Saturday, November 12, 2011

BEDAH DIRI


CALON
SYURGA ATAU CALON NERAKA
BEDAHLAH
‘DIRI’ ANDA UNTUK MENENTUKAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ADUHAI MURID, IKHWAN DAN SAHABAT

1. PENGENALAN

Segala puji sanjung hanya milik Allah SWT. dunia
akhirat, Yang Maha Wujud sejak awal dan azali; sebelum adanya ruang dan waktu, sebelum
adanya tempat dan arah, tanpa ada yang mendahului dan mengawali. Dia Maha abadi
walau setelah hancur leburnya seluruh ruang, zaman dan waktu, dan tidak
tersentuh akhir dan penghujung. Dzat Maha Sempurna, tiada suatu seumpamaNya. Maha
Tinggi, Maha Agung, Maha Raja yang sebenarnya. Maha Bijaksana dalam merencana,
Maha Perkasa dalam melaksana. Maha Zahir keluhuranNya dalam segala keadaan dan
Maha Batin kedekatanNya walaupun tidak bersekutu. Dia Dzat Yang Maha Mengehsankan
segala sesuatu yang diciptakannya dengan penuh kelembutan hikmah. Dia Dzat Yang
Maha Sempurna dalam menciptakan segala sesuatu yang maujud. Segala ketentuan
TaqdirNya berjalan sesuai HikmahNya, dan segala yang terjadi adalah sesuai
dengan Iradahnya. Rahsia Qudrahnya tampak dalam segala ‘alamul ghaibi wa
syahadah.’ NikmatNya meliputi seluruh makhluk tanpa kecuali., didunia dan
akhirat. Dia Menebarkan kurnia keutamaan dan keistimewaan kepada orang-orang
yang diCintaiNya. Dia Dzat Maha Dekat kepada pencinta-pencintaNya. Dia
menghamparkan permaidani keadilan dan mencurahkan pelbagai nikmat kepada semua
makhluk, sehingga mereka mengenaliNya.Dia Maha Ehsan kepada seluruh makhluk dan
memudahkan Kalamnya untuk dicerna dan dituruti!
Zalikumullaahu Robbii ‘alaihi tawakkaltu wa
ilaihi uniibu!
Kita pohon kepada Allah SWT. agar melimpahkan
Rahmat kepada Nabi Muhammad saw. dan ahlilbaitnya. Semoga Allah Yang Maha
Berkah, Maha Agung dan Maha Tinggi mencurahkan rahmat kepada tokoh-tokoh
terdahulu dan sekarang; yaitu seseorang yang diutus membawa RisalahNya, seseorang
yang dititip dipupuk kurnia syufaatNya, telaga [al-haudh], dan diberikan hak
istimewa dengan Wasilah dan Maqam yang terpuji. Dan semoga rahmat tersebut juga
tercurah kepada ikhwan-ikhwannya, para pendokongnya dan orang-orang yang
mengikutinya dengan benar lagi terpimpin!

Amma ba’d:

Alkisah,
akhbar New Sunday Times bertarikh 15 Mei 2011, melapurkan bahawa suatu
projek antarabangsa telah ditaja oleh Institusi tertinggi dan tersohor didunia,
yaitu, Universiti Oxford, U.K. yang melibatkan 57 pengkaji professional
antarabangsa, membuat 40 kajian dalam 20 buah negara, menelan pembiayaan
sejumlah RM 9.3 juta, selama 3 tahun. Projek ini bermatlamat menentukan samaada
Kepercayaan Kepada Tuhan dan Hari Akhirat adakah dipelajari atau Fitrah
Semula-jadi Manusia?!

Golongan Skeptiks dan Kufar ini hanya perlu
mengimbau dua ayat sahaja yang lazim
diketahui umum, dari sejumlah lembaran Mukjizat, begitu kaya dari
Kitab Suci Al-Quran dan segala permasalahan akan terongkai dan selesai!

Ayat yang dimaksudkan Q.S. 38:72,
bermaksud:

‘Maka apabila Aku persiapkan dia dan Aku
tiupkan padanya ROHKU.’

Dan lagi ayat yang bermaksud:

‘ Sesungguhnya kita milik Allah, dan
kepadaNya kita kembali.’

Muktamad, NOKTAH!
Penjelasan bonus, lihat Q.S. 30:30,
bermaksud:

‘ Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus
kepada Agama [Islam]; [sesuai] fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan
manusia menurut [fitrah] itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. [Itulah]
Agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.’

JUSTERU:
Pantaskah hendak dipertikaikan lagi status
Hablum minallah antara Manusia dan penciptanya?

RENTETAN PRA-SEJARAH DAN
PRA-MASA DAN WAKTU - SIAPAKAH
MAKHLUK BERNAMA MANUSIA

Hakikatnya, manusia berasal dari tiada,
asal yang tidak punya apa-apa, bahkan dilupakan sama sekali! Seperti maksud
Q.S. 76:1-2:

‘ Bukankah pernah datang kepada manusia
waktu dari suatu masa, yang ketika itu ia belum merupakan sesuatu yang dapat
disebut?’
Sungguh, Kami telah mencipta manusia dari
setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya [dengan perintah dan
larangan].’

Dan lagi lihat Q.S. 35:11, bermaksud:

‘ Dan Allah menciptakan kamu dari tanah
kemudian dari air mani; kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan [lelaki dan
perempuan]. Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan,
melainkan dengan sepengetahuanNya. Dan tidak dipanjangkan usia seseorang dan
tidak pula dikurangi usianya, melainkan [sudah ditetapkan] dalam Kitab
[LohMahfudz]. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.’

Lantas, cocok atau layakkah manusia ini
mendabik dada, lupa diri dan lupa penciptanya, bersifat ‘ujub, sum’ah, angkuh,
zalim, tidak bertanggung-jawab, merasa diri serba cukup, memandang rendah pada
yang lain dan sebagainya!



Semak pula Q.S. 23:115, Q.S.52: 35-37 dan Q.S. 53:24-25, bermaksud:

‘ Maka apakah kamu mengira bahawa Kami
menciptakan kamu secara main-main [tanpa maksud] dan bahawa kamu tidak akan
dikembalikan kepada kami?’

‘ Atau apakah mereka tercipta tanpa
asal-usul ataukah mereka yang menciptakan [diri mereka sendiri].’
‘Ataukah mereka telah menciptakan langit
dan bumi? Sebenarnya, mereka tidak meyakini.’
‘Ataukah disisi mereka ada perbendaharaan
Tuhanmu, ataukah mereka yang berkuasa?’

‘ Atau apakah manusia akan mendapat segala
yang dicitakannya?
[Tidak] Maka milik Allahlah kehidupan
akhirat dan kehidupan dunia!’

Allah S.W.T menegaskan dengan tuntas dalam
Q.S. 16: 70, bermaksud:

‘ Allahlah yang mencipta kamu dan Dialah
yang mencabut nyawamu disaat kematian.’

Dan lagi Q.S. 39:62,bermaksud:

‘ Allah pencipta segala sesuatu dan Dia
Maha Pemelihara atas segala sesuatu.’

CHEMISTRY,
TANGGUNGJAWAB DAN KEPATUHAN

Apa pun, misi dan hikmah manusia dicipta
Allah dan ditempatkan dihamparan dunia bagi menjalani suatu kehidupan dengan
penuh pertanggung-jawaban bukan lagi suatu rahsia atau misteri, kerana nas-nas
Dalil dan Burhan tuntas menyata dan membuktikannya!

Perhatikan Q.S. 41:11, bermaksud:

‘Datanglah kamu berdua [langit dan bumi]
menurut perintahKu, dengan patuh atau terpaksa! Keduanya menjawab, ‘Kami datang
dengan patuh.’

Pastinya, intipati ayat diatas merupakan
seruan kepada penghuni-penghuni kedua-dua langit dan bumi yang mana mereka akur
dan patuh tanpa syarat! Ini mengisyaratkan kepatuhan dan sifat kehambaan total
kepada Allah!

Namun, apa yang terjadi kemudiannya, adalah
persoalan yang harus mendapat keadilan penelitian dari kita semua!




Dan FirmanNya lagi,Q.S. 17:44, bermaksud;

‘ Tujuh petala langit dan bumi, kesemuanya yang
berada didalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan
bertasbih dengan memujiNya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh,
Dia Maha Penyantun, Maha pengampun.’

Dan
FirmanNya lagi, Q.S. 11:50, bermaksud:

‘ Tidak satu pun makhluk bergerak
[bernyawa] melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. [Kerana itu Tawakallah
kepada Tuhanmu.]

Bererti, manusia tidak punya kuasa mutlak,
betapa keras keinginannya sekali pun untuk melakukan dan mendapatkan sesuatu.
Kerana hakikat kejadiannya tidak lain
melainkan terarah kepada pengabdian kepada Penciptanya semata-mata!

Rujuk FirmanNya, Q.S.51:56, bermaksud:

‘ Tidak Aku ciptakan Jinn dan manusia
melainkan bagi mengabdi kepadaKu.’

Andainya, kehendak dan amal perilakunya
berlandas dan seiring dengan Qudrah dan Iradah Allah, maka manusia itu akan berada
diatas landasan keredaan Allah; jika sebaliknya, ia akan hanya mengundang kutukanNya!

Fahami benar-benar persoalan ini!

MUNCUL UTUSAN ALLAH

Manusia itu mulanya berasal dari satu umat
dan kemudiannya berpecah, menurut kepercayaan, peredaran waktu dan zaman.;
sehingga ketibaan Rasul demi Rasul, membawa perutusan demi perutusan, sebagai peringatan bagi manusia.

Lihat Q.S. 2:213, bermaksud:

‘ Manusia itu [dahulunya] adalah satu umat.
Lalu Allah mengutus para Nabi[untuk] menyampaikan
khabar gembira dan peringatan. Dan diturunkan bersama mereka Kitab yang
mengandungi kebenaran, untuk memberi keputusan diantara manusia tentang perkara
yang mereka perselisihkan. Dan yang berselisih hanyalah orang-orang yang telah
diberi Kitab, setelah bukti-bukti yang nyata sampai kepada mereka, kerana
kedengkian diantara mereka sendiri. Maka dengan kehendakNya, Allah memberi
petunjuk kepada mereka yang beriman tentang kebenaran yang mereka perselisihkan.
Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki kejalan yang lurus.’




Dan FirmanNya lagi, Q.S. 42: 52-53,
bermaksud:

‘ Dan sungguh engkau [Muhammad] benar-benar
membimbing [manusia] kepada jalan yang lurus, [yaitu] jalan Allah; yang
milikNyalah apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi. Ingatlah, segala
urusan kembali kepada Allah.’

APAKAH PERUTUSAN
RASUL TERSEBUT

Melalui Rasulullah, Allah S.W.T. menurunkan
kerangka besar dalam Agama Islam yang diberi nama Syariat. Dengannya, manusia
menjalin cara kehidupan, keagamaan dan kemanusian, yang adil, selamat, sihat
lagi bersih dan terpimpin dengan segala Hukum-hakamNya, bagi mendapat keredaan,
berkah dan RahmatNya. Wadah ini juga disebut sebagai Syariat Zahir Islam.

Sila lihat Q.S. 5:48, bermaksud:

‘ Untuk setiap umat diantara kamu, Kami
berikan aturan [Syariat atau Fiqh] dan jalan yang terang.’

Bagi Syariat Batin Islam [Hakikat Islam],
Allah perdalami pula dengan wadah ilmu
Usuluddin atau Tawhid [Aqa’idul Iman], yang intipatinya bertunjang kepada
pentawhidan atau pengesaan Allah S.W.T., meyakini Rasul serta perkara-perkara
berkait dengan Rukun Iman.

Sepotong Hadith riwayat Imam Malik,
bermaksud:

‘ Barangsiapa memakai Syariat tanpa memakai
Hakikat, sesungguhnya Fasiq hukumnya; dan barangsiapa memakai Hakikat tanpa
memakai Syariat, maka sesungguhnya Zindiq hukumnya. Dan sesiapa yang
menghimpunkan antara keduanya, yakni, Syariat dan Hakikat, dialah
sebenar-benarnya berAgama Islam.’

Setelah digabungkan kedua-dua Syariat
Zahir/Syariat Batin Islam atau mudah disebut, Syariat dan Hakikat Islam, Allah perlengkap dan
perindahkan lagi dengan wadah IHSAN.

Lebih jelas, wadah IHSAN ini adalah hasil
yang diperdapat dari gabungan Syariat dan Hakikat, dan wadah inilah yang dapat
mengangkat darjat seseorang yang bermula
dengan hanya Muslim awam hingga mencapai kemertabat Muhsin, Muntahi, Muwahhid, Khawasul
Khawas, Ma’rifat Billah atau ArifBillah.


HALANGAN DAN HAMBATAN

Tidak, tidak semua manusia didunia ini cenderong
atau merasa berkeperluan kepada Agama didalam kehidupan mereka, yang seolah-olah
menampakkan suatu penentangan terhadap fitrah asal diri mereka. Dalam hal ini,
terselit suatu hikmah tentang kebebasan memilih bagi manusia bagi melakar pelan
tindakan mereka sendiri dalam meniti liku hidup untuk diri mereka.Walau berapa
banyak ragam pendedahan dan peringatan tentang Kebenaran disampaikan kepada
manusia, namun manusia itu adalah suatu makhluk yang complex, sering diasak
oleh input atau perisian dari pelbagai sisi, luar dan dalam diri mereka, dan
yang dominan antaranya akan mengatasi yang lain dalam pencapaian sesuatu
keputusan.

Wujud Hikmah besar dalam penciptaan manusia
dari unsur Jasmani dan Rohani, oleh Allah; seperti FirmanNya ,Q.S. 94:7-10,
bermaksud;

‘ Demi jiwa [Rohani] serta penyempurnaan
[ciptaanNya], maka Dia mengilhamkan kepadanya [jalan] kefasiqan/kejahatan dan
ketaqwaannya.’
‘ Sungguh beruntung orang yang menyucikan
[jiwanya itu]. Dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.’

Namun begitu Allah memerintah kepada setiap
manusia agar muhasabah diri, dalam Q.S. 59:18, bermaksud:

‘ Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apakah yang telah
diperbuatnya untuk hari esok [akhirat], dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh
Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.’

Dengan demikian, Allah mengingatkan dalam
Q.S. 30:31, bermaksud:

‘ Kembali bertaubatlah kepadaNya, bertaqwa
kepadaNya serta dirikan Solat. Janganlah kamu termasuk orang yang
menyengutuiNya.’

Lagi FirmanNya, Q.S. 39:54, bermaksud:

‘ Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan
berserah dirilah kepadaNya, sebelum datang azab kepadamu; kemudian kamu tidak
dapat ditolong.’

Justeru,
perhatikan Q.S. 10:25, bermaksud:

‘ Dan Allah menyeru manusia keSyurga Darus
Salam, dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki kejalan yang lurus.’

Diatas janji Allah tersebut, Dia juga menduga
dengan Q.S. 29:2-4, bermaksud:

‘ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ dan mereka tidak
diuji?’

‘ Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang
sebelum mereka, Allah pasti Mengetahui orang-orang yang benar dan pasti
mengetahui orang-orang yang dusta.’

‘ Ataukah orang-orang yang mengerjakan
kejahatan itu mengira bahawa mereka akan luput dari azab Kami? Sangatlah buruk
apa yang mereka tetapkan itu!’

Dan lagi, Q.S. 2:214, bermaksud:

‘ Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan
masuk Syurga, pada hal belum datang kepadamu [ujian dan cubaan] seperti [yang
dialami] orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan,
penderitaan dan digoncang [dengan berbagai cubaan], sehingga Rasul dan
orang-orang beriman bersamanya berkata, ‘Bilakah akan datang pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah
itu dekat.’

Dan lagi Q.S. 29:5, bermaksud:

‘ Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan
Allah, maka sesungguhnya waktu [yang dijanjikan] Allah pasti datang. Dan Dia
Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.’

KEMBALI KEPADA ALLAH

Sungguh Allah S.W.T. sering mengingatkan
dan memberi amaran keras terhadap manusia yang engkar terhadap kebenaran dan
enggan kembali kepadaNya.
Hasil kajian, terdapat tidak kurang dari
750 ayat dari Al-Quran yang mencitrakan keadaan alam semesta ciptaan Tuhan,
yang boleh dijadikan iktibar tentang Keagungan Allah S.W.T, kepada umat yang
celik dan berfikir!

Lihat Q.S. 51:20-21, bermaksud:

‘ Dan dibumi terdapat tanda-tanda
[kebesaran Allah] bagi orang-orang yang yakin. Dan [juga] dalam dirimu sendiri.
Maka apakah kamu tidak memperhatikan?’

Dan lagi Q.S. 30:25-27, bermaksud;

‘ Dan diantara tanda-tanda [kebesaran]-Nya
ialah berdirinya langit dan bumi dengan kehendakNya. Kemudian,apabila Dia
memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu kamu keluar [dari
kubur].’

‘ Dan milikNya apa yang dilangit dan
dibumi. Semuanya hanya kepadaNya TUNDUK!’

‘ Dan Dialah yang memulai penciptaan,
kemudian mengulanginya kembali; dan itu lebih mudah bagiNya. Dia memiliki sifat
yang Maha Tinggi dilangit dan dibumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha
Bijaksana!’

Dan ancamanNya, lihat Q.S. 17;72,
bermaksud:

‘ Dan barangsiapa buta [hatinya] didunia
ini, maka diakhirat dia akan buta juga malah tersesat jauh dari jalan [yang
benar].’



Dan Allah terus menyatakan dalam Q.S.
7:178, bermaksud:

‘ Barangsiapa dipimpin oleh Allah, maka
ialah orang yang terpimpin [kejalan yang lurus], dan barangsiapa disesatkan
Allah, maka adalah mereka orang-orang yang merugi.’

Dan Allah meneguhkan lagi dalam Q.S. 6:125-127,
bermaksud:

‘ Barangsiapa
dikehendaki Allah akan mendapat hidayah [petunjuk], Dia akan membukakan dadanya
untuk [menerima] Islam. Dan barangsiapa dikehendakiNya menjadi sesat, Dia
jadikan dadanya sempit dan sesak,
seakan-akan dia [sedang] mendaki kelangit. Demikianlah Allah menimpakan siksa
kepada orang-orang yang tidak beriman.’

‘ Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami
telah menjelaskan ayat-ayat [tanda Kebesaran] Kami kepada orang-orang yang
menerima peringatan.’

‘ Bagi mereka [disediakan] tempat damai
[Syurga Darus-Salam] disisi Tuhannya. Dan Dialah pelindung mereka kerana amal soleh
[kebajikan] yang mereka kerjakan.’

Nah! Begitulah Allah menggariskan ciri-ciri
manusia yang mendapat petunjuk dan kita hanya perlu jujur pada diri sendiri
samaada minda kita telah pernah diketuk atau pintu hati kita telah pun di
sentuh, ditegur-sapa oleh Hidayah Tuhan!

Kerana imbalannya seperti dinyatakan Allah,
Q.S. 11:23, bermaksud;

‘ Sesungguhnya, orang-orang yang beriman
dan mengerjakan amal soleh dan merendahkan diri kepada Tuhan, mereka itu
penghuni Syurga, mereka kekal didalamnya.!’

Justeru, Allah berseru dalam Q.S. 30:31,
bermaksud;

‘ Hendaklah kamu kembali berTaubat
kepadaNya, berTaqwa kepadaNya, serta dirikan Solat. Janganlah kamu termasuk
orang yang mempersekutukan Allah.’


PERINTAH DAN LARANGAN
ALLAH

Paling utama Allah melarang manusia
berTuhankan hawa-nafsunya.

Sila lihat Q.S. 12:53, bermaksud:

‘ Sesungguhnya,nafsu itu selalu mendorong
kepada kejahatan.’





Lihat Q.S.38:26, bermaksud:

‘ Dan janganlah engkaumengikuti hawa nafsu,
kerana akan menyesatkan engkau dari jalan Allah. Sungguh, orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat
azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.’

Allah juga melarang persekongkolan dengan
kaum yang lalai dan lupa diri.

Lagi FirmanNya Q.S. 18:28, bermaksud:

‘ Dan janganlah engkau mengikuti orang yang
hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami; serta menuruti
keinginannya dan keadaannya sudah
melewati batas.’

Terhadap manusia yang terus mendustakan
kebenaran, Allah mengingatkan dan menjelaskan dalam Q.S. 35: 4-8, bermaksud:

‘ Dan jika mereka mendustakan engkau
[Muhammad] [setelah engkau beri peringatan], maka sungguh, Rasul-Rasul sebelum
engkau telah didustakan pula. Dan hanya kepada Allah segala urusan
dikembalikan.’

‘ Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu
benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah
[syaitan] yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.’

‘ Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka
perlakukan ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak
golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.’

‘ Orang-orang kafir, mereka akan mendapat
azab yang sangat keras. Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
soleh, mereka memperoleh ampunan dan pahala yang besar.’

‘ Maka apakah pantas orang yang dijadikan,
terasa indah perbuatan buruknya, lalu menganggap baik perbuatannya itu?
Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk
kepada siapa yang Dia kehendaki pula. Maka jangan engkau [Muhammad] biarkan
dirimu binasa kerana kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya, Allah Maha
Mengetahui apa yang mereka perbuat.’

Dan lihatQ.S. 5:41, bermaksud:

‘ Wahai Rasul [Muhammad]! Janganlah engkau
sedihkan kerana mereka berlumba-lumba dalam kekafirannya.Yaitu, orang-orang
[Munafiq] yang mengatakan dengan mulut mereka, ‘Kami telah beriman,’ pada hal
hati mereka belum beriman; dan juga orang-orang Yahudi yang sangat suka
mendengar [berita-berita] bohong, dan sangat suka mendengar
[perkataan-perkataan] orang lain yang belum pernah datang kepadamu.
Mereka mengubah kata-kata [Taurat] dari
makna sebenarnya. Mereka mengatakan, ‘Jika ini yang diberikan kepadamu [yang
sudah diubah] terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka
hati-hatilah.’ Barangsiapa dikehendaki Allah untuk dibiarkan sesat, sedikit pun
engkau tidak akan mampu menolak sesuatu pun dari Allah [untuk menolongnya].
Mereka itu adalah orang-orang yang sudah tidak dikehendaki Allah untuk
menyucikan hati mereka. Didunia mereka mendapat kehinaan dan diakhirat akan
mendapat pula azab yang besar!’

Dan lagi Q.S. 29:11, bermaksud:

‘ Dan Allah pasti Mengetahui orang-orang
yang beriman dan Dia Mengetahui orang-orang yang Munafiq!’

Dan lagi Q.S. 29:9, bermaksud:

‘ Dan orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal Soleh, mereka pasti akan Kami masukkan kedalam [golongan]
orang-orang yang Soleh.’

Dan lagi Q.S. 30:60, bermaksud:

‘ Maka bersabarlah engkau [Muhammad],
sungguh janji Allah itu benar dan sekali-kali jangan sampai orang-orang yang
tidak meyakini [kebenaran ayat-ayat Allah] itu menggelisahkan engkau.’

Berkata ArifBillah, ‘Sesungguhnya amal
manusia itu bergantung pada prasangka mereka kepada Tuhan mereka. Orang beriman
akan memiliki prasangka baik [Husnuz-zhan] kepadaNya, dan mereka pun beramal
dengan sebaik-baiknya. Sementara itu, orang-orang Kafir dan Munafiq memiliki prasangka buruk [Su’u-zhan] kepadaNya.
Sayangnya, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya!
Fahamkan betul-betul permasalahan ini!

MENEROBOS DIMENSI
KETUHANAN

Ada suatu sisi dari Agama Islam itu sendiri yang amat jarang dan kurang
diambil perhatian, didekati maupun diterokai, malah digeruni atau pun tidak
disenangi dan dipercayai! Keadaan ini terjadi bukan kerana tidak adanya Nas-nas
sandaran dari Al-Quran, Hadits dan sebagainya, malah, adalah diatas prasangka
[su’uzhan] yang tidak sihat dikalangan bukan
penggiat, pengamat Ugama [baca: ‘ulama moden’] dan umat Islam amnya!

Bidang ini antara lain, dikenali sebagai
bidang ‘spiritual’, mistiq, sufistik, ilmu Laduni [ilmu dari sisiNya], Ilmu
Hati, Ilmu Yaqin, Ilmu Billah, Ilmu Taqwa, Ilmu Hikmah dll.
Sungguh, Allah SWT. membuktikan kewujudan Ilmu
Hikmah ini didalam al-Quran, walau dinafikan oleh banyak pihak! Yakni, suatu
paradoks yang berhikmah tinggi! Teruskan bacaan anda untuk mendapat hikmah
penjelasan!

Sila perhatikan Q.S. 2:269, bermaksud:

‘ Allah Memberikan Ilmu Hikmah kepada siapa
yang Dia kehendaki. Barangsiapa yang diberi Ilmu Hikmah, sesungguhnya dia telah
diberi kebaikan/kebajikan yang banyak. Dan tidak ada yang dapat mengambil
pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai akal sihat dan cerdik [Ulu al-Albab].’

Secara balaghah, Ulu al-Albab bererti
ahli/pakar pintu; pakar pintu apa? Yakni, yang sejatinya bermaksud ahli pintu,
ruang, dimensi Qolbu/Hati/Rohani dan Ketuhanan! Nah, sememang barangsiapa yang
berani menerjah kealam ini, sejatinya berani membedah Qolbu/Hati/Rohaninya,
bagi melewati dan melayari dimensi Ketuhanan Maha Luas, infiniti dan tak
bertepi! Adakah ini suatu perintah dan
dituntut Tuhan? Bahkan!

Sila lihat pula Q.S. 3:79, bermaksud:

‘ Hendaklah kamu menjadi Ahli Ketuhanan
[Robbaniyyin], kerana kamu mengajarkan kitab dan kerana kamu mempelajarinya.’

Dan lagi, Q.S. 9:119, bermaksud:

‘ Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah
kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang yang benar.’

Ayat ini intipatinya, memerintah manusia memasukki
dalam lingkungan orang-orang yang benar Imannya, benar Tawhidnya [orang
Muwahhid], benar Ma’rifat Billahnya! Mana mungkin jika tidak terlebih dahulu
membedah/merawat dan melewati pintu Qolbunya!
Fahami benar-benar persoalan ini!

Rasulullah
juga bersabda dalam sebuah Hadith, bermaksud:

‘ Pada malam ketika aku diisrak mi’rajkan,
aku diberi tiga Ilmu; Ilmu yang harus aku simpan; ilmu yang wajib aku
sampaikan; dan Ilmu yang aku diberi pilihan antara menyampaikan dan tidaknya.’

Dan sebuah Hadith lain HR. Abu Abdur Rahman
al-Salami, bermaksud:

‘ Sungguh diantara Ilmu itu, ada yang
seperti mutiara terpendam, tiada seorang pun yang mengetahuinya, kecuali Ulama
Allah [Billah]. Apabila mereka mengucapkan Ilmu tersebut, maka tiada yang
mengingkarinya, kecuali orang-orang yang lalai terhadap Allah. Dan Ilmu Hidhir
yang ditampakkan kepada Musa merupakan jenis Ilmu tersebut.’
Dalam sebuah riwayat Luqman Hakim menasihati
anaknya, ‘Wahai anakku! Tanaman tidak akan tumbuh dengan baik tanpa air dan
tanah yang subur; begitu pula iman tidak akan baik tanpa ilmu dan amal.’

Ilmu Billah/ilmuYaqin ini adalah merupakan
parameter/ukuran keimanan seseorang kepada Tuhan, yang dapat menjelaskan
sesuatu yang samar atau kurang, kerana ilmu ini adalah gambaran luar keimanan,
yang dapat membuka dan menyingkapnya. Walhal iman adalah intipati ilmu yang
menggerakkan ilmu tersebut.Sedangkan ilmu adalah kekuatan dan lidah iman. Lemah
dan kuatnya iman atau bertambah atau kurangnya iman bergantung kepada
bertambahnya ilmu tentang Allah ‘azza waJalla. Dan begitu pula bergantung
kepada kekurangan, kelemahan atau kekuatan pegangan tentang ilmu Billah
tersebut!

Ilmu Billah ini merangkumi Ilmu Iman, Tawhid,
Ma’rifat dan Ilmu Yaqin dan akan selalu menyertai setiap mukmin yang yakin dalam
melaksanakan pokok-pokok keislamannya dengan sebaik-baiknya. Justeru, itulah
maqam dan kedudukan spiritualnya disisi Allah dan seterusnya bahagian diperoleh
dariNya dalam tingkatan SyurgaNya.

Rasulullah bersabda,’ Pelajarilah ilmu
Yaqin, yakni, bergaullah dengan orang-orang yakin dan dengarkanlah ilmu-ilmu
yaqin dari mereka, kerana merekalah Ulama ilmu ini.’
[Muqinin].
Ulama salaf telah berkata,’ Iman itu
telanjang. Bajunya adalah Taqwa; Hiasannya adalah rasa Malu; Dan buahnya adalah
Ilmu.’

Allah juga berfirman, bermaksud:’ Sungguh,
untuk Ilmu itu ditancap dalam hati kalian; hendaklah kalian bersantun
dihadapanKu, bersesuaian dengan akhlak Roh yang suci. Hendaklah kalian
berakhlak kepadaKu dengan akhlak kalangan para Syiddiqin. Dengan demikian Kami akan
menampakkan Ilmu pada hati kalian.’

Lantas, lihat FirmanNya, Q.S.64:11,
bermaksud:

‘ Dan barangsiapa mengImani Allah SWT.
bersungguh-sungguh, maka Dia menunjukki hatinya. Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu.’

Didalam injil tertulis:’ Hendaklah kalian
tidak mencari ilmu jika ilmu tersebut tidak kalian amalkan, sehingga kalian
boleh mengamalkan semua ilmu yang telah kalian ketahui.’

Seterusnya Allah berfirman: ‘Barang siapa
yang mengamalkan ilmu yang telah diketahuinya, maka Allah SWT. akan mewariskan
ilmu yang belum ia ketahui .’

Dengan demikian, orang-orang yang beriman
kepada ayat-ayat Allah, maka Allah SWT. akan menjadikan pendengaran, penglihatan
dan hatinya berguna kepadanya. Dan
sungguh Allah telah menetapkan ilmu pada diri manusia dengan kekuasaanNya,
walau telah meniadakannya sebelumnya!


Dan perteguhkan fahaman dengan Firman
Allah,Q.S. 58:11, memuktamadkan, bermaksud:

‘ Allah akan mengangkat darjat orang-orang
yang beriman diantaramu dan orang-orang yang DIBERI ILMU [ILMU MISTIQ/HIKMAH] beberapa
darjat/pangkat yang tinggi. Dan Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu
kerjakan.’

Sila rujuk tafsir Abdullah Yusuf ‘Ali,
tentang perkataan MISTIQ dalam ayat tersebut! Nah! Dipersilakan! Terbukti juga
kebenarannya, bukan?

Ibnu Abbas telah menafsirkan, berkaitan
dengan soal ini:

‘ Bagi orang-orang diberi Ilmu itu ada
beberapa pangkat diatas pangkat Mukmin yang lainnya. Yakni, 700 pangkat/darjat,
yang diantara tiap-tiap pangkat/darjat itu 500 tahun atau sebanding dengan
jarak langit dan bumi!’

Dikhabar yang lain dinyatakan, ‘ Kebanyakan
ahli syurga berada ditingkat bawah, sedangkan syurga tertinggi didiami oleh Ulu
al-Albab [orang-orang berilmu].’ Yakni, orang-orang yakin dari kalangan
orang-orang beriman yang memiliki keimanan dan ilmu paling tinggi![Ilmu Mistiq]

Rasulullah pernah bersabda,’ Manusia yang
berdarjat tinggi dan dekat kepada darjat Nabi adalah ahli Ilmu dan ahli Jihad.’
Hal ini disebabkan, ahli Ilmu menjadi wadah kepada manusia tentang perkara/risalah
dibawa oleh para Rasul; sedangkan ahli Jihad memperjuang dan menegakkan apa
yang dibawa oleh para Rasul dengan pedang mereka!

Lantas Allah menggaris-bawahi dengan Q.S.39:9,
bermaksud:

‘ Katakanlah, apakah sama orang yang
berilmu dan yang tidak berilmu? Hanya para Ulu al-Albab yang dapat memahami.’

Kerana itu, Allah berfirman:

‘HUM DAROJAATU ‘INDALLAH’ bermaksud:
‘ Kedudukan mereka itu bertingkat-tingkat
disisi Allah.’

Dan lihat, Q.S. 71:14, bermaksud;

Dan sungguh, Dia telah mencipta kamu dalam
beberapa tingkatan.’

Dan lagi, lihat Q.S. 31:15, bermaksud:

‘ Dan hendaklah kamu ikuti jalan orang-orang
yang hatinya kembali kepadaKu.’
Bukan jalan yang lain daripada itu!


9.1 TAKUT [TAQWA] DAN MENCARI
WASILAH

Sila rujuk Firman Allah, Q.S.5:108,
bermaksud:

‘Dan bertaqwalah kepada Allah dan
dengarkanlah [perintahNya].’

Dan lagi, Q.S. 33:70, bermaksud:

‘ Hai orangorang yang beriman, bertaqwalah
kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.’

Dengan demikian, Allah SWT. telah
menjadikan taqwa sebagai kunci bagi ucapan yang benar; pendengaran yang kokoh; iman yang mantap; dan
ilmu yang sarat hikmah! Dan wasiat Allah
kepada umat terdahulu dan juga sekarang, seperti FirmanNya, Q.S. 4:11,
bermaksud:

‘ Dan sungguh Kami telah memerintahkan
kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan juga kepada kamu;
berTaqwalah kepada Allah.’

Ayat diatas adalah merupakan sumber
pemangkin Alquran.

Ada riwayat dari Nabi Isa a.s.: ‘ Bagaimana mungkin seseorang akan
termasuk ahli ilmu dalam perjalanannya menuju akhirat, sementara ia mencintai
keduniaan. Juga bagaimana akan menjadi seorang ahli ilmu, pabila seseorang yang
meminta penjelasan tentang sesuatu ilmu itu hanya sekadar untuk ambil tahu
sahaja dan bukan untuk diamalkan!.’

Seorang ulama Salaf telah berkata, ‘ Aku
dapati orang-orang zaman dahulu banyak mementingkan ilmu Taqwa dan Wara’;
sementara orang-orang selepasnya banyak mempelajari ilmu Kalam [ilmu banyak
mengundang pembicaraan dan perdebatan]. Dalam hal ini Rasulullah bersabda dalam
sebuah hadith, ‘Suatu kaum tidak akan sesat setelah memperoleh petunjuk,
kemudian konsisten terhadap petunjuk tersebut; kecuali setelah mereka mendapat
ilmu perdebatan/perbantahan.’

Seorang ulama Salaf telah berkata, ‘Pada
akhir zaman akan muncul para ulama yang menutup rapat-rapat pintu amal kepada pengikut-pengikutnya;
sebaliknya membuka lebar-lebar pintu perdebatan.’

Dalam sebuah hadits lain Rasulullah
bersabda, ‘Suatu kaum yang diberi anugerah kefasihan lidah dalam berbicara,
maka hal itu hanya akan mencegah mereka beramal.’

Dan lagi,’Sungguh Allah SWT. sangat
membenci orang yang berlebihan dalam berbicara dengan lidahnya [tidak keruan]
seperti pengembala yang berbicara/merungut
pada rumput kering dengan lidahnya.’

Nah! Barangkali anda segera teringatkan
aliran-aliran baru ‘agama’, diNegara kita dewasa ini, tokoh-tokoh dan pendokong
mereka, yang cuba mempamirkan gah, glamour dan ‘ketulenan’ ideologi mereka,
menjual koyok dan bercanang gila, amat licik berhujjah dipentas dan laman
sesawang, untuk tatapan khalayak [‘gullible’] yang pula kontang ilmu dan iman!

Perhatikan:
Imam Ahmad Hambal berkata: ‘ Ilmu adalah
sesuatu yang datang dari atas [ilham] yang diperoleh tanpa melalui pelajaran.
Dan para ulama ahli kalam adalah orang-orang Zindiq.’ Dan berkata seorang ulama
lain, ‘Barangsiapa yang mencari ilmu dengan kaedah kalam, maka ia termasuk pada
wilayah Zindiq.’

Berkata
pula Abu Yazid, ‘ Yang dimaksud dengan Ilmu bukanlah sesuatu yang dihafal oleh
seseorang dari kitab Allah, sehingga jika ia lupa ia akan menjadi orang bodoh!
Namun, yang dimaksud adalah sesuatu yang boleh diperoleh dari Allah SWT.
bila-bila pun ia mahu tanpa dihafal atau dipelajari terlebih dahulu! Itulah
Ilmu Ketuhanan!

Seorang Sahabat berkata: ‘ Suatu hari kami
bersama Rasulullah saw. Baginda mengajari kami tentang Iman [ilmu aqidah];
kemudian baginda mengajari Alquran. Setelah itu, Iman kami semakin bertambah.
Kelak akan datang suatu zaman, dimana orang-orang akan belajar Alquran sebelum
belajar Iman!’
Lihatlah kebenarannya dizaman ini, betapa
ramai yang mengaji, sedikit yang mengkaji, terlebih sedikit yang menyaji! [Ilmu
Aqaidul Iman, Taqwa dan Ma’rifatullah].
Kerana dangkalnya ilmu dan pemikiran;
butanya hati, kontangnya Iman dan ilham, adakah menghairankan kita apabila
dewasa ini muncul pelbagai fahaman, ideologi, dan aliran-aliran yang sesat lagi
menyesatkan? Dan amat mudah, gemuruh dan terus ditelan khalayak! Jika dizaman
dahulu, ada ilmu/amal yang amat diutamakan oleh para ulama, dan keutamaan pemiliknya,
dianggap orang ’alim, diagung, dan dipandang amat terpuji!

Itulah tiada lain adalah Ilmu Taqwa, Ilmu
Yaqin, Ilmu Hikmah atau Ilmu Billah, Ilmu Ketuhanan! Yakni, ilmu yang
mengarahkan seseorang kepada Allah dan mengembalikan kepadaNya. Hal itu hanya
dimiliki oleh orang-orang fakir, zuhud, taqwa, tawakal, takut, rindu dan cinta
kepada Allah SWT. Setetes ilmu ini adalah lebih utama dari segedung amal. Dan
dua rakaat Solat yang dilakukan oleh orang berilmu ini adalah lebih utama dari
seribu rakaat yang dilakukan oleh ahli ibadah!

Dari
Abu Said al-Khudri, Rasulullah bersabda; ‘ Keutamaan seorang ‘alim dibanding dengan
ahli ibadah adalah laksana keutamaanku dari umatku. Dan laksana keutamaan
cahaya bulan dibandingkan dengan bintang-bintang.’ Dan menurut Ibnu ‘Abbas:
‘Seorang ‘alim lebih ditakuti dan dipandang berat oleh syaitan dibandingkan dengan
seribu ahli ibadah!’

Kerana Ilmu Billah termasuk sifat Hakikat
iman dan Hakikat yaqin; yakni perkara paling agung diturunkan Allah dari
langit, tidak dapat ditandingi oleh apa pun dan penentu kesahihan sesuatu amal;
sehingga amal tersebut hanya akan diterima dengan adanya Ilmu tersebut; kerana
ia merupakan ukuran semua amal! Dengan kata lain, apabila suatu amal mengikuti
ukurannya, maka amal tersebut akan diterima dengan baik, sehingga suatu amal
akan menjadi lebih baik dari sebahagian amal lainnya, dan menjadi lebih berat
timbangannya kelak.

Maka
tidaklah menghairankan apabila orang yang beramal seperti itu akan diangkat
darjatnya dan sebahagian mereka lebih tinggi dari yang lainnya. [rujuk semula
Q.S. 58:11] Itulah ilmu arus perdana[mainstream] terdahulu; dan yang teramat malang dan trajis sekali,
akhirnya, menjadi ilmu pinggiran dan
picisan dizaman akhir ini! Astaghfirullah!

Sila perhatikan perintah Allah dalam Q.S.
5:35, bermaksud:

‘ Wahai segala orang-orang beriman! Hendaklah
kamu berTaqwa kepada Allah, dan hendaklah kamu mencari jalan [ wasilah,
wasitah, batu loncatan, perantara] yang akan dapat menyampaikan kamu kepada
Allah; dan bersungguh-sungguhlah [berJihad, TazkiyatunNafs] menempuh Jalan
Allah itu [Tariqah, Suluk], semoga kamu mendapat kemenangan.’

Kenyataan ayat diatas berupa perintah dari
Allah S.W.T. agar manusia merasa benar-benar bertaqwa dan takut kepada Allah;
kerana Taqwa itu merupakan pintu akhirat, sebagaimana pula, hawa Nafsu
merupakan pintu dunia; lantas manusia
bersikap benar, berusaha mencari kaedah dalam peribadatan mereka, cara
bagaimana dapat melonjakkan darjat/status ibadah mereka [istiqamah, ikhlas,
tadharruk dan khusyuk], dan yang dapat
lebih mendekatkan diri mereka sehingga sampai kehaderat Allah dan mendapat
keredaan Allah!

Seperti FirmanNya:

‘ RODHIALLAAHU ‘ANHUM WA RADHUU ‘ANHU.’
Bermaksud;

‘ Allah reda terhadap mereka dan mereka pun
reda[puas] terhadap [limpahan Rahmat]-Nya.’

Jika apa yang dimaksudkan dan dituruti hanya
berkisar kepada amalan praktik biasa dan umum, yakni, hanya memadai Solat 5
waktunya, zikir 33 kalinya tanpa memahami dan melaksanakan Taubatnya, Solat
Wusthonya, Hakikat zikirnya dll, itu semua merupakan kisah dongengan dan perdayaan
terang-terangan! Dengan modus operandi yang diterima-pakai Khalayak masyarakat kini,
sudah berapa ramai manusia yang boleh/berani mengaku telah mendapat tahap
khusyuk dalam Solat dan ibadah mereka? Berapa ramai pula yang telah mencapai
maqam ketenangan hasil dari ibadah mereka? Dan berapa ramai pula yang jujur
mengakui dapat menewaskan hawa nafsu dan kemaruk dunia?
Dan isu paling penting yang mendasari
pegangan dan keimanan seseorang itu; yakni, sudahkah anda mengenali Tuhan Allah
secara tahkik, untuk merasa takut kepadaNya, dan mengabdi diri selayaknya
kepadaNya?!
Tiada hadiah bagi jawapan yang betul!


Hati seorang hamba harus memiliki keinginan
keras untuk selalu merasa takut kepada Allah, dengan sebenar-benar takut!
[bukanla macam takut kepada hantu, takut bini, ibu mertua, rimau, polis dll].
Hendaklah sentiasa takut, dibuktikan dengan Taubat hakiki, kezuhudan yang
tinggi, dan mendekati Allah dengan sebenar-benarnya!
Takut sebegini hakikatnya hanya terhasil
dari pemahaman dan pengetahuan tentang sifat-sifat diri dan Sifat-SifatNya, untuk
mengetahui Dzat Pemilik sifat-sifat tersebut!

Allah mewahyukan kepada Nabi Daud,’ Wahai
Daud, hendaklah kamu takut kepadaKu seperti kamu takut kepada tujuh binatang
ganas.’
Tujuh binatang ganas dimaksudkan bahawa
rasa takut yang dimiliki seseorang didasarkan pada SifatNya yang Perkasa dan
KekuasaanNya, kerana Dia memang benar-benar memiliki Haibah dan Keagungan!
Seperti FirmanNya Q.S. 17:43, bermaksud:

‘ Maha Suci dan Maha Tinggi Dia dari apa
yang mereka katakan; Luhur dan Maha Agung [tidak ada taranya!].

Pada hakikatnya, penyempurnaan Iman itu
adalah Ilmu. Dan penyempurnaan Ilmu itu adalah rasa takut [khauf].

Dzat yang dicintai hanya akan menyiramkan
wadah Cintanya kepada orang yang telah mematangkan hatinya dengan rasa takut;
dan perbandingan antara rasa takutkan neraka dan takut berpisah dengan Tuhan,
adalah laksana setetes air dibandingkan dengan luapan air disamudra luas yang
dalam! SUBHAANALLAAH....

9.2 MENCARI DAN MENDAPAT
KEBENARAN [AL-HAQ]

Sila lihat Q.S. 3:60, bermaksud:

‘ Kebenaran itu dari Tuhanmu, kerana itu
janganlah engkau termasuk orang-orang yang ragu.’

Justeru, manusia menadahkan kedua belah
tapak tangannya bermunajat, saban ketika kepada Allah: ‘IHDINAS SIROTAL
MUSTAQEEM!’ Bermaksud:

‘ Tunjuki aku JALAN yang benar/lurus/tetap.’

Yakni, JALAN orang-orang [ para Ambiyaa,
Aulia, Solihin dan Muttaqin] yang telah Engkau beri nikmat padanya; dan bukan
jalan orang-orang yang Kau murkai [Yahudi] dan orang-orang yang sesat [Nasrani]!

Intisari ayat ini bermaksud, JALAN
KEROHANIAN, JALAN HAKIKAT dan JALAN MA’RIFAT ; kerana jalan SyariatNya telah
ditunjuki Allah dengan sejelas-jelasnya didalam Al-Quran dan Hadits-hadits
Rasulullah, dan terserah kepada setiap manusia itu menela’ahnya! Walhal, JALAN
KEROHANIAN sangat memerlukan Petunjuk Allah dan khidmat Ulu al-Albab bagi
menitip dan membimbingnya!

Dengan demikian Allah berfirman Q.S. 16:69,
bermaksud:

‘ Lalu tempuhlah [suluk] jalan Tuhanmu yang
telah dipermudahkan [bagimu].’

Yakni, jalan orang-orang yang bertindak
sesuai dengan perintahNya; istiqamah dan konsisten untuk berada dijalanNya yang
lurus, yang sentiasa ditegakkan oleh Allah!
Bukankah seseorang dapat menempuh
perjalanan ibadah dan berlaku taat semata-mata keranaAllah?
Dan bukankah kemampuan seseorang untuk
istiqamah dijalanNya, semata-mata kerana upayaNya.
Dan kemudian Dia memujinya dengan
memberikan kemampuan tersebut kepadanya; dan menyifatinya dengan Sifat-sifatNya?
Fahamkan benar-benar permasalahan ini!

Dan lihat Q.S. 22:77, bermaksud:

‘ Wahai orang-orang beriman! Rukuklah,
sujudlah dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung.’

Pastinya, kesemua amalan ubudiah kepada
Allah SWT. itu harus disempurnakan dengan Ilmu pasti yang telah kita bincang begitu
intensif dan panjang lebar; yakni, ilmu petunjuk [huda], ilmu Yaqin, Taqwa,
ilmu hati, ilmu Ma’rifat, ilmu Musyahadah, ilmu Billah dll. Yakni, Ilmu yang
amat sulit diterima khalayak [juga ulama moden yang belajar separuh jalan, atau
yang belum khatam ngajilaa] dewasa ini! Ilmu yang disebut ini, dahulu kala,
adalah dijadikan tujuan/matlamat utama oleh kalangan Salafus-Soleh dan akur bahawa
para Sahabat dan Tabi’in merasa sangat sayang akan hilangnya ilmu-ilmu
tersebut; mereka merasa kebingungan jika ilmu-ilmu tersebut hilang; merasa amat
cemas seandainya ilmu-ilmu tersebut lenyap, lesap ditelan zaman: menurut
penulis, yang dimaksud adalah pada akhir zaman; kemunkinan juga sekarang!

Antara alasan kenapa ilmu Ma’rifat Billah
ini sangat diunggul dan diperhatikan adalah kerana ia merupakan inti ketaqwaan, ilmu
Ma’rifat dan keyakinan, yang merupakan penambahan iman dan buah petunjuk. Andainya,
orang-orang bertaqwa sudah hilang, orang-orang yang takut tinggal segelintir,
dan orang-orang yang mendapat petunjuk tidak ada lagi dimuka bumi ini, maka
akan hilanglah ilmu ini! Kerana ilmu ini dijuang dan ditegakkan oleh kalangan
mereka dan adalah amat terampil, lagi subur pada mereka. Merekalah pemiliknya,
mengajarkannya dan suka membicarakannya; ilmu ini juga merupakan pengukur
perilaku mereka dalam jalan/tariqah yang mereka tempuh serta berusaha keras
menegakkannya dan menyebarkannya! Justeru, mereka seringkali mengeluarkan air
mata ketika mengingatkan keagungan para Sahabat dan Tabi’in berjuang menegakkan
ilmu ini yang kini hanya boleh dianggap seperti nyawa-nyawa ikan! Dan pada suatu
ketika nanti akan menjadi sesuatu yang aneh
dan asing! Dan kelihatan terlebih aneh dan asing lagi bagi saki-baki pengamal
ilmu ini dikemudian hari kelak!

Rasulullah telah pun menyentuh senario ini
dalam sebuah Hadith baginda, bermaksud:


Islam itu bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing seperti semula.
Maka beruntunglah orang-orang asing. Siapakah orang-orang asing itu?’ HR Ahmad.

Pastinya, orang-orang yang bertaubat, sarat
ilmu, iman, taqwa dan beramal soleh, ketika manusia lainnya rapuh atau kontang
dan dibuai-hanyut ilusi, dalam irama dan
alunan kelalaian dan ketidakpedulian! Dan ciri terunggul manusia asing ini
adalah menghidupkan Sunnah Rasul dan Alquran dan mengajarkan kepada
manusia-manusia lain [ummah].

Keadaan begini seharusnya meruntun hati
naluri dan perasaan mereka-mereka yang mengaku sebagai ‘ulama’, mengambil
perhatian dan mengorak langkah kewaspadaan dan keprihatinan, dalam membimbing
masyarakat dan ummah!

10. NATIJAH/SAMARAH DAN FADHILAH ILMU HIKMAH
MAKRIFAT-BILLAH

Bagi kalangan Ariffin, Muqarrabin dan Asyhab-al-Yamin [ yakni,
orang-orang yang selamat yang memperoleh catatan amal dari sebelah kanan],
yaitu, Ahli Ilmu tentang Allah SWT., Ahli pencinta Allah, dan kalangan orang-orang yang takut
kepada Allah, teramat istimewa, kekasih dan dekat kepadaNya. Mereka adalah
DalilNya dan Allah Dalil mereka. Justeru mereka akan mendapat anugerah
kenikmatan dalam berbuat amal soleh, meraih berbagai kurniaan dan keutamaan. Matlamat
mereka hanya Mahabbah Allah, tambatan hati, belahan jiwa dan yang senantiasa
terbayang diruang mata!
Mereka benar-benar memiliki kedekatan/keintiman
yang sangat baik, kenikmatan yang lembut, roh untuk bertemu, kebahagian dalam
membujuk, kenikmatan dalam mengabdi, kegembiraan dalam bermunajat, keasyikan dalam
berkhalwat, keghairahan dan keuntungan dalam berbicara dengan Tuhan Rabbul
‘Alamin!

Anda boleh ikuti, antara pernyataan dan
pembuktian keatas para-para pemilik keilmuan teristimewa ini, diriwayatkan
didalam beberapa hadits Rasulullah, seperti berikut:

1. ‘ Aku pernah mendengar Rasulullah
bersabda: ‘ Allah berfirman: ‘ Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah
orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Aku pun mengingati
mereka.’ HR Abu Daud, dari Amru, dalam Sunannya.

2. ‘ Ketika Rasulullah ditanya: ‘ Siapakah
wali-wali Allah? Maka baginda bersabda: ‘Wali-wali Allah adalah orang-orang
yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.’ HR.Ibnu Abu Dunya
dalam kitab Aulia’.

3. ‘ Pada suatu kali Umar mendatangi tempat
Mu’adz ibnu Jabal ra., kebetulan ia sedang menangis, maka Umar bertanya: ‘ Apakah
yang menyebabkan kau begini, wahai Muadz?’ Kata Muadz: ‘ Aku pernah mendengar
Rasulullah bersabda: ‘ Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka
yang bertaqwa, yang suka menyembunyikan diri; jika mereka tiada maka tidak ada
yang mencari; dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenali [Tak diambil
peduli]. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu/hati.’ HR.
Nasa’i dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah, dari Abdullah Ibnu Umar.

4. Rasullah bersabda: ‘ Sesungguhnya
sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para
Nabi dan para Syahid, namun, kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan
seperti kedudukan mereka disisi Allah SWT.’ Ditanya sahabat: ‘ Wahai
Rasulullah, siapakah mereka dan apakah amal-amal mereka?’ Sabda baginda, ‘
Mereka adalah orang-orang yang saling berkasih sayang dengan sesamanya, meski
pun tiada hubungan darah, maupun harta antara mereka. Demi Allah, wajah mereka
memancarkan cahaya, mereka berada diatas mimber-mimbar dari cahaya, dan mereka
tidak akan pernah merasa takut dan susah.’ Kemudian Rasulullah membacakan
firman Allah yang ertinya: ‘ Ingatlah, sesungguhnya para Wali Allah itu, tidak
ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.’ HR. Abu
Nu’aim dalam Al-Hilya.

5. Rasulullah bersabda: ‘ Wahai Abu
Hurairah, berjalanlah engkau seperti golongan orang yang tidak takut ketika
manusia ketakutan dihari Kiamat. Mereka tidak takutkan seksa api Neraka ketika
manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati
tingkatan para Nabi. Mereka lebih suka berlapar, berpakaian sederhana, dan
dahaga, walaupun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi mendapatkan reda
Allah SWT. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana takutkan syubhahnya.
Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan tubuh badan mereka, namun tidak
tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para Nabi sangat kagum. Sungguh
amat beruntunglah mereka; alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan
mereka.’ Kemudian Rasulullah saw. menangis kerana amat rindu kepada mereka,
lalu baginda bersabda: ‘ Jika Allah SWT. hendak menyeksa penduduk bumi,
kemudian Dia melihat mereka, maka Allah SWT. akan menjauhkan seksaNya. Wahai
Abu Hurairah, hendaknya, engkau menempuh jalan mereka, sebab siapa pun yang
menyimpang dari perjalanan mereka, maka ia akan mendapati seksa yang berat.’
HR. Abu Nu’aim dalam Al-Hilya.

Imam Ali Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i:

‘ Bumi ini tidak akan kosong dari
hamba-hamba Allah yang menegakkan Agama Allah dengan penuh keberanian dan
keikhlasan, sehingga Agama Allah tidak akan musnah dari peredarannya. Akan
tetapi, berapakah jumlah mereka, dan dimanakah mereka berada? Kiranya , hanya
Allah SWT. yang tahu keadaan mereka itu. Demi Allah! Jumlah mereka tidak
banyak, namun nilai mereka disisi Allah sangat mulia! Dengan mereka, Allah
menjaga AgamaNya dan SyariatNya, sehingga dapat diterima oleh orang-orang
seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan Roh keyakinan. Mereka tidak suka
kepada kemewahan, namun senang dengan kesederhanaan. Meski pun tubuh mereka
berada didunia tapi Rohani mereka membumbung tinggi kealam Malakut. Mereka
adalah Khalifah-khalifah Allah dimuka bumi ini dan para Mujjadid dan da’i
kepada Agama Allah yang benar lagi lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada
mereka!’
HR. Dari Al-Hilya.
Dikalangan para kekasih Allah ini, yang
menjalani hidup Ma’rifat, yang didalamnya, hanya terlaksana ibadah ditahap
lebih tinggi, pastinya mengundang dan menghasilkan hidup Karamatullah, hening,
bening, jernih hati dan fikiran; dan dapat melampaui serba-ragam kenikmatan
Syurga duniawi dan ukhrawi Allah SWT.

Tambahan ciri-ciri keutamaan termasuk:
1] Suka
menyingkir keduniaan [Zuhud];
2] Suka yang sedikit dari yang banyak;
3] Sukakan kefakiran dari kekayaan;
4] Sukakan kehinaan dari keagungan;
5] Suka bersendirian;
6] Suka tidak dikenali dari terkenal [glamor/masyhur].

Suatu riwayat dari Nabi Isa a.s., beliau
berkata:

‘ Aku sangat suka kemiskinan dan benci
terhadap harta orang kaya; kerana, dalam kekayaan tersebut mengandungi banyak
penyakit!’ Ketika ditanyakan kepadanya:
‘ Wahai Rohullah! Bagaimana kalau harta
tersebut didapati dengan cara halal?’ Beliau menjawab:’ Mencari harta tersebut
telah membuatkan sesorang lalai untuk mengingat Allah. Dan diantara keburukan
orang-orang kaya bahawa mereka suka
berbuat dosa bagi memperoleh kekayaannya, namun, orang-orang miskin, tidak ada
yang berbuat dosa untuk kemiskinannya!’

Rasulullah pula bersabda: ‘ Golongan faqir
dari umatku akan lebih dahulu memasuki Syurga, mendahului orang-orang kaya
dengan jarak setengah hari, yang setara dengan lima ratus tahun!’

Demikian ciri-ciri manusia pilihan,yakni
golongan Asyhabu-al Yamin , ArifBillah atau Ma’rifatBillah, Faqir atau mereka yang sudah mencapai tingkatan
‘ghina ‘amma siwallah’, yakni, kaya, merasa cukup dengan Allah dan tidak
memerlukan kepada selainNya! Inilah hakikat Faqr ilallah sejati!

Seperti FirmanNya, Q.S.93:8, bermaksud:

‘ Dan mendapatkan mu miskin, kemudian Dia
memberi kecukupan.’

Sungguh amat beruntung bagi orang-orang
yang telah menggapai dimensi Ketuhanan ini, kerana mereka telah
sebenar-benarnya melewati wilayah kelanggengan atau keabadian, seperti layaknya
isyarat dari Firman Allah, Q.S. 9:111, bermaksud:

‘ Sesungguhnya, Allah membeli dari
orang-orang Mukmin, baik diri mereka maupun harta mereka, dengan memberikan
Syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah sehingga mereka membunuh
atau terbunuh.’



Dan lagi, lihat Q.S. 2:154, bermaksud:

‘ Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang
yang terbunuh dijalan Allah [mereka] telah mati. Sedangkan [mereka] hidup,
tetapi kamu tidak menyedarinya.’

Dan perhatikan Firman Allah, Q.S. 19:54,
bermaksud:

‘ Dia membiarkan dua lautan mengalir yang
kemudian keduanya bertemu.
Antara keduanya ada batasan yang tidak
dilampaui oleh masing-masing!’

Sungguh, barangsiapa yang telah meneguk air
‘HikmahKehidupan’ ini, ia tidak akan pernah disentuh bencana, kemusnahan atau
kematian; mereka [ para kalangan Fuqara dan Arifin] ini, berada di-alam
al_haqiqah wa al-qurbah; kerana itulah wilayah karamatullah, mulia, nikmat, selamat,
damai, harmonis, lestari dan abadi!
Fahamkan betul-betul akan persoalan ini!

BAGAIMANA KAEDAH
MENCAPAI DARJAT MULIA DAN UTAMA ITU

Alquran, sebuah kitab mukjizat yang sarat
dengan seribu Rahsia dan Hikmah! Tidak cukup hanya membaca, menghafal, mengalun
merdu teranumnya atau tafsirnya sahaja! Kerana, terlebih dari itu, anda perlu
mentadabbur, merobek dan mentakwil Ayat-ayatnya, secara benar dan saksama,
melalui Hidayah; antara lain:

1]
Q.S. 47:19, bermaksud:

‘ Ketahui olehmu, tiada Tuhan melainkan Allah,
pohon ampun atas dosa-dosa kamu.’

2]
Q.S. 1:6, bermaksud:

‘ Tunjuki aku jalan yang lurus.’

3]
Q.S. 31:15, bermaksud:

‘ Ikutilah jalan orang-orang yang kembali
hatinya kepada Aku.’

4]
Q.S. 5:35, bermaksud:

‘ Wahai segala orang-orang yang beriman!
Hendaklah kamu takut [taqwa] kepada Allah; dan hendaklah kamu mencari jalan
[wasilah, rabitah, perantara] yang akan menyampaikan kamu kepada Allah; dan
bersungguh-sungguhlah menempuh jalan itu [Tariqah, Suluk] semoga kamu mendapat
kemenangan.’




5] Q.S.
29:69, bermaksud:

‘ Dan orang-orang yang berjihad/berjuang
untuk Kami, sesunguhnya, akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami;
dan sesungguhnya, Allah bersama dengan orang-orang berbuat kebajikan/ehsan.’

6]
Q.S. 72:16, bermaksud;

‘ Dan sekiranya mereka tetap diatas
Tariqah[jalan], Kami akan mencurahkan kepada mereka air hikmah melimpah-ruah.’

7]
Q.S. 21:7, bermaksud:

‘ Maka tanyakanlah olehmu kepada
orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.’ Silakan!

PENUTUP

Telah dinukilkan didalam kitab Zabur yang
Allah berfirman, bermaksud:

‘Dan siapakah yang lebih zalim daripada
seseorang yang menyembah Aku kerana Syurga atau NerakaKu. Seandainya, Aku tidak
menciptakan Syurga atau Neraka, tidakkah Aku patut/layak disembah dan ditaati
kerana KetuhananKu?

Perhatikan Q.S. 108:2, bermaksud:

‘ Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan
berkorbanlah.’

Yakni, apabila anda menghadap kepadaNya,
hadapkan dan arahkanlah hati dan jiwamu kepada Allah; maka menghadaplah
kepadaNya dengan keadaan benar-benar fakir, hina dan penuh kehambaan! Dengan
demikian akan wujud pengagungan bagi KeagunganNya!

Oleh
yang demikian, permohonan atau keperluan orang arif kepada Allah adalah dalam
soal kesungguhan didalam ‘Ubudiyah dan penegakan Hak-hak Rububiyah, tanpa
menghiraukan keadaan nasib atau kekekalan dirinya, tiada lain!

Tidak cukup dengan hanya mengatakan, ‘Aku
memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat kepadaNya,’ tetapi tidak memenuhi
Hak-hakNya!

Oleh kerana itu, dikatakan bahawa selagi
seseorang itu memiliki hasrat dan kehendak tertentu, bererti perjalanannya
menuju Allah masih jauh dan terhambat. Kerana semua itu bersumber dari Nafs
yang rendah dalam diri manusia itu. Jika dahulu Rasulullah berperang Sabilillah
terhadap kaum Kufar, namun, selepas itu, Rasulullah mengisytihar perang Sabil
terhadap musuh-musuh ‘Kufur dan Fasiq’ dalam diri kita sendiri, yang disebut dengan
Tazkiyatun-Nafs. Sungguh menakjubkan kerana peperangan diluar dan jauh disana
sudah dibawa masuk kedalam diri kita sendiri! Menang atau tewas bergantung
kepada kehendak dan disiplin diri! Dan matlamatnya hanya boleh dicapai dengan
cara menggugurkan beragam kehendak, keinginan dan permintaan; bijak kendali
diri, berusaha keras agar jiwa dan nafsu tidak menguasai diri, khusyuk dan
istiqamah dalam melakukan penyembahan dan pengabdian. Maka barangsiapa
menghendaki hal ini seharusnya memiliki kemahuan yang keras, berkerja dengan
rajin dan azam yang kuat; membentuk akhlaknya sehingga dapat mendekatkan
dirinya kepada Tuhannya. Hendaklah melakukan banyak amal soleh, tidak bakhil
dan tidak menyibukkan hati dengan pelbagai keinginan, dipinta dari Allah maupun
dari makhlukNya!

Didalam Hadith Qudsy, Allah berfirman,
bermaksud:

‘ HambaKu, taatilah Aku dalam hal-hal yang
Aku perintahkan, dan janganlah beritahu Aku tentang apa-apa yang menjadi
keperluanmu.’

Oleh yang demikian, Allah bertegas melandaskan
dalam Q.S. 25:71, bermaksud:

‘ Dan barangsiapa bertaubat dan mengerjakan
amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang
sebenar-benarnya!’
Dan bakal mewarisi kenikmatan serba-ragam Syurga-syurga
Allah!

Nah!
Walau pada dasarnya Syurga atau Neraka ingin atau boleh anda tawan atau menjadi
matlamat; namun, anda juga berupaya melepasi jangkauan biasa menjadi luar-biasa,
meledakkan potensi, menerjah keluar dari kerangka diri dan menjulang hati-rohani
anda kearah gamitan dimensi Ketuhanan Maha Tinggi!
Menuju kehaderat haribaan Allah Rabbul
‘Izzati!

Justeru, itulah puncak pengabdian
[ubudiyah] kepada Allah Yang Maha Tinggi! Tiada yang lain lagi!

Cermatilah pengertian persoalan ini! Dan
bertanyalah kepada yang Ahli!

Pohonlah Hidayah dari Allah Maha Pemberi dan
Maha Mengasihi!


Telah sempurnalah Kalimat-Kalimat Tuhanmu.’


Dan Allah mengatakan yang sebenar-benarnya, dan Dia menunjukkan jalan yang
benar.’

WABILLA
HIT TAUFIQ WAL HIDAYAH

AMIN
YA ROBBAL ‘ALAMIN!


Rujukan: Alquran-ul Majid, Sirah & Hadits
Pilihan.