Sunday, March 29, 2009

TANDA-TANDA MANUSIA TELAH HAMPIR AJAL / MATI

Ketahuilah bahawa ajal kita telah hampir sekiranya kita mengalami tanda-tanda atau isyarat-isyarat seperti berikut:

1. Rambut yang hitam telah menjadi putih.

2. Mata yang terang telah menjadi rabun.

3. Telinga yang dulunya nyaring telah menjadi pekak.

4. Badan yang dulunya kuat bertenaga telah menjadi lemah.

5. Tulang/sendi yang kuat telah menjadi lemah dan mengalami sakit.

6. Kulit yang tegang/licin telah menjadi kendur.

7. Tubuh badan yang bagus, segak dan sehat telah menjadi buruk dan mengalami sakit-sakit.

8. Lidah yang dulunya fasih/petah telah hilang kefasihannya.

9. Fikiran yang dulunya waras/tajam telah mulai menjadi kabur, pelupa/nyanyuk dan hilang kewarasannya.

10. Mulai patah selera.

11. Sering teringat makanan-makanan kegemaran yang dahulu.

12. Sering teringat/mengimbau kisah-kisah dahulu.

13. Sering bermimpi menemui roh-roh sanak saudara yang telah lama meninggal dunia.

14. Tubuh badan telah mulai menerima rawatan rapi dan ubat-ubatan makin meningkat.

15. Usia telau melampaui usia Nabi.

16. Bagi yang tidak pernah mengingati mati, perasaan menjadi cemas, berpeluh, takut, resah gelisah, fikiran kacau bilau, dada menjadi sempit dan hati menjadi gelap gelita.

17. Bagi orang-orang beriman, 40 hari sebelum ajal tiba, dia akan menerima khabar akan kematiannya dari alam Ghaib, agar dapat bersedia menyambut ketibaannya!

Semoga penelitian kepada isyarat-isyarat tersebut akan mendatangkan keinsafan mendalam dalam diri kita dan seterusnya mencetuskan langkah-langkah bijak dalam menanganinya!

HURUHARA MATI

Sewaktu kita akan dimatikan, amat banyak sekali huruhara, ujian dan cubaan yang mendatang. Tiada hairanlah jika Rasulullah sendiri memohon kepada Allah agar beliau ditolong dan diringankan kesakitan merasai mati itu, seperti doa Baginda, bermaksud:

' Ya Allah, mudahkanlah bagi kami huruhara dipintu gerbang maut.'

Doa ini diulang Rasulullah 25 kali setiap hari.

Demikian sukarnya harubiru dipintu gerbang maut.

Boleh dikatakan, perjalanan Roh menuju hadrat Allah sebagai ujian terakhir/penyudah; ada yang mati MENANG dan ada pula yang mati KALAH!

Yang MENANG keSYURGA dan yang kalah keNERAKA!

Tidak sahaja Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul berharap dimatikan dengan baik, bahkan Malaikat-Malaikat pun berharap seperti itu juga, kerana akan ada Raja Malaikat bernama Azazil, yang bakal akan dimatikan mati KAFIR!

Lagi Sabda Rasulullah, bermaksud:

' Bahawasanya, amalan seseorang yang ditilik dan dihitung benar ialah pada kesudahannya, belum dihitung akan banyak sembahyang dan puasa seseorang, melainkan ditilik lebih dahulu akan amalannya [keadaannya] pada akhir hidupnya atau akhir nafasnya.'

Amat jelaslah sudah bahawa amalan-amalan yang dikerjakan disepanjang umur hidup kita itu hanya sekadar jadi tanda-tanda/alamat/isyarat akan taatnya sahaja, walhal, belum dapat menentukan ketaatan seseorang itu telah mempastikan masuk keSyurga, malahan, hanya mesti ditilik/periksa pada akhir NAFASnya.


DARI ITU KENAPA KITA SIBUK DAN BIMBANG MEMPERHATIKAN DAN MENCARI AIB/KESALAHAN-KESALAHAN ORANG LAIN, WALHAL KITA TIDAK BIMBANG MEMIKIR-MIKIRKAN APAKAH, CARA BAGAIMANAKAH KESUDAHAN DIRI KITA SENDIRI!!!?


BAHAYA MATI KAFIR

Ketahuilah bahawa nasib anak Adam menempuhi pintu gerbang maut terbahagi kepada 4 golongan:

1. Manusia yang dilahirkan kedunia sebagai Mukmin dan hidup mereka juga Mukmin hingga keakhirnya dan mati pula dalam beriman, yakni, Rasul-Rasul, Nabi-Nabi dan para Tabiin/sahabat.

2. Manusia yang lahirnya kedunia beriman dan hidup pun beriman tetapi dimatikan mati kafir, seperti Syaikh Barsisa dan lain-lain.

3. Manusia yang lahirnya kedunia kafir dan hidupnya pun kafir tetapi mati dalam beriman, yakni, orang-orang yang Islam diakhir nafasnya. Terdapat beberapa orang kafir yang hanya beberapa ketika memeluk dan menerima pengajaran Islam lantas matinya beriman.

4. Manusia yang dilahirkan kedunia kafir, hidup kafir, mati pun kafir, seperti Abu Lahab dan lain-lain.

Golongan kedua adalah yang amat menyedihkan kerana walau pun Islam/beriman pada awalnya tetapi kemudiannya mati kafir, maka hapuslah segala pahala amalnya dan kekal didalam Neraka!

Perhatikan Firman Allah Quran Surah 2, ayat 217, bermaksud:

' Barangsiapa yang masih bimbang diantara kamu daripada agamanya, maka mati ia sedangkan ia kafir, maka mereka itu hapus segala amalannya pada dunia dan akhirat dan mereka itu adalah penduduk Neraka; kekal mereka itu didalamnya buat selama-lamanya.'

Apakah dan bagaimanakah Huruhara dan percaturan Syaitan Iblis memperdaya umat manusia dipintu gerbang maut tidaklah dibincang dalam ruang rencana kali ini.

Thursday, March 5, 2009

SETIAP MANUSIA PASTI AKAN MATI

TAHUKAH ANDA?

JASAD DAN ROH

Diri manusia itu adalah tersusun dari tubuh yang kasar [jasmani/jasad] dan tubuh yang halus [rohani/roh]. Jika roh itu menerangi jasmani pada zahir dan batin, bernamalah orang itu hidup.Jika roh itu menerangi pada batin sahaja, dinamakan orang itu tidur. Dan jika roh itu tidak menerangi zahir dan batin, bernamalah orang itu mati.

PASTI MATI

Setiap manusia, tidak dapat tidak, pasti akan merasai mati, walau manusia itu bermertabat/berdarjat, kaya, hina, fakir, miskin, kecil-besar, tua-muda, lelaki, perempuan dan sebagainya, semuanya pasti akan merasai mati!

Maut itu akan datang kepada yang muda remaja dan kepada yang tua. Maut akan datang kepada manusia yang bosan hidup mahu pun kepada manusia yang mempunyai cita-cita bergelora. Maut akan datang kepada manusia yang bergembira asyikkan dunia; maut juga datang kepada simalang yang hidup sebatang kara, yang adanya tidak dirasai/sedari dan hilangnya pula tidak dicari. Maut itu juga akan datang kepada kekasih yang dicintai, gunung payung harapan keluarga dan bangsa, tempat bergantung seisi keluarga dan anak-isteri yang dicintai; perginya mencetuskan dukalara dan kesedihan sengsara bagi sekelian kaum kerabatnya!

Tegasnya, maut pasti akan datang kepada setiap manusia tanpa ada kecualinya!

Perhatikan Firman Allah Q.S.al-An’am:2, bermaksud:

‘ Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal atau kematianmu, dan lagi suatu ajal yang ditentukan [untuk berbangkit] yang ada pada sisiNya [yang Dia sendirilah mengetahuinya].’

Dan lagi FirmanNya Q.S.an-Nahl:61, bermaksud:

‘ Maka apabila sudah tiba ajal seseorang tidak akan dapat diundurkan atau dimajukan walaupun hanya sesaat.’

PINTU

Dunia yang kita diami sekarang mempunyai dua pintu.

1] Pintu masuk kedalam dunia, melalui rahim ibu;

2] Pintu keluar dari dunia ini, dinamakan liang lahad/kubur.

Kita bernama manusia ini tinggal didunia adalah ibarat dagang merantau dan lambat laun pastinya kembali juga kenegeri asal, yakni, liang lahad / akhirat!

REZEKI

Soal kenapa kita masih belum mati adalah disebabkan rezeki kita yang belum habis, seumpama lampu sebelum kehabisan minyak, belum akan padam, begitulah! Seandainya masih ada agak segenggam rezeki kita masih tersimpan oleh Malaikat Mikail, nescaya, kita belum lagi akan dimatikan!

Rezeki itu pada kebiasaannya kitalah yang mencari dia, dan terkadang-kadang rezeki pula yang mencari kita. Samaada diusahakan atau pun tidak, rezeki pasti akan kita terima sebelum Malaikat-Maut datang menjemput/mengambil nyawa kita. Kerana rezeki itu telah disediakan oleh Allah sebelum kita sampai kedunia ini, yakni, ketika kita masih didalam rahim ibu. Bukankah ketika didalam kandungan lagi, susu ibu kita telah pun membesar penuh berisi!

MENUMPANG

Didunia ini manusia seolah-olah menumpang sebuah kapal yang sedang berlabuh sebentar waktu sahaja. Telah berpesan Nakhoda kapal bahawa kapal hanya berhenti untuk sebentar waktu sahaja. Sewaktu kapal berlabuh semua penumpang boleh keluar berbuat apa sahaja, boleh mencari barangan, makanan/minuman disukai dan bersuka-ria seasyiknya, tetapi INGATLAH, jika isyarat telah dibunyikan, hendaklah semua penumpang secepatnya kembali kedalam kapal untuk perjalanan seterusnya, atau pun tertinggal perjalanan dan menyesal seumur hidup!

Adalah hidup didunia ini seperti kita bermimpi. Apabila kita terjaga dari tidur hilanglah dia; yakni, manakala kita telah mati,maka akan tinggallah dunia fana ini!

Seperti Firman Allah bermaksud:

' Tiadalah kehidupan didunia ini melainkan keseronokan yang memperdaya.'

TAKUT MATI ATAU BERANI MATI

Jika kita berbicara tentang orang yang takut kepada kematian dan orang yang senang menghadapi kematian, maka akan kita dapati orang yang takut kepada kematian itu disebabkan dua kemungkinan.

1. Merasa berat untuk meninggalkan anak isteri/keluarga, kemewahan harta benda,kedudukan, pangkat dan segala kesenangan dan kecintaan yang dikecapi didunia ini.
2. Merasa gerun menempuh sakaratul-maut yang dibayangkan sebagai amat menyakitkan kerana merasakan bekal amalan dan persiapan belum cukup memuaskan bagi menghadapi hari akhirat nanti.

Demikian pula orang yang senang menghadapi kematian itu adalah kerana sebab-sebab berikut:

1. Mempunyai Iman yang teguh dan penuh pasrah kepada Takdir Allah Ta’ala S.W.T.
2. Mempunyai kesedaran dan kerinduan yang mendalam sebagai seorang mukmin dan amat mencintai bertemu dengan Allah Ta’ala S.W.T.

Perhatikan sebuah Hadith Rasulullah bermaksud;

‘ Barangsiapa yang mencintai hendak bertemu dengan Allah maka Allah juga mencintai akan bertemu dengannya, sedangkan barangsiapa yang membenci bertemu dengan Allah, maka Allah juga tidak senang bertemu dengannya.’

MANUSI DIMATIKAN ANTARA DUA JALAN

Dimatikan manusia diantara dua jalan, yakni, ada mati baik dan ada mati jahat. Mati baik akan keSyurga dan mati jahat pula akan keNeraka, seperti sabda Rasulullah S.A.W., bermaksud:

' Ya Allah, sudahilah olehMu akan kesudahan mati kami dengan sebaik-baik kesudahan; dan janganlah Engkau sudahi kami dengan sejahat-jahat kesudahan,'

Yang dinamakan mati baik adalah seperti dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. ketika ditanyai Jibril kepada Baginda:

' Bertanya Jibril: Apakah itu Ihsan? Maka dijawab Baginda: Bermula Ihsan itu bahawa engkau berbuat ibadah kepada Tuhanmu seolah-olah engkau melihat akan Dia, maka jika engkau tidak melihat akan Dia, maka bahawasanya Allah melihat akan engkau.'

Justeru, dikatakan mati baik itu adalah apabila terbukanya dinding tirai dengan Allah diwaktu penghelaan nafas kita yang paling akhir!

Dan bukanlah Rasulullah S.A.W. sahaja yang meminta dimatikan dengan mati baik, malahan Nabi Yusuf pun meminta pula agar dimatikan baik atau mati Islam, seperti maksud Firman Allah, Surah Yusuf, 101:

' Matikan aku didalam Islam.'

Dan Allah juga menghendaki supaya kita juga mati, tidak boleh tidak, dan semestinya dalam Islam, seperti maksud FirmanNya, Ali Imran, 102:

' Janganlah kamu mati melainkan atas Agama ISLAM.'

Memandangkan betapa berat dan kritisnya persoalan mati ini bagi setiap diri kita yang bernama manusia, disamping kita dianjurkan sentiasa berdoa memohon perlindungan Allah, Rasulullah S.A.W. juga telah berpesan didalam Hadith Baginda, bermaksud:

‘ Berlajar matilah kamu sebelum kamu dimatikan.’

Janganlah anda memandang remeh tentang perkara ini.[Never take for granted] Sebenarnya, keputusan anda untuk mempelajarinya adalah keputusan yang terbaik yang pernah anda ambil dalam keseluruhan dan sepanjang hidup anda! Percayalah, dan anda akan lebih bersyukur dan berbanyak terima kasih!

Silalah anda bertanyakan kepada yang Ahli tentang bagaimana hendak menempuh/berdepan dengan huru-hara Sakaratul-maut dan terselamat darinya! InsyaAllah!

Akan menyusul nanti wacana Huru-hara Mati dan Tanda/Isyarat Manusia telah hampir ajal. Nantikan!

Kepada Allah sahaja kita mohon Hidayah, dan Dialah sahaja sebaik-baik tempat kembali. Ameen!

MATI

Mati itu hampir
wahai sitolol
bagaimana ghairah nafsu
tipudaya hidup
hampir melemaskanmu.
Kau sangka
maut itu amat jauh darimu.
Hari melintas lalu
ia tetap menjejak mu
menghambatmu
kekaki langit
kedasar bumi
walau kedalam peti besi
ia tidak melupai mu.
Kau kira usia akan bertambah
amalmu bisa ditangguh.
Setiap saat kau terpedaya
Helaan nafasmu hampa
Melompong tiada harga.
Usiamu makin berkurang
Hanya gelojak nafsumu tiada bertebing
Kulitmu semakin kendur
Tulang belulangmu pupus daya
Sarafmu kian mengeciwa
Pembuluh darahmu kian menebal
Kematian selsel mu tiada gantian
Tekanan darahmu hilang pedoman
Tetapi –
Tenaga batinmu serasa
Usia tiga puluhan
Sesungguhnya
Kau dalam kehebatan percaturan
Senantiasa meniti risiko perjalanan
- Menuju kehancuran
Kau terjebak pada gamitan dunia
Qudrat tenaga tertumpu
Kepada membolot menghimpun harta
Meraih pangkat dan nama
Untuk siapa?
Demi untuk anak-anak tercinta
Suatu masa akan berperang saudara
Atau –
Untuk isteriisteri cantik jelita
Pabila ditinggal mati
Bergaya beroleh harta
Kerana paras rupawan menawan
Bujang teruna jadi umpanan
Tawanan
Nah!
Bagaimana nasibmu?
Apa yang kau temu
Dihujung perjalananmu
- Tiada lain
Melainkan dirimu sendiri
Tersisih sepi
Terkecundang!
Hendak berniaga
Modal tiada
Disaat itu qodho’ sudah menimpa
Qadar sudah terlaksana
Nasi sudah menjadi bubur.
- Justeru
Sebelum kalam menulis
Sebelum dakwat menitis
Carilah teman
Dengannya
Tiada terjelma perpisahan atau penyisihan

Moga kau terbebas
Dari pejalan sesat ini
Kerana-
Tidak seorang
Kecuali HELANG RAJA menemukan
Jalan menuju SANG RAJA.

Tuesday, March 3, 2009

CINTA ILAHI [BUAT SIISTERI CINTAKASIHKU]

Hatiku mencemburui pandangan senang mataku
Dan mataku iri pada kekhusyukan hatiku

Kerana cinta lautan api menjadi tasik madu
Kerana cinta gurun Sahara menjadi hamparan syahdu

Kerana cinta duri menjadi mawar
Kerana cinta cuka menjadi anggur

Kerana cinta nyala api menjadi cahaya menyenangkan
Kerana cinta duka menjadi keriangan
Kerana cinta beban menjadi ringan
Kerana cinta sakit menjadi kesejahteraan

Kerana cinta amarah menjadi ramah
Kerana cinta sepi menjadi indah
Kerana cinta gundah resah menjadi istiqamah

Kerana cinta sipengecut menjadi pahlawan
Kerana cinta nyala syahwat bisa ditawan
Kerana cinta perlu pengorbanan

Kerana api cinta itu semangat membara
Kerana api cinta itu penawar rindu dendam duka lara
Kerana api cinta menyatu cintakasih kita dalam mengasihiNya
Kerana api cinta menyatu cintakasih hamba dan Tuhannya.

Ketahuilah,

Jika cahaya api cinta telah menembusi hatimu
Cinta telah bersemayam padu dihatimu disitu

Dan,

Bila Cinta Ilahi telah menyala dalam hatimu tanpa diragu
TUHAN MAHA PENCINTA TELAH CINTA KEPADAMU!

MACHOKAH ANDA? APAKAH ANDA MEMILIKI KESABARAN DAN DAYA-TAHAN SEBAGAI INSAN/MANUSIA PILIHAN?

Jika anda fikir jalan [spiritual] Kerohanian
Yang menuju kealam keTuhanan
Diri dinobat Khalifah Tuhan
Matlamat meraih serba kerihatan dan kelazatan
Alkisah berikut cubalah renungkan!

Lihat tragedi Adam seorang Rasul
Berapa tahunkah meratap-merintih dan masyghul
Dilontar jauh kehilangan teman
Angkara hanya atas sedikit kekhilafan.

Renung pula nasib Nuh yang mulia
Ditangan kaumnya dicaci-maki penuh sengsara.
Banjir menenggelami ketidak-pedulian
Anak dan isteri turut dikorban.

Kisah Lut mendepani kaum songsang
Urusan kenabian kian terhalang
Pesanan jangan pandang belakang
Meski isteri jadi petualang.

Bagaimana Ibrahim berdilema mencari Tuhan
Akhirnya berjaya menggarab keakraban
Namun diratah derita seksaan
Dinyala api ia dihumban.

Peristiwa Ismail pula meraih kasih Tuhan
Kendati ia diTakdir menjadi korban.

Kisah menyayat Ya'kub kehilangan puteranya
Meratap sedih membanjiri air-mata
Sehingga kedua mata menjadi buta.

Perhatikan Yusuf amat mempersona
Kedalam telaga dihumban saudara durjana
Merengkok dipenjara angkara syahwat wanita
Namun mulia bila berkuasa mahupun sebagai hamba.

Ingatkah anda akan Ayub penuh kesedihan
Menjadi umpanan serigala dan ulat penuh kepayahan

Alkisah Yunus tenggelam punca akan kaumnya
Kaum ditinggal menyingkir dirinya
Murka Tuhan hukuman dijatuhkan
Kedalam perut ikan Takdir memenjarakan.

Ikuti kisah Musa dilahirkan
Didalam bakul serasa buaian
Terumbang-hanyut namun diselamatkan
Untuk membenteras Fir'aun yang luar-batasan.

Merujuk Harun saudara Musa
Bersama menentang Fir’aun gila kuasa
Sekutu sesat habis dibinasa
Tenggelam bersama ideologi gila.

Fikirkan kisah Daud tak terperi
Nangani dilemma miliki 99 orang isteri
Melentur besi mengguna jejari
Dengusan nafas mencair keluli.

Kuasa Sulaiman tiada terbilang
Meneraju kerajaan tanpa terhalang
Alam Jinn dan haiwan bisa ditawan
Kendati tawadhuk kepada Tuhan.

Zakaria berkasih dengan Tuhan
Rela dibunuh tanpa belas kasihan

Yahya dihina tidak keruan
Kepala dipenggal jadi taruhan

Persona Isa penuh sakti
Miliki keramat kurniaan Ilahi
Ditonton dicemat disalib tinggi
Diselamat Takdir dari kejam Yahudi.

Akhir kalam khatamun Nabi
Muhammad Rasulullah nama disanjungi
Mulia Baginda namun dicaci
Walhal Penghulu segala Nabi

Kasihnya Allah tanpa batasan
Kepada Baginda semua dicurahkan
Kasihnya Allah sepanjang zaman
Kerana Baginda pencetus ciptaan!

Dari kisah pelbagai tragedi
Disulam misteri rencana Ilahi
Rahsia besar cubalah rongkaikan
Jadi pengajaran seluruh kemanusiaan

Bagi siapa yang punyai kesedaran
Kendalilah diri cari pedoman
Terhindar hidup tidak keruan
Redha Tuhan tepat tujuan!