ADUHAI SAHABAT DAN IKHWAN!
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
ALHAMDULILLAH. Wabihi nasta’in billaahi
Ta’ala. Wabillaahi, wa minallaahi, wallahi, wailallaahi, wafillaahi,
walhamdulillaahi, wala haula wala quwwata illa billaahi. Alhamdulillaahi
wahdahu, Wassolaatu wassalamu ‘ala Rasulillaahi wa’ala aalihi wasahbihi waman
taba’ahu wawaalah.
Bermula segala puji sanjung adalah milik
Allah SWT., pemilik semesta alam!
‘Dia [Allah] yang mengutus RasulNya dengan
membawa petunjuk dan Agama yang benar, untuk memenangkan [menakluki] atas
segala agama, meskipun orang-orang Musyrik membencinya.’ QS.61:9.
‘Allah memilih orang-orang yang Dia
kehendaki kepada Agama Tauhid dan memberi Petunjuk kepada [Agama]Nya, bagi orang-orang yang
kembali [kepadaNya].’ QS.42:13.
Ta’ajub dan tercengang batin sanubari
manusia dipintu keAgunganNya. Silaulah pandangan dan terpukaulah penglihatan dari benderang sinaran Nur TajjalianNya. Dia-lah yang TajjaliNya
nyata disegala Lubb Sukma setiap insan
pilihanNya. Dia-lah yang mengetahui dan mendengar segala gerak gerik getaran
dan luahan rengekan bicara kata-kata hati para KekasihNya!
Dalam mengatur kuasa-kuasa Qudrah dan
Iradah kehendakNya, Dia tidak sekali-kali
memerlukan Syurah atau pendokong, dari pihak mana sekalipun. Kerana Dia
adalah MAHARAJA dari segala Raja [Malikul Mulk]; mutlak tanpa sekongkol dan sekutu!
Hanya kepada Dia sahaja sembahan, Taqwa dan
Ubudiyyah hamba-hambaNya harus dihadapkan. Walau hanya Dia Yang Maha Berkuasa
membolak-balikkan kemudi Qalbu-Qalbu hamba-hambaNya, namun Dia jua yang
bersedia menerima ampun; bersedia
menutupi segala aib, dan melepaskan himpitan dan kesulitan hidup
hamba-hambaNya!
Semoga diri-diri kalian dimuliakn dengan
pancaran murni Cahaya Hidayah Ilahi!
AMMA BA’DU.
1.MUQADDIMAH
Agama Islam, seperti juga yang sama dibawa
oleh Saidina Ibrahim a.s., Musa a.s, Isa a.s
dan berapa ramai lagi tokoh-tokoh Rasul yang lain, adalah Agama Samawi
yang diutuskan kepada yang teristimewa, Saidina Muhammad saw. Sebagai Rahmat
dan maslahat kepada umat, maupun bagi seluruh alam semesta!
Pastinya, kesempurnaan anutan Agama besar ini diasaskan, diteraskan, dipaksi dan
dibuktikan atas kebenaran Alquran dan Sunnah Rasulullah saw.
Namun, malang dan tragis sekali, diNegara
ini, IlmuTarikatTasawwuf, yakni, sisi sebagian lagi ilmu integral dalam Islam, tidak diterokai dan diterima dengan sewajarnya
oleh pihak Berwajib sehingga menjadikannya sebagai ‘mainstream’, atau gerakan
dan pegangan arus perdana, sebagai wadah Tauhid dan keyakinan dalam beragama
bagi umat! Sebaliknya, selama ini, Ilmu TarikatTasawwuf dimomok, diasak, ditekan, dihasut, difitnah, ditolak,
malahan kelompok yang bergerak atas nama TarikatTasawwuf akan berdepan dengan
dakwaan dan benterasan kuasa Undang-Undang Syar’I Negara, yang bersifat jumud!
Jadi, adakah menghairankan, dari saat
penulis celik-mata melihat kepada
pengamatan, kefahaman dan praktis tentang Agama Islam, khusus diNegara ini, yakni,
sudah setengah abad berlalu, Pihak Berwajib masih lagi dibingungkan, diakhir-akhir
ini, oleh pengembangan dakyah ideologi dan isim-isim mengarut seperti pluralisma,
liberalisma, radikalisma, ekstremisma, modernisma, LGBT, Wahabbiyah,
Mu’tazilah, Shi’ah, dll; dan ditambah pula lagi oleh peningkatan jenayah dan
gejala sosial yang semakin tidak menemui noktah penurunan atau pembasmian. Mereka
[Pihak Berwajib] yakin dan percaya bahawa Agama Islam itu ‘awesome’ dan adalah
solusi kepada apa jua permasalahan! Maka dari saat itu, bermulalah pencarian yang
amat panjang akan hakikat ‘fatamorgana’ ini! Dan sehingga saat ini, mereka
masih lagi teraba-raba, dan tercari-cari formula dalam Agama; dan propa
pencarian ini, akan diulangi setiap tahun, terutama disaat menyambut Maal
Hijrah, kata-kata dan lolongan propagandis seperti, ‘Kita hendaklah kembali
kepada Islam yang sebenarnya!’ ‘Kita hendaklah kembali kepada Alquran dan
Hadits.’ Begitu tragis dan cemas, ibarat panas-panas tahi ayam!
Persoalannya, bilakah agaknya akan berakhir
pencarian ini dan tuntas menemui noktah
pencariannya?! Dan lebih menakjubkan, apakah Pihak Berwajib ini memiliki
fakulti dan indera kearifan, dan mampu mengenal-pasti apabila berdepan dengan
apa yang mereka sebut-sebut sebagai ‘Islam sebenarnya!’ Maaf, kerana tidak ada
trofi kepada jawapan yang betul!!! Mungkin disuatu hari langit akan kembali
cerah? Mungkinkah?
2.RAHMATULLAH
Sebuah Hadits Qudsi HR Asy-Syaikhan dari Abi
Hurairah r.a. menyebut:
‘Lammaa khalaqallaahul khalaqa kataba fi
kitaabi fahua ‘indahu fauqal ‘arsyi inna rahmati ghalabat ghadhabi wafi
riwaayatin sabaqat ghadhabi.’ Bermaksud:
‘Tatkala telah dicipta Allah SWT. akan
makhluk, menulislah oleh Malaikat di Lauh Mahfudz, sekira-kira begini:
‘Bawasanya RAHMATKU telah mengerasi atau melebihi akan KemurkaanKu.’ Pada satu
riwayat lain: ‘Telah mendahului akan KemurkaanKu.’
Bahawasanya bagi Allah SWT. Itu 100 RAHMAT,
yang mana, dari bilangan tersebut , telah diturunkan hanya 1 RAHMAT sahaja. Dikongsi yang satu ini
diantara Djin, manusia dan segala haiwan; yang dengannyalah makhluk-makhluk
ini berkasih-kasihan, berlemah-lembut;
dengannya juga makhluk haiwan buas
berlemah-lembut dan berkasih-sayang dengan anak-anaknya! Dan Allah SWT
menta’khirkan akan yang 99 RAHMAT lagi itu, agar berkasih-sayang diantara
mereka hamba-hambaNya dan Tuhan dihari Akhirat kelak!
Maka apakah yang mengekang hubungan
simbiosis dikalangan makhluk-makhluk ini dan Tuhan Allah SWT. ketika hidup
didunia [Alam Syahadah], yang hanya bersifat materi ini! Sedangkan ketika di-alam
Ajsam, Muluk, Roh, Malakut dan Jabarut, yang bersifat immateri , hatta,
bersifat Ghaib semata-mata, kesemua
mereka hanya ‘compliant’ atau akur mendasari garisan ‘blueprint’ penciptaan mereka!
Walaupun setelah mereka terikat dengan
kontrak ikatan sumpah taat-setia, ketika di-alam Ghaib, QS.7:172; namun setelah
mereka di-alihkan kehidupan ke-alam dunia pula, Tuhan Allah SWT. dengan
RahmatNya Yang Maha luas memberikan kebebasan memilih menurut kehendak dan
takdir pilihan masing-masing!
Beriman maupun kufur terhadap Tuhan Allah
SWT., mereka masih mendapat perolehan rezeki dan serba ragam nikmat kehidupan! Kendati,
disini tersimpan Rahsia terbesar kesembunyian Takdir sebenar yang meliputi
liku, susur-galur perjalanan citra kehidupan seseorang insan meniti dan
bermuamalah dengan Tuhan dan sesama insan lain! Fahamkan benar-benar!
Allah SWT berfirman dalam QS. Yusuf:53,
bermaksud:
‘Dan aku tidaklah membebaskan diriku dari kesalahan kerana sesungguhnya
nafsu [Amarah] itu suka menyuruh
kepada keburukan, kecuali siapa yang telah diberi RAHMAT oleh Tuhanku. Sesungghnya, Tuhanku Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.’
Walau berbekal dengan jalan Taqwa sebagai
pilihan namun, manusia tidak sunyi dari Nafsu, dan tidak mungkin
dapat melepaskan diri dari dominasi
Nafsunya . Kerana dengan ketiadaan Nafsu, hilanglah ciri kemanusiaannya.
Kendati, yang dicela Agama ialah apabila manusia itu tunduk kepada Hawa Nafsu dan menjadikannya sebagai Tuhan! Seperti diselar Tuhan Allah SWT. dalam QS.25:43,
bermaksud:
‘Sudahkah engkau [Muhammad] melihat orang
yang menjadikan hawa nafsu keinginannya
sebagai tuhannya? Apakah engkau akan menjadi pelindungnya.’
Rasulullah saw. juga menyebut dalam sebuah
Hadits, bermaksud:
‘Man ahabba syai’un fahua ‘abdu.’
Bermaksud: ‘Barangsiapa kasih kepada sesuatu maka bertuhankan sesuatu.’ Justeru,
kasih kepada nafsu menjadikan seseorang, hamba kepadanya!
Lantas, bagaimanakah dia yang Agamanya
adalah hawa Nafsu ; fikiran dan tumpuan hanya tertuju kepada urusan-urusan
duniawinya, dan dia bukan tergolong dalam orang beriman dan bertaqwa kepada
Tuhan Allah Azza waJalla; juga bukan seorang Ahli Marifat, dan juga bukan salah
seorang pilihan Tuhan?
Sungguh bujukan hawa nafsu itu sinonim
dengan bujukan Syaitan, ketika ia berkata kepada manusia, ‘Kafirlah kamu!’ Kemudian ketika manusia itu telah menjadi
kafir, ia berkata, ‘Sesugguhnya aku berlepas
diri dari kamu, kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah , Tuhan
seluruh alam.’
Rujuk QS.59:19, bermaksud:
‘Janganlah kamu seperti orang-orang
yang lupa kepada Allah, sehingga Allah
menjadikan mereka lupa akan diri
sendiri. Mereka itulah orang-orang fasiq.’
Namun, manusia itu seharusnya sedar akan
keluasan Sifat RAHMAT Allah SWT. dan seharusnya merasakan keperluan bermuamalah langsung denganNya, bagi meraih
perkenan kelembutan Kasih SayangNya.
Sewajarnya, manusia itu melantunkan
puji-pujian atas nikmat yang umum dan menyeluruh; disamping mengucapkan kesyukuran atas nikmat yang
khusus dan hanya diberikan kepada mereka yang memperoleh kurnia keutamaan.
Memuji adalah mengungkap terima kasih dan
pengagungan, diatas segala kemurahan dan kedermawananNya. Para Kekasih Tuhan,
lebih-lebih lagi mendapat limpahan kurnia
keunggulan. Mereka adalah yang telah mencapai darjat Cintakasih dan
intimasi dengan Sang Pencipta; seperti para Nabi dan Aulia-AuliaNya, yang
menduduki darjat yang berbeda, sedang diantara mereka ada yang diunggulkan
diatas yang lain. Dan firmanNya dalam QS.6: 132, bermaksud:
‘Dan setiap yang memperoleh Darjat-Darjat
[seimbang] dengan apa yang dikerjakannya. Dan Tuhanmu tidak lengah dari apa
yang mereka kerjakan.’ Dengan kata lain, keunggulan merupakan kurnia keutamaan.
Seperti firmanNya lagi:
‘Allah menentukan siapa yang dikehendakinya
[untuk dikurniai] RAHMATNya, Allah mempunyai kurnia yang besar.’QS.2 105.
3.PENGERTIAN TARIKAT BERSERTA NAS DAN DALIL-DALILNYA.
Agama Islam, seperti digaris dan
dipersetujui oleh Jumhurul Ulama, bertitik-tolak
dari pemahaman dan pelaksanaan Syariat Zahir Agama Islam, yakni merangkumi
Rukun dan Hukum-Hakamnya, maupun Syariat Batin Agama Islam, yakni pelaksanaan
dan pengertian Hakikat , yakni intipati Syariat. Lebih jelas, dengan tujuan untuk menjernihkan dan memurnikan lagi, kemudian untuk
menghubungkan Jalan Syariat itu dengan Jalan Hakikat, tidak boleh tidak,
memerlukan suatu mekanisma penghubung ,yang disebut sebagai TARIKAT.
Justeru Saidina Ali Abi Talib menyebut:
‘Asyarii’atu bilal haqiiqati ‘aatilah;
walhaqiiqatu bilal syarii’ati baatilah.’ Bermaksud:
‘Bermula tiada sah Syaria’t tanpa Hakikat;
dan tiada sah pula Hakikat tanpa Syaria’t’ – tetapi adalah WAJIB menghimpunkan
antara keduanya, bagi tiap-tiap Mukallaf.
Berkata pula Imam Malik:
‘Man tafaqqaha bighairi tasauwufin faqad
tafassaqa; wa man bighairi tafaqqahin faqad tazandaqa; wa man jama’a bainahumaa
faqad tahaqqaq.’ Bermaksud:
‘Barangsiapa berFiqih sahaja tanpa
berTasawwuf nescaya berlaku Fasiq. Dan barangsiapa berTasawwf tanpa berFiqih nescaya
menjadi golongan Zindiq [Penyeleweng Agama]. Dan barangsiapa melakukan
kedua-duanya, nescaya menjadi golongan ISLAM HAKIKI/TULEN.’
Dengan demikian Rasulullah saw. akui dan
bersabda, bermaksud:
‘Pada malam ketika aku diIsra’Mi’rajkan,
aku diberi tiga[3] Ilmu; Ilmu yang WajIb aku sampaikan; Ilmu yang terserah aku
menyampaikan atau tidaknya; dan Ilmu yang Wajib aku simpan.’ Dan lagi Hadits:
‘Al’Ilmu I’lmaanii ‘Imu filqalbi faza
likal’Ilmal nafii wa ‘Ilma ‘alal lisaani; faza lika hujjallaah ‘ala banii
Aadam.’ HR Khatib dan Dailami. Bermaksud:
‘Ada dua[2] macam Ilmu – Ilmu al-Qalb [Ilmu
Qalbu], dan Ilmu al-Lisani [Ilmu Lisan/lahir]. Ilmu Qalbu merupakan Ilmu yang
Manfaat, sedangkan Ilmu al-Lisan, merupakan HUJAH Allah yang diberikan kepada
manusia.’ Rasulullah saw. turut mengokohkan dengan sebuah Hadits lagi dengan
menyebut:
‘Asyarii’atu aqwaali, wat tariiqatu
af’aalii, wal Haqiiqatu Haali, wal Ma’rifatu raksu maalii.’ Bermaksud:
‘Bermula SYARIAT itu beberapa perkataanku;
dan bermula TARIKAT itu beberapa perbuatanku; dan bermula HAKIKAT itu hal
pendirianku; dan bermula MARIFAT itu kepala hartaku [yakni, keuntunganku].’
Sehingga Allah SWT. tuntas menyebut
perkataan TARIKAT itu didalam Kitab
Alquran, yakni, terdapat pada 5 SURAH dengan jumlah Sembilan baris ayat-ayat!
Demikian para Ulama Tasawwuf telah
mendasarkan TARIKAT sebagai perintah dari Allah SWT. terutama dengan QS.al-Djin[72]:16,
bermaksud:
‘Dan bahawasanya: Jikalau mereka tetap
berjalan lurus atas TARIKAT , benar-benar Kami
akan memberikan minuman kepada mereka air yang segar [rezeki melimpah-ruah].’
Dari penyelidikan para Ulama Tarikatussufiyyah
Mu’tabarah, sebenarnya dasar hukum Tarikat dapat dilihat dari beberapa segi,
antara lain:
1.Kewujudan amalan-amalan dalam Tarikat
adalah bagi maksud pencapaian pelaksanaan Syariat itu sendiri secara tertib
lagi teguh diatas norma-norma yang semestinya diperintahkan Allah SWT. dan
RasulNya, seperti disentuh oleh firman diatas. Demikian jelas ayat ini dijadikan
pegangan hukum dasar melaksanakan amalan-amalan seperti yang diajarkan; walaupun
ada penentangan dan pendapat yang sebaliknya. Jumhur, Ulama Tarikat Mu’tabarah
mentadabburi lalu meyakini ayat dasar
hukum ini secara tersurat/literal/lafadznya, maupun secara tersirat/hakiki/’substance’nya,
adalah jelas merupakan tempat sumber hukum
di izinkan melaksanakan amalan-amalan Tarikat.
Kerana, hanya dengan mengamalkan ajaran
Tarikat sahaja,yang mampu menghasilkan segala tujuan melaksanakan Syariat Lahir
dengan sebenar-benarnya [adil, Ikhlas, khusyuk, tadharru, tawadhu’, dll.],
sesuai seperti diperintah dan dikehendaki oleh Allah SWT. dan RasulNya!
2.Dari lensa materi pokok dan teras amalan
Tarikat itu, yang adalah berupa wirid Dzikrullah. Para Ulama Tarikat Mu’tabarah
telah mencipta pelbagai syarat, rukun dan pelbagai kaifiyat, misalnya, waktu,
jumlah dan cara melaksanakannya. Kesemua ini bukanlah dicipta
sewenang-wenangnya oleh mereka, malahan, ia tidak menyimpang dari tatanan Syara’,
secara prinsipnya. Amalan Dzikrullah sebagai amalan pokok dan teras, dilakukan secara langsung dan terus menerus,
dengan maksud dan tujuan menghindarkan diri dari sesuatu yang dapat membawa kemudharatan,
akibat lupa kepada ALLAH SWT.
Ini sesuai dengan QS. Al-Ahzab:41-42,
bermaksud:
‘Hai orang-orang beriman! Berdzikirlah
[dengan menyebut Nama] Allah, Dzikir yang sebanyak-banyaknya . Dan bertasbihlah
kepadaNya diwaktu pagi dan petang.’
Bunyi dan maksud ayat ini amat jelas bahawa
Allah SWT. telah memerintahkan kepada sekelian orang-orang beriman untuk tetap
sentiasa [Dawami], yakni kekal berDzikir dan bertasbih [24/7/365], dengan
menyebut nama ‘ALLAH’, dilakukan saban
masa dan ketika; pagi, petang; siang dan malam!
Tuntas, amalan Dzikir yang diperintah Allah
SWT. pada ayat diatas adalah jelas bersifat ‘MUTLAQ’, tanpa ada ‘Qayyid’nya,
dalam erti kata bahawa Syariat Dzikir,
dan bentuk asal hukumnya,masih bersifat universal. Lantaran Rasulullah saw. sendiri
tidak banyak merincikan tentang ‘Qayyid’nya, baik berbentuk syarat-syarat , rukun-rukun maupun
Kaifiyat-Kaifiyatnya.
Walaupun demikian, dalam sebuah Hadits yang
panjang, Saidina Ali Abi Talib meriwayatkan, bermaksud:
‘Aku katakan, Ya Rasulullah! Manakah
Jalan/Tarikat yang sedekat-dekatnya kepada Allah dan semudah-mudahnya atas
hamba Allah, dan semulia-mulianya disisi Allah SWT.?’ Maka sabda Rasulullah:
‘Penting atas kamu berkekalan
/senantiasa berdzikir kepada Allah. ‘ Maka berkata Ali: ‘Setiap orang berdzikir
kepada Allah?’ Maka sabdanya lagi: ‘Ya Ali , tidak akan terjadi Kiamat sehingga
tiada tinggal lagi atas permukaan bumi ini, orang yang mengucapkan ALLAH,
ALLAH,..’ sehingga akhir Hadits.
Kendati adalah menjadi tugas dan peranan
Ulama-Ulama Tarikat Mu’tabar mencipta rejim
amalan serta pelaksanaan amalan-amalanTarikatussufiyyah tersebut, lalu
diterima-pakai oleh umat!
3.Perlu diketahui bahawa maksud, tujuan
sasaran dan matlamat pokok beramal dengan Ilmu Tarikatussufiyyah adalah bagi
mencapai keadaan dan kewujudan rasa ‘Manunggal’[Tauhid,PengEsaan], diantara
hamba dengan Tuhan Allah Azza waJalla. Sebagai
natijah dari ketekunan dan ikhlas ibadah melaksanakan SyariatNya, berubudiyyah
secara utuh, lalu memperoleh nikmat rasa kemanisan dan keindahan oleh pantulan
sinar cahaya Allah SWT.
4.SEJARAH PERKEMBANGAN TASAWWUF [SUFISMA] DAN
SIAPAKAH TOKOH SUFI PERTAMA DIDUNIA?
Sirah akhir-akhir perjalanan Nabi Muhammad saw.menjelang
perutusan Allah SWT. mengangkat baginda sebagai
seorang Nabi dan Rasul, baginda banyak memanifestasikan tindak dan tingkah
akhlak seorang Sufi. Menerusi pribadinya secara langsung, terbukti bagaimana
baginda sering berkhalwat diGua Hira, bertawajjuh kehadharat Allah, bermunajat
dengan maksud kebaikan dalam menuntun manusia di-alam ini menuju jalan benar dalam hidup. Disebelah
malam, baginda tidur sedikit sekali kerana banyak waktunya dihabiskan dengan beruzlah,
bertawajjuh kepada Allah dengan memperbanyak Dzikir kepadaNya! Pendek kata,
baginda tidak pernah putus hubungan batin Rohaniahnya dengan Allah Dzat Maha
Luas KekuasaanNya!
Setelah
resmi menjadi Rasul, cara hidup baginda masih tetap dalam kerendahan kejiwaan
dan kesederhanaan, meskipun baginda sudah berada dalam linkungan keadaan serba
terpenuhi akan segala keinginan, kerana baginda telah menjadi Kekasih Allah
SWT. Tempat tidur baginda masih terdiri dari balai kayu biasa dengan di-alas
tikar daun kurma , tidak pernah memakai pakaian mahal walaupun mampu mendapatkannya.
Kendati, baginda lebih cintakan hidup kesederhanaan tanpa kemewahan, walau
sudah berpangkat Nabi dan Rasul!
Kehidupan diri Rasulullah yang sarat dengan
elemen Kesufian ini amat terkesan dan langsung diikuti oleh para Sahabat,
Tabi’in, dan Tabi’it-Tabi’in, turun-temurun sehinggalah hari muta’akhirin ini!
Diriwayatkan, pernah suatu ketika, Malaikat
Saidina Jibril a.s. menemui Rasulullah saw.dan menyampaikan Salam dari Allah
SWT. seraya bertanya: ‘Wahai Muhammad, manakah yang lebih engkau sukai, menjadi
seorang Nabi yang kaya raya macam Nabi Sulaiman, atau menjadi Nabi yang miskin
semacam Nabi Ayub?’ Jawab Nabi: ‘Aku
lebih suka kenyang sehari dan lapar sehari; jika keadaan kenyang aku bersyukur
kepada Allah dan dikala lapar pula aku bersabar
atas cubaan Allah itu.’
Nah! Dari kisah ini dapatlah disintesiskan
tentang ciri-ciri Kesufian yang amat sarat didalam jiwa dan kehidupan
Rasulullah saw; tuntas menobatkan baginda sebagai tokoh Sufi pertama didunia
mayapada ini! Noktah!
Diriwayatkan juga bahawa setelah Rasulullah
saw.berserta kaum, kerabat, Sahabat dan Jemaah berhijrah dari Makkah keMadinah,
terdapat sebilangan para sahabat yang telah kehilangan keluarga, sanak saudara
dan hidup dalam kedhaifan. Namun, tumpuan hidup mereka hanya terhadap ibadah
dan Zuhudkan dunia! Lantas, Rasulullah saw. sendiri membuka ruang dihujung serambi
masjidnya, disebut Syuffah, bagi
menempatkan kesemua mereka disana. Mereka ini kemudian diberi jolokan nama
sebagai Ahli Syuffah dan sebenarnya pencetus dan pengasas awal mazhab/aliran
keSufian! Wujud banyak kelebihan dan keistimewaan golongan ini yang disebut
Allah SWT. dalam firmanNya dan juga banyak dikhabarkan dalam Hadits Rasul saw!
Allah SWT telah menyentuh episod ini
didalam Kitab Alquran QS.18:28, bermaksud:
‘Janganlah diusir orang-orang yang menyeru
Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang merindukan wajahnya.’ QS.6:52.
Dan lagi QS.18:28, bermaksud:
‘Dan bersabarlah engkau [Muhammad] bersama
orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap
keredhaanNya; dan janganlah kedua matamu
berpaling dari mereka [kerana]
mengharapkan perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang
yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti keinginannya
dan keadaannya telah melewati batas.’
4.1.HAKIKAT
TASAWWUF
Bagi memudahkan pengertian dan penerimaan
Tasawwuf, adalah lebih baik dibuka secebis lembaran kehidupan Rasulullah saw.
Dizaman Rasulullah saw. dan Sahabat Khalifa ur-Rasyidin, susur kehidupan adalah
berperspektifkan kehidupan Tasawwuf. Seluruh kehidupan mereka tidak dipandu dan
dipaksi atas dasa-dasar nilai materi
semata-mata, seperti sikapnya kaum Kapitalis dan materialis dizaman kini dengan
memburu kuasa dan harta bertimbun! Mereka amat perihatin tentang kelebihan
beribadah dan berubudiyyah dan zuhudkan kesenangan duniawi.
Sikap hidup sebegini , kemudian dinamakan ‘Mutasawwifun’
[aspek/ciri kaumSufi]. Sikap yang diwarnai dengan tawaddhu’ dan kesederhanaan
Rasulullah saw. dan para Sahabat ini, mendominasi dan menjadi turutan Kaum Sufi
sehingga hari akhir!
Ibnu Khaldun [wafat 1406M] paling banyak
memperihalkan tentang Hakikat Tasawwuf. Antaranya ia berkata:
‘Asal pokok dari ajaran Tasawwuf itu adalah
bertekun beribadat, berhubungan langsung dengan Allah SWT.; menjauhkan diri
dari kemewahan dan kemegahan duniawi; tidak suka kepada apa yang diburu oleh
kebanyakan manusia daripada keenakan harta benda dan kemegahan. Dan
bersunyi-sunyi diri dalam melaksanakan ibadah kepada Tuhan!’ Selanjutnya, Ibnu
Khaldun menerangkan:
‘Hal demikian dilaksanakan oleh para
Sahabat Nabi dan para Ulama Salafus-soleh, tetapi pada kurun 11 Hijri, setelah
manusia amnya, sibuk memburu duniawi dan halayak sudah terbiasa enak dalam
masyarakat keduniaan, maka orang-orang yang masih tetap tekun beribadah seperti
sediakala dinamai dengan ‘Orang-Orang Tasawwuf.’
Selari dengan pandangan diatas, penghulu Tasawwuf,
Imam Syk. Al-Junaid Baghdadi, terlebih awal menyatakan bahawa kesemua TarikatTasawwuf
itu tidak akan berhasil andai tidak
menuruti ajaran dan Sunnah Rasulullah saw. [Sunnah wal Jema’ah], yang adalah
merupakan sumber TarikatTasawwuf!
Kesimpulannya, pengertian intipati atau
Hakikat Tasawwuf itu adalah perihal susur kehidupan Rasulullah saw. sendiri sehingga
zaman para Sahabat, yang adalah sarat dengan unsur-unsur Tasawwuf. Kendati
kehidupan dizaman Rasulullah saw. adalah
mencerminkan sikap-sikap dan sifat-sifat dalam Tasawwuf yang mainstream
dan umum, dipraktikkan oleh semua para Sahabat tanpa terkecuali!
Jika dizaman Rasul dan para Sahabat, tidak
siapa pun hairan melihat orang-orang yang Zuhud/anti keduniaan
berlebih-lebihan, orang Wara’ [teliti
dari hal-hal maksiat dan syubhat], orang Qanaah [merasa cukup seadanya], orang
yang berperasaan takut dan mencintai Allah SWT. dan Rasulnya melebihi diri mereka sendiri; dan pelbagai
lagi rencam pekerti ubudiyyah yang lain! Namun, ambil maklum dan perhatian;
andai sikap atau sifat-sifat tersebut dipraktik oleh mana-mana kelompok
masyarakat dizaman sekarang, sudah pasti
tudingan jari-jari menghala kepada semua penggiat, pengamal dan tokoh Sufi
Tarikattasawwuf yang kelihatan aneh atau gila, dan, pada anggapan puak-puak
anti-kebenaran itu, cuba mencipta Bid’ah
Dhololah!?
Meskipun perihal hidup kaum Sufi adalah
seperti dihuraikan, ini bukanlah bermakna mereka meninggalkan fitrah biasa dan
lari dari hidup ‘bersyariat’, diatas muka bumi ini! Dalam pada itu, sememangnya
masyarakat amat senang menerima kehidupan materi yang mewah tanpa batasan,
diuliti pula oleh hawa nafsu tanpa kekangan,
hingga menjadi trending, kebiasaan dan sifat keseluruhan masyarakat
am-nya!
Sebagaimana yang telah dinyatakan, hidup kerohanian
Rasulullah saw. itulah Tasawwuf sebenarnya! Walaupun , ketika itu lafaz Tasawuf
itu sendiri belum dicipta sebagai suatu cabang Islam itu sendiri, namun
realitinya sudah terdiri, dan berdiri kokoh, walau tanpa nama yang khusus.
Walhal, pada masa yang sama, cabang-cabang ilmu Islam yang lain, seperti Ilmu
Fiqh, Ilmu Kalam, Ilmu Tafsir, Ilmu Hadits, Ilmu Alam dsbnya, pun belum lagi dicipta!
Hanya rentetan perkembangan dan kemajuan
umat semenjak abad kedua atau kelapan Masihi sahaja, Ilmu Islam tumbuh dengan
pelbagai cabangnya, begitu juga dengan kerohanian yang bernama ‘ Ilmu
Tasawwuf’! Sila rujuk Hadits soheh yang menggariskan kategori Ilmu yang menjadi
teras atau pokok dalam Islam berkait dengan IMAN, ISLAM dan IHSAN!
Jika
dalam arus keghairahan dan huru-hara perlumbaan mengejar kehidupan lagha dan
‘Taghut’, seperti amalan umat dizaman ini, timbul pula golongan yang
menghendaki hidup sederhana, kembali keMesjid, menggandakan solat, dzikir,
tasbih, istighfar, serta banyak berdoa mengharapkan ampunan Tuhan; mereka-mereka
ini hanyalah ingin mengembalikan dan memertabatkan kehidupan berTasawwuf,
seperti sifatnya kehidupan Rasul dan para Sahabat dizaman kecemerlangan silam!
Sememang tepat sekali apabila didalam kitab
‘Ihya Ulumiddin’, Imam al-Ghazali tuntas menyatakan: ‘Bahawa Kaum Sufiyyah
[Ahli-Ahli Tasawwuf], itulah yang benar-benar telah menempuh jalan yang telah
dicontohkan oleh Nabi Muhammad saw. dan yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Fahamkan benar-benar!
5.APAKAH TUJUAN UTAMA MEMPELAJARI ILMU
TARIKATTASAWWUF?
Manusia yang memiliki segala ilmu sedang
tidak pula dapat meneguk minuman marifat dan cinta, sungguh, telah merugi! Bukankah hakikat minuman cinta adalah
sampainya seorang hamba kepada kedekatan? Maka orang yang berilmu, tetapi tidak
mencicipi bererti tak mampu merasakan manisnya ilmu yang telah
ada dalam dirinya. Juga bererti, ilmu
dan kemampuannya memahami pelbagai
kepelikan ilmu hanyalah wacana gimmik belaka. Sedangkan, dirinya tak
mampu menyaring dan menyentuh serat-serat halus dan seni ilmunya. Ilmunya hanya
menempel dihujung kulit, persis pakaian yang bisa sahaja di-nyah dan ditanggalkan.
Ilmunya tidak membatin kelubuk sanubari dan citarasa insani! Ilmu yang hanya
bersifat teknikal belaka tanpa ada pendalaman rasa!
Penyair besar T.S.Eliot pernah bersenandung:
‘Where is the life we have lost in living?
Where is the wisdom we have lost in knowledge? Where is the knowledge we have
lost in information?’ Nah! Betapa dizaman kini terdapat kesulitan membedakan antara
ilmu dan maklumat! BETAPA TERLEBIH SULIT MEMBEDAKAN ANTARA SYARIAT DAN HAKIKAT!
ANTARA NAFI DAN ISBAT. ANTARA HAQ DAN BATIL. ANTARA QADEEM DAN MUHADDATH!???
Justeru, kaum Sufi[Tarikat], berbanding
Syariat, lebih mementingkan pengasahan citarasa dahulu sebelum mengajarkan
kepelikan ilmu. Antaranya termasuk mengamati serta menjiwai nuansa-nuansa
paradoks, tamsilan dan metafora yang berselerak didalam Kitab-Kitab Allah dan
Hadits Rasul saw., berpuisi, berseloka, bergurindam, berpantun, pengisahan,
pengkhabaran [anekdot] Rasul, Tokoh-Tokoh Sufi Agung dan sirah perjalanan
Tarikat-Tarikat mereka!
Antara yang mendasari tujuan berTarikatTasawwuf
adalah seperti berikut:
1.Dibawah pimpinan seorang guru Mursyid, mengadakan
dan melaksanakan Taubat dan latihan riyadhah berSuluk, serta berjuang dan berjihad melawan hawa
nafsu [Mujahadah], menyuci diri dari
sifat-sifat tercela [mazmumah], kemudian melazimi diri dengan sifat-sifat
terpuji [mahmudah], melalui pembaikan budi pekerti [akhlak] yang baik.
2.Mewujudkan rasa ingat [Dzikir] kepada Allah Dzat Maha Besar lagi Maha Kuasa
atas segala-galanya; melalui kaedah Tawajjuh dan Uzlah; dan menerusi kaedah
wirid dan Dzikir yang dibaringi Tafakkur dan kontemplasi berterusan dan
berkepanjangan!
Proses atau amalan rejim tersebut mencerna
jiwa merasakan kehambaan sebenar terhadap Kebesaran dan Keagungan Tuhan Allah
SWT.; mencetuskan rasa takut/Taqwa, Khullah, dan Mahabbah terhadap Allah SWT.
Timbul perasaan khawatir dan takut terpisah dengan Allah SWT. dari ankara
perbuatan maksiat/dosa, dan tergoda oleh dunia, yang dapat menyebabkan seseorang
LUPA kepada Allah SWT!
Andai amalan-amalan ini ditekuni dengan
penuh taat, ikhlas dan ubudiyyah terhadap Allah SWT., maka tidak mustahil pula
akan dapat mencapai maqam di-alam Marifat, sehinggalah tersingkap tabir hijab
kejahilan, yang sedia kala sebelum ini menutupi hati dan jiwa rendah! Dapat
pula melihat rahsia-rahsia disebalik tabir Cahaya Allah dan RasulNya, secara
terang benderang! Akhirnya, menatijahkan perkara-perkara yang sebenarnya menjadi tujuan hidup ini! Fahamkan
benar-benar!
Demikian antara lain hasrat dan tujuan
pengamal TarikatTasawwuf, yang jelas akan mengerjakan Syariat Agama Allah dan
Rasulnya dengan taat, sehingga melalui
sistem amalan Tarikat, akan menghantarkan tercapainya tujuan hakikat yang
sebenarnya dikehendaki oleh Syariat itu sendiri!
Justeru, dimanakah tuduhan-tuduhan dan
prasangka tidak berasas tentang Ulama TarikatTasawwuf itu mengajarkan ilmu
bid’ah dholalah, mengajarkan ibadah yang tiada tuntunan dan tuntutan, baik dari Allah maupun Rasul? WALLAAHI!
Sebenarnya, ini adalah Ilmu yang sumber dan sandarannya adalah daripada Alquran
dan Sunnah Rasul saw., yang diterima Ulamanya secara bermatan, bersanad dan ittisal
sampai keRasulullah saw. sendiri! Noktah. Fahamkan benar-benar!
6.HUKUM MEMPELAJARI DAN BERAMAL DENGAN ILMU
TARIKAT TASAWWUF.
Bermula hukum mempelajari dan beramal
dengan Ilmu TarikatTasawwuf itu adalah FARDHU ‘AIN atas tiap-tiap Mukallaf –
sehinggalah terhasil baginya membesar dan mengagungkan Allah SWT. dengan
mengerjakan segala ibadah sewajarnya, serta peroleh sejahtera amal ibadahnya
daripada segala perkara yang membatalkan pahalanya; disamping kekal
beristiqamah dan berUbudiyyah terhadap Allah SWT.
Kesepakatan jumhur Ulama Islam menetapkan
bahawa Islam berpaksi diatas tiga[3] teras atau pokok, yakni, penyatuan
ketiga-tiga praktis ini adalah serana bagi pencapaian muktamad kesempurnaan dalam kehidupan berAgama bagi seorang Insan.
Tiga perkara pokok dalam Agama Islam yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Pertama: Ilmu Fiqh [disebut Ilmu Syariat]. Kedua: Ilmu Tauhid [disebut Ilmu
Kalam, Usululuddin [atau Theologi]. Dan ketiga: Ilmu Ihsan [disebut Ilmu
Tasawwuf atau Tarikat].
Para Imam bagi apa Mazhab sekalipun, berpendirian bahawa ketiga-tiga
pokok atau teras Islam ini , berkait rapat antara satu dengan lain; bak isi
dengan kuku; bak aur dengan tebing; dan bak irama dengan lagu – tidak akan
mungkin pernah dapat dipisahkan! Fahamkan benar-benar permasalahan ini!
Ketiga-tiganya diadun berkait rapat bagi
mencapai sasaran pokok atau integral Agama Islam, yakni, ‘MARIFATULLAH’
[Mengenal Allah]. Perkara ini digaris-bawahi oleh Rasulullah saw. didalam
haditsnya: ‘AWALUDDIN MA’RIFATULLAH’, bermaksud: ‘Awal Agama itu Mengenal
Allah!’
Pelaksanaan perintah ini menuntut setiap
orang Islam itu mengambil sikap untuk mewujudkan keyakinan didalam diri dalam
melaksanakan segala perintah dan suruhan Allah SWT. dan meninggalkan segala
laranganNya, yakni mempamirkan penuh ketaatan dan Ubudiyyah terhadap Allah SWT.
Manakala praktis sebegini apabila telah mencapai kepuncaknya, maka tercapailah
matlamat, maksud dan tujuan hidup yang sebenar-benarnya, seperti dituntaskan
firmanNya, bermaksud:
‘Tidak Aku ciptakan Djin dan manusia
melainkan untuk berubudiyyah kepada Ku.’ QS.51:56.
7.METHODOLOGI ATAU KAEDAH DALAM ILMU
TARIKATTASAWWUF BAGI MARIFATULLAH [MENGENAL TUHAN].
Amat
menarik adalah bahawa Ilmu
TarikatTasawwuf mempunyai dan menggaris kaedah tersendiri bagi merealisasikan
puncak matlamat Marifatullah; berbanding kaedah digunakan , antaranya,
seperti terdapat didalam Ilmu Fiqh, Ilmu
Tauhid maupun Ilmu Theologi [Filsafat].
Secara umum, kelompok yang tiga ini
menggunakan dalil-dalil Aqli dan Naqli, merintis Alquran dan Sunnah, dan
menggunakan alasan-alasan rasional dan logika; menyelidik akal fikiran dengan
dasar demikian, agar mengetahui dan mengenal
siapa Tuhan sebenar, meskipun kaedah begini tidak pernah menjamin
penyaksian dan Marifatullah yang sebenarnya!
Berbeda halnya dengan dasar dan praktik
amalan Ilmu TarikatTasawwuf yang mementingkan dasar-dasar theori penyucian diri
[Taubah/Inabah] dan perasaan HATI, menerusi ilham laduni yang dilimpahkan Allah
SWT. kedalam jiwa dan nurani manusia sebagai bentuk wujud pemberian RAHMATNya.
Keadaan begini, lazimnya dapat dicapai apabila seorang Saalik itu telah sampai
kejenjang diri pribadi unggul; setelah terpelihara dari segala rencam dan
bentuk godaan Hawa Nafsu dan kemarukan duniawi; ia dibaringi oleh pemusatan
Syuhud serta fikiran, tertumpu semata-mata kepada Dzikir [ingat] kepada Dzat
Allah Wajibal Wujud, lagi Maha Kuasa!
Keadaan yang demikian, justeru,
mengakibatkan segala macam rahsia ghaib dibalik hijab cahaya Allah SWT. dan
NabiNya, mampu tersingkap oleh Si-Saalik, lalu diketahui dan disaksikan dengan
jelas oleh penglihatan mata dan Rohaninya secara terang benderang! Narratif ini
harus berhenti disini.
8.PENGERTIAN BERSUCI DIRI DALAM TARIKATUSSUFIYYAH
Demikian orang yang beramal dengan Ilmu
TarikatTasawwuf itu adalah orang yang mensucikan diriny a zahir dan batin,
dalam suatu pendidikan ethika [budi
pekerti] dengan menempuh jalan Suluknya. Imam al-Ghazali menyebut setelah itu,tentang keperluan
tanjakan-tanjakan batin, melalui pengosongan batin, kemudian melalui kaedah
Dzikirullah, dimulai tingkat demi
tingkat hingga kepuncak lebih tinggi, yakni jauh dari ukuran kata-kata!
Dibawah seliaan Guru Mursyid dan demi
mencapai tahap penyucian tinggi dan sempurna sebagai sarana bagi berTaqarrub
dengan Tuhan Allah yang Maha Suci, seharusnya, yang diperhatikan
bersungguh-sungguh didalam sesebuah Tarikat adalah tatacara, methodologi, kaifiat
atau kaedah bersucinya. Pelaku Tarikat tidak harus bersuci dengan cara
pembersihan bersifat zahiriah/lahiriah semata-mata, malah membenteras sifat
batiniah dalaman [Mazmumah] yang amat dibenci Tuhan! Kaedah lebih tepat merujuk
kepada Jihadun/Tazkiyatun-Nafs, yakni mengendalikan sekurang-kurangnya 10 perkara hawa nafsu
seperti berikut:
1.Keserakahan.
2.Ketamakan [Haloba] atas makanan maupun
berkata-kata.
3.Kebencian.
4.Kedengkian.
5.Kesombongan/Ujub
6.Bangga diri/Sum’ah/Riya’.
7.Amarah diri [ghadab].
8.Bakhil dan kasih akan harta
[bukhul/kikir].
9.Kasihkan Dunia.
10.Mahu menang sendiri dan kelompok
[penting diri].
Terdapat lebih dari 60 jenis sifat-sifat
mazmumah, antara lain: Suuz-Zhan, Hasad, Kibir/sombong, Hubbul Mal/kebendaan,
Ghibah/pengumpat, Namimah/ bicara belakang, Kizib/dusta, Khianat/Munafiq,
dll. Sifat-sifat mazmumah/negatif yang
menguasai dan mendominasi diri inilah yang memerlukan perhatian bagi
pembasmian. Fahamkan benar-benar!
Sementara
itu, sekurang-kurangnya 10 perkara [Sifat Mahmudah], antara yang harus
dketahui dan dimiliki adalah seperti berikut:
1.Taubat daripada segala dosa;
2.Taqwa/Takut akan Allah SWT.;
3.Zuhud, yakni, membenci akan dunia serta
berpaling daripadanya’
4.Sabar;
5.Syukur;
6.Ikhlas;
7.Tawakkal;
8.Kasih dan cintakan Allah SWT./Mahabbah;
9.Redha akan Qadha/Qadar Allah SWT.;
10.Mengingat akan Mati[dzikrul maut].
Dan merangkumi semua Sifat-Sifat positif
yang lain yang mewajahkan Ubudiyyah hamba terhadap Tuhan Allah Azza wajalla,
yang harus/wajar diperhatikan!
9.HAKIKAT ILMU TARIKATUSSUFIYYAH
Hakikat Ilmu Tarikatussufiyyah ialah
Musyahadah akan Hak Allah SWT. yang
Wahidul Ahadullazi Lam Yalid walam Yulad...
Berhadap orang Tasawwuf kepada Allah SWT.
[Pada segala Zahir], bagi taat, ibadat dan Khidmat; dan segala Batin, lagi
Siddiq, Ikhlas dan Yaqin.
Lima[5] prisip/perkara besar harus dilalui adalah:
1.Meninggalkan berkehendak, kasih kepada
dunia;
2.Meninggalkan barang yang dikasihi dan
disukai oleh hawa nafsu, yakni, tiap-tiap barang yang lain dari Allah SWT.;
3.Berkekalan dengan Dzikirullah, hati
[sirr] dan lidah;
4.Hendaklah segera berTaubat apabila jatuh
kepada dosa yakni, Dawamu Taubah [Berkekalan Taubat];
5.Meninggalkan angan-angan; hatta terhadap
Akhirat sekalipun!
10.A’MAAL AL-QULUB
Apabila seorang hamba telah melaksanakan
ibadah secara Zahir dan Batin, yakni, anggota badan [Jawarruh] dan hati dengan
bersama-sama, dan beristiqamah – [maksudnya, pastilah dalam pengertian
berTarikatTasawwuf, tiada lain]; maka ia telah sampai kepada Darjat Tinggi
disisi Allah SWT. Dia adalah Kekasih Allah, dia mencintai Allah dan Allah
mencintainya.
A’maal al-Qulub adalah amal/perbuatan hati,
yakni, menjalankan ibadah yang khusyuk; Ihsan dalam ibadah; berdzikir atau
berTafakkur dengan hati; mengagungkan
dan merasa Syuhud [Musyahadah - menyaksikan Wujud, Sifat dan Af’aal
Allah SWT.].
Orang yang beramal A’maal al- Qulub disebut
sebagai Ahlul Mahabbah wal Marifah atau Ahlul Batin. Mereka, ketika mendirikan
perintah Allah SWT. [Suruhan/Larangan Agama] tidak merasakan sebagai kewajiban
maupun beban, tetapi adalah sebagai keperluan, kelazatan dan Taqarrub dengan
Allah SWT., disertai dengan rasa Khauf [takut], Raja’ [Harap], Syauq [Rindu],
dan Mahabbah [Cinta] kepada Sang Maha Pencipta; seperti firmanNya, berbunyi:
‘Yuhibbuhum wa yuhibbuu nahu.’, bermaksud:
‘Allah Kasih kepada mereka itu, dan mereka
kasih pula kepada Allah.’ QS.5:54.
11.PEKERTI AHLUL HAKIKAT vs AHLUL JAHILUN.
Berbicaralah dengan manis ketika melewati
Jalan dan Pergunungan. Mengapa kamu bersuara dan merengek seperti seekor
keldai? Kerana biru langit mengirimkan kembali pesan suara itu. Tentang kepahitan
atau kemanisan; dari tenggorokan mu sendiri!
‘Berada disisi Allah adalah tempat kembali
terbaik.’QS.3:14.
Para Aulia dan Kekasih Allah sejati tidak
pernah bebas dari perjuangan mereka berevolusi tanpa henti dan terus menerus
mengitari Cahaya Tuhan. Mereka dikenal
sebagai puncak kasih sayang dan kemurahan hati; yang menghidupkan makhluk yang mati ; yang mengubah batu-bata menjadi batu permata [mutiara].
Mereka adalah tangan-tangan yang terbiasa
untuk memberi; ia tidak terbiasa untuk mengambil. Mereka mendominasi manusia
dalam upaya melimpahkan berokah –barokah
kepada mereka, dan bukan mengambil apa-apa dari mereka! JUSTERU:
Bagaimanakah boleh manusia merasa jengkel
dan tidak mengendahkan kata-kata bicara para Kekasih dan Aulia Allah? Manusia
hanya mendengar ‘persepsi’ nilai luaran ucapan para Kekasih dan Aulia Allah!
Berkata mereka: ‘Kami telah pun acapkali
mendengar hal-hal demikian. Hati-hati kami pun sudah penuh dengan rahmat
seperti tersebut!’
Maka Allah berKalam: ‘Semoga Allah SWT.
Mengampuni dirimu jika hatimu penuh dengan ucapan seperti itu! Sebenarnya, kamu
penuh dengan ilusi dengan bisikan dan Kecongkakan dirimu sendiri. Kamu dipenuhi ilusi dan naluri ketamakan bukan?
Kamu sesungguhnya adalah dalam kutukan!’
Hanya, andai mereka bebas dari keangkuhan
seperti itu, diri mereka akan terbuka untuk menerima RahmatNya. Sungguh, Allah
telah memasang segel dikelopak mata, ditelinga dan dihati-hati mereka!
Mata-mata mereka cuma melihat segala yang
berlawanan dengan apa yang mereka lihat. Mereka mendengar Kearifan hanya
sebagai omongan dan celotehan. Hati-hati mereka
telah diubah sehingga menjadi sebuah wadah kecintaan kepada hanya diri
sendiri dan kesombongan. Keangkuhan
telah mendominasi diri mereka ; - dan hati-hati mereka pun mengeras seperti
batu!
Sebetulnya, Tuhan telah menempel segel
dihati-hati dan pendengaran mereka; dan hati-hati mereka terhijab tanpa
penglihatan!
Justeru, penulis bermadah: Sudah matilah
sibodoh/sijahil tersebut; Walau maut belumpun menjemput. Tubuhnya adalah
Kuburan; Walau ia belum pun dikuburkan!
12.PENOLAKAN KEPERCAYAAN TERHADAP AULIA /WALIYULLAH.
Segala pujian atas Tuhan yang melindungi
Aulia/Wali-WaliNya dengan tirai keindahan disaat mulai munculnya para pendusta,
durjana dan penderhaka. Kendati, tirai tersebut seperti perisai yang melindungi
para waliyullah dari panahan dan sorotan mata para peng-iri, pencemburu dan pendendam!
Meskipun demikian, dan dalam luapan Cintakasih Ilahi, para Waliyullah itu tetap
berbahagia dan merasakan ketenteraman abadi! Subhaanallaah!
Celakalah mereka yang bersikap bodoh atau
berpura-pura bodoh, menentang kebenaran, dengan mengatakan: ‘Orang-orang Sidq
atau Waliyullah telah binasa. Setelah mereka tiada lagi ditengah-tengah masyarakat
manusia, kecuali gambaran-gambaran dan dongengan-dongengan yang tak masuk
akal.’
Demikian sindiran, cemuhan, dakyah, serta
kutukan nista dari ‘ulama’ Dajjal dimasa kini, termasuk mereka bertaraf Mufti
dan Ustaz diNegara ini!
Mereka seolah-olah melarang khalayak dari
mencari ilmu, melarang masyarakat dari mendekati kaum atau kelompok bijak pandai tentang
bidang ilmu yang asing dari fahaman dan pegangan mereka! Mereka sering berdalih
bahawa dizaman ini , tidak ada lagi orang yang memiliki sifat-sifat
kesungguhan, kebaikan, kesolihan seperti maksud istilah ‘Sidq’ . Mereka
beranggapan bahawa keberadaan kaum Soleh dan para Waliyullah hanyalah sejarah
yang telah lama berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi! Maka sekali lagi, celakalah mereka yang
bersikap demikian!
Sidq adalah suatu maqom yang tinggi; bahkan
berada dibawah maqom keNabian. Maqom ini menggambarkan keadaan spiritual lahir
batin seseorang, seperti dimiliki Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. Maqom
Siddiqiyah al-Kubra inilah, selain para Nabi, yang dimiliki oleh para
Waliyullah, dan adalah tingkat kewalian yang tinggi dan mulia!
Lantas, jika golongan orang-orang bodoh [baca:
‘ulama Dajjal’] yang mendakwa bahawa orang-orang ‘Siddiqin’ dan Waliyullah sudah
tiada lagi didunia ini, lalu bagaimanakah kita dapat melaksanakan perintah
Allah SWT, mengenali, mendekati, bersahabat dan bersama-sama dengan mereka? Ini
jelas diperintah oleh Allah SWT. dalam QS at-Taubah:119:
‘Wakuunuu ma’as sodiqiin’, bermaksud: ‘Jadilah
kamu bersama-sama orang yang Siddiq [Benar].’
Janganlah sekali-kali kita berprasangka
buruk terhadap Allah SWT., hanya kerana mata kita tidak lagi dapat mengenali
Wali-WaliNya, sehingga cepat kita mendakwa dan menafikan kewujudan mereka!
Dan lagi firmanNya, Nah! Mengisyaratkan
kenyataan sebenarnya, QS,56:38-40, bermaksud:
‘Untuk golongan kanan. [Yaitu] segolongan
besar dari orang-orang yang terdahulu. Dan segolongan besar pula dari
ORANG-ORANG YANG KEMUDIAN.’ Dan lagi firman Allah SWT. mengabsahkan wujud
Wali-WaliNya, QS.Yunus:62, bermaksud:
‘Bahawa sesungguhnya Wali-Wali Allah itu
tidaklah ada rasa ketakutan atas mereka
dan tidak ada pula rasa dukacita.”
13.ALASAN PENOLAKAN DAN PENENTANGAN ILMU
TARIKATTASAWWUF.
Huraian sebelum ini memberikan penegasan
bahawa terdapat perbedaan amat besar dan amat ketara pada dasar-dasar kaedah
pengenalan Tuhan, diantara sistem Ilmu Fiqh, Tauhid dan Theologi [Filsafat],
maka selayaknya menimbulkan perbedaan dalam memahami, menyelidiki maupun
pengamalannya. Hatta, keadaan ini juga sering mencetuskan sanggahan dan perbalahan
dengan segala konsequensinya! Maka timbullah prejudis buruk-sangka, cemuhan dan
tuduhan bahawa Ilmu TarikatTasawwuf itu sesat lagi menyesatkan! Antara faktor-faktor
penyebab adalah seperti berikut:
- Diatas kejahilan dari para ‘ulama’, Pihak berwajib maupun halayak masyarakat, yang dangkal ilmu, kerana melihat Islam hanya menerusi satu sisi dan dimensi [yakni zahir/exoterik], sedangkan Islam itu menyeluruh merangkumi sisi hakiki dan batinnya [esoterik]. Yakni, Syariat Zahir maupun Syariat Batin seperti telah dijelaskan diawal risalah ini.
- Para Ustaz dan Pendakwah memiliki ilmu dan kelayakan kesarjanaan, yakni, semata-mata terhad pada bidang Syariat Islam sahaja. Sedangkan bidang TarikatTasawwuf begitu asing dan masih belum atau pun enggan diterokai! Keadaan ini amat jelas apabila pendakwah-pendakwah kategori inilah yang lumrah mendominasi dan mendepani masyarakat melalui media cetak, letronik dan ceramah interpersonal disetiap sudut masjid dan madrasah! Malahan tokoh-tokoh inilah juga yang lumrah dinobat kepersada penghormatan tertinggi [tokoh Maal Hijrah dsb.] dan menagih sanjungan semua pihak! Voila bravo!!!
- Terdapat golongan yang menimba ilmu semata-mata melalui pembacaan, tanpa berbai’at dari Guru yang Mursyid. Mereka terdedah kepada ilmu bersumberkan akal, psycho, dan emosi semata-mata, dan pasti menyesatkan!
- Terdapat golongan yang cenderong berkiblatkan kebaratan dan modenisma; menekuni dasar-dasar fikiran kapitalisma, materialisma, rasionalisma , orientalisma, dll.
- Terdapat juga golongan yang cenderong membongkar kefahaman agama melalui Kitab Allah, dan Hadits Rasul, tanpa penguasaan ilmu-ilmu seperti, Ilmu Lughat dengan Qawaidnya, ilmu Hadits dengan Musthalahnya, ilmu Balaghah, ilmu Mantiq, Maani, Bayan, Badi’,dll. Akibat dari kekurangan dan kelemahan ini menimbulkan kesulitan memahami , menyelidiki dan membahas kalam Alquran dan Hadits yang banyak berbentuk baligh, majaz, tamsil, ataupun Mutasyabihat.
- Terdapat juga mereka [termasuk Ustaz-Ustaz/pendakwah] yang awalnya mencuba memasuki dan menjadi ahli Tarikat. Namun, setelah tidak berhasil mencari dan mendapatkan sesuatu hajat dari kepentingan diri dan nafsu, lalu meninggalkan. Kerana hajat yang tidak kesampaian, mereka lantas membeberkan pelbagai fitnah, memburukkan lagi kemurnian iklim dimensi Ilmu TarikatTasawwuf!
- Bertitik tolak dari hati yang Hasad lagi busuk, setengah mereka menyangka bahawa Syurga Allah itu sempit dan pula akan hanya dipenuhi oleh orang-orang Sufi dan Tarikat sahaja!Faktor-faktor diatas lumrah menyebabkan halayak keliru, tergelicir dalam keraguan, lantas menolak Ilmu Tarikatussufiyyah yang sebenarnya berasal dari Agama Islam itu sendiri! Tanpa disedari mereka jatuh Kufur dan Fasiq! Wanau’zubillah!
14.LANGIT KEMBALI CERAH.
Setelah berabad penantian ini, akhirnya
dengan Takdir dan Inayah Allah, terjelma
sudah sebuah PERTUBUHAN TARIKAT MUKTABAR MALAYSIA [PERTAMA], yang bakal
dirasmikan oleh Kerajaan Negara Malaysia, pada 7hb. Nobember 2015. Berkat dari
usaha gigih, doa dan Munajat Ahli-Ahlinya, Allah SWT. lalu Menghadiahkan
kemungkinan, bertukar Kenyataan ini! ALHAMDULILLAH ALA KULLIHAL! Aspirasi,
visi, misi dan semangat Ahli adalah menobat dan memertabatkan status
Tarikatussufiyah kepersada termulia dan tertinggi selayaknya, dinegara ini.
Diikuti pula perencanaan ‘mengarus-perdanakan’ gerakan ini dalam ‘mainstream’
umat dan masyarakat amnya! Sehingga kedatangan al-Mahdi diakhir zaman!
15.AMARAN DAN ANCAMAN
Terhadap para penentang dan pembatal Ilmu Tarikatussufiyyah dan kewajipan
kelangsungannya didalam Taklif Syar’iyyah dalam Agama Islam, penulis dengan rendah
hati menyeru kepada pihak berkenaan agar berTaubat dan berInabah [kembali]
kepada Allah SWT. Sebelum ajal menjemput dan sebelum maut mencerut, pohonlah
limpahan Hidayah dan Inayah dari Allah Azza
waJalla agar Dia Berkehendak dan memilih membuka dada-dada mereka-mereka
yang diredhaiNya, bagi menjalani Sirotillah [Tarikatussufiyyah], menuju
kepadaNya!
Apa yang terbaik adalah pihak yang tidak
bersetuju atau menentang, lebih dahulu dan utama bermuhasabah diri, mengambil
sikap rasional, berhati-hati, bersabar dan prihatin; tidak bersikap sembrono
dan bangga diri menolak atau menuduh sesuatu yang ia sendiri tidak memiliki
kelayakan dan status [locus], dari sudut ilmu maupun pengalaman, bagi
menjatuhkan sesuatu hukuman terhadap sesuatu yang tidak kena dengan selera citarasa
sendiri! Lebih baik berdiam diri dari mencampuri sesuatu yang anda tidak punyai
keahlian! Fahamkan benar-benar!
Janganlah anda melayan prasangka buruk yang
dicanang dan dijaja oleh pihak-pihak anti-Tarikat, walaupun mereka terdiri dari
yang bergelar ustaz dsbnya. Hakikatnya, telah pun terbukti dari nas dan dalil yang muktabar, Ulama
Tarikat tidak sesat atau menyesatkan! Sebaliknya
puak yang anti-Tarikat itulah yang sesat lagi menyesatkan! Jika anda jujur dan
mengetahui hakikat sebenar, kenapa tidak anda bertanya atau berhubung dan
melibatkan diri secara langsung, atau setidak-tidaknya mampu mendekatkan diri
dengan mana-mana pertubuhan Tarikat muktabar bagi mengetahui hakikat kebenaran
ilmu dan amalan yang diajarkan oleh Ulama-ulama Tarikat! Sedangkan, Allah
sendiri berfirman dalam QS.an-Nahl:43, bermaksud:
‘Maka bertanyalah kepada Ahli-Ahli Dzikir
[berpengetahuan] jika kamu tidak mengetahui.’
Janganlah
kalian lancang lidah mencemuh dan mencaci apa yang menjadi amalan para Ahli
Tarikatussufiyyah, kerana ini adalah
juga amalan para Wali dan Nabi –Nabi. Kerana barangsiapa tiada merasa, tentu
tidak mengetahui. Jika belum bernikah, mana mungkin beroleh berkah dan nikmah!
Andai kail panjang sejengkal, jangan lautan
hendak diduga.
Pandai-pandailah meniti buih agar badan
selamat keseberang.
Jika mata sakit dan buta pula, tiada
matahari dikata.
Jika telinga tuli pula, dunia ini sepi,
kenapa?
Jika lidah tak berderia rasa, segala
dicicip kan tiada makna!
Tidak pandai menari dikata lantai
jungkang-jungkit.
Tidak pandai bertingkah, semua alat membawa
padah.
Sebilah pedang bisa membunuh seekor singa.
Seribu pedang tak bisa memujuk/menawan nafsu dan hawa.
Belum duduk sudah berlunjur.
Belum angguk sudah ngeleng.
Belum halal sudah dijamah.
Belum diikat sudah bercerai.
Belum ditanya sudah menjawab.
Belum diundang sudah datang.
Belum disuruh sudah pergi.
Belum dicari sudah jumpa.
Datang biar nampak hadapan; pergi biar nampak
belakang.
Bagaimana bentuk pedang/parang, begitulah
bentuk sarungnya.
Malu bertanya sesat jalan; malu berdayung,
hanyut serantau.
Sesat dihujung jalan, baliklah kepangkal
jalan!
Rasulullah menggaris-bawahi, bersabda,
bermaksud:
‘Dia yang mendengar suara para Sufi[Ahli
Tasawwuf] dan tidak mengatakan amin bagi doa mereka, tercatat dihadapan Tuhan
dalam daftar orang-orang lengah.’ Lebih lanjut, sabdanya lagi, bermaksud:
‘Shafw [bahagian suci dan terbaik] dari
dunia ini telah lenyap. Dan hanya ketidak-suciannya yang tinggal.’
Kendati, sifat ‘kesucian, kemurnian adalah
khusus bagi para Sufi Pencinta [Tuhan]; Mereka adalah mentari-mentari tanpa
mendung!
Muhammad Sang Pilihan, Kekasih Tuhan,
apabila ditanya tentang keadaan Haritsah ra., menjawab:
‘Abd nawwarallah qalbahu bi al-iman.’
Bermaksud:
‘Dia seorang manusia yang hatinya disinari
oleh cahaya Iman.’ Sehingga wajahnya bersinar-sinar laksana bulan dan dia
disinari oleh cahaya Ilahi!
Sufi adalah yang mati pada dirinya dan
hidup oleh kebenaran; ia bebas dari segala batas-batas kemampuan manusiawi, dan
benar-benar telah sampai –[wusul] kepada Tuhan!
Nah! Bagi para Sufi, makna
Tarikatussufiyyah [tasawwuf], tidak punya sebarang penyamaran; ia tidak
memerlukan pencerahan maupun penjelasan atau petunjuk apapun! Kerana ia adalah
terlebih jelas daripada sang Mentari!
Wainna ilaa Rabbikal Muntahaa.
16.SARANAN DAN PENGAWASAN.
WAHAI ANDA YANG MENCARI PETUNJUK!
Bangun, bingkas, rentas dan carilah seorang
Pemandu dan Pembimbing!
ADUHAI INSAN BUTA MELATA!
Khidmatnya lebih kau perlukan dari wujud
segala.
Rendahkan sayapmu; hancur-leburkan segunung
Ego-mu.
Junjunglah serban suci kesederhanaanmu; Nyahkan jubah mengagung kemuliaanmu.
Pasakkan mukhbit keredhaan dilubuk jiwamu.
Agar Pembimbingmu menjadi Rabitah dan Wasilah diqalbu.
Andai tidak demikian, wujudmu persis debu,
ditiup angin lalu!
ADUHAI QALBU!
Andai kau ingin menagih CintaKasih Sayang
Maha Kekasih;
Tersungkur sujudlah dan akur menuruti
PerintahNya.
Jika Dia Memerintah, ‘Perah airmata darah’,
jangan ditanya mengapa dan kenapa?
Andai Dia Memaksa, ‘Pertaruh
nyawamu’,Janganlah berdalih dengan protokol dan tatacara.’
17.PENUTUP.
Jadikanlah ilmu diiringi dengan citarasa
sebagai penuntunan dalam memahami makna rahsia kebersamaan. Kerana citarasa yang telah diolah dan diasah
lebih mengenal apa yang baik untuknya. Ia sebenarnya yang mengatur ilmu, bukan
sebaliknya. Orang yang berilmu tetapi tidak mampu merasakan hakikat keilmuan
adalah ibarat orang yang ‘tertidur dan terlena.’
Ilmu yang tidak membawa pemiliknya kepada
penyingkapan hijab dan pemahaman tentang hakikat kewujudan dan keberadaan,
hanyalah merupakan rentetan theori semata-mata, tanpa memperoleh hakikat
manfaat sebenarnya! Sedangkan penyingkapan realiti penciptaan dan kehidupan
adalah tujuan terbesar orang-orang sebenarnya beriman! Bukan seperti halnya
orang-orang yang sedang tidur yang menafikan keupayaan inderanya, tanpa mampu
mencerap dan merasakan rahsia tersembunyi disebalik ilmunya. Justeru,
Rasulullah saw bersabda,bermaksud:
‘Segala manusia itu tidur, maka apabila
mati mereka itu, barulah jaga mereka itu.’
Manusia yang terpenjara dalam kealpaan,
kejahilan dan kebingungan sendiri, dikhuwatiri akan terus berada dalam kondisi
demikian sehingga ajal mendatanginya, kecuali jika ia dijengah oleh RAHMAT
Tuhan yang Maha Luas dan tak terhingga. Kerana hanya dengan RAHMATNya-lah seseorang akan mampu mendapat secercah cahaya
dipengakhir usianya!
Para Sufi beranggapan bahawa amat merugilah
sesiapa yang meninggal dunia sebelum mengalami penyingkapan hijab. Bukankah
MARIFAT itu awal dan akhir tujuan hidup segala manusia? Bukankah keberadaan
kita manusia dijagad raya semesta ini, tidak lain melainkan untuk mengenalNya!
Begitu penting, sehingga Imam al-Ghazali Rahimahullah berpesan:
‘Barangsiapa yang tidak memperoleh sebahagian
ilmu [Mukasyafah/penyingkapan], dikhuwatiri akan mengakhiri hidupnya dalam keadaan buruk.’
Semoga Tuhan Allah SWT. menjadikan kita
orang-orang yang mengimani keberadaan anugerah dan nikmat Marifat yang telah
diberikan Tuhan kepada para KekasihNya. Dan semoga Dia melindungi kita dari
segala kecenderongan mendustakan Hakikat, Marifat dan Ahli-Ahlinya!
‘Allahumma! Janganlah sampai buruk-sangka
kami kepadaMu menjadi penghalang
turunnya RAHMATMU. Sinarilah hati kami agar kami dapat lebih baik mengenaliMu,
sehingga mampu menggapaiMu, dengan keberkahan para kekasihMu!
Sungguh kami takut dan bertaqwa kepadaMu.
Hindarilah kami dari orang-orang yang
tidak takut dan tidak berTaqwa kepadaMu. Dan kumpulkanlah kami bersama golongan
orang-orang yang Siddiqin dan berTaqwa kepadaMu, bersama-sama insan yang paling
Engkau cintai. Semoga Selawat dan salam sentiasa tercurah kepada baginda,
keluarga dan para Sahabatnya, sehingga linangan air mata para KekasihMu terus
bergenang pada setiap akhir malam!’
ALHAMDULILLAH
WABILLAHIT
TAUFIQ
TABARAKALLAHU RABBUL ‘AALAMIN.
BLOG MADRASATUL BAITUL ADAM [MBA],
SELANGOR,MALAYSIA. 21OKTOBER, 2015.MUHARRAM1437.