Sunday, October 9, 2016

ISU TERKINI TENTANG ‘ILAH’ DALAM SYAHADAH DAN PERMASALAHANNYA



 BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN, WABIHI NASTA’IN, WASSOLAATU WASSALAAMU ‘ALA ASYRAFIL AMBIA IWAL MURSALIN WA’ALAA ALIHI  WASSOHBIHI AJMA’IN.

Sembah sujud diaturkan kepada  ALLAH SWT. Yang Maha Agung, lagi Maha Mulia , yang kepadaNya , semuanya bergantung, - namun, DiriNya bebas dari segala pergantungan! Dialah Penguasa  semesta alam, Yang Menghidupkan Nurani para Kekasihnya, dengan percikan arak CintaNya! Yang berkesempatan  meneguknya akan merasakan manis, jernih dan murninya Iman! Dan mereka yang tersentuh CahayaNya akan bersemayam dalam ketenteraman, keheningan dan kebahagiaan; merasa cukup dengan keberadaan Ilahi, dan melestari hidup mereka  dalam ketaatan dan Musyahadah diri.
Mereka bersaksi atas Kebesaran dan KeagunganNya, yang terpelihara dan termanifestasi disetiap bingkai Ciptaannya!
Dia ALLAH SWT. Yang Mengeluarkan Para KekasihNya dari cengkaman ruang dan nafsu. Dia menjadikan mereka  khazanah penyimpanan Ilmulghaibi. Nah! Akal akan menyerah lelah; lidah akan terhenti dari hamburan kata bicara – Tidak berdaya menyifati – mentelahan lagi, menyatakan keEsaanNya!!!

AMMA BA’DU.
ADUHAI PARA SAHABAT DAN SELURUH IKHWANUL MUSLIMINA WAL MU’MININ:

1.MUQADDIMAH
Tidak dapat tidak, isu trending yang menerpa kepemerhatian penulis, barangkali juga kepada anda para pembaca, disaat ini adalah tentang penggunaan dan pemahaman lafaz ‘ILAH’didalam Syahadah, pemakaian yang amat berleluasa, semestinya menuntut kefahaman yang tuntas dan jitu bagi khalayak, agar halayak tidak tersasar kelembah kebingungan, kekalutan malah kepinggir kesesatan, wana’uzubillah!
Bagi tokoh Ilmuan, tanggung-jawab pencerahan amatlah di-alu-alukan. Namun, beretorik adalah lebih mudah daripada mengangkat wadah ini ketahap dimana percambahan pemikiran berserta kefahaman dapat dilangsung dan dialirkan kepada umat sejagad, kaedah yang menghasilkan selautan manfaat!
Kendati, penulis terpanggil untuk menghapuskan kabus kekaburan dan kejahilan yang menutupi minda akal fikir dan mata hati halayak. Jika dibiarkan tanpa perincian, pastilah Rahmat Tuhan tidak akan kesampaian!

2.MAKNA LAFAZ ‘ILAH’ SECARA ISTILAH
Dalam bahasa Arab, perkataan ‘Ilah’ bermaksud Tuhan. Dalam bahasa-bahasa tradisi Ibrani, Hebrew, Yunani dsbnya, sebutan lafaz [tuhan] ini berbeza seperti  IIah,Elah, Eloh, Elohim, HA-Shem, Eli, Yah-Weh, Halelujah, Aulah  dan lain-lain, menurut telo lidah pembicara amnya. Evolusi kemanusiaan yang panjang dan penuh liku-liku kepercayaan bersumberkan mitos, tahyul dan khurafat, telah memberi kesan amat drastik, dan terus merubah maksud asal perkataan tersebut, dari makna istilah kemakna loghat. Kini lafaz ‘Ilah’ lebih merujuk kepada ‘selain Tuhan,’ atau ‘tuhan yang lain’,yakni sesuatu atau apa sahaja yang memiliki kuasa dan pengaruh yang berupaya mendominasi  pemikiran, sesembahan, hayalan dan pegangan daya dan akal fikir manusia berkait penganutan maupun kehidupan! Pada dasarnya objek-objek dimaksudkan berbentuk dan bersifat duniawi semata berbanding ukhrawi. Misalannya seperti objek-objek sesembahan kaum kuffar, figura-figura seperti Firaun, Namrud; terkini pula, jabatan, pangkat, harta, wanita, malah Ego diri, dsbnya!

3.APAKAH BAHAYANYA KEKELIRUAN MAKSUD LAFAZ ‘ILAH’ TERHADAP PARA MUSLIM?
Oleh kerana perkataan ‘Ilah’ tersebut adalah integral, tersemat dan terkait rapat dengan Kalimah Syahadah, pastilah risiko dan impak kekeliruan dan salah-guna pemakaian dan amalannya menjadi begitu serius dan kritis sekali terhadap ‘Akidah dan iktiqad pegangan keIslaman dan keImanan seluruh para Muslim! Salah pengertian tentang Syahadah akan mengantar seorang Muslim kelembah kesesatan; tidak akan pernah berupaya berhubung dan wusul [menyambung] dengan Tuhan! Rasulullah saw. bersabda, bermaksud:
‘Aku tidak membawa sesuatupun yang lebih penting daripada Syahadah. Jika Syahadah diterima secara sungguh-sungguh akan menghasilkan ‘KEPASRAHAN’ [ISLAM], dan yang berkenaan telah menjadi seorang Muslim.’
Sila rujuk QS 47:19, bermaksud: ‘Ketahuilah, Tiada Tuhan [Ilah] melainkan Allah!’ Kalimah ini bila disambung dengan Kalimah ‘Muhammadur Rasulullah,’ menjadi  Dua Kalimah Syahadah, yakni  dua Kalimah sentral dan integral dalam penganutan Agama Islam!
Syahadah terdiri dari dua pernyataan  atau dua kesaksian [Asy-Asyahadatain, dua Syahadah]. Dalam konteks ini,  dicatat bahawa kata kerja Syahida [muncul istilah Syahada] memiliki dua erti penting  [dalam Bahasa Arab], yakitu, kata kerja ini berkait dengan  tindakan  fahaman dan penyaksian. Juga pernyataan  seseorang telah menyaksikan dan memastikan, juga memberi kesaksian, dan mempertaruhkan  hidup demi kebenaran yang telah diyakini! Kalimat Syahid [Syuhada] pula dalam bahasa Arab bererti gugur.
Hanya bahasa Arab  sahaja secara ritual memiliki kekuatan kata yang efektif dan sacramental. Pada hakikatnya, keadaan keselamatan serta keberuntungan  seseorang sepenuhnya bergantung kepada pembenaran [TAHQIQ] SEPENUHNYA terhadap Syahadah! Noktah!

4.PENYELAMAT NABI ADAM A.S.
Telosori kisah Bapa Pertama manusia. Setelah menanggung beban kesalahan dan keinsafan beratus tahun lamanya, akhirnya, hanya dengan keberkatan dan kebesaran Kalimah Syahadah inilah yang berupaya menghapuskan kesalahan atau kekhilafan Nabi Adam.a.s. Ia dilambangkan dengan pelanggaran perintah melarang memakan buah larangan – yang memandang objek sebagai realitas  sebanding  dengan Tuhan.   
Kandungan utama Kalimah Syahadah  merupakan pengakuan bahawa seseorang hanya memandang  satu-satunya yang MUTLAK[‘absolute’], yakni semata-mata Allah SWT. sebagai yang nyata! Sementara Syahadah yang kedua menetapkan keberadaan Nabi Muhammad saw. ; juga menetapkan hubungan manifestasi  Allah atau penciptaanNya sebagai sebuah risalah atau wahyu dari Allah SWT., melalui Nabi Muhammad saw.
Jika kalimah ‘Muhammadur Rasulullah’, maknanya ‘straight forward’ serta jelas maksudnya; tetapi tidak dengan Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH.  Maka disini umat Islam harus beri sepenuh perhatian! Kerana hanya pemaknaan, pemahaman dan pemaksudan yang betul, benar lagi tahkik dan tuntas sahaja yang akan menjamin kesohihan dan pengesahan akidah berserta amalan; dan terpenting sekali adalah, SYAHADAH memelihara dan menjamin keselamatan diri Muslimin didunia dan akhirat!
Walaupun ditegaskan sebuah ucapan Syahadah adalah cukup untuk menjamin keselamatan seseorang , namun natijah dari pengucapan mencetus keadaan magis dan amat unik. Untuk itu, Syahadah harus diungkapkan terus menerus sehingga isyarat realisasi menembus kepusat wujud diri seseorang, dengan konsentrasi  yang jazam, tanpa sezarah syak dan waham, terhadap Haq dan kebenaran , sehingga mencapai transformasi substansi diri menjadikannya serasi dengan kebenaran [‘Truth’].
 Fahamkan benar-benar permasalahan ini!
Sila terus ikuti huraian serta pemisalan, contoh-contoh berserta dalil-dalil yang mengiringi.

5.KALIMAH SYAHADAH ADALAH KALIMAH TAUHID, JUGA DINAMAKAN KALIMAH NAFI ISBAT. BAGAIMANAKAH DENGAN  PEMAHAMAN SERTA PEMAKAIANNYA OLEH  UMAT ISLAM SEJAGAD?!
Kaimah Syahadah ini dikenali dengan pelbagai sebutan. Antaranya, ia disebut sebagai Kalimah Tauhid, Kalimah Toyyibah, Kalimah Ikhlas, Kalimah Nafi Isbat, Kalimatul Haq, dsbnya.
Kalimah Tauhid menjurus kepada Pemurnian Penunggalan dan peng-Esa-an Dzat Allah SWT.
Kalimah Toyyibah mengisyaratkan kebagusan serta manfaat diperoleh darinya.
Kalimah Ikhlas mentahkikkan kesucian serta kemurnian terhadap Ma’bud, Mahbub, Maksud, Matlub dan Maujud [ALLAH SWT.]
Kalimatul Haq mensabitkan Hak serta Kebenaran tanpa sezarah kebatilan.
Kalimah Nafi dan Isbat mengesahkan Tauhidul Dzat semata kepada Allah SWT.

6.PERMASALAHAN BESAR
Menurut fahaman sebahagian umat Islam, Tuhan terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah Tuhan yang Haq atau yang sebenarnya, yakni, Dzat Allah Wajibal Wujud, yang bersifat dengan segala sifat-sifat Kesempurnaan dan  MahaSuci dari segala sifat kekurangan. Kedua adalah tuhan yang batil [batal, palsu], yakni,’tuhan yang lain’ daripada Allah, seperti berhala, tokpekong, Firaun, Namrud, sesembahan dll.   
Kalimah Syahadah ini mengandungi Kalimah Nafi, [menafi/menyangkal/menolak], yakni, LAA ILAAHA; dan Kalimah Isbat [membenarkan/menetapkan]], yakni, ILLALLAH. Apabila disambung memberikan makna: TIADA TUHAN [ILAH] MELAINKAN ALLAH.
Persoalan kritis ialah ketika kita melafazkan Kalimah Nafi yakni, LAA ILAAHA, [TIADA ILAH/TUHAN], Tuhan yang mana harus dinafikan? Dan ketika menyebut Kalimah Isbat, yakni, ILLALLAH, apa pula yang diIsbatkan [dibenarkan] ?
Bagi majoriti atau kebanyakan umat Islam, termasuk juga tokoh-tokoh Agamawan, apabila mereka melafazkan Kalimah Nafi, mereka akan menafikan [menidakkan/meniadakan] ‘tuhan lain’ selain Allah, seumpama berhala, Tokpekong dan sesembahan yang lain!  
Namun, bagi fahaman Ahli TarikatusSufiyyah, yang telah sampai kemaqomnya, bukanlah berfahaman seperti yang tersebut diatas tadi. Menurut faham Ahli Sufiyyah ini, Nafi dan Isbat itu tidak boleh diceraikan. Dengan demikian, bila mereka melafazkan Kalimah Nafi, mereka menafikan Tuhan sebenarnya;  dan mengIsbatkan pula Dzat Allah pada Kalimah Isbat seterusnya!! Noktah!
Ada pun yang dikatakan zikir Nafi Isbat, yaitulah membaca  Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH, yakni, LAA ILAAHA Kalimah Nafi, dan ILLALLAH Kalimah Isbat. Menurut ahli Lughah, Nahu, Mantiq, Bayan dan Ma’ani, yang melihat susunan Kalimah itu dari segi ilmu tersebut, lafaz ILAH  itu dinamakan KULLI, dan lafaz JALALAH itu dinamakan JAZAK; sebahagian ahli Nahu yang lain menyatakan lafaz ILAH itu dinamakan NUKRAH; dan lafaz JALALAH itu dinamakan MARIFAT!
Dengan demikian, mereka itu diwaktu membaca Kalimah LAA ILAAHA, dinafikannya [ditidakkan/ditiadakannya] ‘tuhan yang lain’ seumpama berhala, tokpekong, sesembahan yang lain, dsbnya. Kemudian setelah sampai  ucapannya kepada ILLALLAH, maka diIsbatkannya DZAT ALLAH. Begitulah fahaman mereka itu diwaktu membaca atau melafazkan Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH! 
Penulis TIDAKlah ingin menuduh, menyalahkan fahaman diatas,waima mengkafirkan fahaman tersebut!
Bahkan penulis mendoakan semoga golongan diatas  mendapat pengabulan dari Allah SWT., hendaknya!
Nah! Bagaimana pula fahaman Ahli Sufiyyah sebegitu jauh menafikan Tuhan yang sebenarnya; jom lihat paparan Nas dan dalil-dalil berkaitan seterusnya!

7.PENJELASAN TENTANG NAFI ISBAT
PERHATIAN! Andai kita menafikan ‘tuhan yang lain,’ nescaya menjadikan kita bertuhan kepada ‘yang lain.’ Dan jika dinafikan Tuhan yang sebenarnya, nescaya menjadikan kita bertuhan kepada Tuhan yang sebenarnya!

Berkata Ahli Tauhid,
‘FAIN KAA NAN NAFII  ILAAHU GHAIRU, FA ISBAATU ILAAHU GHAIRU; FAIN KAA NAN NAFII ILAAHU MUSTAHAQQA, FA ISBAATU ILAAHU MUSTAHAQQA’, bermaksud:
‘Jika adalah yang dinafikan ‘tuhan yang lain’, nescaya akan mengisbatkan ‘tuhan yang lain’. Maka jika adalah yang dinafikan Tuhan sebenarnya, nescaya  mengisbatkan Tuhan sebenarnya.’

8.MISALAN DAN HURAIAN HIPOTHETIKAL
Marilah kita cuba Nafikan ‘tuhan yang lain,’ yakni ditambah makna lafaz ILAH [ILAAHA] dengan, atau kita Nafikan sifat-sifat , yakni, ‘tuhan yang lain’ itu pastinya bersifat antara lain, mati, lemah, jahil, tergagah, pekak, buta, bisu, dsbnya.
LAA                   ILAAHA                   ILLA            ALLAH.
Tiada          tuhan yang lain          hanya          ALLAH.
Tiada          tuhan yang mati         hanya         ALLAH.
Tiada          tuhan yang lemah      hanya         ALLAH.
Tiada          tuhan yang jahil          hanya        ALLAH.
Tiada          tuhan yang tergagah  hanya        ALLAH.
Tiada          tuhan yang pekak       hanya        ALLAH
Tiada          tuhan yang buta          hanya        ALLAH
Tiada          tuhan yang bisu           hanya        ALLAH.
Jelas dari hipothesis diatas, jika/bila kita Nafikan ‘tuhan yang lain,’ dan meNafikan sifat-sifat ‘tuhan yang lain,’ maka kita jatuh bertuhan ‘kepada yang lain!’ 
Seterusnya, mari kita cuba pula Nafikan Tuhan sebenarnya atau pun kita cuba Nafikan Sifat-Sifat Allah yang sebenarnya, yakni Tuhan yang sebenarnya pastinya bersifat Hidup, Berkata-kata, Melihat, Mendengar, Berilmu , Berkehendak, Berkuasa , dsbnya.
LAA                   ILAAHA                          ILLA              ALLAH.
Tiada             Tuhan sebenarnya       hanya             ALLAH.
Tiada            Tuhan yang Hidup         hanya             ALLAH.
Tiada      Tuhan yang Berkata-kata   hanya             ALLAH.
Tiada      Tuhan yang Melihat            hanya             ALLAH.
Tiada     Tuhan yang Mendengar      hanya              ALLAH.
Tiada     Tuhan yang Berilmu            hanya             ALLAH.
Tiada   Tuhan yang Berkehendak    hanya             ALLAH.
Tiada    Tuhan yang Berkuasa          hanya             ALLAH.
Dari pemerhatian diatas, jelas sekali, disebabkan kita meNafikan Tuhan yang sebenarnya, ataupun kita menafikan  Sifat-Sifat Allah yang sebenarnya, maka kita jatuh BerTuhan kepada  Tuhan yang sebenarnya, yakni, ALLAH SWT.!

9.SEJARAH DZIKIR NAFI ISBAT.
Sebelum alam syahadah [alam kasar] ini di jadikan Allah SWT. yang terlebih dahulu dijadikan Allah SWT. ialah NUR MUHAMMAD, dan dari NUR MUHAMMAD itu terpancarlah segala Arwah/segala makhluk. Nah, marilah kita perhatikan keadaan alam Arwah , khususnya keadaan diwaktu Allah SWT. mengkhitab kepada sekelian ROH dialam Arwah, dengan firmanNya:
‘ALASTU BI RABBIKUM, QOLUU BALAA SYAHIDNA.’ Bermaksud:
‘BUKANKAH AKU INI TUHAN KAMU,’ menjawab sekelian ROH, ‘ BAHKAN, ENGKAULAH TUHAN KAMI.’
Seolah-olah, dialam ROH itu, diri Rohani kita telah menyaksi/melihat kepada ALLAH SWT. Maka bermula dari alam Arwah lagi sehingga sampai jatuh keRahim ibu, kita semua telah mengaku bahawa Tiada yang Tuhan hanya ALLAH sahaja, semata-mata! Nah ! Perjanjian ketika kita dialam Roh itu menjadi suatu AMANAT kepada kita semua! Maka barangsiapa yang mungkir terhadap AMANAT itu akan dihukum! Kerana penjawaban kita dialam Roh itu ialah ‘BALAA’ perkataan yang sinonim maksud ertinya dengan Kalimah ALLAH atau LAA ILAAHA ILLA ALLAH.
SOALAN CEPU EMAS: Adakah tuhan ‘yang lain’ dipandang/dilihat oleh segala Arwah  sewaktu sekelian Arwah itu berhadapan dengan DZAT ALLAH  ‘AZZA WAJALLA! Jawapannya: PASTILAH TIDAK!!! HANYA ALLAH SEMATA-MATA!  NOKTAH!
Seterusnya, sekelian Arwah tersebut diperhubungkan dengan tubuh jasmani/kasar , yakni ALLAH SWT. menjadikan mereka semua manusia. Jelasnya, tubuh manusia yang kasar itu tersusun dari  darah, daging, tulang belulang, dan alam anasir yang empat, yakni,  api, air, angin dan tanah. Kemudian manusia diberi pula bernyawa. Maka nyawa itu disebut sebagai tubuh manusia yang batin.
Sekelian Arwah itu telah menerima pelajaran dari ALLAH SWT. sewaktu ALLAH SWT. mengkhitab mereka bahawa mereka akan berTuhan kepada ALLAH SWT. sahaja! Sesungguhnya , sekelian Arwah itu tidak pernah mengenal atau mengetahui  ‘tuhan yang lain’! Fahamkan benar-benar!

10. EVOLUSI ZAMAN KE ZAMAN.
Demikian zaman beredar, sejak zaman Nabi Adam a.s., manusia hanya berTuhan kepada ALLAH SWT. semata-mata, sehingga sampai kezaman Nabi Nuh a.s., manusia masih berTuhan kepada ALLAH SWT. zahir dan batin! Namun di zaman Nabi Nuh a.s., Iblis mulai membuat percaturan menyesatkan umat manusia. Iblis menganjurkan agar umat Nabi Nuh a.s. membuat gambar atau mengukir patung-patung bagi mengingati arwah-arwah famili kesayangan yang telah pergi dahulu dari mereka, sebagai alat kenangan dibelakang hari. Tetapi, disebabkan betapa halusnya tipudaya Iblis tersebut sehingga tercetus didalam fahaman umat ketika itu bahawa akhirnya, patung-patung tersebut wajar menjadi sesembahan, lalu disembah! Maka terjadilah dua pihak bagi umat Nabi Nuh a.s., yang satu tetap menyembah ALLAH SWT. Tuhan sebenarnya; dan yang lain menyembah ‘tuhan yang lain’, yakni berhala-berhala, buatan mereka sendiri!      
Tentu sahaja Nabi Nuh a.s. berdaya upaya menyedarkan umatnya yang telah sesat, setelah ALLAH SWT. menurunkan Kalimah Tauhid LAA ILAAHA ILLA ALLAH, agar mereka kembali berTuhan kepada ALLAH SWT.
Namun demikian, ada pula diantara mereka yang masih terwaham didalam hati mereka tentang adanya tuhan ‘yang lain’daripada ALLAH SWT., maka tatkala mereka membaca Kalimah LAA ILAAHA ILLA ALLAH, mereka maknakan Tiada ‘tuhan yang lain’ hanya ALLAH, yakni mereka meNafikan ‘tuhan-tuhan yang lain.’
Dan bagi manusia-manusia yang tidak pernah berTuhan kepada yang lain daripada ALLAH, dan tidak pernah melihat kepada tuhan-tuhan yang lain seumpama berhala, tokpekong, sesembahan lain, dsbnya, maka diwaktu mereka membaca LAA ILAAHA ILLA ALLAH, mereka maknakannya TIADA TUHAN SEBENARNYA HANYA ALLAH!
Zaman terus beredar. Sehingga sampai kezaman Nabi Ibrahim a.s.tidak sedikit umat yang menyembah ‘tuhan-tuhan yang lain’ seperti raja, berhala kayu dan batu dsbnya, disebabkan pengaruh kuasa raja Namrud ketika itu.
Namun, dengan kebijaksanaan Nabi Ibrahim a.s., membawa Kalimah LAA LAAHA ILLA ALLAH, dapat juga beliau mengembalikan tauhid mereka kepada menyembah ALLAH;  walaupun terdapat puak-puak yang masih terwaham didalam hati mereka bahawa ‘berhala-berhala’ tersebut adalah tuhan pula!
Maka bagi manusia yang terwaham didalam hati mereka bahawa ada ‘tuhan-tuhan yang lain,’ maka diwaktu mengata LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dimaknakan nya Tiada ‘tuhan yang lain’ hanya ALLAH. Tetapi manusia yang jiwa dan tauhidnya masih suci murni, yang tidak melihat, mahupun mengetahui , ada ‘tuhan yang lain’ selain ALLAH, maka diwaktu mereka membaca/mengata LAA ILAAHA ILLA ALLAH,  dimaknakannya TIADA TUHAN SEBENARNYA HANYA ALLAH!
Demikianlah dua fahaman ini terus saja mengalir kezaman Nabi Musa a.s.; kezaman Nabi Isa a.s., hatta , hinggalah sampai kezaman Muhammad Rasulullah saw.  Dizaman Rasulullah saw., terdapat sebanyak 360 berhala-berhala ditempatkan disekeliling Kaaba Baitullah!
Dalam senario hitam pekat penyembahan berhala-berhala disekeliling Kaaba, bukan suatu kerja yang mudah bagi Rasulullah saw. membasmi kesesatan dengan membawa dan menyebarkan agama Islam kepada kaum Musyrikin Makkah.  Maka bagi mereka yang baharu memeluk Islam,  kendati masih terwaham dan ragu-ragu didalam hati mereka tentang tuhan-tuhan berhala mereka; maka ketika mereka menyebut Kalimah LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dimaksudkan tiada tuhan ‘yang lain’ hanya ALLAH. Namun bagi manusia berjiwa suci murni, diwaktu mereka melafazkan Kalimah LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dimakna/dimaksudkan mereka bahawa TIADA TUHAN SEBENARNYA HANYA ALLAH!
Demikianlah, sehingga kezaman terakhir kini DUA FAHAMAN ini terus sahaja tumbuh dan berkembang. Mentelah pula dalam keadaan dunia sekarang yang penuh pancaroba dan cabaran; terlalu banyak ‘BERHALA-BERHALA’ yang mendominasi minda dan dada umat sejagad kini! MASYAALLAH!

11.ARGUMEN MENOLAK MAKNA ‘TUHAN YANG LAIN’ DIDALAM KALIMAH SYAHADAH.
11.1 ‘TUHAN YANG LAIN’ TIDAK MILIKI SEBARANG UPAYA.
Sila perhatikan bagaimana, ALLAH SWT. memberi satu perbandingan didalam firmanNya QS.22:73,  bermaksud:
‘Sesungguhnya segala apa yang kamu puja/seru/sembah selain daripada ALLAH itu tidaklah sanggup mencipta seekor lalat [langau]. Walaupun mereka berkumpul bersama-sama untuk itu; dan jika langau itu merampas  sesuatu daripada mereka, tidaklah sanggup mereka merebutnya kembali dari langau itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah! [Lemah yang menuntut, lemah yang dituntut!]’
11.2 MAKNA ‘TUHAN YANG LAIN’ MERUBAH MAKNA/MAKSUD AYAT ALQURAN.
Apakah makna LAA ILAAHA ILLA ALLAH?
Makna LAA – Tiada; makna ILAAHA [ILAH] – Tuhan; makna ILLA – hanya; makna ALLAH –ALLAH.
Maka makna Kalimah Syahadah itu secara tuntas ialah TIADA TUHAN HANYA ALLAH!
Nah! Kenapa pula adanya pihak dan puak memandai-mandai menukar/menambah ayat Alquran menurut citarasa dan nafsu melulu tanpa hikmah?!
Adakah sebarang isyarat dari Alquran  maupun Hadits Rasulullah saw. bahawa setiap perkataan ILAAHA [ILAH] didalam Alquran dimaknakan dengan ‘TUHAN YANG LAIN’?  
CONTOH: Cubalah anda maknakan ‘tuhan yang lain’ kepada ayat berikut:
‘WA ILAAHUKUM ILAAHU WAAHIDUU’ – makna sebenar – ‘BERMULA TUHAN KAMU ITU TUHAN YANG ESA.’AlBaqarah163.
Setelah dimaknakan dengan ‘tuhan yang lain’, makna ayat ini berubah menjadi:’ BERMULA TUHAN KAMU YANG LAIN ITU ESA.’
CONTOH KEDUA: Firman QS.45:23, bermaksud:
‘Pernahkah kamu melihati hai Muhammad akan kaum yang menjadikan kehendak hawa-nafsunya sebagai  tuhannya?’
Setelah dimaknakan ILAH ‘kepada tuhan yang lain’, ayat ini memberikan makna: ‘Pernahkah kamu melihat hai Muhammad akan kaum yang menjadikan kehendak hawa-nafsunya sebagai tuhan yang lain.’
Jelas sekali, perkataan ILAH terdapat didalam Alquran, seandainya dimaknakan dengan ‘tuhan yang lain’ akan merubah maksud ayat-ayat tersebut, dan jelas kesalahannya menurut contoh diberikan!
AWAS! Justeru, tiap-tiap Kalimah ILAH didalam Alquran hendaklah dimaknakan dengan Tuhan semata-mata! 
11.3 NAFI DAN ISBAT TIDAK BOLEH DICERAIKAN.
Rasulullah saw. bersabda:
‘WA AMMA QAULU LAA ILAAHA ILLALLAH MURAKKABU BINNAFII WAL ISBAATI  KAANNAHUN NAFII ‘AINUL ISBAATI WAL ISBAATU ‘AINUN NAFII LAA FARAQAHU BAINAHUMA.’ Bermaksud:
‘Ada pun kata LAA ILAAHA ILLALLAH itu bersusun didalamnya Nafi dan Isbat, dan seolah-olahnya Nafi  diri Isbat , dan Isbat diri Nafi. Tiada bercerai antara keduanya. ‘ Jika diceraikan maka akan binasalah Islamnya!
Berkata pula Ahli Tauhid:
‘FAIN KAANAN NAFI ILAAHA GHAIRU FA ISBAATI ILAAHA GHAIRU, FAIN KAANAN NAFII ILAAHA MUSTAHAQQA  FA ISBAATU ILAAHA MUSTAHAQQA.’ Bermaksud:
‘Maka jika adalah yang diNafikan’ tuhan yang lain’, maka nescaya mengIsbatkan ‘tuhan yang lain.’ Maka jika adalah yang di Nafikan Tuhan yang sebenarnya, maka nescaya mengIsbatkan Tuhan yang sebenarnya!’ Fahamkan benar-benar!
Bukankah Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH itu Kalimah Haq,[Kalimatul Haq] yakni Kalimah Hakikat?  Namun, hanya bagi mendekatkan faham , boleh ALLAH SWT. itu diperlawankan , umpamanya, ALLAH SWT. itu Ada maka lawannya Tiada. Dia Hidup dan lawannya Mati dsbnya.
Kesimpulannya, 20 Sifat ALLAH SWT. yang wajib kita semua ketahui itu, dan 20 Sifat Mustahil sebagai lawannya itu , hanya diperlawankan pada kata-kata, dan bukannya pada Hakikat! Fahamkan benar-benar!
11.4 MENJADI KAFIR, SYIRIK ATAU FASIQ BILA BERI’KTIKAD KEPADA TUHAN YANG LAIN.
PERHATIAN! Suatu keadaan yang amat kritis, merbahaya dan membimbangkan,yang bisa saja terjadi ialah diwaktu kita mengucap atau mengata/menyebut LAA ILAH..kita pula mengingat atau terpandang kepada ‘tuhan yang lain’ umpama berhala, tokpekong, sesembahan lain, dsbnya; seandainya kita putus nyawa/mati diwaktu kita sedang menyebut/mengata dan mengingat LAA ILAH..tersebut, atau mati dalam Kalimah Nafi,  yakni belum sampai keKalimah Isbat,  lantas matinya kita disaat berhadap kepada ‘yang lain’. Maka, mati didalam keadaan ini disebut sebagai Mati Fasiq [lalai], dan tentulah keneraka terlebih dahulu, Na’uzubillah!
Manakala matinya seseorang ketika dalam keadaan meNafikan Tuhan sebenarnya, maka matinya adalah didalam Islam. Kerana Nafi dan Isbat tidak bercerai,  kerana Nafi adalah diri Isbat dan Isbat adalah diri Nafi.
Lebih jauh sila perhatikan ujaran  Syaikh Abul Abbas Al-Morsi r.a., bermaksud:
‘Jika terdinding aku dari Tuhanku satu kerdipan mata juapun, nescaya  tidak aku bilangkan diriku sebagai manusia.’
Dan berkata pula Saidina Omar ibnu Farid Qaddasallah, maksudnya:
‘Jikalau terlintas didalam hatiku suatu kehendak bagiku pada yang lain, daripadaMu [ALLAH], atau khawatirku, jikalau dengan lupa sekalipun, aku hukum akan diriku MURTAD.’ Ertinya keluar dari Islam!
Berkata pula Syaikh Dzun-Nun al-Misri : 
‘MAN NAZARO ILAL GHAIRI FA HUA ‘ABDUL GHAIRI WA MAN NAZARO ILALLAH ‘ASYAA  WA MAN NAZARO  ILAL GHAIRI TOSYA.’ Bermaksud:
‘Barangsiapa yang memandang kepada ‘yang lain,’ maka dia bertuhan kepada ‘yang lain.’ Barangsiapa yang memandang kepada ALLAH, hiduplah dia; dan siapa yang memandang kepada ‘yang lain,’ binasalah dia!’
Hadits Rasulullah:
‘HUBBUKASH SYAI A YU’MII WA YUSIMMU.’, bermaksud:
‘Kecintaan kepada sesuatu, menyebabkan kamu buta dan tuli.’
‘MAN AHABBA SYAIUN FA HUWA ‘ABDU.’ Bermaksud:
‘Barangsiapa kasih akan sesuatu , menjadi hamba kepada sesuatu.’ Maka, jika kasih kepada ALLAH SWT., menjadi hamba kepada ALLAH SWT!
11.5 ALLAH TAALA PADA HAKIKATNYA TIDAK KONTRA DENGAN TUHAN YANG LAIN.     
Andai kita meNafikan ‘tuhan yang lain,’ maka pada hakikatnya,  kita telah memperlawankan Tuhan yang sebenarnya dengan ‘tuhan yang lain.’ Menurut faham Ahli Sufiyyah, ALLAH SWT. tiada berlawan pada hakikat. Hanya ALLAH SWT. boleh diperlawankan  pada kata-kata sahaja , bagi tujuan mendekatkan faham sahaja!
11.6 AMANAT SEGALA ROH SEWAKTU BERADA DIALAM ARWAH.
Diwaktu ALLAH SWT. mengajari segala ROH dialam Arwah, ketika mengkhitab ALLAH SWT. akan segala ROH dengan firmanNya: ‘ALASTUU BIROBBIKUM, QOLUU BALAA SYAHIDNA.’
Tatkala segala ROH membuat pengakuan berTuhan hanya kepada ALLAH SWT.,adakah ‘tuhan yang lain’ dipandang oleh segala ROH, ketika berhadap-hadapan dengan DZAT ALLAH WAJIBAL WUJUD?
Pasti tidak! Nah! Hanya DZAT ALLAH WAJIBAL WUJUD semata-mata!!!
11.7 SIAPAKAH PEMILIK KALIMAH SYAHADAH?
Siapakah yang empunya Kalam/perkataan Kalimah Syahadah tersebut?
Pastinya kalam ALLAH SWT. didalam QS.MUHAMMAD:19:
‘FA’LAM ANNAHU LAA ILAAHA ILLALLAH.’ Bermaksud:
‘KETAHUILAH BAHAWASANYA TIADA TUHAN HANYA ALLAH.’
Apakah diwaktu kita mengatakan/mengucap/menyebut TIADA TUHAN.., apakah diwaktu itu kita tidak mengaku bertuhan lagi? Pada hakikatnya, walaupun kita mengata/mengucap TIADA TUHAN..,bererti kita tetap masih bertuhan juga kepada ALLAH SWT! Ini adalah kerana sebelum kita mengucapkan lafaz Kalimah tersebut, walhal, ALLAH SWT. telah pun kita benarkan wujudNya, yakni, kita telah terlebih dahulu  ketahui dan yakin akan Wujud atau Adanya ALLAH SWT., seperti maksud ayat diatas tadi. Kalam /Perkataan ALLAH SWT. tidak berpermulaan dan tidak berkesudahan, yakni , berkekalan dan berkepanjangan ALLAH SWT.  mengatakan LAA ILAAHA ILLALLAH!
Sebenar-benar dan sebaik-baiknya, sebelum kita mengucapkan lafaz Kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH,  seolah-olah kita mendengar dengan TAHKIK bahawa ALLAH SWT. berfirman/berkalam:
‘LAA ILAAHA ILLA ANAA’maksudnya: TIADA TUHAN HANYA AKU!’
Justeru kita menjawab, TIADA TUHAN HANYA ENGKAU! Seolah-olah kita mengkhitab  dengan ALLAH SWT.
Justeru, APAKAH SEBABNYA DIWAKTU KITA BERHADAPAN DENGAN ALLAH SWT.,MASIH SAJA KITA MENGINGATI ‘TUHAN YANG LAIN’?!
Walhal ALLAH SWT. telah naik saksi bahawa hanya DIA yang Tuhan, sepertI firmanNya:
‘SYAHIDALLAHU ANNAHU LAA ILAAHA ILLA HUA.’ Maksudnya:
‘TELAH MENYAKSIKAN ALLAH SWT. BAHAWA TIADA TUHAN HANYA DIA [ALLAH]!’
Apakah wajar ALLAH SWT. akan menyaksikan ada pula ‘tuhan yang lain’?
Dan secara tuntas, penulis jujur bertanya, TIDAKKAH ANDA SEKELIAN  MERASA MALU KEPADA ALLAH SWT. YAKNI, DIWAKTU ANDA BERHADAP-HADAPAN  DENGAN ALLAH SWT.,PADAHAL HATI ANDA MEMANDANG PULA KEPADA ‘TUHAN YANG LAIN’???!
Dengan mengaku adanya ‘tuhan yang lain,’ kemudian ‘tuhan yang lain’ ini dinafikan, inilah yang dikatakan SYIRIK,- menurut faham AHLI SUFIYYAH.  

11.8 MENGAKUI ‘TUHAN YANG LAIN’[MENYENGUTUKAN] MENJURUS KEPADA SYIRIK.
Seandainya kita diwaktu mengucap/membaca  LAA ILAH, maka kita Nafikan ‘tuhan yang lain’seumpama berhala, tokpekong, Firaun, Namrud, sesembahan lain, dsbnya, maka kita menjadi musyrik, kerana kita telah mensyarikatkan [mempersekutukan] Tuhan yang Wajibal Wujud dengan ‘tuhan-tuhan yang lain’ tersebut!
PENCERAHAN:
Kita semua sebagai umat Islam seluruhnya, tidak pernah mengakui bahawa berhala, tokpekong, Firaun, Namrud, sesembahan lain, dsbnya, sebagai tuhan! Hanya yang mengakui objek-objek tersebut sebagai tuhan adalah para Kuffar [kafir]. Soalnya, kenapa pula kita membawa tuhan-tuhan orang-orang kafir itu kedalam Hakikat kita, ibadah kita, diwaktu membaca LAA ILAH..Kerana, menurut kaedah Ahli-Ahli USUL, mengIsbatkan barang yang Nafi, akan menjadi Isbat!
Awalnya kita semua mengakui bahawa objek-objek sesembahan para kuffar itu tidak dan bukan Tuhan. Habistu, kita tidakkan atau nafikan pula tidaknya itu, jadi ia menjadi Isbat. Seterusnya, kita akhirkan pula dengan lafaz ILLALLAH,  yaitu diIsbatkan  Tuhan yang Haq. Ini menjerumuskan kita kelembah musyrik, yakni, atas perbuatan mensyarikatkan/mempersekukan Tuhan DZAT ALLAH WAJIBAL WUJUD dengan  ‘tuhan-tuhan yang lain.’
 Walhal kita amat maklum tentang Tuhan ALLAH SWT. yang berSifat WAHDANIYAH, seperti difirmankanNya: ‘QUL HUWALLAHU AHAD.’
Jom kita ambil contoh yang paling sempoi [mudah], bagi mendekatkan faham. Misalnya, kita berkata: ‘Kita tidak, tidak makan.’  Sebenarnya, yang kita nafi/tidakkan, ialah ‘tidak makan.’ Jadinya, kita mengisbatkan makan. Bermakna sebenarnya kita makan!
 Namun, bagi Ahli Sufiyyah, mereka tidak pernah, sekali lagi, mereka tidak akan pernah menafikan ‘tuhan yang lain’, [sememang tidak pernah ada ‘tuhan lain’, hakikatnya], hanya  sewaktu mereka itu mengata/mengucap LAA ILAH.., yang mereka nafikan Tuhan, dan sewaktu membaca/mengata ILLALLAH, yang mereka Isbatkan ialah ALLAH DZAT WAJIBAL WUJUD!
Kerana sebenarnya, sewaktu kita akan membaca/mengucap Kalimah Nafi LAA ILAH..tentulah kita telah terlebih dahulu mengIsbatkan DZAT ALLAH WAJBAL WUJUD. Maka nyatalah NAFI itu diri ISBAT dan ISBAT itu diri NAFI; tidak beleh diceraikan! NOKTAH! Fahamkan sebenar-benar permasalahan ini!

12. TIGA JENIS I’KTIQAD’
Berkata Ahli Sufiyyah:
Bagi golongan manusia awam [MUBTADI], diwaktu mengata LAA ILAH.., ‘dinafikan tuhan yang lain,’ daripada ALLAH SWT.
Bagi golongan kedua [MUTAWASIT], tidaklah mereka itu meNafikan ‘tuhan yang lain’ daripada ALLAH SWT., malahan, mereka itu tetap saja ISTIQAMAH dalam Kalimah Isbat, yakni mereka itu tetap saja berkekalan dalam ISBAT, yakni menyebut kalimah ALLAH..ALLAH..ALLAH..!
Dan bagi golongan ketiga [MUNTAHI], yakni mereka  yang telah melihat kepada ALLAH SWT., dengan penglihatan Iman dan Yakin, yang mereka nafikan ialah Tuhan [ILAH],  dan yang diIsbatkan DZAT WAJIBAL WUJUD! Yakni, tidak bercerai NAFI dan ISBAT!
Berkata seorang Syaikh al-Sufiyyah Abdul Qadir:
‘TAUBATUN NAASI MINAZZUNUUBI WA TAUBATI MIN QAULI  LAA ILAAHA ILLALLAH.’ Bermaksud:
‘Taubat manusia daripada dosanya, dan taubat aku dari mengata LAA ILAAHA ILLALLAH.’ Yakni Ahli Sufiyyah tiada mereka melihat [mengetahui] ‘tuhan yang lain’ daripada ALLAH SWT! Hanya penglihatan kepadaNya semata-mata, dengan penglihatan Iman dan Yakin! Titik!

13.NATIJAH SYAHADAH
Syahadah pertama menenggelamkan manusia  kedalam samudera tanpa batas, Yang Mengagumkan, mencengangkan, dan Yang Abadi! Sedangkan Syahadah yang kedua, yakni, Muhammadan Rasulullah; Muhammad sebagai Nabi, wahyu, dan ciptaan, ibarat sebuah bahtera dari Allah SWT.; sehingga semuanya wujud  melaluinya, - yang menyelamatkan manusia tercebur kedalaman yang ‘absolute’, yang tidak bertepi, tidak berhujung dan tidak mengenal batas apa jua! Masyaallah – LAA HAWLA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH!    

14.PERSEDIAAN KETIKA DIAMBANG PINTU GERBANG MAUT  [SAKARATUL-MAUT].
PERHATIAN DAN AWAS! 
Adalah wajib bagi kita umat Islam Muslimin/Muslimat dan Mukminin/Mukminat berusaha  agar mendapat keselamatan dan kemenangan terutama sekali disaat berdepan dengan waktu SAKARAT  [NAZAK, HUJUNG NYAWA].
Kerana, diwaktu SAKARAT, kita tidak disuruh/diperintah mengerjakan Rukun Islam, seperti Solat, Zakat, Puasa, naik Haji dsbnya!Hendak bangun berwudhuk pun tidak berdaya, apalagi gerak aksi amal yang lain!  Ini dikeranakan oleh panca indera kita yang telah dicabut dan berpulang semula kepada yang empunya ,yaitu ALLAH SWT. Lebih tepat, kita tiada lagi berdaya dan  kita sedang melalui proses kematian; mata telah buta, telinga telah pekak, dan lidah telah bisu! Hanya hayat/nyawa dan ilmu/kehendak/angan-angan yang masih tersisa!
Manakala, 101 macam ujian dan gangguan Syaitan Iblis menerpa silih berganti; yang amat sulit mengatasinya!
Namun Rasulullah saw.  mengajari kita agar ketika itu, kita membaca LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dengan lidah maupun dengan hati, seperti sabdanya yang bermaksud: ‘Barangsiapa pada akhir kalamnya mengingat/menyebut LAA ILAAHA ILLA ALLAH, dengan ikhlas, akan masuk syurga.’ 
Dalam keadaan huru-hara, hara-biru SAKARAT, ‘Its easier said than done’, seandainya kita masih belum mempelajari  Ilmu Kalimah Syahadah, Ilmu Nafi isbat, dan ilmu Hakikat Tauhid sebenarnya, seperti  perintah ALLAH SWT, didalam firmanNya QS.47:19, yang telah kita bincang panjang lebar diawal rencana ini!
Malahan, Rasulullah juga menyarankan demikian, didalam sabdanya:
‘Muutuu qabla antamuutu. Waman araada ayyanzuru ilaa mayyita yamsyi  ‘alaa wajhil ardhi, wal yanzuru ilaa abii bakrin.’ Bermaksud:
‘Belajar mati kamu sebelum kamu mati. Dan barangsiapa hendak melihat mayat berjalan dianya  diatas muka bumi , maka hendaklah melihat kepada Abu Bakar!’
Hendaknya, kita mencontohi Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq r.a., yang telah mencapai S.O.P. dan Q.A. yang disaran dan dijamin syurga oleh Rasulullah saw. Bagaimana? Sila bertanya kepada Ahlinya!
Nah! Jika seandainya diakhir nafas kita, kita tidak membaca/menyebut/mengingat LAA ILAAHA ILLA ALLAH, bererti kita telah lalai atau lupa kepada ALLAH SWT.; bererti mati kita serupalah dan samalah seperti matinya kaum KUFFAR, ATHEISTS dan KOMUNIS, - tidak berTuhan dan MATI KAFIR – LALU HAPUS SEGALA AMALNYA!!! KEKAL SELAMA-LAMANYA DIDALAM NERAKA! Wa’iyazubillah! 

15. SYA’IR/PUISI MARIFAT.
LAA ILAAHA ILLA ALLAH jangan engkau lalaikan;
Siang dan malam jangan engkau sunyikan;
Selama hidupmu engkau pakaikan;
ALLAH dan Rasul jua yang menyampaikan.
    LAA ILAAHA ILLA ALLAH itu kata yang teguh;
    Memadam cahaya sekelian rusuh;
    Jinn dan Syaitan sekelian musuh;
    Hendak menyesat bersungguh-sungguh.
LAA ILAAHA ILLA ALLAH kesudahan kata;
Tauhid Marifat semata-mata;
Hapuslah kehendak sekelian perkara;
Hamba dan Tuhan dimana beda?
   
    LAA ILAAHA ILLA ALLAH tempat mengintai;
    Medan Qadim tempat berdamai;
    Wujud ALLAH refleksi  berbagai;
    Siang dan malam jangan bercerai.
LAA ILAAHA ILLA ALLAH itu tempat Musyahadah;
Menyatakan Tauhid jangan berubah;
Sempurnakan Toriq Iman yang mudah;
Pertemuan Tuhan teramatlah susah.
    Bergerak nadi siang dan malam;
    LAA ILAAHA ILLA ALLAH selalu-selalu;
    Nafas habis nyawa pun padam;
    Kepada ALLAH kita tuju.
Mencari harta siang dan malam;
Untuk bekal anak menantu;
Nafas usai mata pun pejam;
Apakah pula bisa membantu?
    Hitunglah Tasbih siang dan malam;
    Dzikir pula selalu-selalu;
    SeKhatam LAA ILAAHA ILLA ALLAH simpan didalam;
    Itulah yang bisa membantu!
    HUU..ALLAH..HUU.  

16. PENUTUP.
Semoga ALLAH SWT. memuliakan kita dengan piala cinta keredaanNya,  yang berisi arak cinta, hanya kepadaNya! Ya Tuhan! Dengan keAgunganMu, sucikan diri kami dari sebarang kekhuatiran atau keraguan dan ilusi menyesatkan. Siramilah kami dengan percikan Hidayah, Ilmu  dan Hikmah.  Hidupkan kami dalam kemuliaan; matikan kami dalam kemuliaan; dan bangkitkan kami  bersama para kekasihMu yang mulia!
Wahai Yang Maha Pengasih dari segala pengasih!  Wahai Yang Maha Mengetahui dan yang Maha Mendengar segala keluhan, rengekan dan hasrat jiwa-jiwa terpendam! Kami pohonkan dariMu keberkahan Sang Kekasih, Pemimpin para perindu dan para penyelam samudera Cinta Ilahi. Kehaderat baginda dan keluarga, selawat dan salam senantiasa tercurah  tanpa henti; selama para penagih dan perindu Cinta Ilahi masih hanyut dan karam dalam luapan berahi CintaMu! Selama beburung masih saja melagukan asyik dan rindu, mengabarkan rindu disegenap ufuk dan penjuru semesta jagad raya! 
HANYA SATU YANG KELIHATAN DIMATA HATI ‘ALLAH’!
HANYA SATU SUARA YANG KEDENGARAN ‘ALLAH’!
‘RABBANAA MAA KHALAQTAA HAAZAA BAATILAA!’
‘YA TUHANKU! TIDAKLAH ENGKAU JADIKAN  SEGALANYA INI DENGAN SIA-SIA.’  

ALHAMDULILLAH. WABILLAHIT TAUFIK.
TABAARAKALLAHU RABBIL ‘AALAMIN!

BLOG MADRASATUL BAITUL ADAM [MBA] SELANGOR. 16 SEPTEMBER 2016.TARIKH MALAYSIA MERDEKA DARI PENJAJAHAN FISIKAL. MERDEKALAH DARI PENJAJAHAN KEKUFURAN, KEMUSYRIKAN DAN KESESATAN! BARAKALLAH!

Sunday, July 31, 2016

NOKTAH KALIMAH ALLAH


BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM
ALHAMDULILLAHI RABBIL 'ALAMIN. ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAIYYIDINA MUHAMMADIN FIL AWWALI NA FIL AAKHIRIN.
ADUHAI SAHABAT DAN SELURUH IKHWANUL MUSLIMIN:

1. MUQADDIMAH
RUN-UP TO THE BAN ON KALIMAH ALLAH.
It was reported: 'The Appellate Court's decision to uphold the home Minister's ban on the use of the word Allah in the Catholic weekly, stays. The Catholic Church took their case to the Federal Court, which denied it leave to appeal against the ban a 4-3 majority decision. The Church's review application against Federal Court's decision was also dismissed on Wednesday 21st january,2015, thus ending the Church's long struggle that began in 2009.'
'The issue that arose is in Article 11 [4] of the Federal Constitution that permits the State to pass laws to regulate the preaching of religion to the Muslims. Linguistically speaking, there is no basis for the ban - but Article 11, clause 4 is there. Stemmed from the allegation, that the use of the word is an attempt to proselytise. There is also a blanket ban on 35 Arabic words in the state of Selangor. Article 11 [4] authorises the ban when it invokes proselytisation.'

2. PENYALAH-GUNAAN [ABUSE] KALIMAH ALLAH

ALHAMDULILLAH! Tanggal [tarikh] 21 Januari,2015, adalah Tanggal Keramat. Mahkamah Persekutuan dengan panel 5 hakim sebulat suara, menafikan rayuan pihak Roman Katolik untuk menggunakan Kalimah Allah didalam edaran Herald Mingguan untuk ahli-ahli mereka. Panel Hakim diketuai oleh Tan Sri Abdul Hamid Embong. Dengan ini, muktamadlah sebuah lagi episod Fitnah Zaman, yang sering saja mengancam dan mengotori kesucian Agama Islam berserta amalan-amalannya!
Apa benarkah pihak Kuffar tersebut punyai keperluan asas dan integral terhadap penggunaan Kalimah Allah tersebut dalam amalan seharian mereka, atau hanya beralasan, sedangkan Otoritas tertinggi Roman Katoliknya diVatican Rome, tidak pernah pun punyai hasrat berbuat demikian, seperti diNegara Malaysia ini!
Kalimah Allah adalah kata nama khusus [proper noun] merujuk kepada Tuhan Allah [al-Haq] dan bukan kepada tuhan-tuhan yang lain sesembahan kaum Kuffar. Maka berwaspadalah, jika ia merujuk pula kepada 'Jesus' yang diganti nama kepada Allah. Kerana 'Jesus' bukan Allah; dan Allah bukan 'Jesus.' Tidak pernah dan tidak akan pernah sama-sekali! Period! Muktamad! Sila hentikan kekeliruan dan kejahilan ini! Nah! Disinilah baru berdiri keadilan, kerana meletakkan sesuatu itu ditempat dan perspektif sewajarnya. Fahamkan benar-benar!

3. SEMENJAK BILA WUJUD KALIMAH ALLAH

Ketahuilah bahawasanya Kalimah atau perkataan Allah itu telah sedia wujud sebelum lagi Nabi Adam a.s., bahkan sebelum semesta alam ini dicipta Tuhan!
Sila rujuk QS.14:10, bermaksud:
‘Berkata Rasul-Rasul mereka: ‘Apakah ada keraguan terhadap ALLAH, Pencipta langit dan bumi? Dia menyeru kamu [untuk beriman] agar Dia mengampuni sebahagian dosa-dosamu dan menangguhkan [siksaan]mu sampai waktu yang ditentukan.’ Mereka berkata, ‘Kamu hanyalah manusia seperti kami juga . Kamu ingin menghalangi [menyembah] apa yang dari dahulu disembah nenek moyang kami, kerana itu datangkanlah kepada kami bukti yang nyata.’
Ternyata, selepas Nabi Adam a.s., sekelian Rasul-Rasul telah menyebut Kalimah Allah [Tuhan sebenar] dalam membuat seruan terhadap umat mereka masing-masing , kearah Agama Tauhid, yakni Islam. Ini dibuktikan lagi oleh QS.71:3, bermaksud:
‘Sembahlah olehmu ALLAH, bertaqwalah kepadaNya dan taatlah kepadaku.’
Demikianlah seruan Nuh a.s. terhadap kaumnya, dengan menyebut Kalimah Allah, yakni merujuk kepada Tuhan sebenarnya dan berTauhid. Kemudian, rujuk lagi QS.20:14, bermaksud:
‘Sesungguhnya Aku ini adalah ALLAH, tidak ada Tuhan [yang Hak] selain Aku. Maka sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.’ Lagi penunggalan dan Tauhid sebenar, semurni dan seikhlasnya!
Demikian dituntaskan kepada Musa a.s. tentang Kalimah atau Nama Allah tersebut. ALLAH itu adalah nama kepada Dzat ALLAH Wajibal Wujud, dan Nama tersebut bukanlah diberi oleh sesiapa pun. Tetapi Dia sendirilah yang menamakan DiriNya, semenjak azali lagi!
Persoalannya, apakah para Nabi Adam a.s., Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s. dan Nabi-Nabi yang lain, diutuskan sebelum atau sesudah Nabi Isa a.s.? Pastinya, mereka telah diutus Tuhan ribuan tahun sebelum munculnya Nabi Isa a.s.! Namun, bukankah aneh jika Isa a.s., munculnya terkemudian, membuat lencongan dan tidak merujuk kepada Allah sebagai Tuhan sebenar [alHaq], sebaliknya merujuk kepada dirinya sendiri sebagai tuhan atau pun putra tuhan!? Tidak ada hadiah untuk jawapan yang betul!
‘ALLAH-lah yang memiliki segala apa yang dilangit dan dibumi dan kecelakaanlah bagi para kuffar kerana siksaan yang sangat pedih.’ QS.14:2.
Secara tuntas, ALLAH-lah Tuhan sebenar, pencipta dan pemilik sekelian makhluuqat dan maujuudat! Fahamkan benar-benar! Noktah!

4.HUJJAH NABI ISA A.S. DAN KAUMNYA
Saat tiba Hari Pembalasan [Hari Akhirat], seluruh para Nabi dan Rasul diperintahkan Allah mengambil tempat dan akan ditanyai Allah SWT. satu persatu, akan perihal kedudukan, keadaan dan urusan mereka masing-masing dalam penyampaian Risalah Tuhan Allah kepada kaum mereka , ketika didunia.
Namun, persembahan Nabi Isa a.s. serta rentetan penghujjahan terhadapnya, amatlah luar biasa dan paling menarik perhatian! Sila rujuk QS. 5:116-117, bermaksud:
‘Dan [ingatlah] ketika Allah Berfirman: ‘Wahai Isa putra Maryam! Engkaukah yang mengatakan kepada orang-orang, jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua tuhan selain Allah?’ [Isa] menjawab: ‘Maha Suci Engkau, tidak patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku. Jika aku pernah mengatakannya tentulah Engkau telah Mengetahuinya. Engkau Mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada-Mu. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib.’
‘Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau Perintahkan kepadaku [yaitu], ‘SEMBAHLAH ALLAH, TUHANKU DAN TUHANMU,’ dan aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada ditengah-tengah mereka. Maka setelah Engkau Mewafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkaulah Yang Maha Menyaksikan atas segala sesuatu.’
Bagaimana bisa lencongan ini terjadi, yakni, seorang Rasul Tuhan [manusia] menjadi objek sesembahan manusia, dan dinobatkan sebagai Putra Tuhan sekali-gus, Tuhan?       
Allah berfirman dalam QS.5:76, bermaksud:
‘Katakanlah [Muhammad], ‘Mengapa kamu menyembah yang selain Allah, sesuatu yang tidak dapat menimbulkan bencana kepadamu dan tidak [pula] memberi manfaat.’ Dan Allah Maha mendengar, Maha Mengetahui.’
Lagi firmanNya dalam QS.51:51, bermaksud:
‘Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain disamping Allah. Sesungguhnya, aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.’
Lagi Allah dengan tuntas menegaskan dalam QS.5:72, bermaksud:
‘Sungguh telah KAFIR orang-orang yang berkata, ‘Sesungguhnya ALLAH itu Dia-lah Almasih putra Maryam.’ Pada hal Isa Almasih [sendiri] menyeru berkata, ‘Wahai Bani Israil! SEMBAHLAH ALLAH, TUHANKU DAN TUHANMU.’ Sesungguhnya, barangsiapa mempersekutukan [sesuatu dengan] ALLAH, maka sungguh ALLAH mengharamkan syurga baginya, dan tempatnya ialah neraka. Dan tidak ada seorang penolong pun bagi orang-orang zalim itu.’


Disisi hampir serupa, Allah menggaris-bawahi dalam QS.5:73, bermaksud:
‘Sungguh, telah KAFIR orang-orang yang mengatakan bahawa ALLAH adalah salah satu dari yang tiga [3][TRINITY]. Pada hal tidak ada tuhan [yang berhak disembah] selain Tuhan Yang Maha Esa [ALLAH]. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, pasti orang-orang kafir diantara mereka akan ditimpa azab yang pedih.’
Allah menegaskan dan menjelaskan lagi episod misteri tentang keluarga ini dalam QS.5:75, bermaksud:
‘Isa Almasih putra Maryam hanyalah seorang Rasul. Sebelumnya pun sudah berlalu beberapa Rasul.
Dan ibunya adalah seorang yang berpegang teguh pada kebenaran.’ Noktah! Bahawa, Isa a.s. dan ibunya, Maryam, adalah seperti manusia lain yang juga memerlukan apa jua yang diperlukan manusia lain, seperti makan, minum, menemui kematian, dsbnya! 
Kepada Maryam, Allah SWT. telah berfirman, bermaksud: ‘Wahai Maryam! Taatilah Tuhanmu, sujud dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk.’ QS.3:43.
Amatilah rentetan pengkisahan tentang kelahirann Nabi Isa a.s. didalam Alquran, bermaksud:
‘Sesungguhnya, perumpamaan [penciptaan] Isa bagi Allah, seperti [penciptaan] Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya, ‘Jadilah’, maka jadilah sesuatu itu.’QS.3:59. [Logika-nya, bukankah Adam a.s. lebih layak bergelar ‘putra Tuhan’ kerana ia dicipta dengan kedua ‘Tangan’ Tuhan’ tanpa ber-ibu dan berbapa; dan bukannya Isa Almasih, kerana ia kelahiran dari seorang ibu, yakni, Maryam!? Hakikatnya Adam a.s.tetap hanya seorang Nabi! Nah! Betapa pula Isa a.s.?
[‘Ingatlah] ketika para malaikat berkata ‘Wahai Maryam!, sesungguhnya Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu tentang sebuah Kalimat [firman] dariNya. [yaitu seorang putra], namanya Almasih Isa putra Maryam, seorang terkemuka didunia dan diakhirat, dan termasuk orang-orang yang didekatkan [kepada Allah.]’ QS.3:45. Seterusnya, Allah berfirman QS.3:46, bermaksud:
‘Dan dia berbicara dengan manusia [sewaktu] dalam buaian dan ketika sudah dewasa, dan dia termasuk orang-orang yang soleh.’
‘Dan Dia [Allah] Mengajarkan kepadanya Kitab Hikmah, Taurat dan Injil.’QS.3:48. Dan sesungguhnya Nabi Isa a.s. membuat seruan berikut kepada umatnya,QS.3:51, bermaksud:
‘SESUNGGUHNYA, ALLAH ITU TUHANKU DAN TUHANMU, KERANA ITU SEMBAHLAH DIA. INILAH JALAN YANG LURUS.’  Nah, dimana posisi Isa putra Maryam sebenar-benarnya? Ini tuntas pembuktian dari Kitab Alquranul Karim!
Jika demikian fakta dan kenyataannya, dimanakah letaknya logika dan rasionalnya pihak yang ingin mempalit kedurjanaan, kedurhakaan, dan kemusyrikan, dengan mendakwa Isa Almasih itu adalah putra Tuhan, sekaligus Tuhan, sedangkan telah terbukti ia sendiri diciptakan oleh Allah SWT. Dan mereka [Nasrani Kuffar] mengait atau menggantikan pula Kalimah Allah kepada konsep Trinity tersebut!? Tidak masuk akal sama sekali; ibu dan bapa segala kekeliruan dan menjadi suatu ‘blasphemy’ dan ‘apostasy’. Dan tidakkan pernah mendapat kemaafan maupun pengampunan sama sekali!

5. APAKAH SEMUA AGAMA DIATAS MUKA BUMI INI SAMA DAN SERUPA?
Terdapat sebilangan ahli masyarakat moden, berfahaman sekularisma, liberalisma, pluralisma dan radikalisma, berpegang kepada konsep dan kepercayaan bahawa semua agama didalam dunia ini adalah sama sahaja, tiada kelebihan antara satu dengan yang lain! Terlebih bagus jika hidup tanpa beragama, ujar mereka!
Alasan ini amat meleset, dan tidak bertanggung-jawab, kerana penganut-penganut ism ini hanya cenderong menjalani hidup bebas, dengan berkiblatkan hawa-nafsu dan syaitan iblis, dan menolak akan adanya Hari Akhirat dan Hari Pembalasan [Judgement Day].        
Dalam golongan dan lingkungan si-buta dan si-tuli, yang tak berapa cerdik ini, ada yang cuba memberi alasan melalui QS.2:62, bermaksud:
‘Sesungguhnya, orang-orang yang beriman [Mukmin], orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani, dan orang-orang Syabi’in, siapa sahaja [diantara mereka] yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, dan melakukan kebajikan, mereka mendapat pahala dari Tuhannya. Tidak ada merasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.’ 
Penulis kemukakan lagi ayat-ayat yang senada dalam QS.5:69, bermaksud:
‘Sesungguhnya, orang-orang yang beriman [Mukmin], orang-orang Yahudi, Syabi’in, dan orang-orang Nasrani , barangsiapa beriman kepada Allah, kepada Hari Kemudian dan berbuat kebajikan, maka tidak ada rasa khawatir padanya dan mereka tidak bersedih hati.’ Seolah-olah wujud kesatuan dalam berbilang agama!
Perhatikan, ayat-ayat diatas adalah merujuk kepada senario silam dimana pengikut-pengikut setia Nabi Musa, Nabi Isyak dan Nabi Ya’qub a.s. yakni kaum Yahudi yang berTuhankan Allah; dan juga pengikut setia Nabi Isa a.s. [kaum Hawariyyun] yang juga berTuhankan Allah. Mereka ini disebut juga sebagai Ahlil Kitab, yang beriman kepada Allah SWT.dan bukan kepada sesembahan objek yang lain [pagan worship/Musyrik dsbnya]. Jadi, pengikat antara agama mereka adalah ciri berTauhidkan dan beriman hanya kepada Allah SWT. sebagai Tuhan sebenar, bukan yang lain!
Walau demikian, dikalangan Ahlil Kitab ini ada pula yang KUFUR/KAFIR, seperti disebut dalam QS.98:1-3, bermaksud:
‘Orang-orang yang KAFIR dari golongan Ahlil Kitab dan orang-orang Musyrik tidak akan meninggalkan [agama mereka, yang batal], sampai datang kepada mereka bukti yang nyata.’
‘[yaitu], seorang Rasul dari Allah [Muhammad], yang membacakan lembaran-lembaran yang suci [Alquran].’
‘Didalamnya terdapat isi kitab-kitab yang lurus [benar].’ 
Terhadap kaum yang ingkar tersebut, Allah memberi ancaman dalam QS5:68, bermaksud:
Katakanlah [Muhammad], ‘Wahai Ahlil Kitab! Kamu tidak dipandang beragama sedikitpun sehingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil dan [Alquran] yang diturunkan Tuhanmu kepadamu.’ Dan apa yang diturunkan Tuhanmu kepadamu pasti akan membuat banyak diantara mereka lebih durhaka dan lebih ingkar. Maka janganlah engkau berputus asa terhadap orang-orang kafir itu.’
Allah menjelaskan didalam ayat-ayatNya tentang keadaan golongan Kuffar dari Ahlil Kitab yang telah menyalahi perintahNya, melanggar laranganNya, dan melakukan hal-hal yang telah diharamkan serta hukuman yang ditimpakan kepada mereka. Disamping itu, Allah SWT. juga mengingatkan bahawa sesiapa dari umat terdahulu ini yang beriman, berbuat baik dan mentaatiNya, akan dapat ganjaran kebaikan; berlanjutan sehinggalah tiba Hari Qiyamat. [Contoh antara tokoh Nasrani terbaik adalah Waraqah Naufal, bapa saudara Saidatina Siti Khadijah Khuwailid, kerana beliau mengiktiraf dan menerima Muhammad sebagai Rasulullah! Betapa pula respon atau penerimaan umum kaum Nasrani terhadap Rasulullah saw. diakhir zaman kini? Khalayak terlebih maklum!]      
Namun, apabila berdepan dengan kebenaran Alquran yang dibawa Muhammad Rasulullah saw., sebahagian Ahlil Kitab tersebut merasa iri dan menanam kebencian dan terus memusuhi Agama Islam; terlebih parah, kerana Rasul yang ini, tidak dari kalangan mereka, malah berbangsa Arab pula! Walaupun demikian, diriwayatkan, Rasulullah telah berjaya juga menarik kepercayaan ramai para pendita, rahib dan padri Yahudi dan Nasrani, semasa diKota Madinah al-Munawarah, lantas mengharmoniskan masyarakat Muhajirin dan Ansar, yang berbilang kaum disitu!
Kendatipun, oleh kerana fitrah manusia yang sering saja mencari perbezaan, kuasa, dendam dan dengki, tidak pernah berpuas hati, terus mencipta ragam agenda perseteruan dan permusuhan tak kunjung padam, dikalangan penganut-penganut agama, dan kepercayaan yang pelbagai rencah dan ragam itu.
Lantas sejak terzahir, tersebar dan terbina unggul dan masyhur agama Islam dibawa Muhammad Rasulullah saw., dibumi Arab, bersamanya telah tertanam pula bibit-bibit permusuhan dari pihak yang memprotes dan enggan menerima agama Islam, yakni, Ahlil Kitab; yang mana, mereka menganggap Islam sebagai agama baru, yang kononnya mengancam kemaslahatan anutan-anutan mereka sediakala. Sedangkan, seperti juga agama Samawi asli [agama langit] anutan kaum Yahudi dan Nasrani zaman silam, bawaan Musa a.s, Ya’qub a.s dan Isa a.s., agama Islam juga adalah agama Tauhid yang serupa, yang berTuhankan Allah SWT. Walhal kelangsungan agama Islam adalah sebagai agama Rahmat dan penutup keatas agama-agama Samawi silam yang tersebut, nah! - dengan membenamkan tiang pancang sebagai petanda pendominasian agama Islam ini keatas kerencaman agama-agama yang lain diatas dunia ini! Rasulullah saw.bersabda, maksudnya:
‘Akan tetap ada suatu kelompok dari umatku yang terus berjihad [berjuang] membela kebenaran, dimana pihak-pihak yang menentang mereka tidak dapat memberi mudharat kepada mereka, sehngga datang perintah [keputusan] Allah.’
Justru, Allah tuntas meneguhkan kebenaran KehendakNya dalam QS.61:9, bermaksud:

‘Dialah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan Agama yang benar, untuk memenangkan [menakluk] atas segala agama, meskipun orang-orang musyrik membencinya.’
Lalu Allah SWT menawarkan dalam QS.5:65, bermaksud:
‘Dan sekirannya Ahlil Kitab itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan mereka tentu Kami masukkan kedalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan.’ 
Namun, oleh kerana wujudnya sektarian-sektarian agama yang bertentangan tanpa keserasian, Allah berfirman lagi mengingatkan dalam QS.2:120, bermaksud:
‘Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang/rela kepadamu [Muhammad] sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesunggunya, petunjuk Allah itulah petunjuk [yang sebenarnya].’
Maksudnya, ujar Ibnu Jarir: ‘Hai Muhammad, orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah rela kepadamu selamanya. Justru, tidak usah lagi engkau mencari hal yang dapat menjadikan mereka rela dan sejalan dengan mereka. Tetapi arahkanlah perhatianmu untuk mencapai redha Allah dengan mengajak dan menyeru mereka kearah kebenaran yang engkau diutus dengannya.’ Maka disinilah letaknya jihad dakwah melangkaui garis perbezaan kaum dan umat! Fahamkan!
Awasi!Allah terus memberi ancaman kepada umat Muslim pula, yang terikut dengan tingkah Yahudi dan Nasrani, dalam QS.2:120, bermaksud: ‘Dan sesungguhnya jika engkau mengikuti kemahuan mereka setelah pengtahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.’
Keadaan perbalahan dan krisis kaum sedemikian, seterusnya bertali-arus sehingga hari akhir. Dalam tamadun moden, manusia amnya, walau dalam perbedaan ideologi dan kepercayaan, berupaya mencari pertemuan kesepakatan dan kerjasama, dalam kelangsungan kehidupan, melalui toleransi dan diplomasi. Namun, akan tetap wujud dalam bingkai dan lingkungan masing-masing agama, bibit-bibit ekstremisma dan radikalisma tak terkendali, yang akan menyebabkan kerusuhan, hara-biru dan kecelaruan masyarakat dan bangsa. Dengan demikian, tugas utama penguasa adalah melindungi dan mengekalkan ‘civility’, keadilan dan harmoni dalam sesebuah negara bangsa.

6. ALQURAN MENDEDAHKAN PERBANDINGAN DIANTARA KAUM YAHUDI DAN KAUM NASRANI
Allah SWT. menyebut tentang ‘ psyche’ atau sikap kaum Yahudi dalam QS.5:70-71, bermaksud:
‘Sesungguhnya, Kami telah Mengambil perjanjian dari Bani Israil, dan telah Kami utus kepada mereka Rasul-Rasul. Tetapi setiap Rasul datang kepada mereka dengan membawa apa yang tidak sesuai dengan keinginan mereka, [maka] sebahagian [dari Rasul-Rasul itu] mereka dustakan dan sebahagian yang lain, mereka bunuh.’   
‘Dan mereka mengira bahawa tidak akan terjadi bencana apa pun [terhadap mereka dengan membunuh Rasul-Rasul itu], kerana itu mereka menjadi buta dan tuli [tidak peduli], kemudian Allah menerima taubat mereka,[bila mereka bertaubat]. Kemudian, banyak diantara mereka kembali buta dan tuli [tidak peduli lagi]. Dan Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.’
Demikianlah antara sikap-sikap kedegilan, pemberontakan, kebongkakan, keganasan dan kezaliman kaum tersebut, terbukti dengan perutusan dan kehadiran ramai para Rasul dari kalangan mereka sendiri, diutus Tuhan semenjak zaman berzaman! Kebenaran ini masih nyata, seperti dipertontonkan kepada dunia antara bangsa, walau dalam tamadun moden manusia, tentang kepongahan dan kezaliman mereka terhadap negara-negara Islam, khususnya, diAsia Barat! Hakikat keadaan ini akan terus mengundang kemurkaan Allah terhadap mereka!
Jika kemurkaan Tuhan terhadap kaum Yahudi berpunca dari sikap keangkuhan, kezaliman dan manipulasi agama mereka; kemurkaan Tuhan terhadap kaum Nasrani adalah terhadap kesesatan mereka, yang juga mencakup elemen konspirasi, manipulasi dan penyelewengan keatas agama mereka!
Perhatikan bagaimana konsep dan kepercayaan kepada Tuhan berevolusi dari zaman awal kedua-dua bangsa dan agama tersebut; dari awalnya berTauhid dan berTuhankan Allah, seperti telah dijelaskan diawal rencana ini, kepada bertuhankan sesembahan yang lain, bernama, antaranya, Ilah, Elohim, Ha-shem, Eli, Yah-weh, Halelujah, Maryam, Isa putra Maryam, dsbnya. Terdapat ada kalanya, fusion antara monotheisma dan polytheisma.
Kekhilafan dan kelemahan kaum Nasrani adalah berpaksikan kegagalan mereka dalam persepsi dan mentafsirkan penglihatan mereka terhadap peribadi dan persona Nabi Isa a.s. Keterkesimaan dan ketaksuban melihat keajaiban perilaku dan mukjizat Isa a.s., seolah-olah ke-luarbiasaan keupayaan dan kudratnya selayaknya hanya sebagai Tuhan!
Dan Allah berfirman dalam QS.3:49.,sebagai bukti ketara. Bermaksud:
‘Dan sebagai Rasul kepada Bani Israil, [Isa bersabda], ‘Aku telah datang kepada kamu dengan sebuah tanda [Mukjizat] dari Tuhanmu, yaitu, aku membuatkan bagimu [sesuatu] dari tanah berbentuk seperti burung, lalu aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung, dengan IZIN ALLAH. Dan aku menyembuhkan orang-orang yang buta sejak dari lahir dan orang-orang yang berpenyakit kusta. Dan aku menghidupkan orang mati dengan IZIN ALLAH, dan aku beritahukan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan dirumahmu. Sesungguhnya, pada yang demikian itu terdapat suatu tanda [kebenaran KERASULANku] bagimu, jika kamu orang beriman.’
Isa Almasih menegaskan lagi dalam QS.3:50, bermaksud: ‘Dan sebagai seorang yang membenarkan Taurat, yang datang sebelumku, dan agar aku menghalalkan bagi kamu sebahagian dari yang telah diharamkan untukmu. Dan aku datang kepadamu membawa suatu tanda [mukjizat] dari Tuhanmu. Kerana itu berTaqwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.’
Sedangkan, Rasul-Rasul awal telah mendahului Isa a.s.,juga dibekalkan Allah SWT. dengan pelbagai Mukjizat dan keajaiban, dalam bertingkah dan berurusan dengan umat masing-masing; tidak terkecuali dengan Muhammad Rasulullah saw. ketika mendepani umatnya. Malahan, Rasul Muhammad saw. mempertontonkan Mukjizat tidak terhitung dan tidak terhingga, teristimewa sekali adalah naskhah ALQURAN! Kendati, umat Muhammad saw. lebih bersifat waspada!
Lumrah manusia gagal melihat dan mentafsirkan akan pentajjalian Sifat dan Afa’al Tuhan keatas penciptaan Tuhan di seluruh alam ini. Beruntunglah manusia yang dianugerahkan Allah fakulti ‘melihat’ dan mengamati rahsia, hikmah dan hakikat kejadian-kejadian tersebut!
Dari kerana ‘kebutaan dan kekhilafan’ umat Nasrani tersebutlah, Almasih Isa putra Maryam akan kembali semula kedunia diakhir zaman nanti dengan misi, antaranya, bukan hendak menuruti syariat Muhammad saw.; bukan pula untuk menyebarkan doktrin-doktrin baru, malahan, untuk bersemuka dengan umatnya sendiri bagi mengemukakan hujjahan, memperbetulkan kekhilafan-kekhilafan mereka, dan menagih ketentuan dan penghakiman dari Tuhan, keatas sekelian umatnya!
Ini dapat dibuktikan dengan firman Allah dalam QS.3:55, bermaksud:
‘[Ingatlah], ketika Allah berfirman. ‘Wahai Isa! Aku MENGAMBIL mu dan MENGANGKATmu kepadaKu serta Menyucimu dari orang-orang yang kafir dan Menjadikan orang-orang yang mengikutimu diatas orang-orang yang kafir hingga hari Qiyamat. Kemudian kepadaKu engkau kembali, lalu Aku Beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.’
‘Sungguh, ini adalah kisah yang benar. Tidak ada Tuhan selain Allah, dan sungguh, Allah MahaPerkasa, MahaBijaksana.’ QS.3:62.
Fahamkan benar-benar!

7. PEMBUKAAN RAHSIA KALIMAH ALLAH. ADA APA PADA NAMA. KENAPA DAN BETAPA ALLAH SWT. MAHA SEGALA-GALANYA!
Berikut, penulis akan membuat sedikit pembukaan dan kupasan, menurut yang diizinkan, keatas isu yang dianggap amat rahsia dan sulit ini, bagi manfaat dan lebih pencerahan kepada para pembaca budiman. Insyaallah! Andai anda kurang faham, sila bertanya kepada Ahlinya!
1.    Allah itu adalah suatu Nama [ALIF,LAM,LAM,HA], yakni Nama kepada Dzat Wajibal Wujud, berSifat Maha Kesempurnaan, dan jauh dari sebarang Sifat kelemahan dan kekurangan.
2.    Nama Allah itu adalah Isim Mutlaq dan Hak MilikNya, kerana Dia yang memberi Nama atas Diri Nya, seperti disebutnya didalam Alquran, QS.20:14, bermaksud:
‘Sesungguhnya, Aku ini ALLAH, tidak ada Tuhan selain Aku. Maka, sembahlah Aku dan laksanakanlah Solat untuk mengingat Aku.’
3.    Allah itu adalah Tuhan yang Hak [AlHaq], dan wajib disembah selayaknya, diSolati dan diingati.
4.    KesempurnaanNya diisyaratkan menerusi Kalimah-Kalimah Subhaanallah [MahaSuci Allah]; Alhamdulillah [Segala Pujian bagi Allah]; dan Allahu Akbar [Allah Maha Besar].
MahaSuci Allah [Dzat] tiada bandingan. MahaTerpuji Allah [Dzat] tiada bandingan. MahaAgung, MahaBesar Allah [Dzat] tiada bandingan!
Dia tidak disebut Subhaanu Rahman terlebih dahulu, melainkan SubhaanAllah;
Dia tidak disebut Alhamdu Rahman terlebih dahulu, melainkan Alhamdulillah;
Dia tidak disebut Rahmanu Akbar terlebih dahulu, melainkan Allahu Akbar. Kerana Dia adalah Dzat Maha Perkasa dan MahaSempurna!
5.    Allah adalah Tuhan wajib dikenali dan diibadahi oleh orang-orang Muslim.
6.    Allah adalah Tuhan wajib diImani dan diTunggali oleh orang-orang Mukmin dan Muwahideen.
7.    Allah adalah Tuhan wajib diikhlaskan dan diSyuhudkan oleh orang-orang Mukhlisin dan ‘Arifuun/’Arifin.
8.    Oleh kerana Allah itu meliputi segala sesuatu, seperti firmanNya dalam QS,4:126, bermaksud: ‘Allah SWT. meliputi segala sesuatu.’ Justru, Dia Meliputi seluruh Nama-NamaNya, Sifat-SifatNya; yang diSebut maupun yang tidak diSebutNya, didalam Kitab-Kitab suci yang pernah diutuskan kepada Rasul-RasulNya. Demikian Kalimah Allah itu adalah ‘sintesis’ bagi segala sesuatu! 999 Nama/SifatNya dimaktub didalam 4 buah kitab-kitabNya. TAURAT – 300; ZABUR – 300; INJIL – 300; dan ALQURAN – 99.
9.    Apabila disebut sahaja Kalimah Allah itu, signifikannya adalah seperti menyebut dan menDzikirkan sekelian ragam wujud Nama Sifat-SifatNya!
10.    Kalimah Allah itu terdiri dari 4 Huruf, yakni Alif, Lam, Lam, Ha [ALLAH], yang mana setiap huruf yang empat itu, tepat dan ampuh melambangkan [simbolis] keadaan Inti [Dzat] DiriNya, dan Sifat-SifatNya.
11.    Huruf Alif [dominan] adalah ibarat AHADIYAH [Ke-Esa-an] Tuhan, berbanding dengan setiap sesuatu, yang sifatnya binasa, kecuali DzatNya [QS.28:88]. Huruf Alif diawal Nama Mutlaq ini terpisah, dan berdiri sendiri. Essensi [Esa], tidak terkait dengan apa jua!
12.    Huruf Lam pertama adalah simbolis Sifat JALAL ALLAH, ibarat Keperkasaan, adalah manifestasi tertinggi Inti [Dzat]Nya. AL-JALAL adalah terlebih dahulu berbanding tajalli AL-JAMAL [Keindahan]. Hadits, bermaksud: ‘Keperkasaan adalah sarungku, Keindahan adalah serbanku.’ Hadits ini paralel dengan maksud Hadits Qudsi: ‘RahmatKu mendahului kemarahanKu.’ Kerana RahmatNya melahirkan keindahan-keindahan tak terbilang, Kulli [universal] dalam segala Maujuudaat [kesatuan dalam isi alam].
13.    Huruf Lam kedua adalah Sifat AL-JAMAAL AL-MUTLAQ [absolut] – tampakan manifestasi dalam segala Wujud.
14.    Huruf Ha adalah isyarat dari HAWIYAH [ke-Dia-a] AL-HAQ. Manifestasi sejatinya inti [Dzat] manusia. Huruf ini mengisyaratkan hubungan simbiosis antara AL-HAQ dan Makhluuqat.
Sedangkan AHADIYAH AL-HAQ [ALLAH] terkandung didalamnya segala Hukum yang bersifat Batin, terutama hukum-hukum yang terkait Nama-NamaNya, Sifat-SifatNya, Af’aalNya, pengaruhNya, serta makhlukNya. Kesemua tersebut bermuara kepada Sifat Inti [Dzat]Nya, yang terwajahkan dengan wajah AHADIYAH [Ke-Esa-an].     
Ketahuilah, adalah tidak mungkin, bahkan amat mustahil bagi memarifahi [mengenal] Dzat DiriNya, tanpa melalui Tariqah, Maqam-Maqam, Nama-Nama, Af’aal dan Sifat-Sifat DiriNya!
Barangsiapa yang dapat memarifahi ISIM MUTLAK-Nya, akan tegak dan teguh berdiri sendi-sendi kemanusiaannya; akan terbina wujud akhlak-akhlak dan nilai ke’Tuhanan’ [‘Rabbaniyyin’] didalam dirinya.
Dengan memarifahi ISIM MUTLAKNya: Yang jauh akan didekatkan; Yang batil, ditukar ganti dengan kebenaran; Yang ingkar, akur patuh dalam ketaatan; Yang dipasung erat maksiat dan dosa, akan dilerai maghfirah keampunanNya; Yang dihimpit kejahilan, akan mendapat percikan PetunjukNya; Yang terperosok kegelapan, akan disinari Pencerahan CahayaNya; Yang terlindung tanpa pedulian, akan terkuak perolehan perhatianNya; Yang terpisah, akan wusul kepadaNya; Yang tidak pernah hadhir, akan bisa mengecap kehadhiranNya; Yang mati, akan langgeng dan lestari ‘hidup’ bersamaNya; Yang ‘Fana’ akan kekal ‘Baqa’ bersamaNya! Hanya Dia sahaja yang Tajjall nyata disegala LUBB Sukma setiap Insan pilihanNya.
Kesemua Makhluqaat dan Maujuudat melantunkan puji-sanjung kepadaNya, disaat dan disetiap sosok dalam aliran kewujudan ini.
Bagi segala pencinta Nama!: Lebih baik tuli, andai tidak mendengar gerak, gema dan gemuruh  Dzikir/Tasbih, semesta raya menderukan NamaNya; Lebih baik buta penglihatan, andai tidak Syuhudkan tajallian Nama-NamaNya, disegenap sosok jagad raya; Lebih baik kelu bisu lidahnya, andai kesat menyebut Nama-NamaNya, disetiap aliran gerak denyut nadi hidupnya!
Bukan ringgit, emas dan perak nilainya – bahkan, jarak antara hamba dan Tuhan!
Kerana, Nama dan yang Empunya Nama, tidakkan pernah bercerai; bak sedetik tidak bercerai; sejengkal tidak berrenggang! Jauh tidak berperantara; dan aqrab tidak terdinding! Setapak berpantng surut; selangkah berpantang mundur! Nah! Sila tadabburkan dan fahamkan!
PERSOALAN: MAKA DIMANAKAH POSISI KALIMAH ALLAH DIMATA PENGANUT ROMAN KATOLIK DAN PARA KUFFAR? DENGAN PENCERAHAN DIATAS, DAPATKAH DISAMA-ERTIKAN MAKSUD ISTILAH KALIMAH ALLAH DISISI ORANG-ORANG ISLAM, DAN MUKMIN, BERBANDING DENGAN TAKRIF FAHAMAN PARA PENGANUT ROMAN KATOLIK DAN KUFFAR?
JAWAPANNYA: JAUH PANGGANG DARI API! TIDAK TERGAMBAR KEHARUSAN, BAHKAN MUSTAHIL SEMATA-MATA, SEKALI LAGI, MUSTAHIL SEMATA-MATA!
Kerana konsep, kepercayaan dan praktik agama para kuffar adalah bertentangan dengan Agama Tauhid ALLAH yang luhur, suci dan murni. Rujuk dan perhatikan:

‘Sungguh apa yang kamu sembah selain ALLAH itu adalah berhala, dan kamu hanya berbuat dusta.’QS.29:17. Inilah amarah dan bentakan Allah terhadap para Kuffar!
Sedangkan Allah tuntas menyatakan:
‘Tuhan kamu adalah Tuhan Maha Esa. Kerana itu tetaplah kamu [beribadah kepadaNya, dan mohonlah ampunan kepadaNya. Dan CELAKA-lah bagi orang-orang yang mempersekutukanNya.’ QS.41:6.
Dan lagi: ‘Katakanlah: ‘Dialah ALLAH, Yang Maha Esa. ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tiada beranak, dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara [serupa] dengan Dia.’ QS.112:1-4. NOKTAH!
Dan lagi: ‘Sesungguhnya, orang-orang yang berkata: ‘Tuhan kami adalah ALLAH, lalu mereka istiqamah. Mereka tidak merasa takut dan tidak pula berdukacita.’ QS.46:13.
Dan lagi: ‘Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan[Rabb] kami adalah ALLAH.’ Kemudian, mereka meneguhkan pendirian mereka, maka Malaikat akan turun kepada mereka [dengan mengatakan], ‘Janganlah kalian merasa takut dan janganlah kalian merasa sedih, dan bergembiralah kalian dengan [memperoleh] Syurga yang telah dijanjikan kepada kalian.’ QS.41:30.
Setiap orang yang mengikuti Rasul Muhammad saw. akan memperoleh kebahagian abadi, dan tidak merasa khawatir dalam menghadapi apa jua yang akan terjadi dimasa mendatang, juga tidak bersedih hati atas apa yang mereka tinggalkan atau terluput dari mereka, seperti firmanNya, QS.10:62, bermaksud:
‘Ingatlah, sesungguhnya, Wali-Wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.’  
JUSTRU, MANUSIA YANG LAYAK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH ADALAH MEREKA YANG TASDIQ DAN TASLIM MENGATAKAN:
‘Aku redha ALLAH sebagai Tuhanku; aku redha ISLAM sebagai Agamaku; dan aku redha MUHAMMAD saw. sebagai Nabi dan Rasulku.’
‘Barangsiapa yang mencari agama selain Agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima [agama itu] darinya; dan diakhirat ia termasuk orang-orang yang merugi.’ QS.3:85. MUKTAMAD! NOKTAH!
AMARAN DAN PERINGATAN KEPADA ORANG-ORANG BERAGAMA ISLAM:
‘Segolongan Ahlil Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal, sesungguhnya, mereka tidak menyesatkan, melainkan diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyadari,’QS3:69. Demikian kerana, ‘Kebenaran itu dari Tuhanmu, kerana itu janganlah engkau termasuk orang-orang yang ragu.’QS.3:60.
Allah SWT. tidak akan menerima suatu jalan atau pun amalan dari seseorang, kecuali yang sesuai dengan Syariat Muhammad saw. setelah baginda diutus sebagai pembawa Risalah Tuhan. Walaupun sebelum itu umat yang mengikuti Rasul-Rasul pada zamannya, mereka tetap berada diatas petunjuk dan jalan kebenaran dan keselamatan. Misalnya, kaum Yahudi, pengikut Nabi Musa a.s., berhukum kepada Taurat pada zamannya. Nama Yahudi, dipercayai ada hubungan dengan nama Yahuda, putra sulung Nabi Ya’qub a.s.
Ketika Nabi Isa a.s. pula diutus, diwajibkan kepada Bani Israil untuk mengikuti dan tunduk kepadanya. Para Sahabat dan pengikut agama yang dibawa Isa a.s. itu disebut Nasrani. Mereka juga disebut sebagai ‘Ansar’, sebagaimana dikatakan Isa a.s. melalui firman Allah, QS.3:52, bermaksud: ‘Siapakah yang akan menjadi ‘Ansari’ [penolong-penolongku] untuk [menegakkan Agama] Allah?’ Para Hawariyyun [Sehabat-sahabat setia] menjawab: ‘Kamilah Ansar [penolong-penolong] Agama Allah. KAMI BERIMAN KEPADA ALLAH , DAN SAKSIKANLAH, BAHAWA KAMI ADALAH ORANG-ORANG MUSLIM.’ Bagaimana pula pengakuan dan pendirian kaum Nasrani dizaman akhir kini? Tidak pun mengharapkan jawapan!
Antara ucapan Nabi Isa a.s yang amat terkesan ialah ketika ia berdiri didepan Bani Israil dan mengisytiharkan, seperti dalam QS.61:6, bermaksud: ‘Hai Bani Israil! Sesungguhnya, aku adalah utusan Allah kepada kamu, membenarkan kitab [yang turun] sebelumku yaitu Taurat, dan menyampaikan khabar gembira dengan [datangnya] seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya AHMAD [MUHAMAD].’ Anehnya, pihak gereja, sewenangnya menafikan hakikat kedatangan Rasul yang ini!? Tiada dalam kitab mereka? Muslihat apakah ini? Roket sains pun tidak sesulit memahaminya! ‘Go figure!’ ‘Catch my drift!’ Atau barangkali, terkhilaf kitab! [‘Caught with my hand in the cookie jar!’]
Meskipun, setelah Allah SWT. mengutus Nabi Muhmmd saw. sebagai Nabi/Rasul terakhir, bagi seluruh Bani Adam a.s., maka, adalah menjadi kewajipan kepada setiap mereka [manusia] untuk membenarkan dan mentaati segala perintahnya, serta menjauhi segala larangannya. Mereka ini akan menjadi para Mukminin [yang Hakiki], disebut demikian kerana keteguhan keyakinan mereka terhadap Rasulullah saw.
Tambahan lagi, mereka juga beriman kepada seluruh para Nabi/Rasul terdahulu dan kepada perkara-perkara ghaib [‘Alimul Ghaibi wa Syahaadah], seperti pencerahan dari Dalil-Dalil seterusnya.
INGATLAH, ‘Ketika Tuhannya berfirman kepadanya: ‘Tunduk patuhlah!’ Ibrahim menjawab: ‘Aku tunduk patuh kepada Tuhan [Rabb] semesta alam.’ QS.2:131. ‘Dan Nabi Ibrahim a.s. telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya; demikian pula Nabi Ya’qub.’ [Ibrahim berkata]: ‘Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih Agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Agama ISLAM.’QS.2:132. ‘Dan Ibrahim menjadikan Kalimat Tauhid ini Kalimat yang kekal pada keturunannya.’ QS. 43:28. [Kenyataannya, seluruh para Rasul membawa Agama Islam sejak Adam a.s!] Sila fahamkan sebenar-benarnya!
Hakikatnya, Allah SWT. membimbing hamba-hambaNya yang beriman untuk sentiasa beriman kepada apa yang diturunkan kepada mereka melalui RasulNya, Muhammad saw. secara rinci, serta beriman juga kepada segala yang diturunkan kepada para Nabi/Rasul terdahulu, disebut secara global oleh Allah. Rujuk QS.2:136, bermaksud:
‘Katakanlah [Hai orang-orang Mukmin]! ‘Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Isyaq, Ya’qub dan anak cucunya; dan apa yang telah diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada Nabi-Nabi dari RABB [Tuhan]nya. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun diantara mereka, dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya.’
Nah! Masih adakah perbedaan intipati mesej sebenar antara agama bawaan Rasul-Rasul silam dengan Risalah bawaan Muhammad saw.? Seandainya tiada manipulasi, konspirasi dan penyelewengan keatas agama-agama Samawi sebelum ini, tentulah essensi dan keaslian semua agama Samawi tersebut kekal terpelihara dan diredhai Allah SWT.! Namun, pendekatan ini menjadi naif, jika faktor evolusi sejarah kehidupan manusia tidak diambil kira! Kerana itu, terdapat pihak yang mengambil pendirian seperti disebut didalam QS.4:150-151, berikut, yang bermaksud:
‘Sesungguhnya, orang-orang yang kafir kepada Allah dan Rasul-RasulNya, dan bermaksud memperbedakan antara [keimanan kepada] Allah dan Rasul-RasulNya dengan mengatakan: ‘Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian [lainnya].’ Serta bermaksud [dengan perkataan itu] mengambil jalan [tengah] diantara yang demikian [iman atau kafir]. Merekalah orang-orang kafir sebenar-benarnya.’ Allah bertanya dalam QS.3:70, bermaksud: ‘Wahai Ahlil Kitab! Mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, pada hal kamu mengetahui kebenarannya?’
Namun sebaliknya, perkara berikutlah yang menjadi natijah dari pendirian mereka yang patuh dan beriman, seperti dinyatakan didalam QS.2:137, bermaksud:
‘Maka jika mereka BERIMAN kepada apa yang kamu telah beriman kepadaNya, sungguh mereka telah mendapat PETUNJUK; dan jika mereka BERPALING, sesungguhnya, mereka berada dalam PERMUSUHAN [dengan kamu]. Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang MahaMendengar lagi MahaMengetahui.’ ‘Sibghah Allah [Agama Allah/Fitratallah], dan siapakah yang lebih baik Sibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadaNya-lah kami menyembah.’ QS.2:138. 

8. PENUTUP
QS.14:2, bermaksud: ‘Allah yang Memiliki apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. CELAKA-lah bagi orang-orang yang ingkar kepada Tuhan kerana siksaan yang sangat berat.’
‘Pada hal kepadaNya segala apa yang ada dilangit dan dibumi berserah diri, baik dengan suka maupun terpaksa. Dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan.’ QS.3;83.
Walau perutusan Rasul-Rasul menjuruskan kebenaran dan keimanan, silih berganti, disetiap zaman, dan tetap pula tercetus dan wujud pengingkaran dan kekufuran.
Allah berfirman, QS.2:126, bermaksud: ‘Allah berfirman: ‘Dan kepada orang-orang yang kafir [kuffar] pun, Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa Neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.’
Ertinya, setelah diberikan kebebasan dan kenikmatan, dan dibentangkan kemewahan hidup didunia; kemudian Kami giring ia menjalani siksa Neraka. Maksudnya, Allah SWT. MENUNDA dan MEMBERI TANGGUH kepada orang-orang kafir; kemudian menyiksa mereka atas keingkaran tersebut; dan adalah juga sebagai balasan dari Allah MahaPerkasa dan MahaKuasa!
Didalam kitab Syahih al-Bukhari dan Syahih Muslim terdapat sebuah Hadits diriwayatkan dari Rasulullah saw.bermaksud: ‘Tidak ada seorang pun yang lebih sabar atas gangguan yang didengarnya daripada [sabarnya] Allah SWT. MEREKA MENYATAKAN ALLAH MEMPUNYAI ANAK, sedang Dia-lah yang memberi rezeki dan kesihatan kepada mereka.’ Didalam hadits yang lain Rasulullah saw. bersabda, bermaksud:
‘Sesungguhnya Allah memberikan tangguh kepada orang-orang zalim hingga jika Dia mengazabnya, maka DIA tidak akan melepaskannya.’ Kemudian baginda membacakan firman Allah QS.11;102, bermaksud: ‘Dan begitulah azab Rabbmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim, sesungguhnya azabNya itu adalah sangat pedih lagi keras.’
FirmanNya lagi dalam QS.3:56-57, bermaksud:
‘Maka adapun orang-orang yang kafir, maka akan Aku Azab mereka dengan azab yang sangat keras didunia dan diakhirat sedang mereka tidak memperoleh penolong.’
‘Dan adapun orang-orang yang beriman dan melakukan kebajikan, maka Dia akan Memberikan pahala kepada mereka dengan sempurna. Dan Allah tidak menyukai orang-orang zalim.’
FAKTA: Manusia yang bertauhidkan Allah, berIman dan taat kepadaNya, Islam agamanya, dira’i dan diredhai. Kalimah Allah menjadi sebutan dan ingatannya, hingga kenafas terakhir dihujung nyawa!
Manusia yang tidak mentauhidkan Allah, malah, menyekutukan dan memusuhiNya, hilang kelayakannya, dan CELAKA padahnya!
N.B. Dalam kerangka kebebasan bersuara melampau, yang telah pun mencapai tahap kritikal dalam Negara ini, demi, konon, Hak Asasi manusia sejagad; penulis tidak hairan jika pada ketika yang lain, Kaum kuffar dan Gereja yang tidak bersetuju dengan hujjahan penulis dalam risalah ini, cuba mengaitkan dan mendakwa penulisan ini tidak lain, melainkan merupakan HASUTAN dan menyentuh isu sensitif kaum, serta suatu percubaan menyebarkan agama Islam kepada mereka. Sebelum ini pun mereka mendakwa, Khutbah Jakim ekstremis; Khutbah merendahkan mertabat kaum wanita mengaitkan tutup aurat dengan godaan insiden rogol; dan penyebaran Tafsir Alquran, diseluruh Negara, walaupun dengan niat baik, dengan angkuhnya, mendapat tentangan dan penolakan mereka! Hakikatnya, penulisan risalah ini berpaksikan Alquran dan Sunnah Agama Islam semata, tuntas pula menolak kepercayaan mereka! Awas! Jangan sampai akhirnya mereka membuat dakwaan dan tuduhan yang Kitab Alquran/Sunnah itu pula bersifat ‘SEDITIOUS’, maka seluruh orang Islam harus pula didakwa dimahkamah, dibawah AKTA HASUTAN! BIAR BETUL!!! Membujur lalu, melintang patah!
Pokoknya, kerana KALIMAH ALLAH itu, seperti dipencerahan awal; etymologinya, luhur, suci, ‘sanctified’,‘sacred’, ‘sacrosanct’, khusus, hanya bagi kegunaan makhluk/manusia yang beriman, yakin, tunduk, patuh, pasrah, beribadah dan berubudiyah kepada Pemilik Nama tersebut, yakni ALLAH SWT. Kendati pun, Nabi Isa a.s. menyebut: ‘Mana mungkin kalung intan dikalungkan pada leher seekor babi!’
‘Sungguh telah jelas [perbedaan] antara jalan yang benar dan jalan yang sesat.’QS.2:256.
‘Maka itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya, maka tidak ada setelah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Mengapa kamu berpaling dari kebenaran?’ QS.10:32. Allah bertanya lagi:
‘Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustaan agama selepas itu?’QS.2:41.
‘Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah Agama yang bersih [dari syirik]. QS.39:3.
‘Ibadahlah kepada Allah dengan kemurnian/keikhlasan, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai-nya.’QS.40:14.
‘Mengapakah mereka mencari agama lain selain Agama Allah [ISLAM], padahal apa yang dilangit dan dibumi berserah diri kepadaNya [baik] dengan suka, maupun terpaksa. Dan hanya kepadaNya, mereka dikembalikan.’ QS. 2:40.
‘Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selainNya.’QS. 36:23.
‘Dan sembahlah Aku sahaja.’ QS.29:56.
‘Dan janganlah keadaan kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah membuatnya lupa kepada dirinya sendiri.’ QS.59:19.
‘Dan tidak ada alasan bagiku untuk tidak menyembah [ALLAH] yang telah menciptakanku, dan kepadaNya-lah kamu [semua] akan dikembalikan.’QS. 36:22.
‘Maka apabila kamu telah selesaikan Solatmu, INGATlah Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk, dan diwaktu berbaring.’ QS.4;103.
‘Sungguh, inilah keyakinan yang benar, maka bertasbihlah [menyebut] nama Tuhanmu Yang Maha Besar.’QS. 56:95-96.’


Wahai Tuhan!    
‘Andai setiap anggota jawaruhku berlidah; Untuk memuja-mujiMu Yang begitu Pangasih dan Pemurah; Segenap KurniaMu ku sisipkan nyanyian sanjung dan pujaan; Sehingga seluruh puja-puji bagiMu tidakkan pernah ternyanyikan!’
Nah! Rumusan ini diharap menjelaskan segalanya dan menemukan NOKTAH terakhir polemik dan perbalahannya!!! 
Sebuah HADITS QUDSI, bermaksud: ‘Ketika Allah SWT. telah selesai menjadikan semua makhluk, Dia menulis tulisan yang ada diatas Arsy yang berbunyi:’ RAHMATKU MEDAHULUI MURKA-KU.’
MUNAJAT: Aduhai Allah, diatas Rahmat Mu, semoga Engkau masukkan kami kedalam lingkaran limpahan kasih sayang dan kelembutan Mu, dan menjauhkan kami dari siksaan azab dan amarah Mu. Duhai Yang Maha Pemurah, Duhai Pemberi Agung yang melimpah, Kurniakan izin kami mencicip sejuknya Maghfirah ampunan Mu. Sabitkan hati dan jiwa kami diatas Tariqah Mu nan mulus, murni dan suci sehingga menjurus dan menggapai kesempurnaan dan redha Mu. Pertemukan hajat dan dambaan kami. Kumpulkan kami bersama Sang Rasul terkasih, Saiyidul Mursalin, bersama rantaian para Imam dan Aulia Arifin Billahil’azim. Selawat dan salam rindu tercurah kepada Sang Rasul terkasih, kaum keluarga dan Sahabat pilihan; selagi pendendang masih menyanyikan ratapan asyik dan kerinduan, disaat sepi malam diulit mimpi makhluk!
‘Ingatlah, Hak mencipta dan memerintah itu kepunyaan Tuhan, Maha Berkat Tuhan semesta alam’ QS.7:54.
‘Keputusan setiap perkara itu kepunyaan Tuhan, pada masa yang lalu, dan masa akan datang.’QS.30:4.
‘Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan sebenar.’ QS.33:4.

WABILLAHIT TAUFIQ. ALHAMDULILLAH. TABARAKALLAHI RABBIL ‘AALAMIN.
FEBRUARI, 2016. MADRASATU BAITUL ADAM, MALAYSIA.