Monday, October 28, 2013

Personal profil Prof. Dr. Syaikh Bahaudin Jalal. Antara perkembangan terkini sejak dahulu hingga sekarang.



Biografi Prof. Dr. Syaikh Bahaudin Jalal

Assalamualaikumwarahmatullah, Saya yang digelar orang “hamba yang karam dalam laut dosa, mengharapkan ampunan TuhanNya Al-FaqirIllAllah Prof. Dr. Bahaudin Jalal lahir pada 23 oktober 1977 berasal dari Klang, Selangor.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan dan sekolah Pondok Khas Tauhid di Beranang dan Selayang. Meneruskan pengajian dalam Shariat dan Tauhid Makrifatullah di Akademi Tauhid Makrifatullah di Bukit Tinggi, Indonesia serta mendapat Ijazah Kedoktoran PHD dalam Tasawuf. Meneruskan lagi menuntut ilmu dengan lebih dalam mengaji, mengkaji dan tadabbur Al-Quran di Bukhara, Uzbekistan. Ilmu hadith juga turut dibelajar oleh saya disana.

Minat yang terlalu mendalam tentang Ilmu tarekat Tasauf mendorong saya untuk berGuru dengan Syaikh Murshid Tarekat Naqshabandiya dan saya berbaiat mengambil ijazah bersanad serta bersuluk bawah pimpinan Prof. Dr. Syaikh Hj Adam Hj Hasan (sanad ke- 36 selepas Rasulullah s.a.w.) Setelah kewafatan Tuan Guru meneruskan pengajian pula dengan Khalifah Murshid beliau iaitu Prof. Dr. Al-Hady (sanad ke- 37 selepas Rasulullah s.a.w.) sehingga saya ditabalkan sebagai Syaikh Murshid Tarikat Naqshabandiya Kholidi Mujjadidi sanad ke- 38. Saya juga diberi keizinan oleh beliau untuk membawa 5 buah tarekat ibunya Naqshabandiya induk-induknya pula adalah Sammaniya, Qadariya, Anfusiyah dan Syaziliya. Saya diizinkan untuk membaiat, memimpin majlis zikir {tawajuh) dan mendakwahkan pada umum.

Sebagai Shaikh Tarikat Naqshabandiya saya memimpin tawajuh/suluk di beberapa tempat :-

1. Rumah Shaikh Al-Hady di Klang, Selangor.

2. Rumah saya di Alam Megah, Shah Alam.

3. Madrasatul Baitul Adam di Kg Bukit lancung, Shah alam.

4. Raudhatul Al-Faeez di Gombak, Selangor.

5. Madrasah Suluk Baitul Ibadah di Lenggeng, Negeri Sembilan.

6. Madrasah Suluk Kg Kemensah, Kuala Lumpur.

7. Madrasah Islaiyah Kg Baru, Kuala Lumpur.

8. Madrasatul Baitul Adam di Riau, Indonesia. (bakal cawangan baru)

9. Akademi Dakwah Muhaqqiqin di Bangi, Selangor. (cawangan baru)

Kini setelah 15 tahun menyampaikan risalah Allah saya telah dikenali dan murid-murid yang kian bertambah Alhamdulillah. Saya juga dikenali dengan blog di web www.tarikatusufiah.blogspot.com yang sering dikunjungi ramai dan disitu terdapat pelbagai risalah-risalah penulisan Ilahi bagi yang dahagakan ilmu-ilmu Allah. Ia merangkumi ilmu Iman, Islam dan Tasawuf. Video-video pilihan agama juga turut saya siarkan di you tube.

Saya sering menerima jemputan sebagai Penceramah jemputan di masjid-masjid, surau-surau dan badan-badan korporat di beberapa buah negeri di Malaysia  dalam bab tauhid dan tasauf yang sentiasa perlukan pencerahan dari semasa ke semasa.

Selain itu saya turut mendalami dalam bidang rawatan ketika menuntut dalam ilmu tasawuf dulu iaitu kaedah rawatan yang unik menggunakan zikir pada titik-titik 7 lataif batin pada badan pesakit. Kaedah rawatan ini dinamakan Wilayah Al-Haq  Alhamdulillah ada  pesakit-pesakit yang telah menerima rawatan dan menemui kepulihan.

Seni Bela diri yang dinamakan Kilas Nipis Panglima yang diasaskan oleh saya tetepi diilhamkan oleh Moyang disebelah ibu bernama Saidi Ibrahim berketurunan arab yaman nasab yang sampai ke Rasulullah s.a.w.  Bela diri ini membawa gaya ala perang arab real fighting concept. Alhamdullah seni ini juga bergerak maju dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada oran ramai yang gemar seni ini yang mudah ringkas tetapi padat dan sarat dengan cara-cara yang unik dalam menumbangkan musuh-musuh Allah.

Saya boleh dihubungi untuk sebarang temujanji  e-mel: bahaudin.sufi@gmail.com dan telefon bimbit – 017-2392569.

    

Pahamkan dan renungkan ! Moga mendapat Hidayah Allah ! Barakallah !



Video terkini saya tentang perihal tarekat-tarekat yang muktabar di seluruh dunia. Semoga mendapat pencerahan daripada Allah.



Video memperihalkan kemushkilan umum tentang taubat bagaima cara dan pahamannya.

I

Ilmu 3' I' Iman, Islam dan Ihsan, Mana yang patut diutamakan dahulu? Apa bahayanya jika tidak tahu ilmu 3 serangkai tersebut!












Tuesday, October 15, 2013

Mengapakah Perlunya BerTarekat ?


Persoalan ini hendaklah ditangani segera ! Carilah Pembimbing Rohani iaitu Murshid yang dapat membimbing terus ke Allah !

Antara Kehandak dan Keperluan.


Renungkan betapa manusia hanya mementingkan kehendak nafsu-nafsu duniawi tapi tidak mementingkan langsung tentang keperluan Beragama yang hanya itu dapat menyelamatkan dirinya daripada sentuhan panas siksa neraka! Nauzubillah!!

Misi dan Objektif daripada Penaung Madrasatul Baitul Adam.


Pengenalan Awwaludin Makrifatullah daripada Penaung Madrasatul Baitul Adam. Misi dan Objektif.