Sunday, April 12, 2009

7 SIFAT KEBINATANGAN [SIFAT KEJAHATAN] YANG MENYEBABKAN MANUSIA DILONTAR KEDALAM 7 LUBANG NERAKA.

1. Dimasukkan manusia keNeraka seperti rupa babi kerana dimasa hidupnya amat menyukai yang kotor dan busuk, dan tidak menyukai yang harum, bersih dan yang hak. Sifat/Nafsul khinziriah [jiwa babi] hendaknya dicuci dengan air Ma'rifatullah.

2. Dimasukkan manusia keNeraka seperti rupa anjing kerana semasa hayatnya berkelakuan seperti anjing, senantiasa memakan najis.Kalau anjing mendapat setompok najis, ia ingin memonopolinya, dan siapa sahaja yang mengancam akan diterkamnya. Diwaktu ia kenyang atau lapar, sama sahaja keadaannya, lidahnya akan terjulur keluar, menandakan ia masih belum merasa puas, dan tidak akan pernah merasa puas dengan apa yang dimilikinya. Apabila menghadapi habuan makanannya, ia akan menggoncang-goncang ekornya, dan apabila diusir ia akan lari sambil menyalak marah! Hendaklah dicuci dengan air Ma'rifatullah.

3. Dimasukkan manusia keNeraka seperti rupa serigala, kerana sifatnya hanya suka berbuat aniaya. Dengan sifat bengis, pemarah dan perosak, tindak tanduknya hanya menjurus kepada berbuat kerosakan dan kebinasaan. Sifat/Nafsu subu'iah [jiwa serigala] hendaklah dicuci dengan air Ma'rifatullah.

4. Dimasukkan keNeraka seperti rupa tikus kerana sifatnya suka mencuri dan merosak milik orang lain.Barang yang tidak bermanfaat baginya juga akan dirosakkan atas sifat dengki dan dendam. Sifat/Nafsu fakriah [jiwa tikus] hendaklah dicuci dengan air Ma'rifah.

5. Dimasukkan keNeraka seperti rupa keldai kerana sifat jahil dan bodohnya yang tidak mengetahui/memahami persoalan hidup. Sifat/Nafsul himariah hendaklah dicuci dengan air Ma'rifatullah.

6. Dimasukkan keNeraka seperti rupa ular dan kala jengking kerana sifatnya suka membelit, menyengat, memperdaya dan menyakiti orang lain. Sifat/Nafsu jenis ini hendaklah dicuci dengan air Ma'rifatullah.

7. Dimasukkan keNeraka seperti rupa burung merak kerana sifatnya yang suka mempamirkan kelebihannya, megah dan menyombong [takabbur]. Hanya dia sahaja yang terbaik, terpandai, tercantik, terkuat, terkaya dan sebagainya! Sifat/Nafsu/Jiwa merak ini hendaklah dicuci dengan air Ma'rifatullah!