Thursday, May 28, 2015

KERTAS KERJA MADRASAH BAITUL ADAM 2015.

Assalamualaikum Duhai sahabat2 sekalian! Disini kami mengepilkan kertas kerja yang menerapkan segala jenisan perkhidmatan yang kami telah sediakan dan juga yang bakal disediakan kelak! Mudahan InsyaAllah! para pembaca yang ada dalam kecarian atas sebarang sebab2 yang boleh menggunakan perkhidmatan kami ini! Hubungi kami segera!




 

KERTAS KERJA BAITUL ADAM ITMT RESOURCES

(JIHADUN NAFS)
    =========================================================

1)    Pendahuluan

Kertaskerja ini disediakan adalah untuk memberi penerangan kepada pihak yang berkaitan tentang perlaksanaan program yang di beri nama “ To Jannah” (M2J) untuk golongan remaja dan belia di negara kita.Program ini akan memperjelaskan lagi kefahaman berkaitan dengan halatuju Islam yang semakin ditenggelami oleh kebanjiran budaya seperti pemahaman (ism) dan penyebaran Liberalisma, Pluralisma, LGBT, Wahabisma, Fanatik, Shi'ah, dsbnya yang lebih menjurus kepada kehancuran umat Islam di mata masyarakat yang berbilang kaum. Matlamat utama daripada program ini adalah kita akan dapat membentuk insan yang kamil dan khalifah di muka bumi ini selaras dengan saranan kerajaan ke arah pembentukan modal insan di dalam kehidupan seharia


2)    Latar Belakang

Baitul Adam ITMT Resources (BAIR) merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada 31hb Disember 2012. Tujuan utama Baitul Adam  ITMT Resources ditubuhkan adalah bagi memperluaskan lagi ilmu Tauhid Ma’rifatullah yang semakin hilang di negara kita, supaya ia semakin berkembang dan shumul di bumi Malaysia yang tercinta. Baitul Adam ITMT Resources juga melaksanakan beberapa program yang telah dan sedang dijalankan bagi mengembangkan lagi ilmu ini.

Program yang dinamakan “Jihad to Jannah” (J2J) ini adalah bertujuan untuk mencapai visi, misi dan objektif BAIR yang telah ditetapkan. Program ini akan memfokuskan ciri-ciri utama iaitu Tauhid Ma’rifatullah dengan pembangunan fizikal, mental dan spiritual atau kerohanian dengan penerapan sebanyak mungkin aspek-aspek yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW sebelum ini.

Di antara aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dibuat dan akan dilaksanakan termasuklah:
a)     Perundingan dan Motivasi Kerohanian Kepada Golongan Remaja Dan Belia.
b)     Program Islam For All (kepada Bukan Islam)
c)      Program Mualaf
d)     Program Orang Asli Bersama Baitul Adam ITMT Resources
e)     Penjualan Kitab Kesufian
f)       Penjualan Hasil Barangan Kaligrafi – Ukiran Khat Pada Pinggan
g)     Program Pembangunan –Remaja dan Anak-Anak Yatim
h)     Bela Diri (Kilas Tempur)
i)       Program Rehab (Pembentukkan Akhlak & Membuang Ketagihan)
j)       Blog
k)     Rawatan Wilayah Al-Haq Zahir & Batin Kesufian


Sepanjang pengendalian program-program tersebut, pihak kami juga mengalu-alukan penglibatan dari pihak swasta di seluruh negara samada melalui pembiayaan, pengelolaan dan sumbangan premises dengan bagi memastikan kelancaran program-program yang telah dirancangkan.

3)    Visi

Membangunkan modal insan dari segala bidang yang diperlukan agama dan negara. Menjadi pusat pendidikan tauhid di peringkat kebangsaan dalam bidang tauhid.


4)    Misi

Ilmu adalah teras utama dalam perjalanan hidup setiap yang bergelar manusia. Tanpa ilmu manusia akan tersimpang jauh dan semakin jauh tanpa kita sedari atau pun lewat bertindak. Awal agama itu adalah mengenal Allah SWT (Ma’rifatullah). Maksud Hadis ini, ia menyatakan sesuatu perbuatan atau perlakuan yang berbentuk ibadah yang dilaksanakan hendaklah Ma’rifat kepada Allah SWT sebagai ibadah yang sah dan  di terima Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, Baitul Adam ITMT Resources ingin membantu menyedarkan setiap golongan remaja dan belia perihal kepentingan ilmu ini dimana setiap daripada anak Adam adalah wajib mempelajari, memahami dan melaksanakan. Segala modul dan kaedah yang disusun adalah bagi mempersiapkan dan melengkapi diri para remaja dan belia dengan perisai iaitu aqidah yang kukuh bagi melindungi mereka dari diracuni hingga terlibat atau terjerumus ke dalam masalah sosial seperti perbuatan maksiat, gangsterisme, budaya membuli, budaya bertatoo, budaya songsang, LGBT, hak asasi, perosak agama, berkhayal dan pengambilan dadah hingga menyebabkan keruntuhan nilai-nilai murni ajaran agama Islam.


Carta Organisasi




5)    Ciri-ciri Program

Program ini memberi fokus kepada beberapa ciri-ciri penting yang perlu ada pada setiap remaja dan belia di Malaysia. Program ini memberi tumpuan kepada:
a)     Lebih memahami erti dan nilai hidup sebagai seorang islam yang menganut agama Islam yang sebenar.
b)     Memberi ilmu dan latihan bagi tujuan membentuk belia yang dapat dibanggakan oleh masyarakat.
c)      Program ini menjadi landasan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi negara.
d)     Memberi penekanan kepada pembangunan nilai teras selaras dengan falsafah pembangunan negara bagi mengukuhkan lagi rasa cinta kepada agama, bangsa dan negara.
e)     Pengkhususan kepada dakwah  ke seluruh pelusuk negara.
f)       Menggerakan para remaja dan belia sebagai pembina masyarakat yang teguh ikatan ukhwah di Malaysia. Saling sayang menyayangi di antara satu sama lain sebagai saudara Islam.
g)     Mengerakkan budaya islam yang sebenar dikalangan masyarakat bagi skala kecil (komuniti setempat) dan skala besar (peringkat daerah, negeri dan kebangsaan).
h)     Penglibatan serta sokongan secara berterusan daripada pihak swasta dan pihak masjid / surau di sesuatu kariah bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan.
i)       Merubah pandangan masyarakat khususnya dalam pembelajaran agama supaya kesucian agama Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tidak sekadar menjadi budaya atau adat. Sebaliknya ia perlu menjadi amalan dan pegangan (darah daging) yang sebenar dalam kehidupan.
j)       Mengembangkan lagi ilmu ini ke peringkat antarabangsa di mana Malaysia menjadi Hub kepada ilmu pengajian tasawuf yang berkembang pesat selaras dengan misi negara sebagai pusat dakwah antarabangsa.
k)     Program ini juga adalah bertujuan untuk merancakan lagi penyebaran ilmu Awaludin Ma’rifatullah di setiap pelusuk negara tanpa ada batasan atau birokrasi yang selalunya di ada-adakan oleh sesetengah pihak yang kurang senang dengan Islam.
l)       Program ini juga bakal mengangkat lagi martabat remaja bumiputera ke arah masa depan yang lebih berilmu, berakhlak dan bersemangat seperti seorang khalifah atau pemimpin.


6)    Program-Program Yang Bakal dan Telah  Dilaksanakan

Baitul Adam ITMT Resources bercadang untuk mengembangkan lagi program ini ke seluruh negara dengan kapasiti penyertaan daripada 25 orang remaja ataupun belia hingga 50 orang yang ingin turut serta bagi memotivasikan diri mereka dan yang terlalu dahagakan ilmu agama tetapi tiada peluang diberikan kepada mereka.

Dengan tempoh 3 hari 2 malam seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini di Madrasah Baitul Ibadah Nurussaada, Sungai Jai, Lenggeng, Negeri Sembilan. Di antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah:
                                 i.            Bimbingan Motivasi / Tauhid Makrifatullah
                               ii.            Islam, Iman dan Ihsan
                             iii.            Amalan-amalan Khas (HablumminAllah)
                             iv.            Latihan dalam Kumpulan
                               v.            Riadah
                             vi.            Minda Abu Nawas
                           vii.            Lain – lain


7)    Program Islam for All (Khusus kepada Bukan Islam)

Kami juga akan memperluaskan program dakwah keseluruh negara dengan mengatur beberapa program bersama masyarakat yang bukan beragama Islam bagi memberikan pendedahan kepada mereka tentang keindahan Islam yang selama ini dimomokkan dan digambarkan sebagai agama yang menerapkan keganasan.

Baitul Adam ITMT Resources telah merangka beberapa program yang akan menarik minat masyarakat bukan Islam untuk menghadiri program kami dengan aktiviti-aktiviti seperti:-
                                 i.            Seminar
                               ii.            Road Show
                             iii.            Buletin
                             iv.            Web Site
                               v.            Video Dakwah Ringkas

Dengan adanya program dakwah bagi masyarakat bukan Islam, Baitul Adam ITMT Resources yakin bahawa penyampaian dan penerangan informasi tentang Islam akan dapat di terima oleh seluruh masyarakat di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.


8)    Program Muallaf (Saudara Baru)

Program Mualaf pula adalah program yang telah dirangka bersama dengan pihak kerajaan seperti daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) dalam membela serta memberikan pendidikan asas kepada saudara Islam kita yang baru.

Kita dapat menyaksikan beberapa kes sebelum ini dimana terdapatnya sebahagian daripada saudara baru kita setelah memeluk islam kehidupan mereka tiada pembelaan sewajarnya yang diberikan oleh kita sebagai umat Islam. Mereka yang kurangnya ilmu tentang islam ini, perlulah dibantu dengan sewajarnya dari segi ilmu agama mahupun daripada keperluan asas hidup.

Baitul Adam ITMT Resources telah merangka beberapa program yang sesuai untuk saudara baru Islam ini. Di antara program-program yang dirangka adalah:-
                                i.            Kelas asas agama Islam.
                              ii.            Kelas Awaluddin Maarifatullah.
                            iii.            Kelas Lanjutan Agama.
                            iv.            Sesi Kaunseling Kepada Mualaf.
                              v.            Program Bantuan Pekerjaan.
                            vi.            Program Kebajikan Mualaf.
                          vii.            Program Asas Hidup Mualaf.

Kesemua program ini dirangka atas kesedaran bersama di mana kita dapat menyaksikan beberapa kes sebelumnya ini, ada diantara saudara baru kita yang telah memeluk agama Islam telah kembali kepada agama asal mereka di sebabkan tiada pembelaan sewajarnya daripada pihak berwajib.  Justeru itu, Baitul Adam ITMT Resources terpanggil untuk membantu para muallaf untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai penganut agama Islam yang sebenar-benarnya melalui program-program yang telah dan bakal dilaksanakan kelak.



10)     Program Orang Asli Bersama Baitul Adam ITMT Resources

Program Orang Asli bersama Baitul Adam ITMT Resources pula dirangka bagi mengembangkan lagi syiar Islam ke seluruh pelusuk negara tanpa mengira batasan. Kami terpanggil untuk mengembangkan agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW ini kepada orang asli kerana mereka adalah sebahagian daripada kita. Mereka perlu mendapat penerangan, kefahaman serta ilmu tentang Islam yang murni ini. Program Orang Asli ini akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan tentang Islam, dengan harapan dakwah kami akan dapat mengislamkan seberapa ramai lagi orang asli di seluruh negara kita. Baitul Adam ITMT Resources akan membawa program berbentuk Dakwah Islamiah seperti yang telah di bawa oleh Rasulullah SAW serta para sahabat baginda untuk memancarkan lagi syiar Islam ke seluruh pelusuk tanahair kita.

Diharapkan dengan adanya program dakwah kepada orang asli yang disediakan oleh Baitul Adam ITMT Resources ini, agama Islam akan bertambah berkembang dan subur mekar serta di terima dengan yakin oleh masyarakat orang asli.


11)     Program Bela Diri (Kilas Tempur)

Baitul Adam ITMT Resources juga menyediakan program seni mempertahankan diri yang diasaskan sendiri oleh Executice Director kami Syaikh Bahaudin Jala untuk para remaja dan dewasa yang ingin belajar secara langsung dalam seni mempertahankan diri. Melalui program Kilas Tempur ini, pihak kami yakin para peserta yang mengikuti program ini akan dapat mendisiplinkan diri serta memberikan kecerdasan tambahan dalam penjagaan kesihatan diri.


12)     Program Rehab (Pembentukkan Akhlak & Membuang Ketagihan)

                                i.            Ketagihan dadah, arak, maksiat dan pelbagai lagi gejala sosial yang melanda para remaja mahupun golongan dewasa pada masa kini sangat membimbangkan. Saban hari kita dapat membacanya dari muka-muka akhbar mahupun daripada media elektronik tentang keburukkan gejala ini.
                              ii.            Disebabkan perkara ini, Baitul Adam ITMT Resources terpanggil untuk membantu masyarakat dalam mengembalikan sinar dan harapan yang selama ini telah hilang dari dalam diri mereka.
                            iii.            Di dalam program yang dinamakan Program Rehab ini, para peserta akan diberikan cara yang paling berkesan dalam pembentukkan akhlak yang tinggi dan murni serta cara-cara yang paling mudah dan tepat dalam usaha mereka meninggalkan ketagihan kepada perkara-perkara yang merosakkan ini.
                            iv.            Terdapat lebih daripada 13 teknik asas yang akan diberikan kepada para peserta di dalam program ini bagi memastikan mereka dapat menghilangkan rasa ketagihan tersebut. Kami juga akan memastikan setiap daripada peserta yang  mengikuti program ini dapat mencapai sasaran kami iaitu daripada seorang yang terlalu ketagih pada perkara-perkara negatif kepada mereka yang memiliki akhlak yang terpuji.








13)     Kerjasama dengan Individu dan Organisasi

Baitul Adam ITMT Resources juga pernah mengadakan beberapa usahasama dengan
Tokoh-tokoh ilmuan dan badan-badan kerajaan dalam bidang agama.

Mereka terdiri daripada:
                                i.            Almarhum YM Syeikh Raja Asman Shah
                              ii.            Syeikh Afifudin Al-Jalani (Presiden Al-Warisin Teras)
                            iii.            Syeikh Dato Murtadza Bin Hj. Ahmad (Mantan Mufti Negeri Sembilan)
                            iv.            Sheikh Jahid Sidek
                              v.            MAIS, JAIS, JAKIM dan JAWI
                            vi.            Masjid Al-Hidayah, Sg Penchala


14)     Blog Baitul Adam ITMT Resources

Baitul Adam ITMT Resources juga menyediakan blog bagi memudahkan kami menyampaikan dakwah kepada orang ramai, di mana saban hari terdapat peningkatan bilangan pembaca baru. Blog ini diasakan pada tahun 2008 bagi mencapai matlamat ilmu kepada semua. Dengan adanya cara penyampaian dakwah yang lebih terkini, kami percaya lebih ramai lagi masyarakat diluar sana akan dapat mencapai ilmu agama dengan lebih mudah.

Peningkatan bilangan pembaca laman web ini akan merancakkan lagi program dakwah yang bakal di bawa oleh Baitul Adam ITMT Resources khususnya kepada masyarakat di seluruh Malaysia dan di seluruh dunia secara amnya.

Dibawah ini adalah paparan blog kami seperti yang telah dinyatakan  di atas.

http://www.tarikatusufiah.blogspot.com


14) Rawatan Wilayah Al-Haq Zahir & Batin Kesufian

Rawatan melalui kaedah Taubat dan Zikirullah turun-temurun bersanad. Ramai Alhamdulillah telah menemui kepulihan yang dicari melalui kaedah Anugerah Allah ini! Tidak kira dalam aspek sakit kebatinan ataupun sakit dalam bentuk zahir semuanya dapat dibendung. InsyaAllah.


15)     Komposisi Aktiviti dan Pertumbuhan Dakwah

Carta Pai ini dibentangkan adalah bertujuan untuk memberikan gambaran sebenar komposisi aktiviti-aktiviti dakwah terkini di Baitul Adam ITMT Resources dan perancangan masa hadapan Baitul Adam ITMT Resources di masa akan datang.









16)     Keperluan Dana

Dengan setiap perancangan dakwah  dan aktiviti yang telah dijalankan mahupun bakal dilaksanakan. Pihak Baitul Adam ITMT Resources amat memerlukan suntikkan dana bagi menampung keperluan aktiviti-aktiviti dan program-program tersebut. Setiap daripada bantuan yang di terima akan di salurkan ke jalan dakwah Baitul Adam ITMT Resources.
Di dalam kertas kerja Jihad to Jannah ini, kami bentangkan beberapa keperluan dari segi kewangan dan juga pusat dakwah yang bakal beroperasi kelak. Dengan adanya dana tersebut, kami menjangkakan kegiatan dakwah Baitul Adam ITMT Resources dapat dikembangkan lagi ke serata negara bagi mengimarahkan kegiatan agama dalam kelompok masyarakat yang sangat memerlukan dan dahagakan ilmu ini.

Dana yang bakal diterima, akan diagihkan kepada beberapa aspek penting di dalam kegiatan dakwah Baitul Adam ITMT Resources, antaranya ialah:-

Bil
Keperluan
Aktiviti
Dana (RM)
1.
Pengangkutan
     i.      Mengambil dan menghantar pelajar yang datang daripada golongan miskin untuk datang ke madrasah bagi mengikuti kelas.
   ii.      Memudahkan para pendakwah untuk bergerak ke destinasi dakwah.

130,000.00
2.
Peralatan Asas Pejabat
Segala Keperluan asas dalam menjalankan aktiviti kelas agama seperti:-
     i.     Whiteboard
   ii.     Kerusi & Meja
 iii.     Almari
 iv.     Katil (untuk penginapan)
   v.     Kipas & Penghawa Dingin
 vi.     Dan lain – Lain

30,000.00

3.
Peralatan IT Dan AV
Keperluan IT dan AV ini adalah sebahagian daripada alternative kami dalam menjalankan aktiviti seperti:-
     i.      Komputer
   ii.      Projector
 iii.      Pembesar Suara
 iv.      Dan Lain – Lain

30,000.00

4.
Elaun Para Petugas
Untuk menghargai khidmat yang diberikan kepada jalan dakwah ini.
50,000.00

5.
Dana Khas
Diperlukan sekiranya terdapat aktiviti tambahan seperti:-
     i.      Pembayaran Penceramah Jemputan
   ii.      Roadshow
 iii.      Pembangunan blog dakwah
 iv.      Aktiviti-aktiviti dakwah yang baru

30,000.00
6.
Keperluan Dapur
Diperlukan untuk penyediaan makanan dan minuman semasa pengajian dan aktiviti yang bakal dijalankan kelak.
Antara keperluan peralatan dapur yang diperlukan ialah:-
     i.      Pinggan Mangkuk
   ii.      Cawan
 iii.      Kuali
 iv.      Dapur Gas
   v.      Dan Lain – Lain

50,000.00
JUMLAH
320,000.00



No comments:

Post a Comment