Friday, February 5, 2016

BUKTI DAN DALIL KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK BERIMAN.



BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
ADUHAI SAHABAT DAN IKHWAN!
ALHAMDULILLAAHI WABIHI NASTA’IN WASSOLAATU WASSALAAMU ‘ALA RASULILLAAHI WA’ALA ALIHI WASSOHBIHI AJMA’IN.

Segala puji sanjung terkhusus kepada Sang Maha Pencipta yang menjadikan Cahaya KeImanan dan Keyakinan sebagai kunci pembuka selaput yang menutupi mata fikir dan mata hati! Yang meluaskan ruang minda, dan ruang dada dan Hati, dengan kelembutan Kasih Sayang dan ajaran SyariatNya. Maka mereka yang tersapa dan tersentuh Cahaya Petunjuk dan HidayahNya akan bersemayam dalam kebahagiaan dan ketenangan, merasa cukup dengan keberadaan Ilahi , dan meniti liku hidup dan usianya dalam ketaatan berubudiyyah, bertawajjuh kepada WajahNya! Mereka terbebas dari cengkaman angan-angan kosong dan ragam ilusi yang menjerumuskan!
Maka amat beruntung mereka yang menjadi pilihanNya, berkesempatan meneguk  rasa manis dan jernihnya Iman; terlebih lagi yang mencicipi dari piala Cinta-Kasih Allah Sang Maha Pengasih!     
‘Dan milikNyalah segala dimalam dan siang hari . Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.’QS. 6:13.
‘Katakanlah, ‘Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia-lah Pelindung kami, dan hanya kepadaNya berTawakkal-lah orang-orang yang beriman!’ QS. 9:51.
AMMA BA’

1.MUQADDIMAH.
Adalah suatu Hikmah atau tragedi apabila kebanyakan manusia itu tidak beriman seperti dinyatakan Allah SWT. didalam QS.12:103, bermaksud:
‘Dan kebanyakan manusia tidak beriman, walaupun engkau sangat menginginkannya.’
‘Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang dibumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.’ QS.6:116.
‘Sesungguhnya, Tuhanmu, Dia-lah yang lebih Mengetahui siapa yang tersesat dari jalanNya, dan Dia-lah lebih Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.’ QS.6:117.
Hakikat ini disebabkan beberapa faktor seperti berikut:
1.Manusia beriman hanyalah dengan izin Allah SWT. FirmanNya dalam QS.10:100, bermaksud:
‘Dan tidak seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah.’
‘Mereka tidak juga akan beriman kecuali jika Allah Menghendaki.’ QS.6:111.
2.Manusia yang diberi petunjuk namun  mengabaikan. Allah SWT . berfirman, bermaksud:
‘Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dia-lah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa disesatkan Allah maka merekalah orang-orang yang merugi.’
‘Barangsiapa yang dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak ada yang mampu memberi petunjuk. Allah membiarkannya terumbang-ambing dalam kesesatan.’QS.7:186.
3.Manusia secara fitrah penciptaannya diberikan dua pililihan, yakni, memilih kejahatan atau kebaikan; dosa atau pahala; dunia atau akhirat dan Syurga atau Neraka! Allah SWT. berfirman, bermaksud:
‘Demi jiwa serta penyempurnaan [ciptaan]nya, maka Dia Mengilhamkan kepadanya [jalan] kejahatan dan ketaqwaannya.’QS.91:7-8. Dan lagi firmanNya bermaksud:
‘Kamu menghendaki Dunia [harta benda dan sebagainya], sedang Allah Menghendaki Akhirat  bagi kamu.’ Dan lagi, firmanNya, bermaksud::
‘Mereka hanya mengetahui yang lahir sahaja dari kehidupan dunia, tentang akhirat mereka lalai.’QS.30:7.
4.Manusia melupakan Allah SWT. serta Amanat penting yang dipertaruh Allah SWT. kepada mereka sedang mereka awalnya telah menyanggupinya. Allah berfirman, bermaksud:
‘Dan janganlah keadaan kamu seperti orang yang melupakan Allah, lalu Allah membuatnya lupa kepada dirinya sendiri.’ QS.59:19. Dan lagi firmanNya, bermaksud:
‘Sesungguhnya, Kami telah Menawarkan Amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul Amanat itu, dan mereka khuawatir tidak mampu melaksanakannya [berat], lalu dipikullah Amanat itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim lagi sangat bodoh.’QS.33:72.
5.Manusia tidak sanggup menghadapi ujian-ujian Allah SWT. seperti firmanNya, QS.21:35, bermaksud:
‘Kami akan Menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kepada Kami, kalian akan dikembalikan.’ Dan lagi firmanNya, bermaksud:
‘Yang Menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.’ QS.67:2.
6.Manusia hidup tidak berpaksikan Agamanya ataupun mengabaikannya, serta menuruti hawa nafsu dan syaitan, seperti firmanNya, QS.2:208, bermaksud:
‘Wahai orang beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.’ Dan lagi firmanNya, bermaksud:
‘Janganlah kamu menurutkan hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu dari jalan Allah.’ QS.38 :26.
Dan lagi firmanNya, QS.25:43. Bermaksud:
‘Sudahkah kamu melihat orang-orang yang mengambil nafsunya sebagai Tuhannya?.’ Dan lagi, bermaksud:
‘Dan janganlah kamu mengadakan Tuhan yang lain selain Allah.’QS.51:51.
7.Manusia beramal tanpa keikhlasan. Seperti  FirmanNya QS.15:40, dengan ikhlas, mampu kalis dari godaan.
‘Kecuali hamba-hamba Engkau yang Mukhlis diantara mereka.’QS.15:40.
 Dari  Hadits Qudsi Allah menyatakan: ‘Laa taqabbalu illaa mabtughii bihi wajhi,’ Bermaksud: ‘Tiadalah akan Aku terima sesuatu amalan itu, melainkan jika ditujukan semata-mata untuk DiriKu.’ Rawahul Bukhari dari Annas.
‘Fainni laa aqbala illaa maakaana lii khaalisaa.’ Bermaksud: ‘Aku tidak akan menerima [sebagai amalan] selain daripada ikhlas untukKu.’[Minhajul ‘Abidin].
8.Manusia enggan bertaubat dan membersihkan dirinya, seperti firmanNya, bermaksud;
‘Dan katakanlah,’Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri [dari dosa dan kesesatan]. Dan kamu ku pimpin kejalan Tuhanmu supaya kamu takut kepadaNya!’
‘Berkatalah ianya, sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu , kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah SWT, Tuhan seluruh alam.’
9.Manusia tidak takut kepada Tuhan Allah SWT. Seharusnya Allah SWT. itu digeruni dan di-Imani!
‘Petunjuk dan Rahmat hanya untuk orang-orang yang Takut kepada Tuhannya.’ QS.7:154.
‘Yakni, orang-orang yang takut akan Tuhannya dalam hati mereka dan takut akan Hari Kebangkitan.’21:49.
‘Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa [Alquran] itu benar-benar dari Tuhanmu lalu mereka beriman dalam hati mereka dan tunduk kepadaNya. Dan sungguh, Allah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang beriman kepada jalan yang lurus.’ QS.22:54.
10.Manusia tidak berjihad, malah tidak melakukan amal soleh.
‘Dan barangsiapa berJihad, sungguh, Jihadnya untuk dirinya sendiri. Sungguh Allah Maha Kaya dari seluruh alam [tidak perlukan sesuatu]. QS.29:6.
‘Demi masa. Sungguh, manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, serta saling menasihati  untuk kebenaran, dan saling menasihati untuk kesabaran.’ QS.103:3.
11.Manusia mencintai dunia dan harta-benda dunia.
‘Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia!’ QS.75:20.
‘Dan kamu mencintai harta-benda, dengan kecintaan yang sebesar-besarnya [berlebihan].’ QS.89:20.
12.Manusia tidak menyembah dan mengagungkan Allah SWT. malah mengingkari, dan berbuat kepada selainnya.
QS.29:56, bermaksud: ‘BumiKu luas sembahlah Aku sahaja.’
QS. 39:67, bermaksud: ‘Mereka tidak menghormati dan mengagungkan Allah dengan sebenar-benarnya dan semestinya. Dan Maha Suci Tuhanmu Yang Mempunyai Keperkasaan dari apa yang mereka katakan’
Dengan demikian, mentradisikan penghormatan, kebesaran dan pengagungan kepada Allah SWT. melalui media DZIKIR adalah sebuah kemestian kewajiban, yang semestinya dilakukan setiap hamba kepada al-Haq! Andai anda mahu menyadari kepentingan dan signifikan amalan Dzikir, ketahuilah bahawa Malaikat yang mewadahi moment hidupnya hanya dengan Dzikir kepada Allah, akan mati jika barang seketika melupai  Dzikir kepada Allah! Cuma logika akal kita akan menyangkal kebenaran ini, oleh kerana kita melihat manusia yang ingkar malah bermaksiat kepada Allah, tidakpun mengalami sebarang kecederaan atau mudharat dari perlakuan mereka. Malah tidak pun mati kerananya! Tunggu, sebenarnya nasib mereka yang tidak berdzikir/lalai dari mengingati Allah, adalah lebih buruk! Nah! Yang pasti mati adalah Hati, Jiwa dan Rohani mereka, jika bukan jasad mereka! Maka tidak menghairankan jika kita sering menemui petualang-petualang Agama ini hidup disekeliling kita, malah bermasyarakat dengan kita! Fahamkan benar-benar permasalahan ini!
QS. 74:3. ‘Tuhan kamu itu diperbesarkan [diagungkan] lah!’  
QS. 17:111, Allah Memerintah: ‘Wakabbirhu takbiira’, bermaksud: ‘Dan agungkanlah Dia seagung-agungnya!’
13.Tuhan Allah BerSifat Berkehendak.
‘Dan tiadalah kehendak kamu melainkan Kehendak Allah jua.’ QS. 76:30.
‘Sekiranya Allah Menghendaki  [semua manusia beriman] tentu Allah Memberi petunjuk kepada manusia semuanya.’ QS.13:31.
Demikianlah sebahagian dari faktor-faktor , berselerak didalam Alquran, yang menjadi kekangan bagi manusia untuk beriman. Manusia yang semula tidak punyai bibit kecenderungan didalam jiwa untuk mencari , mengenal Tuhan dan AgamaNya, akan menjadikan kekangan-kekangan tersebut sebagai alasan untuk menjauhi Tuhan dan tidak melakukan kebaikan dan kebajikan. Nah! Mana mungkin situasi keberadaan hidup tanpa Tuhan dapat menjana Petunjuk atau Hidayah dariNya? Bermula yang baik dan Maha Sempurna itu tertentu hanya bagi Allah SWT. dan dariNya; dan yang buruk itu adalah ciptaan tangan-tangan manusia sendiri; kerana sebiji benih dapat menentukan keadaan pepohon serta buahnya, namun tidak sebaliknya! 

2. DALIL-DALIL DAN BUKTI CIRI-CIRI MANUSIA YANG BERIMAN, SEBAGAI SENARAI UKUR NILAI DIRI.
 Bagi orang-orang Islam, adalah terlalu mudah mencari jalan mudah bagi mereka mengakui yang mereka telah beriman, tanpa pembuktian! Kerana Iman itu adalah elemen atau ciri dalaman, maka agak sukar mencari kepastian walaupun bagi diri sendiri, mentelah bagi orang-orang lain! Namun begitu, penulis mengajak pembaca sama-sama melihat dan mengamati kebenaran, dengan bersandarkan kepada dalil-dalil dari Alquran yang penulis kemukakan bagi pencerahan selayaknya, samaada kita tergolong dalam kelompok yang dimaksudkan. Isu ini terlalu kritis sehingga Allah SWT. menegaskan didalam firmanNya, QS.49:14 , bermaksud: ‘Katakanlah: ‘Kamu sudah Islam, hanya Iman belum masuk kedalam hati kamu!    [ belum lagi beriman].’ Beriman hanya melalui sangkaan dan ilusi hayalan!
Betapakah pentingnya manusia disebut dan digolongkan Allah SWT. sebagai orang-orang yang beriman dan orang-orang yang Soleh? Tidaklah dapat dibayangkan dengan hanya ukuran kata-kata! Kendati Allah SWT. merumuskan dengan mampan dalam QS.49:15, bermaksud:
‘Sesungguhnya, orang-orang Mukmin yang sebenar adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya; kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berJihad dengan harta dan jiwa mereka dijalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.’
‘Mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhir, menyuruh [berbuat ] yang baik/maa’ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera [mengerjakan] berbagai kebajikan. Mereka termasuk orang-orang yang Soleh. QS.3:114.
‘Sesungguhnya, orang-orang beriman dan mengerjakan amal-amal Soleh dan Merendahkan Diri kepada Tuhan mereka. Mereka itulah penghuni –penghuni Syurga, mereka kekal didalamnya.’ QS.11:23.
‘Mereka akan mendapat negeri kedamaian didepan Tuhan mereka. Dia Melindungi mereka. Itu [semua didapat] dengan sebab amal-amal mereka.’ QS.6:127.
‘Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal Soleh, sesungguhnya, Kami tempatkan mereka pada tempat yang tinggi didalam Syurga, yang mengalir sungai-sungai dibawahnya. Mereka kekal didalamnya. Syurga adalah sebaik-baiknya balasan bagi orang-orang yang beramal, yaitu, mereka yang sabar dan tawakkal kepada Tuhannya.’QS.29:58-59.
‘’Mereka dipanggil,’ Itu adalah Syurga yang telah diwariskan kepada kalian, sebagai balasan terhadap apa yang kalian kerjakan.’ QS.7:43.
‘Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat, dan berusaha ke-arah itu dengan sungguh-sungguh, sedang ia adalah Mukmin [orang beriman], maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya  akan memperoleh balasan yang baik.’ QS.17:19.
‘Siapa sahaja yang mahu menuai tanaman [keuntungan] akhirat, Kami akan menambah tanamannya. Siapa sahaja yang menghendaki dunia, kami akan memberikannya, hanya diakhirat dia tidak mendapat bahagian.’ QS.42:20.

3.SENARAI UKUR DIRI.
Berikut adalah pencerahan diantara ciri-ciri lain yang harus dimiliki oleh Mukmin sejati:
1.Manusia yang beriman beroleh Taufiq dan Hidayah [petunjuk] dari Tuhan, sebagai pemangkin bagi kelangsungan beriman, taat, tunduk dan berubudiyyah kepadaNya. FirmanNya dalam QS. 22:54, bermaksud:
‘ Dan sungguh, Allah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.’ QS.22:54.
‘Dan barangsiapa yang mengImani  Allah [dengan sungguh-sungguh], maka Dia menunjuki hatinya. Dan Allah itu maha Mengetahui segala sesuatu.’QS.64:11.   
‘ Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan mendapat Hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam.’ QS.6:125.
‘Barangsiapa yang dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak ada yang mampu memberi petunjuk. Allah membiarkannya terumbang ambing dalam kesesatan.’ QS.7:186.
2.Manusia yang beriman sentiasa berpaksikan kepada pembersihan dan penyucian hati dan jiwa, kembali berinabah kepada Allah, melalui amalan Taubat, Istighfar dan amal soleh seharian didalam hidup. Praktis begini menjadikan perisai baginya dari kegelinciran melakukan dosa, secara sengaja ataupun tidak sengaja! Firman Allah QS.24:31 , bermaksud:
‘ Dan berTaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang beriman, supaya kamu berjaya.’
‘Wahai orang-orang beriman! BerTaubatlah kamu dengan Taubat Nasuha [semurni-murni dan sebenar Taubat], mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu kedalam Syurga-Syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman dengannya.’ QS.66:8.
‘Inilah nikmat yang dijanjikan kepada setiap orang yang sentiasa berTaubat kepada Allah dan memelihara segala peraturanNya.’ QS.50:32.
‘dan ia datang dengan hati yang berTaubat. Masuklah  ke[dalam Syurga] dengan aman dan damai. Itulah hari yang abadi.’QS.50:33.
‘[yaitu] pada hari [ketika] harta dan anak-anak tidak berguna; kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih’ QS.26:88-89.
‘melainkan orang-orang yang berTaubat, berIman dan berAmal Soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan tidak dizalimi [dirugikan] sedikitpun.’ QS.19:60
‘Sungguh, Allah mencintai orang-orang yang berTaubat dan orang-orang yang bersih.’ QS.2:222.
 3.Manusia yang beriman berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwa.
 ‘BerJihadlah dijalan Allah sebagaimana kamu dikehendaki berJihad.’QS.22:78.
‘Dan berJihadlah kamu dijalan Allah dengan Jihad sebenarnya. Dia telah memilih kamu.’QS.22:78.
QS.49:15, bermaksud: ‘Sesungguhnya, orang-orang  beriman [Mu’min] yang sebenar-benarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu ,dan mereka berJihad dengan harta dan jiwa mereka dijalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.’
QS.4:95, bermaksud: ‘Tidaklah sama antara orang beriman yang duduk [tidak turut berperang/jihad] tanpa punyai uzur dengan orang yang berJihad dijalan Allah dengan harta dan jiwanya.Allah melebihkan darjat orang-orang yang berJihad dengan harta dan jiwa mereka  atas orang-orang yang duduk [idak turut berperang tanpa uzur]. Kepada masing-masing, Allah menjanjikan [pahala] yang baik [Syurga]; dan Allah melebihkan orang-orang yang berJihad  atas orang–orang yang duduk, dengan pahala yang besar.’
‘yaitu beberapa darjat daripadaNya serta Ampunan dan Rahmat. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.’QS.4:96.
 4.Manusia yang beriman diberi Allah ilmu [Hikmah] dengan sebutan istimewa sebagai Ulul-al-bab dan diangkat darjat mereka oleh Allah.QS.58:11, bermaksud:
‘Allah akan mengangkat darjat orang-orang beriman diantaramu dan orang-orang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha teliti atas apa yang kamu kerjakan.’
‘ Allah memberikan Hikmah kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang diberi Hikmah , sungguh, telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tiada yang dapat mengambil pelajaran melainkan Ulul al-Bab.’ QS.2:269.
‘Dan tidaklah mendapat pelajaran , hanyalah orang-orang yang kembali kepada Allah [Inabah/Taubat]. Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepadaNya.’QS.40:13-14.
‘Dan Allah telah menurunkan Alquran dan Ilmu Hikmah kepadamu dan telah mengajar kamu apa yang belum kamu ketahui . Kurniaan Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar.’ QS.4:113.
‘Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? Sebenarnya, hanya golongan Ulul-al-bab [berakal cerdik/sihat] yang dapat memahami/menerima pelajaran.’ 39:9.
Sungguh, manusia beriman dan bergelar Ulul-al-bab, adalah pemilik ilmu sebenar  dan mempunyai darjat amat tinggi disisi Allah SWT.!        
5.Manusia beriman itu bertaqwa dan amat takut kepada Allah.
‘BerTaqwalah kamu kepada Allah, jika kamu orang-orang berIman!’ QS.5:57.
‘Wahai orang-orang beriman! Hendaklah kamu berTaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar Taqwa.’ QS. 3:102.
‘Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar [siddiqqin].’ Harus orang-orang beriman mendampingi Ulama-Ulama dan ‘Alim Billah!
‘Bertaqwalah kepada Allah, biar setiap diri melihat apa persediaan menghadapi  hari mendatang [akhirat].’QS.59:18. Bersedialah dengan bekal amalan buat Akhirat! Taqwa adalah sebaik amalan!
‘[yaitu] orang-orang yang takut [azab] Tuhannya, sekalipun mereka tidak melihatNya, dan mereka merasa takut akan [tibanya] Hari Kiamat.’ QS.21:49.
‘Sebenarnya, barangsiapa yang menepati janji dan bertaqwa, maka, sungguh Allah mencintai orang-orang berTaqwa,’ QS.3:76.
‘Dan takutlah pada Hari [ketika] kamu semua dikembalikan kepada Allah . Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi [dirugikan].QS.2:281. Seorang Syaikh menyatakan, suatu waktu dia membaca ayat ini, lalu suara dari langit berseru: ‘Janganlah membaca keras-keras, kerana 4 jin dan malaikat telah mati kerana merasa ngeri mendengarnya.’
‘[Ingatlah] hari [ketika] Kami mengumpulkan orang-orang yang berTaqwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sebagai perutusan [kafilah] terhormat, dan Kami akan menghalau orang-orang yang derhaka keNeraka Jahannam dalam keadaan dahaga.’  QS.19:85-86. Dikhabarkan bahawa apabila ayat ini dibacakan kepada Al-Miswar bin Mukramah r.a., beliau jatuh tersungkur lalu wafat!
‘Dan seandainya kamu melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhannya [tentulah kamu melihat peristiwa yang mengharukan].’ QS.6:30. Diberitakan, Yahya al-Bakka menjerit keras lalu jatuh sakit selama 4 bulan hingga dijenguk rakyat dari berbagai penjuru Basrah!
‘Sungguh, orang-orang yang Takut Tuhannya, mereka sangat berhati-hati!’ QS.23:57.
‘Sesungguhnya, aku Takut kepada Allah , Tuhan seluruh alam!’QS.59:16.
‘Sekiranya, Kami turunkan Alquran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah.’QS.59:21.
‘Berdoalah kepadaNya dengan rasa Takut dan penuh Harap [rindu]. Sungguh, Rahmat Allah sangat dekat kepada orang–orang yang berbuat kebaikan.’QS.7:56.
6.Manusia beriman tenang, teguh mantap iman, khusyu’[terutama dalam solat], sujud menangis dan gementar hati mendengar dan menyebut nama Allah.
‘Dan barangsiapa yang berpegang teguh kepada Allah, sesungguhnya ia telah diberi Petunjuk kepada jalan yang lurus.’ QS.3:101.
‘Sungguh telah beruntunglah orang-orang beriman; yaitu, orang-orang yang Khusyu’ dalam solatnya. QS.23:1-2.
‘Orang-orang beriman, tenang tenteram hati mereka dengan Dzikrullah. Ketahuilah hanya dengan Dzikrullah itu hati menjadi tenang tenteram.’ 13:28.
‘Sesungguhnya, orang-orang yang berIman adalah mereka yang apabila disebut Nama Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan Ayat-AyatNya kepada mereka, bertambah [kuat] iman mereka, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal.’ QS.8:2-4.
‘[yaitu], orang-orang yang melaksanakan Solat dan yang menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.’
‘Mereka itulah orang-orang yang benar-benar berIman. Mereka  akan memperoleh darjat [tinggi] disisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki [nikmat] yang mulia.’
‘gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka, ketika mengingat Allah. QS.39:23.
‘Apabila dibacakan Ayat-Ayat Yang Maha Pengasih kepada mereka , maka mereka tunduk sujud dan menangis.’QS.19:58.
‘Sesungguhnya, orang yang telah diberi pengetahuan sebelumnya, apabila [Alquran] dibacakan kepada mereka , mereka menyungkurkan wajah , bersujud,’ dan mereka berkata,’ Mahasuci  Tuhan kami; sungguh, janji Tuhan kami pasti dipenuhi.’ Dan mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.’ QS.17:107-109.
7.Manusia beriman memelihara pandangan dan kemaluan.
 ‘Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.’ QS.24:30.
‘Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka  menjaga pandangannya , dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya [auratnya], kecuali yang [biasa] terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya [auratnya]...’ QS. 24:31
8.Manusia beriman bertawakkal kepada Allah sepenuhnya. ‘Cukuplah Allah bagiku; kepadaNyalah orang-orang bertawakkal berserah diri.’QS.39:38.
‘Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu berTawakkal , jika benar-benar kamu orang yang beriman.’QS.5:23. Maksud essensi ayat ini mengisyaratkan kepasraan diri kepada Allah al-Haq  dengan memperlakukan diri, sejalan dengan KehendakNya, apapun yang dikehendaki  al-Haq terhadap dirinya.
9.Manusia beriman mendapat perlindungan, mendapat Nur Petunjuk, banyak berdzikir dan tunduk hati berdzikir kepada Allah.
‘Allah Pelindung orang-orang berIman dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada Cahaya [Iman]‘ QS.2:257.
 ‘Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk [menerima] Agama Islam lalu dia mendapat Cahaya [Nur Petunjuk] sama dengan orang-orang yang kesat membatu hatinya? Maka CELAKAlah mereka yang hatinya telah kesat/membatu dari mengingat [DZIKIR] Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.’  ‘QS.39:22.
‘Wahai orang-orang beriman! Ingatlah Allah dengan ingatan sebanyak-banyaknya [perbanyakan berdzikirullah].’                QS.33:41.
‘Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring.’ QS.3:191.
‘Belumkah tiba waktunya bagi orang-orang yang berIman, tunduk khusyu’ mengingati Allah dan mematuhi kebenaran.’ QS.57:16.
10.Tidak mengkhianati Allah dan Rasul, taat, beriman dan beramal Soleh.
‘Hai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.’  QS.8:27.
‘Wahai orang-orang beriman! Rukuklah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan agar kamu beruntung.’ QS.22:77.
‘Allah telah menjanjikan kepada orang-orang beriman dan beramal Soleh bahawa mereka mendapat ampunan dan pahala yang besar.’ QS.5:9.
11. Manusia beriman menepati janji.
‘Barangsiapa menepati janji dan bertaqwa, maka sungguh Allah mencintai orang-orang bertaqwa. QS.3:76.
‘Dan penuhilah janji kepadaKu nescaya Aku Penuhi janjiKu kepadamu; hanya kepadaKulah kamu harus takut/tunduk.’QS.2:40.
‘Dan sungguh beruntung orang-orang yang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya. QS.23:8.
12.Manusia Mukmin itu beriman kepada Allah, Rasul, Alquran dan Kebenaran.
‘Dan mengapa kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada Kebenaran yang datang kepada kami ; padahal kami sangat-sangat ingin agar Tuhan kami memasukkan kami kedalam golongan orang-orang yang Soleh.’QS.5:83.
‘Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada[Agama]Nya, Allah akan Memasukkan mereka kedalam Rahmat dan Kurnia dariNya [Syurga], dan menunjukkan mereka Jalan yang lurus kepadaNya.’ QS.4:175.
‘Kami Teguhkan hatimu dan didalamnya telah diberikan kepadamu [segala] kebenaran nasihat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.’ QS.11:120.   
13.Manusia beriman itu Allah jadikan Khalifah/penguasa dimuka bumi.
‘Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal Soleh bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka Khalifah/Penguasa dimuka bumi.’QS.24:55.
‘Dia-lah yang menjadikan kamu sebagai Khalifah dimuka bumi.’ QS.6:165.
‘Allah lebih Mengetahui dimana Dia Menempatkan tugas keRasulan.’QS.6:124.
14.Manusia beriman itu amat mencintai Allah SWT.; cinta mencintai dan redha meredhai.
‘Mereka orang-orang beriman amat mencintai Allah.’ QS. 2:165.
 ‘Dia [Allah] mencintai mereka, dan mereka pun mencintaiNya.’ QS.5:54.
‘Katakanlah, ‘Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah Mencintaimu dan Mengampunkan dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.’  QS.3:31.
‘Allah Redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNya. Itulah kemenangan yang Agung.’ QS. 5:119.

4.PENUTUP.
‘Bagi setiap orang, ada darjat dari segala apa yang dilakukannya. Dan Tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan.’QS.6:132.
‘Manusia tidak akan mendapat balasan, kecuali hasil dari apa yang dijalaninya. Kemudian, dia akan mendapat balasan yang sempurna.’ QS. 53:39-41.
‘Dan sekali-kali, bukanlah harta dan bukan [pula] anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun. Tetapi, orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal Soleh; mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa ditempat yang tinggi didalam Syurga.’ QS. 34:37.
Demikian, semoga dengan pencerahan diatas dapatlah kita melihat kedalam diri kita sendiri dengan sejujurnya; apakah kita memiliki ciri-ciri yang disenaraikan? Andai tidak, kenapa, lalu bagaimanakah kita selama ini menjalani Agama tanpa berilmu; atau bertaklid secara ikut-ikutan? Seterusnya, bagaimana sebenarnya menjalani hidup beragama? Dan menepati  ciri-ciri dan kehendak Tuhan Allah Azza wajalla dan RasulNya?
Lalu bagaimanakah dia yang Agamanya adalah hawa nafsu, fikirannya hanya tertuju kepada urusan-urusan duniawinya, yang bukan orang yang bertaqwa kepada Tuhan, dan bukan juga seorang Ahli Marifah dan juga bukan seorang pilihan Tuhan Allah SWT.?

5.WAHAI ANDA YANG MENCARI PETUNJUK!
Ketahuilah, semoga Allah SWT. memahamkan kita akan KeberadaanNya dan Kebenaran AgamaNya dan menjadikan kita Insan terkasih dan dikasihiNya!
‘Tetaplah memberi peringatan; ia bermanfaat kepada orang-orang beriman[Mukmin].’QS.51:55.
’Dan sungguh Allah Pemberi Petunjuk , bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus.’ QS.22:54.
‘Allah Memberi petunjuk kepada Cahaya Nya, kepada orang-orang yang Dia Kehendaki.’ QS.24:35.
‘Kami jadikan Alquran itu Cahaya dengannya Kami Memberi  Petunjuk kepada siapa yang Kami Kehendaki antara hamba-hamba Kami.’QS.25:52.
‘Dan Allah Mengatakan yang sebenar-benarnya dan Dia Menunjukkan Jalan yang Benar.’QS.33:4.
‘Sungguh ini adalah peringatan . Barangsiapa menghendaki  nescaya dia mengambil jalan [yang lurus] kepada Tuhannya.’ QS. 73:19.
Semoga dengan Kemurahan dan Kesantunan Sang  Maha Pengasih, dapatlah kita menyelami samudera Iman dan Haqq al-Yaqin. Agar dapat menjulang kembali kealam tinggi. Kendati dapatlah kita memelihara keislaman dan Keimanan serta memberi  cahaya fahaman yang menerangi akal fikiran. Disamping mendapat Hidayah dan Perlindungan Allah azza Wajalla, sehingga beroleh Hikmah kebijaksanaan mampu menerangi sesama, dan menebar kebahagiaan, kesejahteraan dan keselamatan Ummah sejagad!
‘ALLAHUMMA! Semoga Selawat dan Salam tetap tertuju kepada Insan Kamil terkasih, yang berkelana disepi malam hari dari Makkah hingga sampai kehadapan Haderat keagunganMU, ya Allah! Serta keluarga yang Engkau sucikan, para pembingkis amanah Hikmah dan Keilmuan, Satria-Satria pencerah penyelamat umat, dan para pengusir kegelisahan, sehingga hari akhir!’

ALHAMDULILLAH.
WABILLAHIT TAUFIQ.
TABARAKALLAAHI RABBIL ‘ALAMIIN.
BLOG TN, MBA  SELANGOR. 31.01.2016.