Biografi Prof. Dr. Syaikh Bahaudin
Jalal
Assalamualaikumwarahmatullah,
Saya yang digelar orang “hamba yang karam dalam laut dosa, mengharapkan ampunan
TuhanNya Al-FaqirIllAllah Prof. Dr. Bahaudin Jalal lahir pada 23 oktober 1977
berasal dari Klang, Selangor.
Menerima
pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan dan sekolah Pondok Khas Tauhid di
Beranang dan Selayang. Meneruskan pengajian dalam Shariat dan Tauhid
Makrifatullah di Akademi Tauhid Makrifatullah di Bukit Tinggi, Indonesia serta
mendapat Ijazah Kedoktoran PHD dalam Tasawuf. Meneruskan lagi menuntut ilmu
dengan lebih dalam mengaji, mengkaji dan tadabbur Al-Quran di Bukhara,
Uzbekistan. Ilmu hadith juga turut dibelajar oleh saya disana.
Minat yang
terlalu mendalam tentang Ilmu tarekat Tasauf mendorong saya untuk berGuru
dengan Syaikh Murshid Tarekat Naqshabandiya dan saya berbaiat mengambil ijazah
bersanad serta bersuluk bawah pimpinan Prof. Dr. Syaikh Hj Adam Hj Hasan (sanad
ke- 36 selepas Rasulullah s.a.w.) Setelah kewafatan Tuan Guru meneruskan pengajian
pula dengan Khalifah Murshid beliau iaitu Prof. Dr. Al-Hady (sanad ke- 37
selepas Rasulullah s.a.w.) sehingga saya ditabalkan sebagai Syaikh Murshid
Tarikat Naqshabandiya Kholidi Mujjadidi sanad ke- 38. Saya juga diberi keizinan
oleh beliau untuk membawa 5 buah tarekat ibunya Naqshabandiya induk-induknya
pula adalah Sammaniya, Qadariya, Anfusiyah dan Syaziliya. Saya diizinkan untuk
membaiat, memimpin majlis zikir {tawajuh) dan mendakwahkan pada umum.
Sebagai
Shaikh Tarikat Naqshabandiya saya memimpin tawajuh/suluk di beberapa tempat :-
1. Rumah
Shaikh Al-Hady di Klang, Selangor.
2. Rumah
saya di Alam Megah, Shah Alam.
3.
Madrasatul Baitul Adam di Kg Bukit lancung, Shah alam.
4. Raudhatul
Al-Faeez di Gombak, Selangor.
5. Madrasah
Suluk Baitul Ibadah di Lenggeng, Negeri Sembilan.
6. Madrasah
Suluk Kg Kemensah, Kuala Lumpur.
7. Madrasah
Islaiyah Kg Baru, Kuala Lumpur.
8.
Madrasatul Baitul Adam di Riau, Indonesia. (bakal cawangan baru)
9. Akademi
Dakwah Muhaqqiqin di Bangi, Selangor. (cawangan baru)
Kini setelah
15 tahun menyampaikan risalah Allah saya telah dikenali dan murid-murid yang
kian bertambah Alhamdulillah. Saya juga dikenali dengan blog di web www.tarikatusufiah.blogspot.com yang sering dikunjungi ramai dan
disitu terdapat pelbagai risalah-risalah penulisan Ilahi bagi yang dahagakan
ilmu-ilmu Allah. Ia merangkumi ilmu Iman, Islam dan Tasawuf. Video-video
pilihan agama juga turut saya siarkan di you tube.
Saya sering
menerima jemputan sebagai Penceramah jemputan di masjid-masjid, surau-surau dan
badan-badan korporat di beberapa buah negeri di Malaysia dalam bab tauhid dan tasauf yang sentiasa
perlukan pencerahan dari semasa ke semasa.
Selain itu
saya turut mendalami dalam bidang rawatan ketika menuntut dalam ilmu tasawuf
dulu iaitu kaedah rawatan yang unik menggunakan zikir pada titik-titik 7 lataif
batin pada badan pesakit. Kaedah rawatan ini dinamakan Wilayah Al-Haq Alhamdulillah ada pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan
dan menemui kepulihan.
Seni Bela
diri yang dinamakan Kilas Nipis Panglima yang diasaskan oleh saya tetepi
diilhamkan oleh Moyang disebelah ibu bernama Saidi Ibrahim berketurunan arab
yaman nasab yang sampai ke Rasulullah s.a.w.
Bela diri ini membawa gaya ala perang arab real fighting concept.
Alhamdullah seni ini juga bergerak maju dan mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada oran ramai yang gemar seni ini yang mudah ringkas tetapi padat dan
sarat dengan cara-cara yang unik dalam menumbangkan musuh-musuh Allah.
Saya boleh
dihubungi untuk sebarang temujanji
e-mel: bahaudin.sufi@gmail.com dan telefon bimbit – 017-2392569.
http://paketsamui.blogspot.com/ paket tour ke Koh Samui Murah dan Lengkap
ReplyDeleteHUTANG BANK MUAMALAT BNYK LAGI TU SYAIKH
ReplyDelete