/BANDINGAN
Hakikat kebenaran ini jelas dan tuntas ditegaskan Allah azza
wajalla, dalam firmanNya, Q.S.6:100, bermaksud:
‘ MahaSuci Allah dan MahaTinggi dari sifat-sifat yang mereka
[orang-orang kafir] gambarkan.’
Oleh yang demikian, apakah orang-orang Muslim dan Mukmin
sanggup berpeluk tubuh, malah, menggalak dan membenarkan seteru-seteru dan
musuh-musuh Allah yang busuk bernajis itu, sewenang-wenangnya memutar-belitkan
kalimah-kalimah suci Allah itu, disalah-guna, dikotak-katik, diinjak atau di
permainkan bagi mencapai tipu muslihat mereka! Awas!
Rujuklah Q.S.8:30, bermaksud:
‘ Mereka [orang-orang kafir] membuat tipu daya dan Allah
menggagalkan tipu daya itu. Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya.’
Selain dari itu orang-orang mukmin juga diperintahkan Allah
agar senantiasa mensucikan dan membesar dan mengagungkankanNya, nama dan
kalimah Allah. Antaranya sila lihat Q.S.87:1, bermaksud:
‘ Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi.’
Dan lagi Q.S.74:1-3, bermaksud:
‘ Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah
peringatan! Dan agungkanlah/besarkanlah Tuhanmu.’
Dengan demikian apakah orang-orang Muslim dan Mukmin itu
sanggup memperlekeh atau membiarkan musuh-musuh Allah itu memperlekeh sehingga
akan menginjak dan mencemar Kemaha-Sucian kalimah-kalimah tersebut? Fahamkan
benar-benar permasalahan ini!
v] ALLAH MEMILIKI NAMA, AF’AAL [PERBUATAN], SIFAT-SIFAT, DAN
DZAT TIADA TARA/TANDINGAN
ADA APA PADA NAMA?
Haruslah difahami bahawa nama Allah itu bukan sekadar nama
biasa, malah ia adalah nama kepada Dzat Allah Wajibal Wujud; nama Maha Indah,
Maha Suci, Maha Kuasa, Maha Berkat, malah, Maha segala-galanya terutama kepada
umat Islam dan Mukmin! [Konsep Aqidah ini tidak akan pernah difahami oleh
penganut Agama lain].
Tegasnya hidup dan mati Muslim dan Mukmin adalah atas
Kemaha-Sucian dan KeMaha-Berkatan kalimat ini. Dan mereka telah pun berikrar
tidak akan membiarkan adanya pihak yang akan merampas atau merobek kalimah ini
dari pemilik/pengguna asalnya! [OMG: Over my/our dead body or bodies!]
Seterusnya, Allah Menyatakan fadhilah dan juga padah kepada
pengguna maupun perosak Nama-NamaNya dalam Q.S.7:180, bermaksud:
‘ Dan Allah memiliki Asma’ul Husna [nama-nama yang terbaik],
maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Asma’ul Husna itu; dan tinggalkanlah
orang-orang yang menyalah-erti [menyalah-guna atau mengengkari] akan nama-namaNya.
Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.’
SIAPAKAH ENTITI YANG BERNAMA ALLAH INI?
Seperti telah disebutkan pemilik mutlak nama itu adalah Dzat
Wajibal Wujud, bersifat tidak terhingga dengan Maha Kesempurnaan dan tidak ada
sesuatu pun seumpamaNya! Antara lain Allah Sendiri berfirman dalam
Q.S.59:23-24, bermaksud;
‘ Dialah Allah. Tidak ada tuhan selain Dia. Maha Mengetahui
yang ghaib dan yang nyata. Dialah Yang Maha Pengasih, Maha penyayang.’
‘Dialah Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Maharaja Yang
Maha-suci, Yang Maha Sejahtera, Yang menjaga keamanan, Pemelihara keselamatan,
Yang Maha Perkasa, Yang Maha-Kuasa, Yang Memiliki segala KeAgungan. Maha-Suci
Allah dari apa yang mereka persekutukan.’
‘ Dialah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang
membentuk rupa. Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yang ada dilangit dan
dibumi bertasbih kepadaNya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.’
Nah! Demikian, antara Maha-hebat Nama-Nama dan KalimahNya;
yang dengannya, Doa dan Munajat orang-orang Mukmin dipanjatkan, dan kepada
pemilik Agung dan Mutlak Nama-Nama ini, kepatuhan Ubudiyah dan Kehambaan dituju
dan disampaikan, demi kelangsungan hubungan Hablum Minallah, yang mendahului
hubungan Hablum Minannas!NAMA DAN KALIMAT YANG SUCI BAGI AGAMA YG SUCI!
4. PENUTUP
Aduhai Sahabat dan Ikhwan beriman dan Budiman! Tariklah
nafasmu sambil beristighfar panjang. Ulangilah lagi dua kali berturut.
Kemudian, berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw; yakni, cinta-kasih, buah hati
belahan jiwa dan pengarang jantung orang-orang Islam dan Mukmin sejati!
Ulang-tahun Maulidur-Rasul berbetulan jatuh pada bulan ini, tanggal 24
Januari,2013; yang disambut dan dira’i sewajarnya diseluruh dunia! Sallallahu
‘ala Muhammad, Sallallahu ‘alai wasallam!
Tiadalah yang lebih tinggi nilainya pada pandangan Allah
swt. , malahan Jihad dan Syahidnya orang-orang Islam/Mukmin itu adalah dalam
membela, mempertahankan, memelihara, menegakkan menyebar, menyibar Panji-Panji
Agama Islam serta kesuciannya, disamping meneruskan kelangsung Agama suci ini
hingga mendapat redha Allah Azza Wajalla; dan hingga Akhir Zaman. Insyaallah.
Ayuh! Teruskanlah Jihad atas Nama dan Agama Allah, sehingga ke-nafas
terakhir!!!
Pembuktiannya, sila rujuk Q.S.2:218, bermaksud:
‘ Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta BERJIHAD
dijalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya
disisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan!’
‘ Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudahnya!’[ Q.S.30:4.]
‘ Ingatlah, hak mencipta dan memerintah itu kepunyaan Allah,
Maha Berkat Allah, Tuhan Semesta Alam.’
‘ Itulah Allah, Tuhan kamu, tidak ada tuhan selain DIA,
Pencipta segala sesuatu; maka sembahlah DIA; DIA-lah Pemelihara
sesuatu.’[Q.S.6:102.]
‘ Dan Allah Mengatakan yang sebenar-benarnya, dan DIA
Menunjukkan Jalan yang Benar.’ [Q.S.33:4.]
AMEEN. ALHAMDULILLAH.
WABILLAHIT TAUFIQ, TABARAKALLAHU RABBAL ‘ALAMIN!
NOTA KAKI: ADALAH MENJADI KEWAJIPAN [FARDHU A’IN] SETIAP
MUSLIM DAN MUKMIN MEMELIHARA KESUCIAN DAN KELESTARIAN AGAMA ISLAM DARI
DICEROBOHI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH [KAUM KUFFAR DAN MUNAFIQ]. ANASIR-ANASIR
JAHAT HARUS DIBENTERAS SEGERA, DENGAN SEGALA PERUNTUKAN PERUNDANGAN,ENAKMEN
AGAMA, AKTA DSBNYA YANG SEDIA ADA.
BLOG TN.MADRASATUL BAITUL ADAM, SHAH ALAM. 10.01.2013.
No comments:
Post a Comment