Sunday, April 24, 2016

SPIRITUAL INTELECTUAL,TRAINING AND CONSULTANCY.

Baitul Adam ITMT Resources merupakan sebuah badan bukan
kerajaan yang telah di tubuhkan pada 31-12-12.Tujuan utama Baitul Adam ITMT Resources di tubuhkan adalah bagi memperluaskan lagi ilmu Tauhid Makrifatullah yang semakin hilang di Malaysia supaya ia semakin berkembang dan syumul di Malaysia.
 Baitul Adam ITMT Resources di tubuhkan juga berperanan dalam menyediakan perkhidmatan serta kepakaran dalam Perundingan Kerohanian Motivasi juga dalam Pendidikan Islam dan Tauhid. 

Kami di Baitul Adam ITMT Resources juga memberi penekanan terhadap kepentingan mendalami Ilmu Agama yang menyeluruh dan tepat bagi menyentuh dan membuka kesedaran bermula dari jiwa, dan betapa setiap orang itu amat penting mendapatkan ilmu bagi mengelakkan diri terjerumus dalam golongan mereka-mereka yang jahil. Penerapan tentang Ilmu bermula daripada syariatnya, usuluddin (Tauhid) dan juga Tasawuf (Ihsan) adalah pokok utama yang perlu disampaikan sebelum kepada ilmu-ilmu yang lain, inilah cahaya ilmu yang dibawa oleh Rasulullah SAW bagi menangani orang-orang arab jahiliyah (kegelapan menjadi terang-benderang) menjadi yang benar-benar baik mengikut, meneladani serta membawa syiar Islam ini. Ini menunjukkan Rasulullah SAW berjaya dalam misinya itu, maka atas dasar ini kami mengambil ikhtibar malah pengajaran untuk dibawa pada masyarakat kita. InsyaAllah kerja-kerja agama senantiasa akan ditolong Allah SWT.
 
MATLAMAT

Matlamat utama adalah untuk terlibat secara langsung dalam sektor pembangunan sumber manusia negara menerusi penawaran khidmat perundingan latihan yang menyeluruh kepada pelbagai organisasi berkaitan latihan yang menjurus kepada perkara-perkara berikut:
* Motivasi Kerohanian Spiritual Intelektual
* Kepimpinan Melalui Tauhid
* Pengajian Tasawwuf
* Khidmat Kaunseling
* Praktikal Kerohanian
* Rawatan Pemulihan
* Etika Adab

Alamat operasi kami seperti yang tertera di bawah;

No 3-2-A Jalan Hijau 5/1,
Green Valley Park,Bandar Tasik Puteri
48020 Kundang, Selangor Darul Ehsan
Email : baitul_adam@yahoo.com.my
Carian google : Baitul Adam

Berhubunglah dengan kami pada kadar segera pada nombor yang tertera di bawah;
Tel No. : +603-6087 7976 [pejabat]
+6017-2392569 [Prof.Dr.Bahaudin Jalal Bin Abd Hadi]
+011-3664 7086 [En. KamarulNizam Bin Said]
+6017-977 6369 [En. Hisyam Bin Abd. Rahim]
+6017-925 6470 [En. Othman Bin Ali]




No comments:

Post a Comment