SERUAN KEPADA SELURUH UMMAH:
RAHSIA AMANAT ALLAH
TAHUKAH ANDA RAHSIA DAN MISTERI PENCIPTAAN ALAM, MAKHLUK,
MALAH DIRI ANDA SENDIRI SERTA IMPLIKASINYA KEPADA DIRI ANDA?
Aduhai Sahabat dan Ikhwan!
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM
ALHAMDULILLAH!
Segala pujian hanyalah untuk ALLAH S.W.T. pemelihara seluruh alam.
ALLAH lah yang telah mencipta atau mengkhalakkan manusia sebagai makhluk
atau khalakNya yang paling mulia.
ALLAH lah yang telah mengAMANATKAN manusia dengan satu tanggungjawab
yang Maha Besar, yakni, menanggung RAHSIA ALLAH S.W.T. serta bertanggungjawab
pula meMA'RIFATkan kepadaNya!
2. PENERIMAAN AMANAT
Sesungguhnya, dengan penerimaan manusia akan AMANAT DIRI RAHSIA ALLAH S.W.T.
ketika dialam ROH dahulu, maka manusia dinobatkan ketaraf darjat khalak yang paling
tinggi dan mulia, jika dibandingkan dengan khalak-khalak ALLAH yang lain.
Perhatikan dalil berikut sebagai bukti; Firman ALLAH, surah al-Ahzab, ayat 72, bermaksud:
' Sesungguhnya, Kami telah mengemukakan AMANAT kepada langit, bumi dan gunung-gunung,
maka semuanya enggan untuk memikul AMANAT itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya; dan dipikullah AMANAT itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu amat zalim lagi amat bodoh.'
Justeru, sebuah ikatan kontrak telah termeterai diantara al-Khaliq dan khalak yang mana manusia adalah sebagai PENANGGUNG, penyimpan RAHSIA AMANAT ALLAH
yang telah dipertaruhkan ALLAH kedalam dada manusia! Maka tiada lagi dolak dalik dan
penyangkalan. NOKTAH.
Perhatikan sebuah Hadith Qudsi, bermaksud:
' Sesungguhnya manusia itu rahsiaKu dan Akulah yang menjadi rahsianya.Dan rahsia itu SifatKu, dan SifatKu itu tiada lain, Akulah jua.'
Perhatikan lagi Firman ALLAH, bermaksud:
' Sesungguhnya, Kami telah mengkhalakkan manusia dengan bentuk yang sebaik-baiknya.'
Sesungguhnya dijadikan akan insan itu dengan sebaik-baik rupa. Bagaimanakah baiknya rupa insan itu sedangkan tubuh zahirnya belum sempurna kerana ia tersusun dari darah dan daging, mengandungi najis dan lagi akan binasa! Namun manusia tetap dituntut menunaikan urusan dan tanggungjawabnya, setelah manusia mengenali sebenar dirinya!
3. MA’RIFAT
Persoalan ma'rifat disebut didalam sebuah hadith Qudsi, bermaksud;
' Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku ingin supaya diMa'rifatkan [dikenali], maka Aku khalakkan seluruh alam ini [manusia], supaya mereka ma'rifat kepada Ku.'
Perhatikan Firman ALLAH, bermaksud:
' Tidak Aku khalakkan [jadikan] jinn dan manusia melainkan bagi menyembah [ibadah] kepada Ku.'
Dan Firman ALLAH lagi, 4:58, bermaksud:
' Sesungguhnya ALLAH S.W.T. memerintahkan kamu [manusia] memulangkan AMANAT kepada
yang berhak [ALLAH].'
Dari pemerhatian diatas, dapatlah dirumuskan bahawa taraf kemuliaan manusia disisi ALLAH S.W.T.
adalah bergantung terus kepada berjaya atau gagalnya manusia meMA'RIFATKAN dirinya kepada ALLAH S.W.T. Andainya manusia berjaya melakukannya secara Hakikat dan dengan beriman serta beramal soleh, maka tergolonglah manusia tersebut sebagai Khalak yang paling baik dan mulia, malah disifatkan ALLAH demikian dalam FirmanNya:98:7, bermaksud:
' Sesungguhnya yang beriman dan beramal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.'
Dan ALLAH juga menobatkan manusia sebagai Khalifah dimuka bumi ini, seperti FirmanNya, an-Nur:24, bermaksud:
' ALLAH telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman diantara kamu, dan yang mengerjakan amal soleh, bahawa ALLAH akan mengangkat mereka menjadi Khalifah dimuka bumi, sebagaimana orang-orang dahulu telah menjadi Khalifah; dan ALLAH akan menetapkan Agama mereka [Islam] yang diredhaiNya untuk mereka, dan akan menggantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Mereka menyembah Aku [ALLAH] dan tiada mempersekutukan Daku dengan sesuatu jua pun. Barangsiapa yang kafir sesudah itu, mereka itulah orang-orang Fasiq.'
4. KESAN MA’RIFAT
Perhatikan sebuah Hadith Rasulullah, bermaksud:
'Awal Agama itu adalah Ma'rifat kepada ALLAH.'
Dan lagi bermaksud:
‘ Barangsiapa ma’rifat akan dirinya, ma’rifat ia akan Tuhannya.’
Sebaliknya, jika manusia itu gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mema'rifatkan dirinya kepada ALLAH S.W.T. maka ALLAH akan menurunkan kedudukan manusia tersebut ketempat yang rendah lagi hina, seperti FirmanNya,95:5, bermaksud:
‘ Kemudian Kami kembalikan manusia ditempat yang serendah-rendahnya.’
Dan lagi FirmanNya,98:6, bermaksud:
‘ Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk.’
5. RUMUSAN TUGASAN SEMUA INSAN
VISI DAN MISI UTAMA
Seharusnya, berikut adalah langkah-langkah proaktif yang amat bijak untuk dilaksanakan secara spontan atau serta-merta oleh Anda, tanpa sebarang alasan dan tanpa berlengah-lengah lagi:
1.TAUBAT [kembali kepada ALLAH/kepangkal jalan] mengikut kaedah/cara sebenar
dan yang dituntut; termasuk taubat Nasuha dan Taubat berterusan sepanjang hayat.
2.Melaksana segala Syariat Islam, zahir dan batin [Ilmu FIQIH]
3.Melaksana Hakikat Tauhid sebenar [Ilmu TAUHID]
4.Melaksana dan mencapai maqam IHSAN melalui Ilmu TASAWWUF.
Dalam hubungan diatas, al-Imam Ghazali Hujjatul-Islam telah mengingatkan kita dengan berkata:
‘ Mal lam yakullahu nasiibun min ilmi yukhafu ‘alaihi suul khatimah.’
Bermaksud:
‘ Barangsiapa tiada Ilmu Tasawwuf, ditakuti diatasnya mati Suul Khatimah.’
Demikianlah tuntutan-tuntutan keatas semua manusia yang diwajibkan keatas mereka andainya mereka berharap untuk kembali dan menemui ALLAH diAkhirat dalam keadaan redha meredhai!
Jadilah Insan yang celik, cerdik dan bersyukur dengan mengenali diri dan TUHAN! NOKTAH.
Sebarang permasalahan, bertanyalah kepada yang AHLI!
INSYAALLAH.
Sesungguhnya kita dari ALLAH dan kepadaNya kita akan dikembalikan!
Hanya kepada ALLAH kita memohon Taufiq Hidayah!
ILAAHI ANTA MAKSUDI WARIDHAA KA MATLUBI
Ameen ya Rabbal ‘Alamin!