Friday, May 15, 2015

Foto-foto terbaru daripada Markas Baitul Adam (Terkini!!)

Salam Duhai Sahabat! Shukurlillah kami diAnugerahkan Allah sebuah markas baru buat menghadapi segala wadah perjuangan yang sedang dilalui sekarang atau yang bakal kunjung tiba! Kami Bersedia! Alhamdulillah banyaklah nanti program2 yang bakal menyusul buat pembaca2 budiman blog kami ini juga orang ramai. InsyaAllah!

Disini kami memfokuskan tetap Tarekat Tasauf bagi Menahan serta Membela Kesucian Tarekat Agar Kekal dicari oleh golongan sang pencari Tuhan!

Kami tetap menfokuskan Rawatan Islam Alternatif melalui kaedah (istighfar dan zikirullah) dan terbaru kami adakan juga program yang mendapat sambutan hangat iaitu Program Pemulihan Ketagihan (zahir maupun batin).

 Juga tidak dapat ditinggalkan Program Beladiri Kilas Tempur Bersanad yang sering juga mendapat sokongan padu sehingga sekarang! terbaru dalam perancangan mudahan kami akan adakan satu usahasama dengan pihak PDRM untuk Kursus Beladiri Sehari atau 3 hari bagi peringkat asas yang sebelum ini untuk dihabiskan pembelajaran tempohnya adalah selama 3 bulan ! Kursus ini sangat sesuai untuk komando, special task force, bertempur ramai, keadaan MEMBABITKAN! nyawa yang mengancam, lain-lain lagi! Kami tetap juga akan menarik lebih golongan remaja untuk mendisiplinkan dan menghalakan tenaga muda mereka agar mengangkat martabat Agama. Nusa dan Bangsa! remaja sebagai pemangkin dan pencetus menggantikan golongan2 yang sedia ada atau tiada lagi! Berilah sepenuh sokongan wahai sahabat2 budiman sekalian agar senantiasa mendapat Rahmat Allah kerana memberi pertolongan menaikkan Institusi Mengingat Allah !sila tanya pada ahlinya!

Akhir kata kami selagi nyawa dikandung badan dan setiap helaan napas itu semuanya itu untuk menolong Agama Allah ! Masya Allah!


Foto-foto ini diwaktu baru dapat kunci premis..

 Muka Depan Ofis kami. Alamat No 3-2a Jalan 5/1 Green Valley Park 48020 Rawang, Selangor.



No comments:

Post a Comment