Sunday, January 17, 2010

PUISI JANGAN

JANGAN!

Q.S az-Zumar,ayat16:
' YAA 'IBAADI FATTAQUUN' bermaksud;
' Duhai hamba-hambaKu, takutlah kepadaKu'

Aduhai Sahabat;

Janganlah kamu tangguhkan Taubat
Kerana menyangka Maut itu lambat
Janganlah kamu tidak tahu
Maut itu paling hampir denganmu
Datangnya sekilas pandang
Hadirnya tanpa diundang!
Lihatlah Firman Allah
Yang punya penuh Hikmah

'WAJAA AT SAKRATUL MAUTI BILHAQ
ZAALIKA MAA KUNTA MINHU TAHEED.'

'Dan datanglah Sakaratul Maut dengan sebenar-benarnya,
itulah yang kamu selalu lari daripadanya!'

Jangan Dakwah tinggal Dakwah
Kerana umat masih parah
Jangan Syahadat tinggal Syahadat
Telunjuk digoyang tak kenal Nafi Isbat
Jangan Solah tinggal Solah
Sireh naik junjung patah
Daim tiada khusyuknya ya entah
Jangan puasa tinggal puasa
Lapar dahaga yang dapat dirasa
Jangan zakat tinggal zakat
Kerana pemberian tiada berkat
Jangan Haji tinggal Haji
Mabrur diharap serban pun tinggi
Berseluar pendek perangai keji
Syurga diharap Neraka ditukar ganti
Bulan Rejab bulan Sya'ban
Pergi sekejap dapat serban
Selalu pergi sawah
Banyak dapat padi
Doktor dapat jubah
Kapal dapat Haji.
Jangan Islam tinggal Islam
Iman kelihatan timbul tenggelam
Jangan Iman tinggal Iman
Aqa'idnya tanggal tiada aman
Jangan Tawhid tinggal Tawhid
Ikhlas tiada walau sekelumit
Jangan Muraqabah tinggal Muraqabah
Tafakkurnya jarang lebihnya gelabah
Jangan Musyahadah tinggal Musyahadah
Sabitnya disaksi jangan ambil mudah
Jangan Fana tinggal Fana
Binasa wujud lenyap kemana
Fana-fillah lenyapnya diri
Fana-ul-Fana terlebih tinggi
Persembahkan diri kepada Tuhan
Pasti dengan Zuk dan Wujdan
Jangan Baqa tinggal Baqa
Qadim Tuhan binasa hamba
Tetapnya Tuhan tetapnya hamba!

Q.S.as-Syura, ayat 53;

'ALAA ILALLAHI TASIIRUL UMUR.' Bermaksud:

'Ingatlah! Kepada Allahlah kembali semua urusan.'