BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM.
ALHAMDULILLAAH. WASSOLAATU WASSALAMU 'ALA NABIYYIKAL
KARIM, WARASULIKAL 'AZIM, SAYYIDINAA MUHAMMADIN MUSTOFA, KHATAMAN NABIYYINA, WA
'ALA ALIHI WA ASHABIHII AJMA'IN.
ADUHAI SAHABAT!
Terlebih dahulu marilah kita semua memanjatkan puji
sanjung tidak terhingga banyaknya terhadap Allah SWT., diatas setiap kurniaNya
kepada kita, yang disedari atau yang tak disedari, yang zahir maupun yang
batin! Seharusnya, kita menyibukkan hati nurani kita dalam berfikir dan
berzikir kepadaNya, berkekalan dan berkepanjangan, bermaksud, semata-mata
menumpukan dan memelihara hati dari sebarang kealpaan serta hadir hati berserta
Allah SWT. sehingga tiada ruang dalam diri kita untuk keegoan bertapak, nescaya
akan sirna sifat egodiri, merasa hebat-diri['ujub/sum'ah], ketakburan,
keengganan, dsbnya.
Kita seharusnya bersyukur kepada Allah SWT. kerana telah
mempergilirkan siang dan malam, untuk dimanfaatkan oleh para amilin dan mereka
yang ingin beribadah dan berubudiah, ingin mengingatNya dan yang ingin
bersyukur kepada Allah SWT.
Seterusnya, kita berselawat atas Nabi Muhammad Saw. yang
diutus Allah dengan benar, untuk menyampaikan berita gembira dan khabar
bersifat ancaman dan azab pedih dari hukumanNya. ‘Allahlah yang mengutus
Rasulnya, dengan membawa petunjuk, dan Agama yang benar, untuk memenangkan
[menakluk] atas SEGALA Agama, meskipun orang-orang musyrik
membencinya.’QS.61:9.
Selanjutnya, kita berdoa untuk para keluarga dan para
Sahabat baginda; manusia-manusia utama yang telah berjihad keras untuk menegak
dan membela, dan mengabdi diri kepada Allah Swt. baik siang maupun malam,
sehingga mereka menjadi bintang gemintang, berkilau bergemerlapan dilangit
Agama, yang senantiasa menjadi pedoman dan pelita Agama yang menyinar cahaya
terang benderang bagi ikutan ummah sesudahnya!
1. MUKADDIMAH
Sesungguhnya, Allah SWT. telah mengamanah dan menyerahkan
bumi ini kepada hambaNya [manusia], bukan dengan maksud agar mereka memakmurkan
dunia ini untuk dapat tinggal hidup kekal abadi diatas hamparannya, tetapi
dengan maksud penuh hikmah bagi mereka yang cerdik menterjemahkannya, yang
bererti menyediakan amalan perbekalan yang akan dibawa pulang ketanah air yang
sebenarnya!
' Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan
hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari
esok [akhirat], dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti
terhadap apa yang kamu kerjakan.'QS.59:18.
Berkata Saidina Hasan r.a., bermaksud;
' Wahai anak Adam! Sesungguhnya kalian sedang menempuh
perjalanan yang panjang. Setiap kali kalian melewati siang dan malam, maka
kalian telah memutuskan satu perjalanan. Ketika perjalanan kalian tamat, kalian
akan sampai kedestinasi yang dituju. Yakni, Syurga atau Neraka!
Sedar atau tidak, mahu tidak mahu, usia kita akan
menghantar kita kenegeri abadi itu dengan pasti, ibarat kapal yang menghantar
penumpang-penumpangnya!
Manusia didunia ini sungguh-sungguh berada didalam suatu
perjalanan!
Persinggahan pertama manusia itu adalah buaian, manakala,
persinggahan terakhirnya berupa lubang lahad! Noktah!
Tanah air sebenarnya berupa Syurga atau pun Neraka,
manakala, usia pula adalah skala jarak perjalanan tersebut, yang akhirnya berdestinasi
kesana jua!
Tempuh tahun-tahun adalah merupakan sempadan-sempadan
negeri-negeri yang dilalui, dan bulan-bulan adalah laksana kilometer yang
dicatat; manakala, setiap hembusan nafas adalah umpama setiap bilangan langkah
diatur didalam perjalanan tersebut!
Amal ibadah dan ketaatan adalah merupakan harta
perbekalan, sedangkan waktu adalah merupakan modalnya!
Namun, hawa nafsu, syahwat, dunia dan iblis tidak ubahnya
seperti penyamun dan perompak yang licik berkeliaran dijalanan, hanya menunggu
peluang dan kesempatan mencipta bujukan kedurjanaan terhadap mangsa-mangsanya.
Kemuncak kemenangan dan keuntungan tidak lain, melainkan
mengecap kenikmatan pertemuan dengan Allah SWT. dan mendapat fadlullah dan mardhatillah
dariNya didalam Syurga dan beroleh kurniaan nikmat abadi!
Kemuncak kerugian pula adalah terjauh dari Allah SWT. dan
keredhaannya, putus dari Rahmatnya, malah mendapat kutukan, derita siksa dari
belenggu azab pedih didalam Neraka Jahannam! Nah!
2. MEMELIHARA AMANAT ALLAH SWT.
Bagaimanakah seorang hamba Allah itu dapat memiliki
karakter sebagai pemelihara amanat-amanat Allah SWT.? Allah SWT. menyebut dalam
QS. 70:32-33, bermaksud:
‘ Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat [yang
dipikulnya] dan janjinya. Dan orang-orang yang memberikan kesaksiannya.’
Kalangan Ulama ‘Arifin menyatakan:
‘ Usia [waqt] seorang hamba itu adalah amanat dari Allah
SWT. yang diberikan kepadanya. Allah SWT. akan bertanyakan tentang hal tersebut
ketika hamba itu menumui kematiannya. Andai hamba tersebut meremehkan usianya,
maka ia telah mengabaikan amanah dari Allah SWT. dan seterusnya memungkiri
janjinya. Sebaliknya, jika ia berjaya memelihara semua waktunya, dan tidak ada
satu ketika pun waktu yang ia lewati tersia-sia, melainkan ia gunakan dalam
ketaatan kepada Allah SWT., maka sesungguhnya, ia telah sebenarnya memelihara
amanah-amanahNya dan menunaikan janjinya. Dengan demikian, Allah SWT. akan
menunaikan pula janjiNya, kerana hamba tersebut pun menunaikan janjinya, sesuai
dengan firmanNya, QS. 2::40, bermaksud:
‘ Dan penuhilah janjimu kepadaKu nescaya Aku penuhi janjiKu
kepadamu; dan hanya kepadaKu-lah kamu harus takut [tunduk].
Tidak seorangpun yang mampu menggapai hakikat ‘waktu’
dengan berkehendak sendiri, kerana ‘waktu’ adalah sesuatu yang berada diluar
ruang-lingkup usaha manusia. Kerananya, ‘waktu’ tidak dijual dipasar, tidak
seorangpun yang bisa munukarkannya dengan sebuah kehidupan idealis yang
diinginkannya, ia tidak punya kekuatan[qudrah] , baik untuk meraih maupun untuk
menolaknya!
Para Syaikh Sufiyyah mengatakan, ‘ Waktu adalah pedang
yang tajam,’ kerana ciri khas pedang adalah memotong, dan ‘waktu’ memotong akar
masa lalu dan masa mendatang, dan menghapus dari hati, perhatian tentang hari
kelmarin dan juga hari esok. Pedang juga adalah sahabat yang keras dan
membahayakan. Ia bisa menjadikan tuannya sebagai raja dan dapat pula membinasakannya.
Meskipun manusia menghormati pedang dan menyandang dibahu atau dipinggangnya
selama seribu tahun, namun, pada saat memotong, ia tidak pula memilih bulu
apakah itu leher tuannya atau leher musuhnya. Qahar [kekerasan] adalah ciri khusus
sebilah pedang [‘waqt’], dan kekerasan ini tidak akan pernah terpisah darinya,
walaupun tuannya sangat menginginkannya! Fahamkan benar-benar metafora ini!
Apakah rentetan pencitraan ini belum cukup grafik dan
menimbulkan ancaman, ketakutan, cabaran, penyesalan dan keinsafan bagi diri
anda?!
Awas! Bagi yang lalai, walaupun hanya dalam satu hembusan
nafas, lalu dipergunakan saat itu, bukan untuk ketaatan yang akan mendekatkan
dirinya kepada Allah SWT., akan memungkinkan kegilinciran dan menjerumuskannya
dihari kemudian kelak kedalam kesengsaraan dan penyesalan yang tidak ada penghujungnya!
Justeru, mengambil i'ktibar dan mengingatkan betapa
besarnya bahaya terjebak dalam keadaan demikian, maka, anda sebagai orang
utama, yang cerdik dan bijak bistari pasti bergegas segera bangkit menyingsing
lengan baju keengganan, lantas meninggalkan segala penipuan dunia dan perdayaan
kesenangan diri pribadi anda didunia ini, lalu beristiqomah menggunakan
sisa-sisa usia anda sebaik-baiknya dalam khidmat ketaatan kepada Allah Jalla wa
Azza!
' Sungguh, Kami menciptakan segala sesuatu menurut
ukuran.'
' Dan perintah Kami hanyalah [dengan] satu perkataan
seperti kerdipan mata.'
' Dan, sungguh telah Kami binasakan orang-orang yang
serupa dengan kamu [kekafirannya].
Maka adakah orang
yang mahu mengambil pelajaran?'
' Dan, segala sesuatu yang telah mereka perbuat tercatat
didalam buku-buku catatan.'
' Dan, segala [sesuatu] yang kecil maupun yang besar
[semuanya] tertulis.' QS.54:49-53.
' Untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang
yang cerdik berfikir.'
' Maka bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya janji Allah
itu benar, dan mohonlah ampunan untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji
Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.'
Bermula dari SEKARANG!!! Ambillah dua tekad. Pertama, HENTIKAN
segala ragam ketidak-pedulian anda selama ini; ataupun, kedua, cukuplah, anda HENTIKAN
sahaja pembacaan risalah ini sehingga disini!
3. LANGKAH SELANJUTNYA BAGI YANG MASIH PRIHATIN DAN
BERSEMANGAT WAJA
Anda harus beringat bahawa usia anda tiada lebih dari
beberapa hari yang boleh dibilang. Malah jumlah ini pun pasti berlalu tanpa
anda sedari, dengan berlalunya hari demi hari. Belumkah lagi anda dikejutkan
apabila melihat wajah anda dicermin, kelihatan garis kedutan dan kerutan diwajah
anda mula muncul, helaian rambut kian memutih; dan hari demi hari, kian bertambah,
kulit mulus yang dahulunya tegang telah mula kendur, sendi-sendi, tulang
belulang anda mulai menjerit, pembuluh darah pula kian menebal, kegiatan yang
biasa sempoi dilakukan dahulu kian memerlukan tenaga yang lebih, bila hendak
melaksanakannya, dsbnya! Ma’jun dan jamu udah jadi klise!
Justeru, sisipkanlah dibenak dan dihati anda bahawa waktu
siang kehidupan anda pasti akan ada akhirnya! Inilah yang dimaksudkan dengan
Kiamat kecil [syugra], yakni, AKHIR NAFAS DIHUJUNG NYAWA!
Persoalannya hanya BILA ya? Rasulullah apabila ditanya
Sahabat, bila akan datangnya Kiamat, menjawabnya dengan satu soalan. ‘ APAKAH
ANDA TELAH BERSIAP SEDIA UNTUKNYA?!’
4. IKTIBAR
Ayunan langkah pertama berjalan [berToriq] bagi mencari
dan bagi menemui Allah SWT. ialah dengan memperbanyakkan TAUBAT dan ISTIGHFAR!
Ambillah ibrah berikut. Hanya satu kali keterlanjuran
N.Adam as.dan Siti Hawa, dalam keadaan terlupa, terleka, telah memakan buah
kayu Syurga, lantas Allah SWT. mengusir kedua suami isteri tersebut kedunia. Sila
rujuk QS.7:22-24. Kedua N.Adam as. dan Siti Hawa, didunia mencucurkan air mata,
membasahi bumi, menyesali hanya satu kekhilafan; beratus tahun lamanya memohom
ampun, namun, TAUBAT N. Adam belum juga diterima!
Dalam melaksanakan TAUBAT, N.Adam as., merendahkan diri,
menundukkan kepala, agar TAUBATnya diterima Allah SWT. Pada suatu ketika,
N.Adam as. telah mendongakkan kepalanya kelangit, maka kelihatan tertulis dua
Kalimah Syahadah:
LAAILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASULULLAAH
Lantas N.Adam as. bermunajat: ‘Dengan berkat Kalimah
LAAILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADUR RASULULLAAH, Engkau ampunilah dosaku!’
Dengan mendadak turunlah Malaikat Jibril, menyampaikan
perintah Allah SWT. bahawa TAUBAT N.Adam as. sudahpun diterima!
Maka berkata Saidina Jibril: ‘ Andai kata sewaktu engkau
didalam Syurga, engkau bertaubat demikian rupa, kemungkinan engkau tidak
dibuang kedunia.’ Jibril lantas menerangkan siapakah sebenarnya yang dinamai
MUHAMMAD itu!
Disisi yang lain, tokoh karib disisi Allah bernama
‘Azazil, yang telah beramal puluhan ribu tahun, lantaran disuatu waktu, enggan
patuh kepada perintah Allah untuk sujud menghormati N.Adam as., lantas pangkat
dan darjat ‘Azazil dicabut Allah, ditukar namanya menjadi Iblis laknatullah;
matinya nanti menjadi mati kafir, dan kekal didalam Neraka! Hatta, keintiman
‘Azazil yang luar biasa, disuatu ketika berbanding makhlukNya yang lain!
Apakah kesimpulannya disini? Bererti, N.Adam as.yang
dikasihi Tuhan dan ‘Azazil yang intim dengan Tuhan, hanya melakukan satu
kesalahan atau kesilapan! Nah! Tanyalah diri anda sendiri, telah berapa kali
anda berbuat kesalahan dan kesilapan, telah berapa kali pula anda berbuat dosa
atau maksiat terhadap Allah SWT.? Bukanlah Sifat Allah SWT. beranak tiri dan
beranak kandung. Barangsiapa yang berdosa terhadap Allah SWT. dan enggan pula
berTAUBAT pasti akan diazab Allah!
Justru, contohilah para Malaikat, para Nabi dan Rasul
dalam kepatuhan berubudiyyah kepada Allah disamping melaksanakan banyak
Istighfar dan TAUBAT. Kerana Allah SWT. itu berSifat Maha Pengampun [menerima]
TAUBAT, disebut didalam Alquran dalam 283 ayat; dan beratus kali lagi disebut
didalam Hadits Rasulullah, bahawa Allah Azza wa Jalla amat kasih dan mencintai
orang-orang yang berTAUBAT!
Sedangkan Rasulullah sendiri bersabda, bermaksud: ‘
Bahawa aku memohon ampun dan berTAUBAT kepada Allah sebanyak 100 kali setiap
hari.’ Disebut pula didalam Alquran bahawa Allah SWT. adalah berSifat Maha
Pengasih dan Penyayang pada 560 tempat [ayat].
‘ Barangsiapa tidak berTAUBAT, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim.’ QS.49:11.
‘ Sesungguhnya, orang-orang yang telah mengerjakan
kejahatan, kemudian berTaubat dan beriman, nescaya setelah itu Tuhanmu Maha
Pengampun, Maha Penyayang.’ QS. 7:153.
‘ Mohonlah ampunan [Istighfar dan TAUBAT] kepada Tuhanmu.
Sungguh Dia Maha Pengampun.’ QS.71:10-12.
Justru, seluruh para Malaikat, para Nabi dan Rasul
senantiasa beristighfar kepada Allah SWT.; dan diutus Allah SWT. akan sekelian
para Nabi dan Rasul agar menjadi suri teladan bagi seluruh umat manusia!
5. HAKIKAT IMAN, AMAL, DOA, TAUBAT DAN TAQWA
Adapun orang-orang yang beriman itu mendapat pujian Allah
SWT. kerana memiliki Iman Hakiki. Allah menyebut,QS. 8:2, bermaksud:
‘ Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
bertambahlah Iman mereka. Dan kepada Tuhanlah mereka berTaubat.’
Mereka meneguhkan diri kepadaNya; senantiasa
memperhatikan ketentuanNya; menyandarkan diri kepadaNya. DisisiNya, mereka
merasa tenang dan merasakan tidak memerlukan apapun!
‘ Berada disisi Allah adalah tempat kembali yang
terbaik.’ QS.3:14.
Kemudian Allah berfirman, QS:8:4, bermaksud:
‘ Itulah orang-orang yang beriman dengan
sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian disisi
Tuhannya dan ampunan, serta rezeki yang mulia.’
Ahli Haqaiq [sebenar-benar beriman] yang bertawakkal
kepada Allah, telah memperoleh pujian dariNya sebagai orang-orang benar dan
beristiqomah dengan kebenaran; serta akan memperoleh darjat yang tinggi dan
kemudahan rezeki; tidaklah sama dengan orang-orang yang hidup berpaksikan
duniawi semata. Firman Allah QS. 8:67, bermaksud:
‘ Kamu menghendaki harta benda duniawi, sedangkan Allah
menghendaki [pahala] akhirat [untukmu].’
‘Dan kehidupan akhirat lebih tinggi darjatnya dan lebih
besar keutamaannya.’
Sementara itu kita akan termasuk golongan orang-orang
yang berkedudukan rendah – kerana keduniaan bersama kita. Justru, tidak
hairanlah bila Sang Kekasih [Allah SWT.] memerintahkan agar kita berpaling dari
keduniaan, kerana samalah ertinya dengan mencari sesuatu yang rendah didunia
ini – atau menjauhkan diri dari ampunanNya kelak diakhirat. Hal itu adalah
natijah dari kebodohan dan lemahnya keyakinan kita. Allah menyebut, QS. 7:169,
bermaksud:
‘ Mereka mengambil harta benda dunia yang rendah ini
sambil berkata, ‘ Kami akan diberi ampunan.’
‘ Negeri Akhirat itu sungguh lebih baik bagi mereka yang
berTaqwa. Maka tidakkah kamu mengerti?’ QS. 6:32.
‘ Maka berpalinglah [hai Muhammad] dari orang-orang yang
berpaling dari peringatan Kami , dan tidak menginginkan kecuali kehidupan
duniawi.’ QS.53:29.
Adapun amal-amal soleh yang dikerjakan oleh seseorang
itu, belum tentu diberi ganjaran pahala, melainkan sesudah TAUBATnya diterima
Allah SWT. Andai dosa seseorang itu belum lagi diampuni Allah, maka amal-amal
ibadahnya yang lain belum pula diterima Allah SWT. Andai pula matinya seseorang
sebelum sempat ia berTAUBAT kepada Allah, maka matinya dianggap sebagai mati
Fasiq [mati membawa dosa].
Neraka disediakan Allah SWT. bagi mereka yang masih belum
diampuni dosa, manakala Syurga disediakan bagi mereka yang telah diterima Allah
akan TAUBATnya dan telah beramal soleh!
Perhatikan QS.40:7-9, bermaksud:
‘ Malaikat-malaikat yang memikul ‘Arsy dan [malaikat]
yang berada disekelilingnya bertasbih dengan memuji Tuhannya, dan mereka
beriman kepadaNya, serta memohonkan ampunan untuk orang-orang yang beriman
[seraya berkata]: ‘ Wahai Tuhan kami, Rahmat dan Ilmu yang ada padaMu meliputi
segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang berTAUBAT dan
mengikuti jalan [Tariqat/Toriq/agama]Mu, dan peliharalah mereka dari azab
Neraka.’
‘ Ya Tuhan kami! Masukkanlah mereka kedalam Syurga ‘Adn
yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang yang Soleh diantara nenek
moyang mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha
Perkasa, Maha Bijaksana.’
‘ dan peliharalah mereka dari [bencana] kejahatan. Dan
orang-orang yang Engkau pelihara dari [bencana] kejahatan pada hari itu. Maka
sungguh Engkau telah menganugerahkan Rahmat kepadanya dan demikian itulah
kemenangan yang agung.’
Perhatikan pula QS.71: 28, bermaksud:
‘ Wahai Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, dan
sesiapapun yang memasuki rumahku dengan beriman; dan semua orang yang beriman
[Mu’min] lelaki dan perempuan.’
Lihat pula QS.14:40-41, bermaksud:
‘ Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang
yang tetap melaksanakan Solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.’
‘ Wahai Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku
dan semua orang yang beriman [Mu’min], pada hari diadakan perhitungan
[Kiamat].’
Allah SWT. memerintahkan dalam Surah Hud, bermaksud:
‘ Maka tetaplah engkau [Muhammad] [diJalan yang benar]
sebagaimana telah diperintahkan kepadamu, dan juga kepada orang-orang yang
berTaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha
Melihat apa yang kamu kerjakan.’ Ayat ini telah memutihkan rambut Rasul
lantaran ketidak-mampuan, keengganan, ketidak-pedulian dan kekufuran umat-umat
terkemudian!
‘ Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan
Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah
orang-orang Fasiq.’ QS.59:19.
‘ Dan ingatlah Tuhanmu ketika kamu lupa.’ QS.18:24. Ayat
ini, suatu ketika telah menyebabkan Syaikh al-Syibli berteriak dan jatuh
pengsan! Maka jadikan hatimu sepenuhnya hampa; dari selain [ghayr] Tuhan!
‘ Dan takutlah pada hari [ketika] kamu semua dikembalikan
kepada Allah. Kemudian setiap orang akan diberikan balasan yang sempurna sesuai
dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi
[dirugikan].’QS.2:281.
Ayat diatas pula membuatkan para Malaikat dan Djin
dimamah kegerunan! Andaikan manusia juga merasakan getaran ancaman serupa atau
lebih dari itu!?
‘ Barangsiapa yang dikehendaki Allah [dalam kesesatan],
nescaya disesatkanNya. Dan barangsiapa dikehendaki Allah [untuk diberi
petunjuk], nescaya Dia menjadikannya berada diatas Jalan yang lurus [Sirotul
Mustaqeem].’ QS 5:39.
‘ Banyak yang dibiarkanNya sesat dan banyak pula yang
diberikanNya Petunjuk. Namun, tiada yang Dia sesatkan selain orang-orang
Fasiq.’ QS.2:26.
‘ Sungguh, Allah Maha Pemberi Petunjuk, bagi orang-orang
berIman, kepada Jalan yang benar/lurus’ QS.22:54.
6. SYARAT-SYARAT TAUBAT [ISTIGHFAR] – 4 PERKARA
i] Berhenti dari
melakukan dosa serta bersungguh-sungguh meninggalkannya;
ii] Sesal yang
bersungguh atas keterlanjuran berbuat dosa;
iii] Berazam keras
tidak lagi mengulangi berbuat dosa;
iv] Mengembalikan
hak-milik manusia, lawan dan kawan,yang telah diambil dengan pohonan maaf, zahir dan batin.
7. TENTANG ILMU
Terdapat terlalu banyak nas-nas mengaitkan kepentingan,
keutamaan, pembahagian dan cabang-cabang ilmu, setidak-tidaknya terbahagi
kepada yang bersifat duniawi dan ukhrawi. Rasul menyarankan, ‘Tuntutlah ilmu
walau sampai kenegeri Cina.’ Dan, ‘Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap
Muslim dan Muslimah.’
Hidup ini adalah terlalu singkat, dan ilmu pula seperti
lautan dan tidak terjangkau oleh manusia. Justru, tidaklah wajib mempelajari
semua ilmu. Ilmu pengetahuan yang bersifat ilmiah, yang tidak memberi manfaat
kepada manusia, sebaliknya mudarat kebinasaan kepada manusia, seperti ilmu
nuklear dan persenjataan, dsbnya, tidaklah disebut sebagai ilmu bermanfaat,
kecuali sejauh mana ilmu-ilmu tersebut berkait dengan Syariat agama. Ilmu
menjadi wajib hanya sejauh diperlukan untuk berbuat benar dan menegakkan
kebenaran. Tuhan mengutuk mereka yang mempelajari ilmu yang tidak berguna. Maka
Rasulullah bersabda, ‘ Aku berlindung, ya Tuhan dari ilmu yang tidak
bermanfaat.’
Allah SWT. berfirman, QS.35:25, bermaksud: ‘ Dari mereka
yang menghamba diri kepada Allah, hanya para ulama [ulama billah, orang
berilmu] yang takut kepadaNya.’
Rasul pula bersabda, ‘ Orang-orang yang taat beribadah
yang tidak memiliki ilmu tentang Tuhan, bagaikan keldai yang menggerakkan
jentera.’ Fahamkanlah benar-benar!
Ketahuilah bahawa jagad raya ini disisip dengan
rahsia-rahsia Ilahi, pernyataan dari segenap makhluk, berupa dzat, sifat,
unsur-kejadian, bentuk-bentuk dsbnya; juga merupakan tabir-tabir hijab rahsia
Tuhan. Bahkan , wujud semesta ini adalah tabir dari Tauhid sebenarnya.
Disebabkan Roh bersatu dengan jasad Adam; yakni bersekutu dengan wujud fenomenal
[temporal], menjadikan akal begitu sulit sekali bagi memahami rahsia-rahsia
Ilahi; justru, hanya dalam kesamaran ada kenescayaan Roh melihat pesona
kedekatan atau keakraban dengan Tuhan. Namun, bagi manusia yang terlalu selesa
dan asyik dengan zahir terampil dirinya[jasad Adam/sifat basyariyyah], akan
tetap tenggelam dalam kebodohan dan ketidak-pedulian; tidak pula berusaha keras
menyingkir tabir yang menyelubunginya! Manusia kelompok ini terlalu buta
tentang keindahan Tauhid, lalu berpaling dari Tuhan bagi memburu dan mencari
kesia-siaan dunia ini, dan membiarkan hawa nafsunya mendominasi seluruh diri,
pemikiran dan kewujudannya. Dan Allah SWT. menyatakan QS. 12:53, ‘ammarah bi al
su’ bermaksud: ‘ amarah menyuruh kekejahatan’, adalah tabir terbesar merentang
antara manusia dengan Tuhan. Fahamkan benar-benar persoalan ini!
Lebih jelas, seorang Syaikh bernama Abul Qasim Ibrahim
[murid Al-Syibli] dari Nisyapur, menyatakan: ‘Setiap manusia itu berada
diantara dua perhubungan: satu dengan Adam, yang satu lagi dengan Tuhan. Jika
kamu memilih, mengakui dan tertumpu dengan perhubungan dengan Adam, maka kamu
akan memasuki gelanggang hawa nafsu dan tempat-tempat kerosakan dan kesesatan;
kerana pilihan dan pengakuan ini mengupayakan sifat-sifat kemanusiaanmu
[basyariyyah]. Sedangkan Allah SWT. berfirman, bermaksud: ‘Sesungguhnya, dia
berbuat aniaya [zalim], lagi amat bodoh.’QS.33:72.
Namun, pasti, andai kamu memilih dan mengakui [isbat/peneguhan]
perhubungan dengan Tuhan, maka kamu akan menelesori Maqom-maqom pembuktian,
penyingkapan [mukasyafah], perlindungan [dari dosa / mahfudz], dan keWalian;
kerana dengan pengakuan/isbat ini, kamu akan mengupayakan sifat-sifat kehambaan
[ubudiyyah]. Sedangkan Tuhan berfirman, bermaksud: ‘Hamba-hamba Tuhan Yang Maha
Pengasih adalah orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan merendah diri[hati].’QS.
25:63.
Kenyataannya, perhubungan dengan Adam akan berakhir pada
Hari Kebangkitan; sedangkan perhubungan selaku hamba Tuhan berterusan tanpa
akan pernah berubah! Kendati, bilamana manusia merujuk kepada dirinya sendiri
atau kepada Adam, dikemuncak gapaiannya, ia berkata: ‘ Sesungguhnya aku telah
menganiaya diriku sendiri.’QS 28:15. Namun, bilamana seseorang itu merujukkan
dirinya kepada Tuhan, maka anak Adam ini akan berada dalam keadaan seperti
mereka-mereka yang Tuhan firmankan dalam QS.43:68, bermaksud: ‘Wahai
hamba-hambaKu! Tidak ada ketakutan bagimu pada hari ini, dan tidak pula kamu
bersedih hati.’
Sila tadabbur dan cermati QS. 18:103-106, bermaksud:
‘ Katakanlah [Muhammad], ‘Apakah perlu Kami beritahukan
kepadamu tentang orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?’ [Yaitu] orang
yang sia-sia amal perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira
telah berbuat sebaik-baiknya. Mereka itu adalah orang-orang yang mengingkari
ayat-ayat Tuhan mereka dan [tidak percaya] terhadap pertemuan denganNya. Maka,
sia-sialah amal mereka dan Kami tidak memberikan pertimbangan terhadap amal
mereka pada hari Kiamat. Demikian, balasan mereka itu Neraka Jahannam kerana
keKafiran mereka, dan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-RasulKu sebagai
bahan olok-olok.’
‘ Dan kami akan perlihatkan segala amal-amal yang mereka
kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal-amal itu [bagaikan] debu yang
berterbangan!’QS.25:23.
Pada hakikatnya, ilmu pengetahuan ada 3 jenis, yakni: 1.-dari
Tuhan; 2.-dengan Tuhan; dan 3.-tentang Tuhan. Pengetahuan dari Tuhan berkait
dengan Syariat , yang telah Dia perintahkan dan wajibkan atas semua manusia.
Pengetahuan dengan Tuhan pula berkait dengan ilmu tentang jalan [toriq/tarikat],
maqam-maqam dan tingkatan-tingkatan para Wali dan Ulama Billah. Dan ilmu
pengetahuan tentang Tuhan berkait dengan ilmu Marifat, yang melaluinya Allah
SWT. dapat diketahui dan dikenali oleh para Rasul, Nabi, Wali-wali dan para
Arifbillah.
Dari satu sisi, pengetahuan itu bermula dari hidupnya
hati, setelah matinya kejahilan/kebodohan. Ia adalah cahaya mata Iman yang
melindungi manusia dari gelapnya kekufuran/kekafiran.
8. TENTANG TASAWWUF [TARIKATUSUFIYYAH] DAN KEUTAMAANNYA
Berikut, penulis akan sediakan bukti dan alasan tentang
kehadhiran Tasawwuf didalam agama Islam. Dizaman Rasulullah, Tasawwuf itu
hadhir secara realiti [ilmu dan amal] tanpa nama; dizaman mutakhir ini,
Tasawwuf hadhir hanya pada nama tanpa realiti!
Ketahuilah bahawa dizaman mutakhir kini, Tasawwuf,
dimana-mana sahaja, sudah tidak dipedulikan lagi. Gagasan yang menyebar dan
mempraktikkan ajaran dan prinsip-prinsip yang benar mengenainya, semakin hari
semakin kian pupus dari muka bumi ini! Sebaliknya, umat manusia majoritinya
longlai dan mabuk diperkuda dan diperkosa hawa nafsu dan keseronokan dunia yang
serba memperdaya! Kehidupan mereka terus dirantai dan dibelenggu noda dan dosa,
tanpa mereka menyedarinya. Inilah hakikat kehidupan majoriti umat manusia
dimerata dunia dewasa ini, yang telah kehilangan kiblat dan pedoman hidup.
Hidup mereka tidak ubah seperti haiwan melata, kendati yang memiliki intelek
sekalipun, dipandu dan didominasi naluri nafsu; amat bertentangan dengan rahsia
perencanaan Tuhan dalam penciptaan makhluk dan semesta alam!
‘ Sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan nafsu
[keinginannya] sebagai tuhannya?’ QS.25:43.
Sementelahan pula para ulama [ustaz], pretenders dan
wannabes [baca: tokoh motivasi pun] yang konon tinggi ilmunya, malah syok
sendiri, berlagak bersanad dan berothoriti, telah menyusun sendiri pengertian
tentang tatacara dan tatakrama beragama yang semakin jauh dari hakikat beragama
sebenar-benarnya! Gagasan pemodenan anutan, rekaan, teori dan praktik agama
dewasa ini, tak kira dipadang dan diTV, melampiaskan gelombang minat dan daya
tarikan yang amat gemuruh, popular dan trendy, memangkinkan sesuatu yang klise,
dan juga ‘bid’ah’, lebih berupa ‘hiburan’. Maka berduyun-duyun dan
berbondong-bondonglah umat manusia menghadhiri majlis-majlis begini.
Ibarat gelombang kelkatu menerjuni kilauan sinaran cahaya
lampu yang tidak menjanjikan apa-apa! Mana mungkin kehadhiran ‘one-off’ begini,
beralun berdendang, terkadang berjenaka, mampu mencetuskan kefahaman dan
keilmuan sebenarnya!
Maka ‘euphoria’ berada dalam kumpulan sebegini, yang tua
dan yang muda, berpangkat dan khalayak biasa, yang celik dan yang buta akan
merasa puas dengan ‘keahlian kosong’! Bertaklid buta telah menggantikan
keghairahan Rohani! Khalayak awam mendakwa telah mengenal Agama, cintakan
Allah, cintakan Rasul; yang ‘alim mendakwa puas merindukan akhirat, merindukan
syurga. Setiap orang berbuat berragam dalih, dan tak seorang pun mencapai ‘Hakikat’.
Yang bertazkirah meminjam ujaran-ujaran hikmat tokoh-tokoh penggiat Sufi dimasa
silam.
Lalu berkata:‘ Kami juga dapat membicarakan tentang ilmu
Taswwuf’![baca: walaupun kami bukan ahlinya!]
Sebenarnya, umat kini tidak mampu lagi membedakan antara fakta
dan auta; hawa nafsu dan hukum Tuhan; Syariat dan adat-kebiasaan; tazkirah
Rasul dan tazkirah rekaan; pendosa dan pelaku ehsan; maqam dan jawatan; kebanggaan/ambisi
dan kehormatan berilmu pengetahuan; kemunafikan dan ketakwaan kepada Tuhan; pembohongan
dan kejujuran; ketololan dan kecerdikan; kekufuran dan ketaatan; angan kosong
dan ke’aliman; kelucuan Abu Nawas/ Mulla Nasruddin dan hikmah keilmuan; kepetahan
berbicara dan kearifan/marifat Tuhan; berpakaian ala-Arab dan kesolehan; akhlak
sengal dan akhlak kesantunan; pergaulan buruk dan akhlak kesolehan; perhambaan
hawa nafsu dan kezuhudan; beribadah dan berubudiyyah Tuhan; hak dan kebatilan; perlakuan
kesia-siaan dan Jihad Tuhan!
Seekor Helang Raja tidak akan terjejas sayapnya andai
hinggap ditembok penghuni usang. Si-arif tidak akan pernah keliru membedakan antara
batu permata dan batu–bata! Carilah ubat mujarab bagi penyembuhan dari Sang
‘Alchemist’ sebenarnya! Rasul bersabda, bermaksud: ‘ Dunia ini terkutuk, dan
terkutuk apa yang didalamnya, kecuali mereka yang berdzikir dan dalam
kebaikan.’ Fahamkan benar-benar akan permasalahan ini!
Dizaman mutakhir kini Tuhan telah mendinding kebanyakan
manusia dari Tasawwuf dan dari para abdinya; terlebih trajis, Tuhan telah
menyembunyikan rahsia-rahsianya dari hati mereka!
Orang-orang ‘Soleh/’Abid’ membayangkan bahawa apa yang
mereka kerjakan dan ibadahkan adalah demi akhirat, dan adalah demi Tuhan, namun
tidak menyedari bahawa mereka mempunyai ‘kepentingan diri’ yang lebih besar
dalam ibadah mereka dari orang-orang durjana! Fahamkan benar-benar! Ketahui dan
sedarilah, kesenangan orang berbuat dosa berlangsung hanyalah barang sesaat,
namun ibadah sebenarnya, sewajarnya, adalah suatu kenikmatan yang bersifat
abadi!
9. ASAL-USUL TASAWWUF
Allah SWT. menuntaskan dasar dan elemen penting kesufian
dalam firmanNya, QS. 25:63, bermaksud:
‘ Dan orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah
hati, apabila disapa orang-orang jahil, mereka menjawab dengan ‘Salam.’
Dan Rasulullah menggaris-bawahi, bersabda, bermaksud:
‘ Dia yang mendengar suara para Sufi [ahli Tasawwuf] dan
tidak mengatakan amin bagi doa mereka, tercatat dihadapan Tuhan dalam daftar
orang-orang yang lengah.’
Demikian pengiktirafan, penekanan dan pengkhususan
keSufian [Tarikatusufiyyah] didalam Islam. Walaupun terdapat pelbagai
perbahasan tentang nama, asal-usul dan keutamaan keSufian, para pendokong
menyatakan, para Sufi itu melambangkan ‘shafa’ [kesucian] akhlak dan tindakan.
Justru mereka berada didalam barisan pertama [shaff-i awwal] dan termasuk dalam
golongan ‘ashab-I suffah’, yang begitu diredhai Tuhan!
Lebih lanjut, Rasul bersabda: ‘Shafw [bahagian suci dan
terbaik] dari dunia ini telah lenyap, dan hanya ketidak-suciannya yang
tinggal.’
Lantaran itu aliran/mazhab Sufi berusaha keras
membebaskan ketidak-sucian diri mereka bagi menemukan hakikat kejernihan dan
kemurnian tauhid, akhlak dan ibadah mereka. Diatas kerahsiaan tindakan dan
praktik mereka, terdapat khalayak luar yang membayangkan bahawa kaedah/methodologi
keSufian ini hanya berupa praktik ketaqwaan lahiriah sahaja, sementara yang
lain menyangka bahawa ia merupakan sebuah bentuk atau sistem tanpa memiliki
hakikat, akar dan dasar; sedemikian rupa sehingga khalayak umum dan para ahli
ilmu kalam, dan fuqaha [fiqh,eksoteris], yang hanya melihat segi lahirnya,
mengejek, mencemuh, sekaligus mengutuk penggiat aliran Tasawwuf ini, tanpa usul
periksa! Khalayak umum pula, yang secara membabi-buta, dan atas kejahilan
mereka, menerima pendapat ini, telah menghapus dari hati mereka sendiri,
fitrah, keinginan serta pencarian Hakikat kesucian batin, yang amat dituntut
dalam bertauhid, berakhlak dan beribadah didalam agama Islam! Dengan demikian,
mereka telah menafikan Sunnah, dan ajaran-ajaran Rasul, Nabi-nabi terdahulu dan
juga amalan para Sahabat! Subhanallah! Tidak hairan jika umat terus cenderong
untuk ‘berhelusinasi, berilusi’ dan berimaginasi dalam beragama! Sungguh,
setiap ilmu dan ‘amal yang tidak didasari ajaran Alquran [kitabullah] dan
Sunnah RasulNya yang sohih, adalah DHOLAL [ SESAT dan tertolak]!
Sifat ‘kesucian, kemurnian’adalah ciri khusus bagi para Sufi,
Pencinta [Tuhan]; mereka adalah mentari-mentari tanpa mendung!
Kekasih Tuhan, Muhammad Sang Pilihan, apabila ditanya
tentang keadaan Haritsah ra., menjawab:
‘Abd nawwarallah qalbahu bi al-iman.’ Bermaksud:
‘Dia seorang manusia yang hatinya disinari oleh cahaya
Iman.’ Sehingga wajahnya bersinar-sinar laksana bulan, dan dia disinari oleh
cahaya Ilahi!
[Sedikit Kisah Haritsah ra.]. Ia, suatu ketika menyatakan
kepada Rasul yang ia memiliki Iman yang sejati kepada Tuhan. Lalu Rasul
bertanya, ‘Apakah hakikat Imanmu?’ Haritsah menjawab,’Telah ku tanggalkan
sifat-sifat diriku, dan aku berpaling dari dunia ini, sehingga batu-bata, emas
dan perak sama sahaja dalam penglihatanku. Ku lewati seluruh malamku dengan
penuh jaga, dan segenap siangku dengan rasa dahaga, hingga aku merasa melihat Arasy
Singgahsana Tuhanku menjelma; dan ku lihat penghuni Syurga saling kunjung
mengunjungi dan penghuni Neraka saling lempar melempari.’ Lantas, Rasul
mengulangi kata-kata sebanyak tiga kali, ‘Engkau telah mengetahui, maka
istiqomahlah dalam upaya amalmu.’
‘Sufi’ adalah sebuah nama yang diberikan kepada Wali-Wali
dan ahli-ahli kerohanian yang sempurna. Berkata seorang Syaikh: ‘ Man syaffahu
al-hubb fa huwa syaf wa man syaffahu al-habib fa huwa syufiyy.’ Bermaksud: ‘Ia
yang dicucikan oleh cinta, adalah suci, dan ia yang tenggelam dalam Kekasih dan
telah menyingkirkan segala yang lain, adalah seorang Sufi.’
Bagi para Sufi, makna Tasawwuf terlebih jelas daripada
mentari, dan tidak memerlukan pencerahan, penjelasan atau petunjuk apapun!
Sufi adalah yang mati pada dirinya dan hidup oleh
kebenaran; ia bebas dari segala batas-batas kemampuan manusiawi, dan
benar-benar telah sampai [wusul] kepada Tuhan!
Nah, ketahuilah bahawa segenap kaum Muslimin, para ulama,
para sejarawan serta disokong riwayat sohih, bahawa Rasululah saw. mempunyai
sejumlah para sahabat yang asalnya turut berhijrah dari Makkah keMadinah.
Kerana kedhaifan dan tiada tempat kediaman, mereka menduduki serambi mesjid baginda
diMadinah. Mereka dikenali sebagai Ahl Al-Shuffah. Tumpuan hidup mereka hanya
terhadap ibadah, menafikan dunia dan juga menolak pencarian nafkah hidup.
Mereka inilah sebenarnya pencetus dan pengasas awal mazhab/aliran keSufian!
Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan golongan ini yang dinyatakan oleh
Kitabullah dan banyak Hadits-hadits Rasul yang sampai kepada kita. Allah SWT.
menyebut dalam QS. 6:52, bermaksud:
‘Janganlah diusir orang-orang yang menyeru Tuhan mereka
pada waktu pagi dan petang, yang merindukan WajahNya.’
Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw.sering
sahaja berkumpul dan berjemaah dengan Ahl Al-Shuffah dan apabila melihat
kefakiran dan kezuhudan mereka, lalu bersabda: ‘Berbahagialah! Bagi siapa
sahaja dari umatku yang sentiasa bertabah hati dengan keadaan yang kalian alami
dan berpuas hati dengan keadaannya; dia akan menjadi salah seorang diantara
sahabat-sahabatku diSyurga.’
10. PELOPOR GAGASAN TARIKATUSUFIYYAH
Antara para Ahl Al-Shuffah termasuklah Bilal bin Rabah,
Salman Al-Farsi, Abu Ubaidah bin Al-Jarrah, Abdallah bin Mas’ud, saudaranya
Utbah bin Mas’ud, Ammar bin Yassir, Miqdad al-Aswad, Khabbab bin Al-Aratt,
Utbah bin Ghazwan, Suhayb bin Sinan, Zayd bin Alkhathab [Saudara Umar], Abu
Hurairah, Huzaifah al-Yamani, Tsawban, Muadz bin Al-Harits, Abu Kabsya, Abul
Martsad Kinana bin Al-Husayn Al-Adawi, Salim [sahabat Huzaifah], Ukkasya bin
Mihshan, Mas’ud bin Rabi’ Al-Farisi, Abu Dzarr Jundab bin Junadah Al-Ghifari,
Abdallah bin Umar, Abu Darda Uwaym bin Amir, Shafwan bin Baydah, Abu Lubabah
bin Abd Mundzir, Abdallah bin Badr Al-Juhani, Saib bin Khallad, Tsabit bin
Wadiat, Abu Isa Uwaym bin Saidah, Salim bin Umayr bin Tsabit, Abul Yasar Ka’ab
bin Amr, Wahb bin Ma’qal, Abdallah bin Unays, dan Hajjaj bin Umar Al-Aslami,
adalah tergolong sebagai ahl Al-Shuffah. Walaupun mereka memiliki sarana hidup
berragam, namun mereka berada dalam satu darjat kehormatan dan kemuliaan.
Tidak disangkal lagi, sungguh, generasi para Sahabat
adalah sebaik-baik generasi, sebaik-baik dan semulia-mulia manusia, oleh kerana
Allah SWT. menganugerahi mereka persahabatan dengan Sang KekasihNya, Muhammad
Rasulullah saw.; dan memelihara hati mereka dari noda! Lantas, sebaik-baik
Sahabat adalah bagi sebaik-baik Rasul!!!
Rasul bersabda: ‘Khairul quruuni qarni, thummallazina
yalunahum, thummallazina yalunahum.’ Bermaksud: ‘Sebaik-baik kurun adalah kurunku,
kurun para Sahabah dan sesudahnya.’
Generasi dan angkatan para Ahl Sufiyyah berikutnya
dipelopori dan termasuk nama-nama besar para Imam dari Ahlu Bayt Nabi saw.
seperti:
Saidina Hassan bin Ali ra., Saidina Husayn bin Ali ra.,
Ali bin Husayn bin Ali [Zayn Al-Abidin] ra., Abu Abdallah Al-Baqir ra., dan Abu
Muhammad Jaafar bin Muhammad Shadiq ra.
Angkatan para Imam dari kalangan Tabi’in, adalah tokoh-tokoh
besar seperti:
Harim bin Hayyan, Uwais Al-Qarni, Hassan Al-Bashri, Said
Al-Musayyib,dll; dan para Imam dari generasi selepas Tabi’in dan seterusnya;
antaranya, terdiri dari tokoh-tokoh besar seperti:
Habib Al-‘Ajami, Malik bin Dinar, Abu Halim Habib bin
Salim A-Ra’i, Abu Hazim Al-Madani, Muhammad bin Wasi’, Abu Hanifah Nu’man bin
Tsabit Al-Kharraz, Abdallah bin Mubarak Al-Marwazi, Abu Ali Al-Fudhail bin
‘Iyad, Abul Fayd Dzun Nun bin Ibrahim Al-Mishri, Abu Ishaq Ibrahim bin Adham
bin Manshur, Bisyir bin Al-Harits Al-Hafi, Abu Yazid Tayfur bin Isa
Al-Bisthami, Abu Abdallah Al-Harits bin Asad Al-Muhasibi, Abu Sulayman Dawud
bin Nushayr Al-Tha’I, Abl Hasan Sari bin Mughalis Al-Saqathi, Abu Ali Syaqiq
bin Ibrahim Al-Azdi, Abul Sulayman Abdur Rahman bin Attiyyah Ad-Darani, Abu
Mahfuzh bin Firuz Al-Karkhi, Abu ‘Abdur Rahman Hatim bin ‘Ulwan Al-Ashamm, Abd
Malik bin Annas, Abu ‘Abdallah Muhammad bin Idris Al-Syafi’i, Imam Ahmad bin
Hambal, Abul Hasan Ahmad bin Abil Hawari, Abu Hamd Ahmad bin Khadruyah
Al-Balkhi, Abu Turab ‘Askar bin Al-Husayn Al-Nakhsyabi Al-Nasafi, Abu Zakariyya
Yahya bin Mu’adz Al-Razi, Abu Hafsh ‘Amr bin Salim Al-Nisyapuri Al-Haddadi, Abu
Shaleh Hamdun bin Ahmad bin ‘Umara Al-Qashshar, Abul Sari Manshur bin ‘Ammar,
Abu ‘Abdallah Ahmad bin ‘Ashim Al-Anthaki, Abu Muhammad ‘Abdallah bin Khubayq,
Abul Qasim Al-Junayd bin Muhammad bin A-Junayd Al-Baghdadi, Abul Hasan Ahmad
bin Muhammad al-Nuri, Abu ‘Utsman bin Isma’il Al-Hiri, Abu ‘Abdallah Ahmad bin
Yahya Al-Jalla, Abu Muhammad Ruwaym bin Ahmad, Abu Ya’qub Yusuf bin al-Husayn
Al-Razi, Abul Hasan Sumnun bin ‘Abdallah Al-Khawwah, Abul Fawaris Syah Syuja
Al-Kirmani, ‘Amr bin ‘Utsman Al-Makki, Abu Muhammad Sahl bin ‘Abdallah
Al-Tustari, Abu Muhammad ‘Abdallah Muhammad bin Al-Fadhi Al-Balkhi, Abu
‘Abdallah Muhammad bin ‘Ali Al-Tirmidzi, Abu Bakar Muhammad ‘Umar Al- Warraq,
Abu Sa’id Ahmad bin ‘Isa Al-Kharraz, Abul Hasan ‘Ali bin Muhammad Al-Ishfahani,
Abul Hasan Muhammad bin Ismail Khayr Al-Nassaj, Abu Hamzah Al-Khurasani, Abul
‘Abbas Ahmad bin Masruq, Abu ‘Abdallah Muhammad bin Ismail Al- Maghribi, Abu
‘Ali Al-Hasan bin ‘Ali Al-Juzajani, Abu Muhammad Ahmad bin Al-Husayn
Al-Jurayri, Abu ‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Sahl Al-Amuli, Abul Mughits
Al-Husayn bin Manshur Al-Hallaj, Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Al-Khawwash, Abu
Hamzah Al-Baghdadi Al-Bazzaz, Abu Bakr Muhammad bin Musa Al-Wasithi, Abu Bakr
bin Dulaf bin Jahdar Al-Syibli, Abu Muhammad Ja’far bin Nushayr Al-Khuldi, Abu
‘Ali Muhammad bin Al-Qasim Al-Rudbari, Abul ‘Abbas Qasim bin Al-Mahdi
As-Sayyari, Abu ‘Abdallah Muhammad bin Khafif, Abu ‘Utsman Sa’id bin Sallam
Al-Maghribi, Abul Qasim Ibrahim bin Muhammad bin Mahmud Al-Nashrabadi, Abul
Hasan ‘Ali bin Ibrahim Al-Hushri, Abu ‘Ali Hasan bin Muhammad Al-Daqqaq, Abul
Hasan bin Ahmad Al-Khurqani, Abu ‘Abdallah Muhammad bin ‘Ali Al-Dastani, Abul
Qasim Abdul Karim bin Hawazin Al-Qusyaiyri, Abul Fadhl Muhammad bin Al-Hasan
Al-Khuttali, dan ‘Ali bin ‘Utsman Al-Jullabi Al-Hujwiri, Abu Thalib Al-Makki,
Abd Karim Al-Jilli, dll.
Huraian nama-nama besar diatas adalah dari tokoh-tokoh
zaman silam. Ini belum lagi termasuk puluhan ribu lagi sesudah mereka yang
merangkum antaranya para pendiri, pengasas, penyandang, penggiat
sekurang-kurangnya 41 buah Tarkatusufiyyah muktabar, yang masih punyai ramai
ikutan diatas muka bumi ini. Antaranya termasuk tokoh-tokoh terbilang, seperti:
Syk.Bahauddin Shah Naqsyabandi, Syk. AbdQadir Al-Jailani, Syk Abul Hasan
Al-Shazili, Syk Jalaludin Al-Rumi, Sykul Akbar Ibn ‘Arabi, Syk Abd Karim Saman
Al-Madani dan lain-lain.
Perlu disebut disini bahawa nama-nama besar tokoh silam
yang juga adalah pengamal dan penggiat yang menjadi ikon khalayak dizaman
mutakhir ini termasuklah: Imam-Imam 4 Mazhab dan Imam Al-Ghazali Rahima
Humullahi.
Terdapat ramai lagi nama-nama besar penggiat aliran
Tarikatusufiyyah diNusantara, yang andai nama-nama mereka disebut, akan
memenuhi dan masih tidak mencukupi, seluruh ruang risalah ini. Namun, qadar usaha
ini agak memadai bagi tatapan rohani sesiapa yang punyai berkah,minat dan
keprihatinan!
Bagi yang ingin bertanya, apakah perlunya menyebut
nama-nama mereka? Dalam konteks ini, dari riwayat Al-Dailami, Rasulullah saw.
besabda:
‘ Dzikris solihiina kaffaratu zzunuubi, wayunzilur
rahmata ‘inda dzikris solihiina, watahsulul barakat.’
‘ Menyebut nama-nama orang-orang Soleh adalah kifarat[penebus]
dosa; turun Rahmat tatkala menyebut nama-mereka dan menghasilkan berkah.’
11. CIRI-CIRI TASAWWUF MUKTABAR
Syaikh Junaid al-Baghdadi menyatakan bahawa dasarTasawwuf
berdiri diatas ciri-ciri yang dicontohkan oleh 8 orang Rasul-Rasul pilihan,
yakni:
1] Kemurahan hati N. Ibrahim yang mengorbankan puteranya;
2] Kepasrahan hati N. Ismail yang taat kepada perintah Allah SWT.dan
menyerahkan hayatnya yang paling berharga; 3] Kesabaran N. Ayub menanggung
penderitaannya; 4] Lambang keakraban N.Zakariya, yang doanya kepada Tuhannya
berbisik lembut; 5] Keasingan N.Yahya dinegerinya sendiri dan terasingnya
kehidupan ditengah sanak keluarganya; 6] Perjalanan rohani N. Isa yang zuhudkan
kemewahan dunia sehingga hanya tinggal sebuah cangkir dan sebatang sikat,
kendati, cangkir ia lemparkan setelah melihat seseorang minum hanya menggunakan
tapak tangannya; dan sikat ia lontar setelah melihat seeorang menggunakan hanya
jejari menyisir rambutnya; 7] N. Musa yang jubahnya terbuat dari bulu kasar
domba; 8] Dan kefakiran N. Muhammad, yang kepadanya Tuhan telah menyampaikan
kunci semua perbendaharaan harta dibumi, dengan firmanNya, ‘ Jangan susahkan
dirimu, tapi nikmatilah semua kemewahan dengan menggunakan semua harta kekayaan
ini,’namun baginda menjawab: ‘ Wahai Tuhan, aku tidak menginginkan itu semua,
tetapi berilah aku kenyang satu hari dan lapar satu hari.’ Demikianlah dasar
prinsip-prinsip perilaku bertasawwuf paling utama!
Perilaku utama Tasawwuf juga adalah mendirikan Dzikullah,
disepanjang hayat, sehingga keakhir nafas dihujung nyawa! Para Shaikh Sufi
menyatakan:
‘Berdzikir kepada Tuhan adalah sesuatu yang halal, yang
didalamnya tidak ada keharaman sama-sekali; berbanding, berdzikir atau berdikir
kepada selain Tuhan adalah sesuatu yang haram, yang didalamnya tidak ada
kehalalan sama-sekali! Ketahuilah! Pokok keselamatan dan kebahagiaan terletak
didalam mengingat Allah [Dzikrullah]; sedangkan, bencana dan kebinasaan
terletak didalam lalai dan lupa kepada Allah! Fahamkan benar-benar!Apakah anda
telah merasa begitu selamat? Rujuk QS.67:16-17.Tanya ahli!
12. RINTIHAN SEORANG WALIULLAH [AHLUL-BAIT]
‘ Wahai Tuhanku! Malam telah menjelang dan kekuasaan
raja-raja telah terkulai, dan bintang-bintang kemerlipan diangkasa, dan semua
manusia sedang dipembaringan, didakap tidur, diulit mimpi; dan Banu Umayyah
telah istirehat dan menutup pintu-pintu istana mereka dan menempatkan
pengawal-pengawal mereka; dan orang-orang yang menginginkan sesuatu dari mereka
telah melupakan urusan-urusan mereka!
Duhai Tuhan, Engkaulah Yang Maha Hidup, Yang Abadi, Yang
Maha Melihat, Yang Maha Mengetahui dan Maha Dekat! Tidur dan kantuk tidak akan
pernah menyentuhiMu. Manusia yang tidak mengetahui bahawa Engkau adalah seperti
yang aku khabarkan ini, tidak wajar menerima Kemurahan-Mu.
Aduhai Engkau Yang Tak Tertara dan Tak Tertanding, Yang
KeKekalanNya Yang Tak Terlusuhkan oleh siang dan malam, oleh waktu dan zaman; yang
pintu-pintu RahmatMu terbuka bagi semua kehidupan, semua manusia yang menyeru
kepadaMu; dan seluruh kekayaan yang tak ternilai dilimpahkan keatas orang-orang
yang memujiMu; Engkau tidak pernah mengabaikan si-peminta, dan tidak ada
makhluk dibumi atau dilangit yang dapat mencegah Mu’min sejati yang memohon
kepadaMu dari mencapai SinggahsanaMu.
Duhai Tuhan, dikala aku mengenangkan kematian, kuburan
dan Hari Perhitungan, bisakah aku memperoleh kegembiraan didunia fana ini? Meskipun
aku mengakui bahawa Engkau Maha Esa,Maha Pengasih dari yang pengasih,
ku-memohon Engkau mengurniakan aku damai sejahtera disaat maut menjelang, tanpa
derita, dan bahagia disaat Hari Perhitungan, tanpa hukuman!’
Aduuhai! Dada mana yang tidak dihambur sebak, hati mana
yang tidak bisa remuk, jiwa mana yang tidak bisa robek dan luluh, mata mana
yang tidak dilanda genangan, andai ArifBillah, kekasih Tuhan mengumandangkan
rindu dan rintihan, duka lara dan keluhan, didalam dilemma keadaan yang tidak
ramai yang bisa mengimpikan!
Dan Mutanabbi mengatakan: ‘ Semoga Tuhan mengutuk dunia
ini! Sungguh suatu tempat hina bagi setiap pengindera unta! Kerana disini
orang-orang yang jiwanya mulia senantiasa teraniaya!’
13.TENTANG WALI ALLAH
Allah berfirman,QS.10:63, bermaksud:
‘ Sesungguhnya, Wali-Wali Allah [Aulia] tidak ada
ketakutan bagi mereka, dan mereka tidak akan bersedih hati.’ Dan lagi, QS.2:258,
bermaksud:
‘ Allah adalah sahabat [wali] dari orang-orang yang
beriman.’
Dan Rasulullah pula bersabda, bermaksud:
‘ Diantara hamba-hamba Tuhan, ada sebahagian yang
dipandang para Nabi dan para Syahid berbahagia.’ Baginda ditanya para Sahabat,
‘Siapakah mereka? Jelaskanlah tentang mereka, barangkali kami boleh mencintai
mereka.’ Baginda menjawab:
‘ Mereka yang mencintai satu sama lain, melalui kasih
Ilahi; tanpa punya kekayaan harta benda dan tanpa disibuki mencari nafkah
kehidupan; wajah-wajah mereka bercahaya, dan mereka duduk diatas singgahsana
cahaya; mereka tidak takut, atau mereka tidak merasa bersedih ketika manusia-manusia
lain merasa bersedih hati.’ Kemudian Baginda membacakan ayat: ‘Sesungguhnya, bagi
wali-wali Allah tidak akan takut [kepada apa pun yang terjadi] dan mereka tidak
akan bersedih hati.’QS.10:63.
Selanjutnya Rasulullah bersabda bahawa Allah SWT.
berfirman, bermaksud:
‘ Barangsiapa yang menyakiti seorang WaliKu, bererti ia
berperang dengan-Ku.’
Sebenarnya, siapakah Wali Allah yang tidak pernah merasa
takut ataupun sedih itu? Yakni: Mereka yang mengucap SELAMAT TINGGAL kepada
keduniaan, dan memburu Mahabbah Allah dan kehidupan akhirat. Mereka sering
menghidupkan hati mereka untuk mengingati kematian. Sebaliknya, mereka sering
mematikan hati mereka untuk mengingati kehidupan! Mereka sangat mencintai
Allah, dan senantiasa berbahagia untuk selalu menyebut NamaNya. Mereka sering
memohon agar disinari cahayaNya, sehingga kehidupan mereka senantiasa diterangi
CahayaNya. Natijah dari RahmatNya, mereka memperoleh khabar dan berita yang
sangat mencengangkan; dan mereka juga berada didalam ruang-lingkup berita yang
amat mencengangkan tersebut! Mereka dipandang Tuhan sebagai para Syuhada [
orang-orang bersaksi terhadap kebenaran]. Rujuk QS. 3:17 dan QS. 13:43.
Yaitulah:
‘Orang-orang yang sabar dan yang benar, yang tetap taat,
yang menginfakkan hartanya [dijalan Allah], dan yang sering memohon ampunan
Allah diwaktu Sahur.’
Allah berfirman dalam QS 7:206, bermaksud:
‘ Sesungguhnya, orang-orang yang berada disisi Tuhanmu,
tidak merasa enggan untuk menyembah Allah, dan mereka mensucikanNya, dan hanya
kepadaNya mereka bersujud.’
Golongan ini disebut sebagai para Muwahhid, Siddiqqin,
‘Arifin/Muqarrabin. Wirid dan ibadah mereka hanya satu, yakni, menenggelamkan
diri mereka dalam Ubudiyyah kepada Allah; menerusi Khalwat /Uzlah, Muraqabah,
Musyahadah, Fana dan Baqa kepada Allah. Segenap perhitungan dan perhatian
mereka hanya satu, yakni terhadap Allah SWT.- yang diingat, yang diintai, yang
dicari, yang dirindui,yang didamba/dicintai, yang ditakuti, yang dirasai
teramat malu, dan yang dilihat hanya Wajah Allah SWT.[QS.2:115]. Hati mereka
tidak pernah meracau dan menghayalkan sesuatupun; pendengaran mereka tidak
diganggu oleh bunyi apapun; dan penglihatan mereka tidak menyimpang melainkan
bagi pengambilan ‘iktibar , tafakkur, pemikiran dan peneguhan Iman! Bagi
mereka, tidak ada penggerak dan pendiam kecuali Allah SWT. Tidak ada lagi
perbedaan diantara satu ibadah dengan yang lainnya. Mereka ini termasuk dalam
golongan orang-orang yang lari – kepada Allah, seperti firmanNya, QS.51:50,
bermaksud:
‘ Larilah kamu kepada Allah.’
‘ Aku pergi menghadap Tuhanku yang akan membimbing
Jalanku.’
‘ Dan ketika itu, terpisahlah kamu dari mereka kerana
mengabdi sepenuhnya kepada Allah.’
Allah berfirman: ‘ Sungguh beruntung hamba yang Aku lihat
dan Aku perlihatkan’
Andai Allah SWT. menghendaki kebaikan pada seorang
hambaNya, anugerah itu ada dan bersifat melimpah-ruah. Dia menjadikannya
sebagai seorang pemberi petunjuk kepada umat; menjadi Tabib mereka, pembimbing
dan pendidik mereka, penterjemah mereka, pemberian mereka, tangan kanan mereka,
pelita dan mentari mereka! Kemuncak kesempurnaan pada seorang hamba itu ialah
apabila sah zuhudnya didunia dan akhirat, dan apa yang selain Allah. Setelah
hadhir Kebenaran padanya, diikuti hadhir pula kerajaan, kekuasaan dan
pemerintahan. Skala anugerahNya demikian besar; Zarrah/ atomnya menjadi gunung;
tetesannya menjadi lautan; bulannya menjadi mentari; sedikitnya menjadi banyak;
keterhapusannya menjadi ada; hancurnya menjadi kekal; geraknya menjadi tetap;
pohonnya menjadi besar dan tingginya menggapai Arasy; akarnya menghunjam
kedasar bumi; dan dahan-dahannya mencakupi dunia dan akhirat!
Dunia tidak berupaya memilikinya; Raja dan budak tidak mampu
menguasainya; akhirat pula tidak mengikatnya. Ia, bahkan tidak terhalang oleh
penghalang apapun; tidak ada sesuatupun yang menuntutnya dan ia tidak sama
sekali dikhawatirkan atau di keruhkan oleh sebarang kekhawatiran dan kekeruhan!
Dikala ia mencapai puncak kesempurnaan ini, hamba ini layak untuk berhenti/singgah
bersama makhluk dan umat; mengambil tangan mereka bagi menyelamatkan mereka
dari dilemma kelemasan lautan dunia! Nah! Fahamkan benar-benar metafora ini!
Pada hakikatnya, hamba-hamba yang dipilih Allah inilah
disebut sebagai INSAN KAMIL. Allah SWT. menjadikan diri mereka sebagai cerminan
TajalliNya. Merekalah juga, sebenarnya ‘KHALIFAH’ sebagai penggalas dan
pelaksana Amanat Tuhan, muara kepada ujaran-ujaran kalamNya. Mereka adalah
sumber hujjah, isyarat [metafora] Ketuhanan, tempat dan wadah Tajalli
keterangan-keterangan nyata; sedangkan khalayak hanya berperanan sebagai
pengikut-pengikut mereka belaka. Merekalah, disebut dalam QS. 76: 5-6, sebagai
hamba-hamba alHaq yang diberi minuman dari air ‘KAFUR’[mata air didalam Syurga].
MasyaAllah!
Nah! Nukilan diatas membuka hamparan luas bagi setiap
anda yang ketika ini, bukan seorang Nabi dan bukan juga seorang Syahid [baca:
tapi Khalifah wannabes], bagi menyahut seruan melayakkan diri kedalam kategori
pilihan Tuhan, selayaknya!
Namun, terlebih dahulu, dari senarai begitu panjang,
setiap kita haruslah memiliki kredibiliti dan mertabat piawaian tertinggi
Tuhan, hanya untuk lulus keperingkat senarai-pendek [short-list] dan
keperingkat seterusnya, insyaallah! Ingat, NIAT seorang berIman itu adalah
terlebih mulia dari tindakannya yang sebenar! Masyaallah! Sila tanyakan kepada
ahli-nya!
14. PELAN TINDAKAN [ACTION-PLAN] DAN PENUTUP
- NIAT – Mulailah sesuatu perkerjaan dengan niat agar
memperoleh penyelesaian yang sempurna. Rasul bersabda, ’Niat orang berIman itu
lebih baik daripada hasil perkerjaannya.’ Kerana niat yang kuat dan baik itu
seharusnya mendahului setiap tindakan. Contoh, jika seseorang berlapar lalu
berniatkan berpuasa, ia akan beroleh ganjaran diakhirat dan menjadi orang yang
disenangi dan diredhai Tuhan.
-PASRAH – Pohonlah berkah Tuhan bagi mendapat keselamatan
dariNya, yakni, mempasrahkan segala urusan kepada Allah SWT. supaya beroleh
perlindungan dari sebarang aib dan fitnah. Allah menyebut dalam QS. 16:98-99,
bermaksud: ‘Apabila kamu membaca Alquran, pohon berlindung kepada Allah dari
syaitan yang terkutuk.’ Rasul selalu mengajar agar memohon berkah [istikharah]
dalam setiap titipannya. Bilamana seseorang mengetahui bahawa kesejahteraannya
tidaklah bergantung kepada daya usaha dan upaya dirinya, tetapi setiap yang
menimpa dirinya, berupa nikmat atau musibah yang telah ditetapkan Tuhan yang
paling mengetahui apa yang bermanfaat bagi dirinya, maka, ia tidak punyai
pilihan melainkan berpasrah kepada takdir dan memohon kemaslahatan dirinya,
dariNya!
-NALURI NAFSU – Bersihkan kalbu dari tanjakan dan
dorongan berhubung dengan nafsu diri; kerana berkah Allah tidak akan pernah
didapati dari sesuatu yang didalamnya mengandungi dorongan kepentingan nafsu
diri. ‘Mencapai tujuan nafsu diri sendiri adalah kunci neraka, sementara
menafikan dorongan hawa nafsu diri merupakan kunci syurga.’ Lihat QS. 79:40-41,
bermaksud: ‘Barangsiapa yang menahan dirinya dari keinginan hawa nafsunya,
sesungguhnya, syurgalah tempat kediamannya.’ Janganlah bertindak menurut
keinginan nafsu diri, ketika menginginkan mardhotillah dan ketika ingin
menghindar dari hukum Allah, yang merupakan suatu penipuan dan juga suatu
kebodohan!
-HIJAB DIRI – Setiap manusia sebenarnya adalah terhalang
dari kebenaran Rohani, terkecuali, para Waliullah, para sahabat dan manusia yang
terpilih. Namun Rasul bersabda, ‘ Setiap orang menemukan kemudahan kerana dia
dicipta untuk itu.’ Kendati terdapat dua jenis hijab, yakni, yang boleh, dan
yang tidak boleh singkapkan. Yang satu terhalangi dari jalan kebenaran,
sehingga dalam pandangannya, kebenaran dan kepalsuan itu sama sahaja. Yang lain,
walaupun terhalangi oleh sifat dan tabiatnya, namun, hatinya mampu terus
mencari jalan kebenaran dan menyingkir akan kepalsuan! Maka Allah SWT.
berfirman, bermaksud:
‘ Sekali-kali tidak demikian; namun perbuatan mereka
telah menutup rona hati mereka.’QS.83:14.
‘ Sungguh sama sahaja bagi orang yang ingkar itu; apakah
engkau memberi peringatan ataupun tidak, mereka tidak akan percaya.’QS. 2:6.
‘ Allah telah mengunci hati mereka.’ QS. 2:7.
AWAS!!!Mereka yang mengingkari pembai’atan, pengamalan,
penghayatan dan disiplin Ilmu Tarikatusufiyyah [Tasawwuf], selamanya tidak akan
pernah menemukan Hakikat Marifat, [yakni, esensi pemahaman]; juga tidak akan
pernah menemui kesejatian ilmu, dan juga tidak akan pernah sampai kepada AlHaq.
Kerana tanpa Tasawwuf, tidak ada jalan lain [Tarikat] untuk menggapai Hakikat
Marifah, Taslim dan Iman yang tulus kepada AlHaq. Dengan Taslim [berserah
diri/pasrah], jalan Marifah akan terbuka luas, sebaliknya, pengingkaran hanya
akan menutup pintu wasilah anda [ketersambungan] dengan Tuhan!
Bagi mereka yang maujud dirinya berdiri atas pengingkaran
atau kekufuran terhadap jalan kebenaran [kerohanian/realiti spiritual,
Tarikatusufiyyah], tidak akan pernah menemukan jalan ‘pulang’ tersebut [‘akhir
nafas dihujung nyawa’], dijagad raya semesta ini, waima, diberikan peluang
hidup berlipat kali lagi! Fahamkan benar-benar permasalahan ini!
Sungguh amat merugikan, andai nafas sudah kehujung nyawa
[hayat], kita masih belum mengalami penyingkapan Hijab. Bukankah Marifat adalah
matlamat/tujuan kehidupan manusia dimaya ini? Bukankah keberadaan kita dialam
maya ini untuk mengenal, bermarifah kepadaNya? Demikian teramat pentingnya
perintah ini sehingga Imam Al-Ghazali menyebut:
‘Barangsiapa yang tidak memperoleh sebahagian ilmu ini [
Marifah, Mukasyafah, Penyingkapan], dikhuatiri akan mengakhiri hidupnya dalam
keadaan buruk [Su’ul Khatimah].’
Tersangat menghairankan bahkan, suatu keanehan apabila
pihak dan khalayak yang cenderong merujuk hal-hal keilmuan Fiqh dan Muamalah
kepada sumber karya Al-Imam Al-Ghazali dan juga keempat-empat tokoh besar Mazhab
Ahl-Sunnah wal Jama’ah, malah, sumber ini juga adalah pengamal-pengamal dan
pendokong-pendokong Ilmu Tasawwuf atau Tarikatusufyyah silam; namun, pihak
mutakhir memilih, terus untuk menghindar darinya, sehingga seringkali mencetus
penyanggahan dan permusuhan! Sila cermati maksud hakiki QS.51:20-21, bermaksud:
‘Dibumi ini dan ditubuh rohani/jasmani ini, terdapat
‘ayat-ayat’ Tuhan, bagi orang-orang yang memiliki Haqqul Yaqin.’
Nah, inilah laku dan liku akhir perjalanan, dengan hening
bening – sehingga akhirnya, terbuka semesta alam luas. Alam Langgeng dan
Lestari!
- PERTOLONGAN TAUFIQ DARI ALLAH – Kita seharusnya sering
bermunajat memohon kepada Tuhan agar dikurnia pertolongan dan kemampuan! Kerana
Tuhan sahaja yang boleh menolong seseorang untuk bertingkah dan bermuamalah
baik; dan dengan bantuan Tuhanlah, menjadi sarana membuat tindakan-tindakan
yang mengganjarkan pahala; inilah sebenarnya disebut sebagai TAUFIQ, yakni,
‘natijah keberhasilan kurniaan Tuhan.’ Para syaikh sufi menyatakan: ‘Al-tawfiq
huwa al-qudrah ‘ala al-taat ‘inda al-ist’mal,’ bermaksud: ‘Bilamana seseorang
taat kepada Tuhan, dia akan menerima dari Tuhan, kudrat [kekuatan] yang semakin
bertambah.’ Dengan demikian, himmah dan kekuatan yang diperoleh manusia untuk
dapat tunduk dan berlaku taat kepada Allah SWT.- disebut sebagai TAUFIQ. Pendek
kata, bermaksud, sesenang-senang suatu perkerjaan itu ditolong Allah; dan
sepayah-payah perkerjaan itu, jika tidak ditolong Allah! Fahamkan benar-benar!
Nah!
Silalah cermati QS.75:53-56, bermaksud:
‘ Tidak! Sebenarnya mereka tidak takut kepada [balasan]
akhirat. Tidak! Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan. Maka, barangsiapa
menghendaki, tentu dia mengambil pelajaran darinya. Dan mereka tidak akan
mengambil pelajaran darinya kecuali [jika] Allah menghendakinya. Dialah Tuhan
yang patut [kita] bertaqwa kepadaNya dan yang berhak memberi ampun!’
Allah menandaskan lagi dalam QS.76:30, bermaksud:
‘ Dan tiadalah kehendak kamu bagi menempuh jalan ini,
melainkan Kehendak Allah jua.’
Jika anda ingin mengetahui kedudukan [posisi] diri anda
dihadapan Tuhan, anda cuma perlu menilik bilamana, dimana dan bagaimana anda
memposisikan diri Tuhan didalam hati anda! Anda perlu jujur sahaja!
Percayallah, hanya tindakan ini sahaja yang mampu menyingkap dan menyibak
rahsia-rahsia Ketuhanan vis-à-vis diri anda sendiri! Silakan!
‘SIZ’ [ SEIZE] THE DAY! SELAWAT, ISTIGHFAR DAN ZIKIR!
Dengan Selawat, Istighfar dan Zikrullah, panjatkan doa
dan munajat bagi meraih Berkah dan Rahmat Allah, Tuhan Maha Pemberi Berkah dan
Rahmat, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! INSYAALLAH!
Nota Kaki: KEBERANIAN orang-orang awam – Memerangi
[berjihad] orang Kuffar.
KEBERANIAN orang-orang soleh –
Mujahadah/perang [berjihad] hawa nafsu.
KEBERANIAN orang-orang ArifBillah –
Zuhudkan [ucap selamat tinggal] dunia akhirat dan
selain Allah.
ALHAMDULILLAH. WABILLAAHIT TAUFIQ. WALA HAULA WALA QUWWATA
ILLA BILLAH. TABARAKALLAHU RABBIL ‘ALAMIN!
MADRASATUL BAITUL ADAM, MALAYSIA. 04.04.14.