Sewaktu kita akan dimatikan, amat banyak sekali huruhara, ujian dan cubaan yang mendatang. Tiada hairanlah jika Rasulullah sendiri memohon kepada Allah agar beliau ditolong dan diringankan kesakitan merasai mati itu, seperti doa Baginda, bermaksud:
' Ya Allah, mudahkanlah bagi kami huruhara dipintu gerbang maut.'
Doa ini diulang Rasulullah 25 kali setiap hari.
Demikian sukarnya harubiru dipintu gerbang maut.
Boleh dikatakan, perjalanan Roh menuju hadrat Allah sebagai ujian terakhir/penyudah; ada yang mati MENANG dan ada pula yang mati KALAH!
Yang MENANG keSYURGA dan yang kalah keNERAKA!
Tidak sahaja Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul berharap dimatikan dengan baik, bahkan Malaikat-Malaikat pun berharap seperti itu juga, kerana akan ada Raja Malaikat bernama Azazil, yang bakal akan dimatikan mati KAFIR!
Lagi Sabda Rasulullah, bermaksud:
' Bahawasanya, amalan seseorang yang ditilik dan dihitung benar ialah pada kesudahannya, belum dihitung akan banyak sembahyang dan puasa seseorang, melainkan ditilik lebih dahulu akan amalannya [keadaannya] pada akhir hidupnya atau akhir nafasnya.'
Amat jelaslah sudah bahawa amalan-amalan yang dikerjakan disepanjang umur hidup kita itu hanya sekadar jadi tanda-tanda/alamat/isyarat akan taatnya sahaja, walhal, belum dapat menentukan ketaatan seseorang itu telah mempastikan masuk keSyurga, malahan, hanya mesti ditilik/periksa pada akhir NAFASnya.
DARI ITU KENAPA KITA SIBUK DAN BIMBANG MEMPERHATIKAN DAN MENCARI AIB/KESALAHAN-KESALAHAN ORANG LAIN, WALHAL KITA TIDAK BIMBANG MEMIKIR-MIKIRKAN APAKAH, CARA BAGAIMANAKAH KESUDAHAN DIRI KITA SENDIRI!!!?
BAHAYA MATI KAFIR
Ketahuilah bahawa nasib anak Adam menempuhi pintu gerbang maut terbahagi kepada 4 golongan:
1. Manusia yang dilahirkan kedunia sebagai Mukmin dan hidup mereka juga Mukmin hingga keakhirnya dan mati pula dalam beriman, yakni, Rasul-Rasul, Nabi-Nabi dan para Tabiin/sahabat.
2. Manusia yang lahirnya kedunia beriman dan hidup pun beriman tetapi dimatikan mati kafir, seperti Syaikh Barsisa dan lain-lain.
3. Manusia yang lahirnya kedunia kafir dan hidupnya pun kafir tetapi mati dalam beriman, yakni, orang-orang yang Islam diakhir nafasnya. Terdapat beberapa orang kafir yang hanya beberapa ketika memeluk dan menerima pengajaran Islam lantas matinya beriman.
4. Manusia yang dilahirkan kedunia kafir, hidup kafir, mati pun kafir, seperti Abu Lahab dan lain-lain.
Golongan kedua adalah yang amat menyedihkan kerana walau pun Islam/beriman pada awalnya tetapi kemudiannya mati kafir, maka hapuslah segala pahala amalnya dan kekal didalam Neraka!
Perhatikan Firman Allah Quran Surah 2, ayat 217, bermaksud:
' Barangsiapa yang masih bimbang diantara kamu daripada agamanya, maka mati ia sedangkan ia kafir, maka mereka itu hapus segala amalannya pada dunia dan akhirat dan mereka itu adalah penduduk Neraka; kekal mereka itu didalamnya buat selama-lamanya.'
Apakah dan bagaimanakah Huruhara dan percaturan Syaitan Iblis memperdaya umat manusia dipintu gerbang maut tidaklah dibincang dalam ruang rencana kali ini.