AMANAT - PESANAN GETIR DAN AMAT KRITIS
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM
Innaka Antallahu Laa ilaaha illa Anta
Alhamdulillah, Allahumma Solli'ala Muhammadin Abdika wa Rasulika wa ''ala
alihi waazwajihi wa zurriyatihi.
Aduhai Sahabat!
MOGA-MOGA AL-HAQQ.
Moga-moga AL-HAQQ mengejutkan anda dari lena anda, dari kelalaian anda,
dari kejahilan anda dan dari ketidak-pedulian anda!
Moga-moga AL-HAQQ menyedarkan anda akan tempat usul-asal anda. Kemana kita
semua akan menuju dan tidak boleh tidak, kembali kepadaNya, akan berada dan
abadi disana untuk selama-lamanya!
Moga-moga AL-RAQEEB, Yang Maha Pemerhati diatas segalanya, membuka MATA
BATIN anda, membolehkan anda pertama kali melihat dan mengingat apa sahaja yang
telah anda lakukan dan ucapkan, disepanjang jangka hayat anda didunia FANA ini,
yang penuh goda dan pancaroba!
Dan nanti, anda akan ketahui dan senantiasa beringat bahawa anda akan
dipertanggung-jawabkan diatas segala perilaku anda, kecil atau besar, zahir
atau batin, nyata maupun tersembunyi, dahulu, sekarang maupun yang akan datang;
bagi diadili pada HARI PENGADILAN!
Sila anda rujuk Q.S. al-Isra', ayat 36-37, bermaksud:
' Sesungguhnya, pendengaranmu, penglihatanmu, hati nuranimu, dan kesemua
anggotamu akan dihadapkan dan diminta pertanggung-jawaban.
Dan janganlah kamu berjalan dimuka bumi ini dengan sombong, kerana
sesungguhnya, kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan mampu
menjulang setinggi gunung.'
Dan lagi lihat Q.S. 28:77, bermaksud:
' Dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari [kenikmatan] ketika didunia'
Janganlah disalah-ertikan menurut fahaman kebanyakan manusia bahawa hidup
hanya untuk mengejar harta; sebenarnya, anda jangan sampai tidak beramal ibadah
didunia ini, kerana perilaku amalmu didunia ini sahajalah yang akan menentukan
nasib baik-buruk anda diakhirat kelak. Yang terpenting, kesempatan anda untuk
beramal hanya mampu anda perolehi ketika anda masih didunia ini.Anda tidak lagi
dituntut mengerjakan rukun Islam sesudah mati, period! So seize the day, man!
Lihat Q.S.59:19, bermksud:
‘ Dan Janganlah keadaan kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah; lalu
Allah membuatnya lupa kepada dirinya sendiri!’
Dan lagi Q.S.2:281, bermaksud:
‘ Takutlah pada hari [ketika] kamu semua dikembalikan kepada Allah;
kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah
dilakukannya. Dan mereka tidak dizalimi [dirugikan].
Diriwayatkan, seorang UlamaBillah telah menjiharkan suaranya ketika mengalunkan
ayat, ini, lantas kedengaran suara dari langit menegurnya; kerana 4
Djinn/Malaikat telah mati apabila mendengar ayat ini!
Janganlah sampai anda menemui puncak penyesalan, seperti maksud Q.S.6:31:
' Mereka berkata: Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami
itu'
Atau lebih parah lagi, sila lihat Q.S.25:27-29, bermaksud:
' Dan ingatlah pada hari [ketika] orang-orang zalim menggigit dua jarinya
[menyesali perbuatannya] seraya berkata: 'Wahai sekiranya [dulu] aku mengambil
jalan bersama Rasul. Wahai, celaka aku! Sekiranya[dulu] aku tidak menjadikan
sifulan teman akrabku. Sungguh, dia telah menyesatkan aku dari peringatan
[Alquran] ketika [Alquran] itu telah datang kepadaku. Dan syaitan memang
pengkhianat/penyesat manusia!'
Janganlah anda biarkan atau tangguhkan kerja menghitung dan mengambil
peduli akan amal-amal ibadah anda sehingga datangnya HARI HISAB!
Selagi masih didunia ini, disinilah tempat dan masanya anda berbuat
demikian!
LIHATLAH KEDALAM DIRI ANDA; PERHITUNG DAN PERTANGGUNG SELURUH AMALAN ANDA.
Tutuplah Buku Kira-Kira anda!
Satu-satunya jalan selamat hanyalah dengan mendatangi Akhirat secara
suci/bersih dan bebas dari hutang-piutang.
Ambillah manfaat dari pesanan Rasulullah:
' HISAB DIRI ANDA SEBELUM ANDA DIHISAB. TIMBANGI DOSA ANDA SEBELUM
DITIMBANGI UNTUK ANDA.'
2. MUHASABAH [KAJI] DIRI
Muhasabah dan teliti perjalanan
hidup anda;
Imbangi keterlanjuran anda disamping amal-amal baik[ Ihsan] anda;
Lakukan ini semua selagi anda ada upaya, sebelum anda dibiarkan
terjeblos/terperosok keseorangan dilubang gelap bernama liang-lahat!!!
3. AMANAH
Semasa anda hidup didunia, diri anda yang zahir adalah sebagai pemungut
atau penerima faedah nikmat Allah Taala, yang datang kepada anda dari sumber
pelbagai dan serba-ragam. Apa sahaja yang anda terima, pada hakikatnya,
bukanlah hak-milik anda; kerana anda hanyalah berperanan sebagai ' cashier'
yang bertugas mengagihkan apa yang anda terima disamping bertanggung-jawab
sepenuhnya keatas kadar dan sukatan pengagihan tersebut.
4. QADHO', KETENTUAN DAN KEPASTIAN
Seandainya anda enggan menyahut seruan, saranan dan anjuran ini pada hari
ini juga, pastikanlah, esok, pada HARI KEBANGKITAN, anda akan menjerit cemas
meminta pertolongan. Nah, tidak akan pernah ada bantuan yang akan sampai kepada
anda. Kerana, yang pasti sampai hanyalah SUARA KETUHANAN yang datang dari
PERINTAH KETUHANAN, suara dari Yang MAHA PENGHUKUM, PENGHUKUM MUTLAQ, yang
menghukum segala pesalah dan pendosa; menjatuhkan mereka ketahap hina dina! Gema suara
tersebut:
' IQRA' KITAABAKA KAFAA BINAFSIKA ALYAUMA 'ALAIKA HASIIBAA.'
Bermaksud: ' Bacalah kitab kamu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini
sebagai penghisab terhadap dirimu.' [Bani Isra'il:14]
Apakah Tuhan tidak pernah mengutus para Nabi dan Rasul?
Apakah Tuhan tidak pernah mengutus para Pewaris Anbia' bergelar ULAMA?
Apakah Tuhan tidak menurunkan Alquran kepada Umat?
Apakah Tuhan tidak menunjuk kepada anda JALAN YANG BENAR?
Apakah Tuhan tidak memerintahkan anda bagi mengingati dan memujiNya, saban
hari saban malam, malah disetiap helaan nafas dan denyutan nadi anda?
Apakah Tuhan tidak memberi anda cukup masa [24jam] dalam seharian dan
semalaman untuk mentaati perintahNya?
Seandainya anda ingin menunggu sehingga kesaat akhir untuk bertindak, tidak
akan ada manfaat yang akan anda perolehi dari penyesalan dan keinsafan anda
kelak.
Seandainya anda masih enggan dan
menangguh untuk mengkaji dan muhasabah diri anda, ketahuilah, kelak semua pintu
dan jendela akan ditutup rapat, sedangkan anda masih berada diluar!
Jikalau inilah yang berlaku, maka celakalah diri anda, kerana tiada lagi
pintu atau tempat lain bagi anda untuk berlindung diri!
Tiada lagi tempat - bagi anda atau siapa sahaja - kecuali melalui pintu
RAHMAT ALLAH! Pergilah anda melutut dipintu RAHMATNYA; banjirilah airmata
keinsafan dan penyesalan; dan meratap merayulah untuk laluan! Cubalah dan
lihatlah apakah yang menanti disebalik tabir pintu RAHMATNYA!
5. BAHAYA BESAR
Ada 3 bahaya yang senantiasa menghindar dan menghambat anda dari muhasabah
dan mengkaji diri anda, agar anda dapat menghisab diri dan bersyukur kepada
Tuhan anda Yang Maha PEMURAH.
Pertama: KETIDAK-SEDARAN DAN
KETIDAK-PEDULIAN.
Kedua: GELOMBANG HAWA NAFSU TAK BERTEPI ,KEINGINAN DAN
SELERA YANG MENGGELORAKAN EGO, DAN DIRI ANDA YANG
RENDAH.
Ketiga: AKHLAK BURUK [SU'UL
KHULUQ]
Barangsiapa yang dapat menghindar dari 3 jenis bahaya tersebut, INSYAALLAH,
akan beroleh keselamatan dan kesejahteraan diDunia dan diAkhirat.
6. GUNDAH ITU INDAH
Sila anda renungkan sebuah petikan dari Kitab Taurat , berserta pengamatan
penulis seperti berikut:
‘ Allah, apabila mencintai seorang hambaNya, maka Allah mendirikan didalam
hati hamba itu Ratapan dan Rintihan [GUNDAH]. Tetapi apabila Allah tidak senang
kepada hambaNya, maka Allah mendirikan didalam hati hamba itu NYANYIAN YANG
MEMPESONAKAN!’
Pengamatan/bermaksud:
Jika hati kita tidak pernah merasa gundah apabila meninggalkan taat dan
ibadah, namun, merasa biasa-biasa sahaja, apa lagi langsung tidak menaruh
sebarang atau sekelumit perhatian, seolah-olah tidak merasa bersalah dan
berdosa, justeru, ini adalah petanda bahawa yang bersangkutan sudah mulai tidak
dicintai oleh Allah [Baca: Dibenci Allah!].
Ulama Tasawwuf [Billah] mengertikan – Apabila Gundah itu tidak diperdapat
didalam hati, bererti. Hati itu telah mati/hancur! Dan barangsiapa tidak
merasakan rasa Gundah didalam hatinya, bermakna, ia belum pernah merasakan enak
dan manisnya Ibadah.
Jika demikian, maka wajarlah Rasulullah tidak putus-putus dlanda gundah
yang membangun, Gundah yang
membawa kepada perubahan dan kebaikan; disamping
Baginda sering berfikir kepada peningkatan yang lebih sempurna!
Jikalau kita merasa Gundah diatas kekurangan amal ibadah kita, tetapi hanya
cukup sampai disitu sahaja, dan tidak membawa kepada apa-apa perubahan,
penambahan dan peningkatan Iman dan pelaksanaan ajaran Agama seterusnya, maka,
Gundah jenis ini tidaklah membawa sebarang erti atau disebut sebagai gundah
bohong dan dusta! Andai sebaliknya, Gundah hati itu adalah timbul dari
penyesalan yang luar biasa keadaannya, sehingga kita merasa insaf kerananya;
kemudian, Iman kita bertambah, amal ibadah meningkat, maka pastilah, itu adalah
Gundah yang terindah, yang baik dan yang benar! Gundah yang demikian
mendatangkan kemenangan didunia dan diakhirat! Fahamkan betul-betul!
7. TINDAKAN SUSULAN ANDA
Janganlah anda berpendirian bahawa hanya kerana status dan kehidupan anda
sekeluarga merasa begitu selesa, ‘world class’, terjamin ekonomi dan darjat, walau
sehingga 7 generasi/keturunan, aman dan damai, maka anda pun merasa begitu
selamat!Na’uzubillah!
Kerana tidak akan pernah ada manusia yang terselamat, andainya manusia itu
tidak mentaati Allah dan Rasul; sebaliknya hanya akan terjerembab kedalam
kehinaan, kehancuran dan kebinasaan! Fahamkan benar-benar dan yakinlah! Nuktah!
Seharusnya dan sewajarnya, anda menadahkan syukur dan berterima kasih diatas
langkah positif susulan anda, MULAI SAAT INI DAN HARI INI! INSYAALLAH!!!
Lihat Q.S.22:54, bermaksud:
‘ Sungguh Allah Maha Pemberi Petunjuk bagi orang-orang beriman kepada Jalan
yang benar/lurus!’
Lihat pula Q.S.39:22, bermaksud:
‘ Barangsiapa yang Allah kehendaki memberi petunjuk, nescaya Dia
melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah
kesesatan baginya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit,
seolah-olah ia sedang mendaki kelangit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada
orang-orang yang tidak beriman.’
Dan lagi Q.S.3:160, bermaksud:
‘ Jika Allah Menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkan kamu;
tetapi jika Allah membiarkan kamu [tidak memberi pertolongan], maka, siapakah
yang dapat menolong kamu setelah itu? Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja
orang-orang Mukmin bertawakkal.’
Dan lagi Q.S.6:17, bermaksud:
‘ Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepada kamu, tidak ada yang dapat
menghilangkannya selain Dia; dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu maka
Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.’
Dan lagi Q.S.10:107, bermaksud:
‘ Dan jika Allah Menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang
dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah Menghendaki kebaikan bagi
kamu, maka, tidak ada yang dapat menolak kurniaNya. Dia Memberikan kebaikan
kepada siapa sahaja yang Dia Kehendaki diantara hamba-hambaNya. Dia Maha
Pengampun, Maha Penyayang.’
Kerana Allah itu adalah Dzat Mutlaq Yang Maha Pemberi Petunjuk, sekali-gus
juga MahaPenolak, [menurut kehendakNya] maka siapakah yang sebenar-benar
mendapat petunjuk???
Maka tadabburkanlah Q.S.16:37, bermaksud:
‘ Jika engkau [Muhammad] sangat mengharapkan agar mereka mendapat petunjuk,
maka, sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang
disesatkanNya, dan mereka tidak mempunyai penolong.’
Justeru, hanya Allah Memiliki Qudrah dan Iradah, dan keluasan IlmuNya
mengenai sesuatu termasuk tadbir-urus hamba-hambaNya. Berilah asbab kepada
Allah bagi anda mendapatkan Taufiq dan HidayahNya!
Rujuk Q.S.30:4, bermaksud:
‘ Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudahnya!’
Dan lagi Q.S. bermaksud:
‘ Ingatlah, Hak mencipta dan memerintah itu kepunyaan Allah, Maha Berkat Allah,
Tuhan Semesta Alam.’
Dan lagi Q.S.6:102, bermaksud:
‘ Itulah Allah, Tuhan kamu, tidak ada Tuhan selain DIA, Pencipta segala
sesuatu, maka sembahlah DIA; DIA lah Pemelihara sesuatu.’
‘Dan Allah Mengatakan yang sebenar-benarnya, dan DIA Menunjukkan Jalan yang
Benar.’[33:4]
8.PENUTUP
Selawat dan Salam bagi Junjungan Nabi Muhammad, Saiyidil Mursalin, Keluarga
dan Para Sahabat, Syaikhul Aulia’ wal Imam Muttaqim - AMIN!
ALHAMDULILLAH.
TABARAKALLAHU RABBAL 'ALAMIN!!!
TN MADRASATUL BAITUL ADAM, SHAH ALAM. 5/12/2012.