Tuesday, April 22, 2014

Saturday, April 19, 2014

Link daripda Dakwah Muhaqqiqin yakni Akademi Tauhid Makrifatullah

http://dakwahmuhaqqiqin.blogspot.com/2014/04/risalah-yang-terbaru-buat-beladiri-sufi.html

Slm mudahan pembaca-pembaca dapat mengikuti link berikut. InshaAllah !

Saturday, April 12, 2014

FOTO-FOTO TEMPAT BARU KAMI DI DEWAN SG PENCHALA

Ini alamat tempat baru kami
Dewan Masyarakat, kg Sg Penchala,Jln Damansara, 60000 Kuala lumpur

Kami masih menyediakan Aktiviti yang sama iaitu Pengajian Tauhid Makrifatullah, Rawatan Al-Haqq dan yang terbaru gabungan tenaga dengan Master Shafiee Ex-Komando ATM dan bersama saya Real fighting System Kesufian (Kilas Nipis Panglima)

Jemput hadirin kami tengah menerima keahlian baru masih panas dan hangat ! Bermula Hari Sabtu 19.04.2014. Jam - 8.00 pm -930pm- Kelas BelaDiri manakala Pengajian Tauhid bermula Jam 945pm-1130pm. InshaAllah.














PERPINDAHAN AKADEMI DAKWAH MUHAQQIQIN KE SG PENCHALA

Assalamualaikum duhai Sahabat Sekalian, Buat Makluman yang kami telah berpindah tempat daripada Bandar Baru Bangi kepada Kg Sg Pencala, Kuala Lumpur.

Kami telah berpindah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. InshaAllah tempat baru ini akan lebih mendatangkan harapan dan manfaat buat semua Pencari Tuhan ! Wslm!

Sunday, April 6, 2014

NAFAS TERAKHIR DIHUJUNG NYAWA. TELAH BERSEDIAKAH ANDA UNTUK SAAT ITU?



BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM.
ALHAMDULILLAAH. WASSOLAATU WASSALAMU 'ALA NABIYYIKAL KARIM, WARASULIKAL 'AZIM, SAYYIDINAA MUHAMMADIN MUSTOFA, KHATAMAN NABIYYINA, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHII AJMA'IN.

ADUHAI SAHABAT!
Terlebih dahulu marilah kita semua memanjatkan puji sanjung tidak terhingga banyaknya terhadap Allah SWT., diatas setiap kurniaNya kepada kita, yang disedari atau yang tak disedari, yang zahir maupun yang batin! Seharusnya, kita menyibukkan hati nurani kita dalam berfikir dan berzikir kepadaNya, berkekalan dan berkepanjangan, bermaksud, semata-mata menumpukan dan memelihara hati dari sebarang kealpaan serta hadir hati berserta Allah SWT. sehingga tiada ruang dalam diri kita untuk keegoan bertapak, nescaya akan sirna sifat egodiri, merasa hebat-diri['ujub/sum'ah], ketakburan, keengganan, dsbnya.
Kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT. kerana telah mempergilirkan siang dan malam, untuk dimanfaatkan oleh para amilin dan mereka yang ingin beribadah dan berubudiah, ingin mengingatNya dan yang ingin bersyukur kepada Allah SWT.
Seterusnya, kita berselawat atas Nabi Muhammad Saw. yang diutus Allah dengan benar, untuk menyampaikan berita gembira dan khabar bersifat ancaman dan azab pedih dari hukumanNya. ‘Allahlah yang mengutus Rasulnya, dengan membawa petunjuk, dan Agama yang benar, untuk memenangkan [menakluk] atas SEGALA Agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.’QS.61:9.  
Selanjutnya, kita berdoa untuk para keluarga dan para Sahabat baginda; manusia-manusia utama yang telah berjihad keras untuk menegak dan membela, dan mengabdi diri kepada Allah Swt. baik siang maupun malam, sehingga mereka menjadi bintang gemintang, berkilau bergemerlapan dilangit Agama, yang senantiasa menjadi pedoman dan pelita Agama yang menyinar cahaya terang benderang bagi ikutan ummah sesudahnya!

1. MUKADDIMAH
Sesungguhnya, Allah SWT. telah mengamanah dan menyerahkan bumi ini kepada hambaNya [manusia], bukan dengan maksud agar mereka memakmurkan dunia ini untuk dapat tinggal hidup kekal abadi diatas hamparannya, tetapi dengan maksud penuh hikmah bagi mereka yang cerdik menterjemahkannya, yang bererti menyediakan amalan perbekalan yang akan dibawa pulang ketanah air yang sebenarnya!
' Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok [akhirat], dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.'QS.59:18.
Berkata Saidina Hasan r.a., bermaksud;
' Wahai anak Adam! Sesungguhnya kalian sedang menempuh perjalanan yang panjang. Setiap kali kalian melewati siang dan malam, maka kalian telah memutuskan satu perjalanan. Ketika perjalanan kalian tamat, kalian akan sampai kedestinasi yang dituju. Yakni, Syurga atau Neraka!
Sedar atau tidak, mahu tidak mahu, usia kita akan menghantar kita kenegeri abadi itu dengan pasti, ibarat kapal yang menghantar penumpang-penumpangnya!
Manusia didunia ini sungguh-sungguh berada didalam suatu perjalanan!
Persinggahan pertama manusia itu adalah buaian, manakala, persinggahan terakhirnya berupa lubang lahad! Noktah!
Tanah air sebenarnya berupa Syurga atau pun Neraka, manakala, usia pula adalah skala jarak perjalanan tersebut, yang akhirnya berdestinasi kesana jua!
Tempuh tahun-tahun adalah merupakan sempadan-sempadan negeri-negeri yang dilalui, dan bulan-bulan adalah laksana kilometer yang dicatat; manakala, setiap hembusan nafas adalah umpama setiap bilangan langkah diatur didalam perjalanan tersebut!
Amal ibadah dan ketaatan adalah merupakan harta perbekalan, sedangkan waktu adalah merupakan modalnya!
Namun, hawa nafsu, syahwat, dunia dan iblis tidak ubahnya seperti penyamun dan perompak yang licik berkeliaran dijalanan, hanya menunggu peluang dan kesempatan mencipta bujukan kedurjanaan terhadap mangsa-mangsanya.
Kemuncak kemenangan dan keuntungan tidak lain, melainkan mengecap kenikmatan pertemuan dengan Allah SWT. dan mendapat fadlullah dan mardhatillah dariNya didalam Syurga dan beroleh kurniaan nikmat abadi!
Kemuncak kerugian pula adalah terjauh dari Allah SWT. dan keredhaannya, putus dari Rahmatnya, malah mendapat kutukan, derita siksa dari belenggu azab pedih didalam Neraka Jahannam! Nah!

2. MEMELIHARA AMANAT ALLAH SWT.
Bagaimanakah seorang hamba Allah itu dapat memiliki karakter sebagai pemelihara amanat-amanat Allah SWT.? Allah SWT. menyebut dalam QS. 70:32-33, bermaksud:
‘ Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat [yang dipikulnya] dan janjinya. Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya.’
Kalangan Ulama ‘Arifin menyatakan:
‘ Usia [waqt] seorang hamba itu adalah amanat dari Allah SWT. yang diberikan kepadanya. Allah SWT. akan bertanyakan tentang hal tersebut ketika hamba itu menumui kematiannya. Andai hamba tersebut meremehkan usianya, maka ia telah mengabaikan amanah dari Allah SWT. dan seterusnya memungkiri janjinya. Sebaliknya, jika ia berjaya memelihara semua waktunya, dan tidak ada satu ketika pun waktu yang ia lewati tersia-sia, melainkan ia gunakan dalam ketaatan kepada Allah SWT., maka sesungguhnya, ia telah sebenarnya memelihara amanah-amanahNya dan menunaikan janjinya. Dengan demikian, Allah SWT. akan menunaikan pula janjiNya, kerana hamba tersebut pun menunaikan janjinya, sesuai dengan firmanNya, QS. 2::40, bermaksud:
‘ Dan penuhilah janjimu kepadaKu nescaya Aku penuhi janjiKu kepadamu; dan hanya kepadaKu-lah kamu harus takut [tunduk].
Tidak seorangpun yang mampu menggapai hakikat ‘waktu’ dengan berkehendak sendiri, kerana ‘waktu’ adalah sesuatu yang berada diluar ruang-lingkup usaha manusia. Kerananya, ‘waktu’ tidak dijual dipasar, tidak seorangpun yang bisa munukarkannya dengan sebuah kehidupan idealis yang diinginkannya, ia tidak punya kekuatan[qudrah] , baik untuk meraih maupun untuk menolaknya!
Para Syaikh Sufiyyah mengatakan, ‘ Waktu adalah pedang yang tajam,’ kerana ciri khas pedang adalah memotong, dan ‘waktu’ memotong akar masa lalu dan masa mendatang, dan menghapus dari hati, perhatian tentang hari kelmarin dan juga hari esok. Pedang juga adalah sahabat yang keras dan membahayakan. Ia bisa menjadikan tuannya sebagai raja dan dapat pula membinasakannya. Meskipun manusia menghormati pedang dan menyandang dibahu atau dipinggangnya selama seribu tahun, namun, pada saat memotong, ia tidak pula memilih bulu apakah itu leher tuannya atau leher musuhnya. Qahar [kekerasan] adalah ciri khusus sebilah pedang [‘waqt’], dan kekerasan ini tidak akan pernah terpisah darinya, walaupun tuannya sangat menginginkannya! Fahamkan benar-benar metafora ini!    
Apakah rentetan pencitraan ini belum cukup grafik dan menimbulkan ancaman, ketakutan, cabaran, penyesalan dan keinsafan bagi diri anda?!
Awas! Bagi yang lalai, walaupun hanya dalam satu hembusan nafas, lalu dipergunakan saat itu, bukan untuk ketaatan yang akan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT., akan memungkinkan kegilinciran dan menjerumuskannya dihari kemudian kelak kedalam kesengsaraan dan penyesalan yang tidak ada penghujungnya!
Justeru, mengambil i'ktibar dan mengingatkan betapa besarnya bahaya terjebak dalam keadaan demikian, maka, anda sebagai orang utama, yang cerdik dan bijak bistari pasti bergegas segera bangkit menyingsing lengan baju keengganan, lantas meninggalkan segala penipuan dunia dan perdayaan kesenangan diri pribadi anda didunia ini, lalu beristiqomah menggunakan sisa-sisa usia anda sebaik-baiknya dalam khidmat ketaatan kepada Allah Jalla wa Azza!
' Sungguh, Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.'
' Dan perintah Kami hanyalah [dengan] satu perkataan seperti kerdipan mata.'
' Dan, sungguh telah Kami binasakan orang-orang yang serupa dengan kamu [kekafirannya].
 Maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran?'
' Dan, segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat didalam buku-buku catatan.'
' Dan, segala [sesuatu] yang kecil maupun yang besar [semuanya] tertulis.' QS.54:49-53. 
' Untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang cerdik berfikir.'
' Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.'
Bermula dari SEKARANG!!! Ambillah dua tekad. Pertama, HENTIKAN segala ragam ketidak-pedulian anda selama ini; ataupun, kedua, cukuplah, anda HENTIKAN sahaja pembacaan risalah ini sehingga disini!

3. LANGKAH SELANJUTNYA BAGI YANG MASIH PRIHATIN DAN BERSEMANGAT WAJA
Anda harus beringat bahawa usia anda tiada lebih dari beberapa hari yang boleh dibilang. Malah jumlah ini pun pasti berlalu tanpa anda sedari, dengan berlalunya hari demi hari. Belumkah lagi anda dikejutkan apabila melihat wajah anda dicermin, kelihatan garis kedutan dan kerutan diwajah anda mula muncul, helaian rambut kian memutih; dan hari demi hari, kian bertambah, kulit mulus yang dahulunya tegang telah mula kendur, sendi-sendi, tulang belulang anda mulai menjerit, pembuluh darah pula kian menebal, kegiatan yang biasa sempoi dilakukan dahulu kian memerlukan tenaga yang lebih, bila hendak melaksanakannya, dsbnya! Ma’jun dan jamu udah jadi klise!
Justeru, sisipkanlah dibenak dan dihati anda bahawa waktu siang kehidupan anda pasti akan ada akhirnya! Inilah yang dimaksudkan dengan Kiamat kecil [syugra], yakni, AKHIR NAFAS DIHUJUNG NYAWA!
Persoalannya hanya BILA ya? Rasulullah apabila ditanya Sahabat, bila akan datangnya Kiamat, menjawabnya dengan satu soalan. ‘ APAKAH ANDA TELAH BERSIAP SEDIA UNTUKNYA?!’

4. IKTIBAR
Ayunan langkah pertama berjalan [berToriq] bagi mencari dan bagi menemui Allah SWT. ialah dengan memperbanyakkan TAUBAT dan ISTIGHFAR!
Ambillah ibrah berikut. Hanya satu kali keterlanjuran N.Adam as.dan Siti Hawa, dalam keadaan terlupa, terleka, telah memakan buah kayu Syurga, lantas Allah SWT. mengusir kedua suami isteri tersebut kedunia. Sila rujuk QS.7:22-24. Kedua N.Adam as. dan Siti Hawa, didunia mencucurkan air mata, membasahi bumi, menyesali hanya satu kekhilafan; beratus tahun lamanya memohom ampun, namun, TAUBAT N. Adam belum juga diterima!
Dalam melaksanakan TAUBAT, N.Adam as., merendahkan diri, menundukkan kepala, agar TAUBATnya diterima Allah SWT. Pada suatu ketika, N.Adam as. telah mendongakkan kepalanya kelangit, maka kelihatan tertulis dua Kalimah Syahadah:
LAAILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASULULLAAH
Lantas N.Adam as. bermunajat: ‘Dengan berkat Kalimah LAAILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASULULLAAH, Engkau ampunilah dosaku!’
Dengan mendadak turunlah Malaikat Jibril, menyampaikan perintah Allah SWT. bahawa TAUBAT N.Adam as. sudahpun diterima!
Maka berkata Saidina Jibril: ‘ Andai kata sewaktu engkau didalam Syurga, engkau bertaubat demikian rupa, kemungkinan engkau tidak dibuang kedunia.’ Jibril lantas menerangkan siapakah sebenarnya yang dinamai MUHAMMAD itu!
Disisi yang lain, tokoh karib disisi Allah bernama ‘Azazil, yang telah beramal puluhan ribu tahun, lantaran disuatu waktu, enggan patuh kepada perintah Allah untuk sujud menghormati N.Adam as., lantas pangkat dan darjat ‘Azazil dicabut Allah, ditukar namanya menjadi Iblis laknatullah; matinya nanti menjadi mati kafir, dan kekal didalam Neraka! Hatta, keintiman ‘Azazil yang luar biasa, disuatu ketika berbanding makhlukNya yang lain!
Apakah kesimpulannya disini? Bererti, N.Adam as.yang dikasihi Tuhan dan ‘Azazil yang intim dengan Tuhan, hanya melakukan satu kesalahan atau kesilapan! Nah! Tanyalah diri anda sendiri, telah berapa kali anda berbuat kesalahan dan kesilapan, telah berapa kali pula anda berbuat dosa atau maksiat terhadap Allah SWT.? Bukanlah Sifat Allah SWT. beranak tiri dan beranak kandung. Barangsiapa yang berdosa terhadap Allah SWT. dan enggan pula berTAUBAT pasti akan diazab Allah!
Justru, contohilah para Malaikat, para Nabi dan Rasul dalam kepatuhan berubudiyyah kepada Allah disamping melaksanakan banyak Istighfar dan TAUBAT. Kerana Allah SWT. itu berSifat Maha Pengampun [menerima] TAUBAT, disebut didalam Alquran dalam 283 ayat; dan beratus kali lagi disebut didalam Hadits Rasulullah, bahawa Allah Azza wa Jalla amat kasih dan mencintai orang-orang yang berTAUBAT!
Sedangkan Rasulullah sendiri bersabda, bermaksud: ‘ Bahawa aku memohon ampun dan berTAUBAT kepada Allah sebanyak 100 kali setiap hari.’ Disebut pula didalam Alquran bahawa Allah SWT. adalah berSifat Maha Pengasih dan Penyayang pada 560 tempat [ayat].
‘ Barangsiapa tidak berTAUBAT, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.’ QS.49:11.
‘ Sesungguhnya, orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan, kemudian berTaubat dan beriman, nescaya setelah itu Tuhanmu Maha Pengampun, Maha Penyayang.’ QS. 7:153.
‘ Mohonlah ampunan [Istighfar dan TAUBAT] kepada Tuhanmu. Sungguh Dia Maha Pengampun.’ QS.71:10-12.
Justru, seluruh para Malaikat, para Nabi dan Rasul senantiasa beristighfar kepada Allah SWT.; dan diutus Allah SWT. akan sekelian para Nabi dan Rasul agar menjadi suri teladan bagi seluruh umat manusia!

5. HAKIKAT IMAN, AMAL, DOA, TAUBAT DAN TAQWA
Adapun orang-orang yang beriman itu mendapat pujian Allah SWT. kerana memiliki Iman Hakiki. Allah menyebut,QS. 8:2, bermaksud:
‘ Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah Iman mereka. Dan kepada Tuhanlah mereka berTaubat.’ 
Mereka meneguhkan diri kepadaNya; senantiasa memperhatikan ketentuanNya; menyandarkan diri kepadaNya. DisisiNya, mereka merasa tenang dan merasakan tidak memerlukan apapun!
‘ Berada disisi Allah adalah tempat kembali yang terbaik.’ QS.3:14.
Kemudian Allah berfirman, QS:8:4, bermaksud:
‘ Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian disisi Tuhannya dan ampunan, serta rezeki yang mulia.’
Ahli Haqaiq [sebenar-benar beriman] yang bertawakkal kepada Allah, telah memperoleh pujian dariNya sebagai orang-orang benar dan beristiqomah dengan kebenaran; serta akan memperoleh darjat yang tinggi dan kemudahan rezeki; tidaklah sama dengan orang-orang yang hidup berpaksikan duniawi semata. Firman Allah QS. 8:67, bermaksud:
‘ Kamu menghendaki harta benda duniawi, sedangkan Allah menghendaki [pahala] akhirat [untukmu].’
‘Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih besar keutamaannya.’
Sementara itu kita akan termasuk golongan orang-orang yang berkedudukan rendah – kerana keduniaan bersama kita. Justru, tidak hairanlah bila Sang Kekasih [Allah SWT.] memerintahkan agar kita berpaling dari keduniaan, kerana samalah ertinya dengan mencari sesuatu yang rendah didunia ini – atau menjauhkan diri dari ampunanNya kelak diakhirat. Hal itu adalah natijah dari kebodohan dan lemahnya keyakinan kita. Allah menyebut, QS. 7:169, bermaksud:
‘ Mereka mengambil harta benda dunia yang rendah ini sambil berkata, ‘ Kami akan diberi ampunan.’
‘ Negeri Akhirat itu sungguh lebih baik bagi mereka yang berTaqwa. Maka tidakkah kamu mengerti?’ QS. 6:32.
‘ Maka berpalinglah [hai Muhammad] dari orang-orang yang berpaling dari peringatan Kami , dan tidak menginginkan kecuali kehidupan duniawi.’ QS.53:29.  
Adapun amal-amal soleh yang dikerjakan oleh seseorang itu, belum tentu diberi ganjaran pahala, melainkan sesudah TAUBATnya diterima Allah SWT. Andai dosa seseorang itu belum lagi diampuni Allah, maka amal-amal ibadahnya yang lain belum pula diterima Allah SWT. Andai pula matinya seseorang sebelum sempat ia berTAUBAT kepada Allah, maka matinya dianggap sebagai mati Fasiq [mati membawa dosa].
Neraka disediakan Allah SWT. bagi mereka yang masih belum diampuni dosa, manakala Syurga disediakan bagi mereka yang telah diterima Allah akan TAUBATnya dan telah beramal soleh!
Perhatikan QS.40:7-9, bermaksud:
‘ Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arsy dan [malaikat] yang berada disekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya, dan mereka beriman kepadaNya, serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman [seraya berkata]: ‘ Wahai Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu yang ada padaMu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang berTAUBAT dan mengikuti jalan [Tariqat/Toriq/agama]Mu, dan peliharalah mereka dari azab Neraka.’   
‘ Ya Tuhan kami! Masukkanlah mereka kedalam Syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang yang Soleh diantara nenek moyang mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.’
‘ dan peliharalah mereka dari [bencana] kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari [bencana] kejahatan pada hari itu. Maka sungguh Engkau telah menganugerahkan Rahmat kepadanya dan demikian itulah kemenangan yang agung.’
Perhatikan pula QS.71: 28, bermaksud:
‘ Wahai Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, dan sesiapapun yang memasuki rumahku dengan beriman; dan semua orang yang beriman [Mu’min] lelaki dan perempuan.’  
Lihat pula QS.14:40-41, bermaksud:
‘ Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan Solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.’
‘ Wahai Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman [Mu’min], pada hari diadakan perhitungan [Kiamat].’
Allah SWT. memerintahkan dalam Surah Hud, bermaksud:
‘ Maka tetaplah engkau [Muhammad] [diJalan yang benar] sebagaimana telah diperintahkan kepadamu, dan juga kepada orang-orang yang berTaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.’ Ayat ini telah memutihkan rambut Rasul lantaran ketidak-mampuan, keengganan, ketidak-pedulian dan kekufuran umat-umat terkemudian!
‘ Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang Fasiq.’ QS.59:19.
‘ Dan ingatlah Tuhanmu ketika kamu lupa.’ QS.18:24. Ayat ini, suatu ketika telah menyebabkan Syaikh al-Syibli berteriak dan jatuh pengsan! Maka jadikan hatimu sepenuhnya hampa; dari selain [ghayr] Tuhan!
‘ Dan takutlah pada hari [ketika] kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian setiap orang akan diberikan balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi [dirugikan].’QS.2:281.
Ayat diatas pula membuatkan para Malaikat dan Djin dimamah kegerunan! Andaikan manusia juga merasakan getaran ancaman serupa atau lebih dari itu!?
‘ Barangsiapa yang dikehendaki Allah [dalam kesesatan], nescaya disesatkanNya. Dan barangsiapa dikehendaki Allah [untuk diberi petunjuk], nescaya Dia menjadikannya berada diatas Jalan yang lurus [Sirotul Mustaqeem].’ QS 5:39.
‘ Banyak yang dibiarkanNya sesat dan banyak pula yang diberikanNya Petunjuk. Namun, tiada yang Dia sesatkan selain orang-orang Fasiq.’ QS.2:26.
‘ Sungguh, Allah Maha Pemberi Petunjuk, bagi orang-orang berIman, kepada Jalan yang benar/lurus’ QS.22:54.             

6. SYARAT-SYARAT TAUBAT [ISTIGHFAR] – 4 PERKARA
 i] Berhenti dari melakukan dosa serta bersungguh-sungguh meninggalkannya;
 ii] Sesal yang bersungguh atas keterlanjuran berbuat dosa;
 iii] Berazam keras tidak lagi mengulangi berbuat dosa;
 iv] Mengembalikan hak-milik manusia, lawan dan kawan,yang telah diambil dengan pohonan maaf,   zahir dan batin.

7. TENTANG ILMU
Terdapat terlalu banyak nas-nas mengaitkan kepentingan, keutamaan, pembahagian dan cabang-cabang ilmu, setidak-tidaknya terbahagi kepada yang bersifat duniawi dan ukhrawi. Rasul menyarankan, ‘Tuntutlah ilmu walau sampai kenegeri Cina.’ Dan, ‘Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap Muslim dan Muslimah.’
Hidup ini adalah terlalu singkat, dan ilmu pula seperti lautan dan tidak terjangkau oleh manusia. Justru, tidaklah wajib mempelajari semua ilmu. Ilmu pengetahuan yang bersifat ilmiah, yang tidak memberi manfaat kepada manusia, sebaliknya mudarat kebinasaan kepada manusia, seperti ilmu nuklear dan persenjataan, dsbnya, tidaklah disebut sebagai ilmu bermanfaat, kecuali sejauh mana ilmu-ilmu tersebut berkait dengan Syariat agama. Ilmu menjadi wajib hanya sejauh diperlukan untuk berbuat benar dan menegakkan kebenaran. Tuhan mengutuk mereka yang mempelajari ilmu yang tidak berguna. Maka Rasulullah bersabda, ‘ Aku berlindung, ya Tuhan dari ilmu yang tidak bermanfaat.’
Allah SWT. berfirman, QS.35:25, bermaksud: ‘ Dari mereka yang menghamba diri kepada Allah, hanya para ulama [ulama billah, orang berilmu] yang takut kepadaNya.’

Rasul pula bersabda, ‘ Orang-orang yang taat beribadah yang tidak memiliki ilmu tentang Tuhan, bagaikan keldai yang menggerakkan jentera.’ Fahamkanlah benar-benar!
Ketahuilah bahawa jagad raya ini disisip dengan rahsia-rahsia Ilahi, pernyataan dari segenap makhluk, berupa dzat, sifat, unsur-kejadian, bentuk-bentuk dsbnya; juga merupakan tabir-tabir hijab rahsia Tuhan. Bahkan , wujud semesta ini adalah tabir dari Tauhid sebenarnya. Disebabkan Roh bersatu dengan jasad Adam; yakni bersekutu dengan wujud fenomenal [temporal], menjadikan akal begitu sulit sekali bagi memahami rahsia-rahsia Ilahi; justru, hanya dalam kesamaran ada kenescayaan Roh melihat pesona kedekatan atau keakraban dengan Tuhan. Namun, bagi manusia yang terlalu selesa dan asyik dengan zahir terampil dirinya[jasad Adam/sifat basyariyyah], akan tetap tenggelam dalam kebodohan dan ketidak-pedulian; tidak pula berusaha keras menyingkir tabir yang menyelubunginya! Manusia kelompok ini terlalu buta tentang keindahan Tauhid, lalu berpaling dari Tuhan bagi memburu dan mencari kesia-siaan dunia ini, dan membiarkan hawa nafsunya mendominasi seluruh diri, pemikiran dan kewujudannya. Dan Allah SWT. menyatakan QS. 12:53, ‘ammarah bi al su’ bermaksud: ‘ amarah menyuruh kekejahatan’, adalah tabir terbesar merentang antara manusia dengan Tuhan. Fahamkan benar-benar persoalan ini!
Lebih jelas, seorang Syaikh bernama Abul Qasim Ibrahim [murid Al-Syibli] dari Nisyapur, menyatakan: ‘Setiap manusia itu berada diantara dua perhubungan: satu dengan Adam, yang satu lagi dengan Tuhan. Jika kamu memilih, mengakui dan tertumpu dengan perhubungan dengan Adam, maka kamu akan memasuki gelanggang hawa nafsu dan tempat-tempat kerosakan dan kesesatan; kerana pilihan dan pengakuan ini mengupayakan sifat-sifat kemanusiaanmu [basyariyyah]. Sedangkan Allah SWT. berfirman, bermaksud: ‘Sesungguhnya, dia berbuat aniaya [zalim], lagi amat bodoh.’QS.33:72.   
Namun, pasti, andai kamu memilih dan mengakui [isbat/peneguhan] perhubungan dengan Tuhan, maka kamu akan menelesori Maqom-maqom pembuktian, penyingkapan [mukasyafah], perlindungan [dari dosa / mahfudz], dan keWalian; kerana dengan pengakuan/isbat ini, kamu akan mengupayakan sifat-sifat kehambaan [ubudiyyah]. Sedangkan Tuhan berfirman, bermaksud: ‘Hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih adalah orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan merendah diri[hati].’QS. 25:63.
Kenyataannya, perhubungan dengan Adam akan berakhir pada Hari Kebangkitan; sedangkan perhubungan selaku hamba Tuhan berterusan tanpa akan pernah berubah! Kendati, bilamana manusia merujuk kepada dirinya sendiri atau kepada Adam, dikemuncak gapaiannya, ia berkata: ‘ Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri.’QS 28:15. Namun, bilamana seseorang itu merujukkan dirinya kepada Tuhan, maka anak Adam ini akan berada dalam keadaan seperti mereka-mereka yang Tuhan firmankan dalam QS.43:68, bermaksud: ‘Wahai hamba-hambaKu! Tidak ada ketakutan bagimu pada hari ini, dan tidak pula kamu bersedih hati.’
Sila tadabbur dan cermati QS. 18:103-106, bermaksud:
‘ Katakanlah [Muhammad], ‘Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?’ [Yaitu] orang yang sia-sia amal perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan [tidak percaya] terhadap pertemuan denganNya. Maka, sia-sialah amal mereka dan Kami tidak memberikan pertimbangan terhadap amal mereka pada hari Kiamat. Demikian, balasan mereka itu Neraka Jahannam kerana keKafiran mereka, dan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-RasulKu sebagai bahan olok-olok.’
‘ Dan kami akan perlihatkan segala amal-amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal-amal itu [bagaikan] debu yang berterbangan!’QS.25:23.
Pada hakikatnya, ilmu pengetahuan ada 3 jenis, yakni: 1.-dari Tuhan; 2.-dengan Tuhan; dan 3.-tentang Tuhan. Pengetahuan dari Tuhan berkait dengan Syariat , yang telah Dia perintahkan dan wajibkan atas semua manusia. Pengetahuan dengan Tuhan pula berkait dengan ilmu tentang jalan [toriq/tarikat], maqam-maqam dan tingkatan-tingkatan para Wali dan Ulama Billah. Dan ilmu pengetahuan tentang Tuhan berkait dengan ilmu Marifat, yang melaluinya Allah SWT. dapat diketahui dan dikenali oleh para Rasul, Nabi, Wali-wali dan para Arifbillah.
Dari satu sisi, pengetahuan itu bermula dari hidupnya hati, setelah matinya kejahilan/kebodohan. Ia adalah cahaya mata Iman yang melindungi manusia dari gelapnya kekufuran/kekafiran.      

8. TENTANG TASAWWUF [TARIKATUSUFIYYAH] DAN KEUTAMAANNYA
Berikut, penulis akan sediakan bukti dan alasan tentang kehadhiran Tasawwuf didalam agama Islam. Dizaman Rasulullah, Tasawwuf itu hadhir secara realiti [ilmu dan amal] tanpa nama; dizaman mutakhir ini, Tasawwuf hadhir hanya pada nama tanpa realiti!
Ketahuilah bahawa dizaman mutakhir kini, Tasawwuf, dimana-mana sahaja, sudah tidak dipedulikan lagi. Gagasan yang menyebar dan mempraktikkan ajaran dan prinsip-prinsip yang benar mengenainya, semakin hari semakin kian pupus dari muka bumi ini! Sebaliknya, umat manusia majoritinya longlai dan mabuk diperkuda dan diperkosa hawa nafsu dan keseronokan dunia yang serba memperdaya! Kehidupan mereka terus dirantai dan dibelenggu noda dan dosa, tanpa mereka menyedarinya. Inilah hakikat kehidupan majoriti umat manusia dimerata dunia dewasa ini, yang telah kehilangan kiblat dan pedoman hidup. Hidup mereka tidak ubah seperti haiwan melata, kendati yang memiliki intelek sekalipun, dipandu dan didominasi naluri nafsu; amat bertentangan dengan rahsia perencanaan Tuhan dalam penciptaan makhluk dan semesta alam!
‘ Sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan nafsu [keinginannya] sebagai tuhannya?’ QS.25:43.   
Sementelahan pula para ulama [ustaz], pretenders dan wannabes [baca: tokoh motivasi pun] yang konon tinggi ilmunya, malah syok sendiri, berlagak bersanad dan berothoriti, telah menyusun sendiri pengertian tentang tatacara dan tatakrama beragama yang semakin jauh dari hakikat beragama sebenar-benarnya! Gagasan pemodenan anutan, rekaan, teori dan praktik agama dewasa ini, tak kira dipadang dan diTV, melampiaskan gelombang minat dan daya tarikan yang amat gemuruh, popular dan trendy, memangkinkan sesuatu yang klise, dan juga ‘bid’ah’, lebih berupa ‘hiburan’. Maka berduyun-duyun dan berbondong-bondonglah umat manusia menghadhiri majlis-majlis begini.
Ibarat gelombang kelkatu menerjuni kilauan sinaran cahaya lampu yang tidak menjanjikan apa-apa!  Mana mungkin kehadhiran ‘one-off’ begini, beralun berdendang, terkadang berjenaka, mampu mencetuskan kefahaman dan keilmuan sebenarnya!
Maka ‘euphoria’ berada dalam kumpulan sebegini, yang tua dan yang muda, berpangkat dan khalayak biasa, yang celik dan yang buta akan merasa puas dengan ‘keahlian kosong’! Bertaklid buta telah menggantikan keghairahan Rohani! Khalayak awam mendakwa telah mengenal Agama, cintakan Allah, cintakan Rasul; yang ‘alim mendakwa puas merindukan akhirat, merindukan syurga. Setiap orang berbuat berragam dalih, dan tak seorang pun mencapai ‘Hakikat’. Yang bertazkirah meminjam ujaran-ujaran hikmat tokoh-tokoh penggiat Sufi dimasa silam.
Lalu berkata:‘ Kami juga dapat membicarakan tentang ilmu Taswwuf’![baca: walaupun kami bukan ahlinya!]
Sebenarnya, umat kini tidak mampu lagi membedakan antara fakta dan auta; hawa nafsu dan hukum Tuhan; Syariat dan adat-kebiasaan; tazkirah Rasul dan tazkirah rekaan; pendosa dan pelaku ehsan; maqam dan jawatan; kebanggaan/ambisi dan kehormatan berilmu pengetahuan; kemunafikan dan ketakwaan kepada Tuhan; pembohongan dan kejujuran; ketololan dan kecerdikan; kekufuran dan ketaatan; angan kosong dan ke’aliman; kelucuan Abu Nawas/ Mulla Nasruddin dan hikmah keilmuan; kepetahan berbicara dan kearifan/marifat Tuhan; berpakaian ala-Arab dan kesolehan; akhlak sengal dan akhlak kesantunan; pergaulan buruk dan akhlak kesolehan; perhambaan hawa nafsu dan kezuhudan; beribadah dan berubudiyyah Tuhan; hak dan kebatilan; perlakuan kesia-siaan dan Jihad Tuhan!
Seekor Helang Raja tidak akan terjejas sayapnya andai hinggap ditembok penghuni usang. Si-arif tidak akan pernah keliru membedakan antara batu permata dan batu–bata! Carilah ubat mujarab bagi penyembuhan dari Sang ‘Alchemist’ sebenarnya! Rasul bersabda, bermaksud: ‘ Dunia ini terkutuk, dan terkutuk apa yang didalamnya, kecuali mereka yang berdzikir dan dalam kebaikan.’ Fahamkan benar-benar akan permasalahan ini!
Dizaman mutakhir kini Tuhan telah mendinding kebanyakan manusia dari Tasawwuf dan dari para abdinya; terlebih trajis, Tuhan telah menyembunyikan rahsia-rahsianya dari hati mereka!   
Orang-orang ‘Soleh/’Abid’ membayangkan bahawa apa yang mereka kerjakan dan ibadahkan adalah demi akhirat, dan adalah demi Tuhan, namun tidak menyedari bahawa mereka mempunyai ‘kepentingan diri’ yang lebih besar dalam ibadah mereka dari orang-orang durjana! Fahamkan benar-benar! Ketahui dan sedarilah, kesenangan orang berbuat dosa berlangsung hanyalah barang sesaat, namun ibadah sebenarnya, sewajarnya, adalah suatu kenikmatan yang bersifat abadi!

9. ASAL-USUL TASAWWUF
Allah SWT. menuntaskan dasar dan elemen penting kesufian dalam firmanNya, QS. 25:63, bermaksud:
‘ Dan orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati, apabila disapa orang-orang jahil, mereka menjawab dengan ‘Salam.’
Dan Rasulullah menggaris-bawahi, bersabda, bermaksud:
‘ Dia yang mendengar suara para Sufi [ahli Tasawwuf] dan tidak mengatakan amin bagi doa mereka, tercatat dihadapan Tuhan dalam daftar orang-orang yang lengah.’
Demikian pengiktirafan, penekanan dan pengkhususan keSufian [Tarikatusufiyyah] didalam Islam. Walaupun terdapat pelbagai perbahasan tentang nama, asal-usul dan keutamaan keSufian, para pendokong menyatakan, para Sufi itu melambangkan ‘shafa’ [kesucian] akhlak dan tindakan. Justru mereka berada didalam barisan pertama [shaff-i awwal] dan termasuk dalam golongan ‘ashab-I suffah’, yang begitu diredhai Tuhan!
Lebih lanjut, Rasul bersabda: ‘Shafw [bahagian suci dan terbaik] dari dunia ini telah lenyap, dan hanya ketidak-suciannya yang tinggal.’
Lantaran itu aliran/mazhab Sufi berusaha keras membebaskan ketidak-sucian diri mereka bagi menemukan hakikat kejernihan dan kemurnian tauhid, akhlak dan ibadah mereka. Diatas kerahsiaan tindakan dan praktik mereka, terdapat khalayak luar yang membayangkan bahawa kaedah/methodologi keSufian ini hanya berupa praktik ketaqwaan lahiriah sahaja, sementara yang lain menyangka bahawa ia merupakan sebuah bentuk atau sistem tanpa memiliki hakikat, akar dan dasar; sedemikian rupa sehingga khalayak umum dan para ahli ilmu kalam, dan fuqaha [fiqh,eksoteris], yang hanya melihat segi lahirnya, mengejek, mencemuh, sekaligus mengutuk penggiat aliran Tasawwuf ini, tanpa usul periksa! Khalayak umum pula, yang secara membabi-buta, dan atas kejahilan mereka, menerima pendapat ini, telah menghapus dari hati mereka sendiri, fitrah, keinginan serta pencarian Hakikat kesucian batin, yang amat dituntut dalam bertauhid, berakhlak dan beribadah didalam agama Islam! Dengan demikian, mereka telah menafikan Sunnah, dan ajaran-ajaran Rasul, Nabi-nabi terdahulu dan juga amalan para Sahabat! Subhanallah! Tidak hairan jika umat terus cenderong untuk ‘berhelusinasi, berilusi’ dan berimaginasi dalam beragama! Sungguh, setiap ilmu dan ‘amal yang tidak didasari ajaran Alquran [kitabullah] dan Sunnah RasulNya yang sohih, adalah DHOLAL [ SESAT dan tertolak]!
Sifat ‘kesucian, kemurnian’adalah ciri khusus bagi para Sufi, Pencinta [Tuhan]; mereka adalah mentari-mentari tanpa mendung!
Kekasih Tuhan, Muhammad Sang Pilihan, apabila ditanya tentang keadaan Haritsah ra., menjawab:
‘Abd nawwarallah qalbahu bi al-iman.’ Bermaksud:
‘Dia seorang manusia yang hatinya disinari oleh cahaya Iman.’ Sehingga wajahnya bersinar-sinar laksana bulan, dan dia disinari oleh cahaya Ilahi!
[Sedikit Kisah Haritsah ra.]. Ia, suatu ketika menyatakan kepada Rasul yang ia memiliki Iman yang sejati kepada Tuhan. Lalu Rasul bertanya, ‘Apakah hakikat Imanmu?’ Haritsah menjawab,’Telah ku tanggalkan sifat-sifat diriku, dan aku berpaling dari dunia ini, sehingga batu-bata, emas dan perak sama sahaja dalam penglihatanku. Ku lewati seluruh malamku dengan penuh jaga, dan segenap siangku dengan rasa dahaga, hingga aku merasa melihat Arasy Singgahsana Tuhanku menjelma; dan ku lihat penghuni Syurga saling kunjung mengunjungi dan penghuni Neraka saling lempar melempari.’ Lantas, Rasul mengulangi kata-kata sebanyak tiga kali, ‘Engkau telah mengetahui, maka istiqomahlah dalam upaya amalmu.’  
‘Sufi’ adalah sebuah nama yang diberikan kepada Wali-Wali dan ahli-ahli kerohanian yang sempurna. Berkata seorang Syaikh: ‘ Man syaffahu al-hubb fa huwa syaf wa man syaffahu al-habib fa huwa syufiyy.’ Bermaksud: ‘Ia yang dicucikan oleh cinta, adalah suci, dan ia yang tenggelam dalam Kekasih dan telah menyingkirkan segala yang lain, adalah seorang Sufi.’
Bagi para Sufi, makna Tasawwuf terlebih jelas daripada mentari, dan tidak memerlukan pencerahan, penjelasan atau petunjuk apapun!
Sufi adalah yang mati pada dirinya dan hidup oleh kebenaran; ia bebas dari segala batas-batas kemampuan manusiawi, dan benar-benar telah sampai [wusul] kepada Tuhan!   
Nah, ketahuilah bahawa segenap kaum Muslimin, para ulama, para sejarawan serta disokong riwayat sohih, bahawa Rasululah saw. mempunyai sejumlah para sahabat yang asalnya turut berhijrah dari Makkah keMadinah. Kerana kedhaifan dan tiada tempat kediaman, mereka menduduki serambi mesjid baginda diMadinah. Mereka dikenali sebagai Ahl Al-Shuffah. Tumpuan hidup mereka hanya terhadap ibadah, menafikan dunia dan juga menolak pencarian nafkah hidup. Mereka inilah sebenarnya pencetus dan pengasas awal mazhab/aliran keSufian! Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan golongan ini yang dinyatakan oleh Kitabullah dan banyak Hadits-hadits Rasul yang sampai kepada kita. Allah SWT. menyebut dalam QS. 6:52, bermaksud:
‘Janganlah diusir orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang merindukan WajahNya.’
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw.sering sahaja berkumpul dan berjemaah dengan Ahl Al-Shuffah dan apabila melihat kefakiran dan kezuhudan mereka, lalu bersabda: ‘Berbahagialah! Bagi siapa sahaja dari umatku yang sentiasa bertabah hati dengan keadaan yang kalian alami dan berpuas hati dengan keadaannya; dia akan menjadi salah seorang diantara sahabat-sahabatku diSyurga.’

10. PELOPOR GAGASAN TARIKATUSUFIYYAH
Antara para Ahl Al-Shuffah termasuklah Bilal bin Rabah, Salman Al-Farsi, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, Abdallah bin Mas’ud, saudaranya Utbah bin Mas’ud, Ammar bin Yassir, Miqdad al-Aswad, Khabbab bin Al-Aratt, Utbah bin Ghazwan, Suhayb bin Sinan, Zayd bin Alkhathab [Saudara Umar], Abu Hurairah, Huzaifah al-Yamani, Tsawban, Muadz bin Al-Harits, Abu Kabsya, Abul Martsad Kinana bin Al-Husayn Al-Adawi, Salim [sahabat Huzaifah], Ukkasya bin Mihshan, Mas’ud bin Rabi’ Al-Farisi, Abu Dzarr Jundab bin Junadah Al-Ghifari, Abdallah bin Umar, Abu Darda Uwaym bin Amir, Shafwan bin Baydah, Abu Lubabah bin Abd Mundzir, Abdallah bin Badr Al-Juhani, Saib bin Khallad, Tsabit bin Wadiat, Abu Isa Uwaym bin Saidah, Salim bin Umayr bin Tsabit, Abul Yasar Ka’ab bin Amr, Wahb bin Ma’qal, Abdallah bin Unays, dan Hajjaj bin Umar Al-Aslami, adalah tergolong sebagai ahl Al-Shuffah. Walaupun mereka memiliki sarana hidup berragam, namun mereka berada dalam satu darjat kehormatan dan kemuliaan.
Tidak disangkal lagi, sungguh, generasi para Sahabat adalah sebaik-baik generasi, sebaik-baik dan semulia-mulia manusia, oleh kerana Allah SWT. menganugerahi mereka persahabatan dengan Sang KekasihNya, Muhammad Rasulullah saw.; dan memelihara hati mereka dari noda! Lantas, sebaik-baik Sahabat adalah bagi sebaik-baik Rasul!!!
Rasul bersabda: ‘Khairul quruuni qarni, thummallazina yalunahum, thummallazina yalunahum.’ Bermaksud: ‘Sebaik-baik kurun adalah kurunku, kurun para Sahabah dan sesudahnya.’
Generasi dan angkatan para Ahl Sufiyyah berikutnya dipelopori dan termasuk nama-nama besar para Imam dari Ahlu Bayt Nabi saw. seperti:
Saidina Hassan bin Ali ra., Saidina Husayn bin Ali ra., Ali bin Husayn bin Ali [Zayn Al-Abidin] ra., Abu Abdallah Al-Baqir ra., dan Abu Muhammad Jaafar bin Muhammad Shadiq ra.
Angkatan para Imam dari kalangan Tabi’in, adalah tokoh-tokoh besar seperti:
Harim bin Hayyan, Uwais Al-Qarni, Hassan Al-Bashri, Said Al-Musayyib,dll; dan para Imam dari generasi selepas Tabi’in dan seterusnya; antaranya, terdiri dari tokoh-tokoh besar seperti:
Habib Al-‘Ajami, Malik bin Dinar, Abu Halim Habib bin Salim A-Ra’i, Abu Hazim Al-Madani, Muhammad bin Wasi’, Abu Hanifah Nu’man bin Tsabit Al-Kharraz, Abdallah bin Mubarak Al-Marwazi, Abu Ali Al-Fudhail bin ‘Iyad, Abul Fayd Dzun Nun bin Ibrahim Al-Mishri, Abu Ishaq Ibrahim bin Adham bin Manshur, Bisyir bin Al-Harits Al-Hafi, Abu Yazid Tayfur bin Isa Al-Bisthami, Abu Abdallah Al-Harits bin Asad Al-Muhasibi, Abu Sulayman Dawud bin Nushayr Al-Tha’I, Abl Hasan Sari bin Mughalis Al-Saqathi, Abu Ali Syaqiq bin Ibrahim Al-Azdi, Abul Sulayman Abdur Rahman bin Attiyyah Ad-Darani, Abu Mahfuzh bin Firuz Al-Karkhi, Abu ‘Abdur Rahman Hatim bin ‘Ulwan Al-Ashamm, Abd Malik bin Annas, Abu ‘Abdallah Muhammad bin Idris Al-Syafi’i, Imam Ahmad bin Hambal, Abul Hasan Ahmad bin Abil Hawari, Abu Hamd Ahmad bin Khadruyah Al-Balkhi, Abu Turab ‘Askar bin Al-Husayn Al-Nakhsyabi Al-Nasafi, Abu Zakariyya Yahya bin Mu’adz Al-Razi, Abu Hafsh ‘Amr bin Salim Al-Nisyapuri Al-Haddadi, Abu Shaleh Hamdun bin Ahmad bin ‘Umara Al-Qashshar, Abul Sari Manshur bin ‘Ammar, Abu ‘Abdallah Ahmad bin ‘Ashim Al-Anthaki, Abu Muhammad ‘Abdallah bin Khubayq, Abul Qasim Al-Junayd bin Muhammad bin A-Junayd Al-Baghdadi, Abul Hasan Ahmad bin Muhammad al-Nuri, Abu ‘Utsman bin Isma’il Al-Hiri, Abu ‘Abdallah Ahmad bin Yahya Al-Jalla, Abu Muhammad Ruwaym bin Ahmad, Abu Ya’qub Yusuf bin al-Husayn Al-Razi, Abul Hasan Sumnun bin ‘Abdallah Al-Khawwah, Abul Fawaris Syah Syuja Al-Kirmani, ‘Amr bin ‘Utsman Al-Makki, Abu Muhammad Sahl bin ‘Abdallah Al-Tustari, Abu Muhammad ‘Abdallah Muhammad bin Al-Fadhi Al-Balkhi, Abu ‘Abdallah Muhammad bin ‘Ali Al-Tirmidzi, Abu Bakar Muhammad ‘Umar Al- Warraq, Abu Sa’id Ahmad bin ‘Isa Al-Kharraz, Abul Hasan ‘Ali bin Muhammad Al-Ishfahani, Abul Hasan Muhammad bin Ismail Khayr Al-Nassaj, Abu Hamzah Al-Khurasani, Abul ‘Abbas Ahmad bin Masruq, Abu ‘Abdallah Muhammad bin Ismail Al- Maghribi, Abu ‘Ali Al-Hasan bin ‘Ali Al-Juzajani, Abu Muhammad Ahmad bin Al-Husayn Al-Jurayri, Abu ‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Sahl Al-Amuli, Abul Mughits Al-Husayn bin Manshur Al-Hallaj, Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Al-Khawwash, Abu Hamzah Al-Baghdadi Al-Bazzaz, Abu Bakr Muhammad bin Musa Al-Wasithi, Abu Bakr bin Dulaf bin Jahdar Al-Syibli, Abu Muhammad Ja’far bin Nushayr Al-Khuldi, Abu ‘Ali Muhammad bin Al-Qasim Al-Rudbari, Abul ‘Abbas Qasim bin Al-Mahdi As-Sayyari, Abu ‘Abdallah Muhammad bin Khafif, Abu ‘Utsman Sa’id bin Sallam Al-Maghribi, Abul Qasim Ibrahim bin Muhammad bin Mahmud Al-Nashrabadi, Abul Hasan ‘Ali bin Ibrahim Al-Hushri, Abu ‘Ali Hasan bin Muhammad Al-Daqqaq, Abul Hasan bin Ahmad Al-Khurqani, Abu ‘Abdallah Muhammad bin ‘Ali Al-Dastani, Abul Qasim Abdul Karim bin Hawazin Al-Qusyaiyri, Abul Fadhl Muhammad bin Al-Hasan Al-Khuttali, dan ‘Ali bin ‘Utsman Al-Jullabi Al-Hujwiri, Abu Thalib Al-Makki, Abd Karim Al-Jilli, dll.
Huraian nama-nama besar diatas adalah dari tokoh-tokoh zaman silam. Ini belum lagi termasuk puluhan ribu lagi sesudah mereka yang merangkum antaranya para pendiri, pengasas, penyandang, penggiat sekurang-kurangnya 41 buah Tarkatusufiyyah muktabar, yang masih punyai ramai ikutan diatas muka bumi ini. Antaranya termasuk tokoh-tokoh terbilang, seperti: Syk.Bahauddin Shah Naqsyabandi, Syk. AbdQadir Al-Jailani, Syk Abul Hasan Al-Shazili, Syk Jalaludin Al-Rumi, Sykul Akbar Ibn ‘Arabi, Syk Abd Karim Saman Al-Madani dan lain-lain.
Perlu disebut disini bahawa nama-nama besar tokoh silam yang juga adalah pengamal dan penggiat yang menjadi ikon khalayak dizaman mutakhir ini termasuklah: Imam-Imam 4 Mazhab dan Imam Al-Ghazali Rahima Humullahi.
Terdapat ramai lagi nama-nama besar penggiat aliran Tarikatusufiyyah diNusantara, yang andai nama-nama mereka disebut, akan memenuhi dan masih tidak mencukupi, seluruh ruang risalah ini. Namun, qadar usaha ini agak memadai bagi tatapan rohani sesiapa yang punyai berkah,minat dan keprihatinan!
Bagi yang ingin bertanya, apakah perlunya menyebut nama-nama mereka? Dalam konteks ini, dari riwayat Al-Dailami, Rasulullah saw. besabda:
‘ Dzikris solihiina kaffaratu zzunuubi, wayunzilur rahmata ‘inda dzikris solihiina, watahsulul barakat.’       
‘ Menyebut nama-nama orang-orang Soleh adalah kifarat[penebus] dosa; turun Rahmat tatkala menyebut nama-mereka dan menghasilkan berkah.’  
       
11. CIRI-CIRI TASAWWUF MUKTABAR
Syaikh Junaid al-Baghdadi menyatakan bahawa dasarTasawwuf berdiri diatas ciri-ciri yang dicontohkan oleh 8 orang Rasul-Rasul pilihan, yakni:
1] Kemurahan hati N. Ibrahim yang mengorbankan puteranya; 2] Kepasrahan hati N. Ismail yang taat kepada perintah Allah SWT.dan menyerahkan hayatnya yang paling berharga; 3] Kesabaran N. Ayub menanggung penderitaannya; 4] Lambang keakraban N.Zakariya, yang doanya kepada Tuhannya berbisik lembut; 5] Keasingan N.Yahya dinegerinya sendiri dan terasingnya kehidupan ditengah sanak keluarganya; 6] Perjalanan rohani N. Isa yang zuhudkan kemewahan dunia sehingga hanya tinggal sebuah cangkir dan sebatang sikat, kendati, cangkir ia lemparkan setelah melihat seseorang minum hanya menggunakan tapak tangannya; dan sikat ia lontar setelah melihat seeorang menggunakan hanya jejari menyisir rambutnya; 7] N. Musa yang jubahnya terbuat dari bulu kasar domba; 8] Dan kefakiran N. Muhammad, yang kepadanya Tuhan telah menyampaikan kunci semua perbendaharaan harta dibumi, dengan firmanNya, ‘ Jangan susahkan dirimu, tapi nikmatilah semua kemewahan dengan menggunakan semua harta kekayaan ini,’namun baginda menjawab: ‘ Wahai Tuhan, aku tidak menginginkan itu semua, tetapi berilah aku kenyang satu hari dan lapar satu hari.’ Demikianlah dasar prinsip-prinsip perilaku bertasawwuf paling utama!
Perilaku utama Tasawwuf juga adalah mendirikan Dzikullah, disepanjang hayat, sehingga keakhir nafas dihujung nyawa! Para Shaikh Sufi menyatakan:
‘Berdzikir kepada Tuhan adalah sesuatu yang halal, yang didalamnya tidak ada keharaman sama-sekali; berbanding, berdzikir atau berdikir kepada selain Tuhan adalah sesuatu yang haram, yang didalamnya tidak ada kehalalan sama-sekali! Ketahuilah! Pokok keselamatan dan kebahagiaan terletak didalam mengingat Allah [Dzikrullah]; sedangkan, bencana dan kebinasaan terletak didalam lalai dan lupa kepada Allah! Fahamkan benar-benar!Apakah anda telah merasa begitu selamat? Rujuk QS.67:16-17.Tanya ahli!

  12. RINTIHAN SEORANG WALIULLAH [AHLUL-BAIT]
‘ Wahai Tuhanku! Malam telah menjelang dan kekuasaan raja-raja telah terkulai, dan bintang-bintang kemerlipan diangkasa, dan semua manusia sedang dipembaringan, didakap tidur, diulit mimpi; dan Banu Umayyah telah istirehat dan menutup pintu-pintu istana mereka dan menempatkan pengawal-pengawal mereka; dan orang-orang yang menginginkan sesuatu dari mereka telah melupakan urusan-urusan mereka!
Duhai Tuhan, Engkaulah Yang Maha Hidup, Yang Abadi, Yang Maha Melihat, Yang Maha Mengetahui dan Maha Dekat! Tidur dan kantuk tidak akan pernah menyentuhiMu. Manusia yang tidak mengetahui bahawa Engkau adalah seperti yang aku khabarkan ini, tidak wajar menerima Kemurahan-Mu.
Aduhai Engkau Yang Tak Tertara dan Tak Tertanding, Yang KeKekalanNya Yang Tak Terlusuhkan oleh siang dan malam, oleh waktu dan zaman; yang pintu-pintu RahmatMu terbuka bagi semua kehidupan, semua manusia yang menyeru kepadaMu; dan seluruh kekayaan yang tak ternilai dilimpahkan keatas orang-orang yang memujiMu; Engkau tidak pernah mengabaikan si-peminta, dan tidak ada makhluk dibumi atau dilangit yang dapat mencegah Mu’min sejati yang memohon kepadaMu dari mencapai SinggahsanaMu.
Duhai Tuhan, dikala aku mengenangkan kematian, kuburan dan Hari Perhitungan, bisakah aku memperoleh kegembiraan didunia fana ini? Meskipun aku mengakui bahawa Engkau Maha Esa,Maha Pengasih dari yang pengasih, ku-memohon Engkau mengurniakan aku damai sejahtera disaat maut menjelang, tanpa derita, dan bahagia disaat Hari Perhitungan, tanpa hukuman!’
Aduuhai! Dada mana yang tidak dihambur sebak, hati mana yang tidak bisa remuk, jiwa mana yang tidak bisa robek dan luluh, mata mana yang tidak dilanda genangan, andai ArifBillah, kekasih Tuhan mengumandangkan rindu dan rintihan, duka lara dan keluhan, didalam dilemma keadaan yang tidak ramai yang bisa mengimpikan!
Dan Mutanabbi mengatakan: ‘ Semoga Tuhan mengutuk dunia ini! Sungguh suatu tempat hina bagi setiap pengindera unta! Kerana disini orang-orang yang jiwanya mulia senantiasa teraniaya!’  

13.TENTANG WALI ALLAH
Allah berfirman,QS.10:63, bermaksud:
‘ Sesungguhnya, Wali-Wali Allah [Aulia] tidak ada ketakutan bagi mereka, dan mereka tidak akan bersedih hati.’ Dan lagi, QS.2:258, bermaksud:
‘ Allah adalah sahabat [wali] dari orang-orang yang beriman.’
Dan Rasulullah pula bersabda, bermaksud:
‘ Diantara hamba-hamba Tuhan, ada sebahagian yang dipandang para Nabi dan para Syahid berbahagia.’ Baginda ditanya para Sahabat, ‘Siapakah mereka? Jelaskanlah tentang mereka, barangkali kami boleh mencintai mereka.’ Baginda menjawab:
‘ Mereka yang mencintai satu sama lain, melalui kasih Ilahi; tanpa punya kekayaan harta benda dan tanpa disibuki mencari nafkah kehidupan; wajah-wajah mereka bercahaya, dan mereka duduk diatas singgahsana cahaya; mereka tidak takut, atau mereka tidak merasa bersedih ketika manusia-manusia lain merasa bersedih hati.’ Kemudian Baginda membacakan ayat: ‘Sesungguhnya, bagi wali-wali Allah tidak akan takut [kepada apa pun yang terjadi] dan mereka tidak akan bersedih hati.’QS.10:63.
Selanjutnya Rasulullah bersabda bahawa Allah SWT. berfirman, bermaksud:
‘ Barangsiapa yang menyakiti seorang WaliKu, bererti ia berperang dengan-Ku.’
Sebenarnya, siapakah Wali Allah yang tidak pernah merasa takut ataupun sedih itu? Yakni: Mereka yang mengucap SELAMAT TINGGAL kepada keduniaan, dan memburu Mahabbah Allah dan kehidupan akhirat. Mereka sering menghidupkan hati mereka untuk mengingati kematian. Sebaliknya, mereka sering mematikan hati mereka untuk mengingati kehidupan! Mereka sangat mencintai Allah, dan senantiasa berbahagia untuk selalu menyebut NamaNya. Mereka sering memohon agar disinari cahayaNya, sehingga kehidupan mereka senantiasa diterangi CahayaNya. Natijah dari RahmatNya, mereka memperoleh khabar dan berita yang sangat mencengangkan; dan mereka juga berada didalam ruang-lingkup berita yang amat mencengangkan tersebut! Mereka dipandang Tuhan sebagai para Syuhada [ orang-orang bersaksi terhadap kebenaran]. Rujuk QS. 3:17 dan QS. 13:43. Yaitulah:
‘Orang-orang yang sabar dan yang benar, yang tetap taat, yang menginfakkan hartanya [dijalan Allah], dan yang sering memohon ampunan Allah diwaktu Sahur.’
Allah berfirman dalam QS 7:206, bermaksud:
‘ Sesungguhnya, orang-orang yang berada disisi Tuhanmu, tidak merasa enggan untuk menyembah Allah, dan mereka mensucikanNya, dan hanya kepadaNya mereka bersujud.’
Golongan ini disebut sebagai para Muwahhid, Siddiqqin, ‘Arifin/Muqarrabin. Wirid dan ibadah mereka hanya satu, yakni, menenggelamkan diri mereka dalam Ubudiyyah kepada Allah; menerusi Khalwat /Uzlah, Muraqabah, Musyahadah, Fana dan Baqa kepada Allah. Segenap perhitungan dan perhatian mereka hanya satu, yakni terhadap Allah SWT.- yang diingat, yang diintai, yang dicari, yang dirindui,yang didamba/dicintai, yang ditakuti, yang dirasai teramat malu, dan yang dilihat hanya Wajah Allah SWT.[QS.2:115]. Hati mereka tidak pernah meracau dan menghayalkan sesuatupun; pendengaran mereka tidak diganggu oleh bunyi apapun; dan penglihatan mereka tidak menyimpang melainkan bagi pengambilan ‘iktibar , tafakkur, pemikiran dan peneguhan Iman! Bagi mereka, tidak ada penggerak dan pendiam kecuali Allah SWT. Tidak ada lagi perbedaan diantara satu ibadah dengan yang lainnya. Mereka ini termasuk dalam golongan orang-orang yang lari – kepada Allah, seperti firmanNya, QS.51:50, bermaksud:
‘ Larilah kamu kepada Allah.’
‘ Aku pergi menghadap Tuhanku yang akan membimbing Jalanku.’  
‘ Dan ketika itu, terpisahlah kamu dari mereka kerana mengabdi sepenuhnya kepada Allah.’      
Allah berfirman: ‘ Sungguh beruntung hamba yang Aku lihat dan Aku perlihatkan’
Andai Allah SWT. menghendaki kebaikan pada seorang hambaNya, anugerah itu ada dan bersifat melimpah-ruah. Dia menjadikannya sebagai seorang pemberi petunjuk kepada umat; menjadi Tabib mereka, pembimbing dan pendidik mereka, penterjemah mereka, pemberian mereka, tangan kanan mereka, pelita dan mentari mereka! Kemuncak kesempurnaan pada seorang hamba itu ialah apabila sah zuhudnya didunia dan akhirat, dan apa yang selain Allah. Setelah hadhir Kebenaran padanya, diikuti hadhir pula kerajaan, kekuasaan dan pemerintahan. Skala anugerahNya demikian besar; Zarrah/ atomnya menjadi gunung; tetesannya menjadi lautan; bulannya menjadi mentari; sedikitnya menjadi banyak; keterhapusannya menjadi ada; hancurnya menjadi kekal; geraknya menjadi tetap; pohonnya menjadi besar dan tingginya menggapai Arasy; akarnya menghunjam kedasar bumi; dan dahan-dahannya mencakupi dunia dan akhirat!
Dunia tidak berupaya memilikinya; Raja dan budak tidak mampu menguasainya; akhirat pula tidak mengikatnya. Ia, bahkan tidak terhalang oleh penghalang apapun; tidak ada sesuatupun yang menuntutnya dan ia tidak sama sekali dikhawatirkan atau di keruhkan oleh sebarang kekhawatiran dan kekeruhan! Dikala ia mencapai puncak kesempurnaan ini, hamba ini layak untuk berhenti/singgah bersama makhluk dan umat; mengambil tangan mereka bagi menyelamatkan mereka dari dilemma kelemasan lautan dunia! Nah! Fahamkan benar-benar metafora ini!
Pada hakikatnya, hamba-hamba yang dipilih Allah inilah disebut sebagai INSAN KAMIL. Allah SWT. menjadikan diri mereka sebagai cerminan TajalliNya. Merekalah juga, sebenarnya ‘KHALIFAH’ sebagai penggalas dan pelaksana Amanat Tuhan, muara kepada ujaran-ujaran kalamNya. Mereka adalah sumber hujjah, isyarat [metafora] Ketuhanan, tempat dan wadah Tajalli keterangan-keterangan nyata; sedangkan khalayak hanya berperanan sebagai pengikut-pengikut mereka belaka. Merekalah, disebut dalam QS. 76: 5-6, sebagai hamba-hamba alHaq yang diberi minuman dari air ‘KAFUR’[mata air didalam Syurga]. MasyaAllah!   
Nah! Nukilan diatas membuka hamparan luas bagi setiap anda yang ketika ini, bukan seorang Nabi dan bukan juga seorang Syahid [baca: tapi Khalifah wannabes], bagi menyahut seruan melayakkan diri kedalam kategori pilihan Tuhan, selayaknya!
Namun, terlebih dahulu, dari senarai begitu panjang, setiap kita haruslah memiliki kredibiliti dan mertabat piawaian tertinggi Tuhan, hanya untuk lulus keperingkat senarai-pendek [short-list] dan keperingkat seterusnya, insyaallah! Ingat, NIAT seorang berIman itu adalah terlebih mulia dari tindakannya yang sebenar! Masyaallah! Sila tanyakan kepada ahli-nya!

14. PELAN TINDAKAN [ACTION-PLAN] DAN PENUTUP
- NIAT – Mulailah sesuatu perkerjaan dengan niat agar memperoleh penyelesaian yang sempurna. Rasul bersabda, ’Niat orang berIman itu lebih baik daripada hasil perkerjaannya.’ Kerana niat yang kuat dan baik itu seharusnya mendahului setiap tindakan. Contoh, jika seseorang berlapar lalu berniatkan berpuasa, ia akan beroleh ganjaran diakhirat dan menjadi orang yang disenangi dan diredhai Tuhan.
-PASRAH – Pohonlah berkah Tuhan bagi mendapat keselamatan dariNya, yakni, mempasrahkan segala urusan kepada Allah SWT. supaya beroleh perlindungan dari sebarang aib dan fitnah. Allah menyebut dalam QS. 16:98-99, bermaksud: ‘Apabila kamu membaca Alquran, pohon berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk.’ Rasul selalu mengajar agar memohon berkah [istikharah] dalam setiap titipannya. Bilamana seseorang mengetahui bahawa kesejahteraannya tidaklah bergantung kepada daya usaha dan upaya dirinya, tetapi setiap yang menimpa dirinya, berupa nikmat atau musibah yang telah ditetapkan Tuhan yang paling mengetahui apa yang bermanfaat bagi dirinya, maka, ia tidak punyai pilihan melainkan berpasrah kepada takdir dan memohon kemaslahatan dirinya, dariNya!
-NALURI NAFSU – Bersihkan kalbu dari tanjakan dan dorongan berhubung dengan nafsu diri; kerana berkah Allah tidak akan pernah didapati dari sesuatu yang didalamnya mengandungi dorongan kepentingan nafsu diri. ‘Mencapai tujuan nafsu diri sendiri adalah kunci neraka, sementara menafikan dorongan hawa nafsu diri merupakan kunci syurga.’ Lihat QS. 79:40-41, bermaksud: ‘Barangsiapa yang menahan dirinya dari keinginan hawa nafsunya, sesungguhnya, syurgalah tempat kediamannya.’ Janganlah bertindak menurut keinginan nafsu diri, ketika menginginkan mardhotillah dan ketika ingin menghindar dari hukum Allah, yang merupakan suatu penipuan dan juga suatu kebodohan!
-HIJAB DIRI – Setiap manusia sebenarnya adalah terhalang dari kebenaran Rohani, terkecuali, para Waliullah, para sahabat dan manusia yang terpilih. Namun Rasul bersabda, ‘ Setiap orang menemukan kemudahan kerana dia dicipta untuk itu.’ Kendati terdapat dua jenis hijab, yakni, yang boleh, dan yang tidak boleh singkapkan. Yang satu terhalangi dari jalan kebenaran, sehingga dalam pandangannya, kebenaran dan kepalsuan itu sama sahaja. Yang lain, walaupun terhalangi oleh sifat dan tabiatnya, namun, hatinya mampu terus mencari jalan kebenaran dan menyingkir akan kepalsuan! Maka Allah SWT. berfirman, bermaksud:
‘ Sekali-kali tidak demikian; namun perbuatan mereka telah menutup rona hati mereka.’QS.83:14.
‘ Sungguh sama sahaja bagi orang yang ingkar itu; apakah engkau memberi peringatan ataupun tidak, mereka tidak akan percaya.’QS. 2:6.
‘ Allah telah mengunci hati mereka.’ QS. 2:7.
AWAS!!!Mereka yang mengingkari pembai’atan, pengamalan, penghayatan dan disiplin Ilmu Tarikatusufiyyah [Tasawwuf], selamanya tidak akan pernah menemukan Hakikat Marifat, [yakni, esensi pemahaman]; juga tidak akan pernah menemui kesejatian ilmu, dan juga tidak akan pernah sampai kepada AlHaq. Kerana tanpa Tasawwuf, tidak ada jalan lain [Tarikat] untuk menggapai Hakikat Marifah, Taslim dan Iman yang tulus kepada AlHaq. Dengan Taslim [berserah diri/pasrah], jalan Marifah akan terbuka luas, sebaliknya, pengingkaran hanya akan menutup pintu wasilah anda [ketersambungan] dengan Tuhan!         
Bagi mereka yang maujud dirinya berdiri atas pengingkaran atau kekufuran terhadap jalan kebenaran [kerohanian/realiti spiritual, Tarikatusufiyyah], tidak akan pernah menemukan jalan ‘pulang’ tersebut [‘akhir nafas dihujung nyawa’], dijagad raya semesta ini, waima, diberikan peluang hidup berlipat kali lagi! Fahamkan benar-benar permasalahan ini!  
Sungguh amat merugikan, andai nafas sudah kehujung nyawa [hayat], kita masih belum mengalami penyingkapan Hijab. Bukankah Marifat adalah matlamat/tujuan kehidupan manusia dimaya ini? Bukankah keberadaan kita dialam maya ini untuk mengenal, bermarifah kepadaNya? Demikian teramat pentingnya perintah ini sehingga Imam Al-Ghazali menyebut:
‘Barangsiapa yang tidak memperoleh sebahagian ilmu ini [ Marifah, Mukasyafah, Penyingkapan], dikhuatiri akan mengakhiri hidupnya dalam keadaan buruk [Su’ul Khatimah].’
Tersangat menghairankan bahkan, suatu keanehan apabila pihak dan khalayak yang cenderong merujuk hal-hal keilmuan Fiqh dan Muamalah kepada sumber karya Al-Imam Al-Ghazali dan juga keempat-empat tokoh besar Mazhab Ahl-Sunnah wal Jama’ah, malah, sumber ini juga adalah pengamal-pengamal dan pendokong-pendokong Ilmu Tasawwuf atau Tarikatusufyyah silam; namun, pihak mutakhir memilih, terus untuk menghindar darinya, sehingga seringkali mencetus penyanggahan dan permusuhan! Sila cermati maksud hakiki QS.51:20-21, bermaksud:
‘Dibumi ini dan ditubuh rohani/jasmani ini, terdapat ‘ayat-ayat’ Tuhan, bagi orang-orang yang memiliki Haqqul Yaqin.’
Nah, inilah laku dan liku akhir perjalanan, dengan hening bening – sehingga akhirnya, terbuka semesta alam luas. Alam Langgeng dan Lestari! 
- PERTOLONGAN TAUFIQ DARI ALLAH – Kita seharusnya sering bermunajat memohon kepada Tuhan agar dikurnia pertolongan dan kemampuan! Kerana Tuhan sahaja yang boleh menolong seseorang untuk bertingkah dan bermuamalah baik; dan dengan bantuan Tuhanlah, menjadi sarana membuat tindakan-tindakan yang mengganjarkan pahala; inilah sebenarnya disebut sebagai TAUFIQ, yakni, ‘natijah keberhasilan kurniaan Tuhan.’ Para syaikh sufi menyatakan: ‘Al-tawfiq huwa al-qudrah ‘ala al-taat ‘inda al-ist’mal,’ bermaksud: ‘Bilamana seseorang taat kepada Tuhan, dia akan menerima dari Tuhan, kudrat [kekuatan] yang semakin bertambah.’ Dengan demikian, himmah dan kekuatan yang diperoleh manusia untuk dapat tunduk dan berlaku taat kepada Allah SWT.- disebut sebagai TAUFIQ. Pendek kata, bermaksud, sesenang-senang suatu perkerjaan itu ditolong Allah; dan sepayah-payah perkerjaan itu, jika tidak ditolong Allah! Fahamkan benar-benar! Nah!
Silalah cermati QS.75:53-56, bermaksud:
‘ Tidak! Sebenarnya mereka tidak takut kepada [balasan] akhirat. Tidak! Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan. Maka, barangsiapa menghendaki, tentu dia mengambil pelajaran darinya. Dan mereka tidak akan mengambil pelajaran darinya kecuali [jika] Allah menghendakinya. Dialah Tuhan yang patut [kita] bertaqwa kepadaNya dan yang berhak memberi ampun!’
Allah menandaskan lagi dalam QS.76:30, bermaksud:
‘ Dan tiadalah kehendak kamu bagi menempuh jalan ini, melainkan Kehendak Allah jua.’
Jika anda ingin mengetahui kedudukan [posisi] diri anda dihadapan Tuhan, anda cuma perlu menilik bilamana, dimana dan bagaimana anda memposisikan diri Tuhan didalam hati anda! Anda perlu jujur sahaja! Percayallah, hanya tindakan ini sahaja yang mampu menyingkap dan menyibak rahsia-rahsia Ketuhanan vis-à-vis diri anda sendiri! Silakan!
‘SIZ’ [ SEIZE] THE DAY! SELAWAT, ISTIGHFAR DAN ZIKIR!
Dengan Selawat, Istighfar dan Zikrullah, panjatkan doa dan munajat bagi meraih Berkah dan Rahmat Allah, Tuhan Maha Pemberi Berkah dan Rahmat, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! INSYAALLAH!
  
Nota Kaki: KEBERANIAN orang-orang awam – Memerangi [berjihad] orang Kuffar.
                   KEBERANIAN orang-orang soleh – Mujahadah/perang [berjihad] hawa nafsu.
                  KEBERANIAN orang-orang ArifBillah – Zuhudkan [ucap selamat tinggal] dunia akhirat dan
                 selain Allah.

ALHAMDULILLAH. WABILLAAHIT TAUFIQ. WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. TABARAKALLAHU RABBIL ‘ALAMIN!

MADRASATUL BAITUL ADAM, MALAYSIA. 04.04.14.