Sunday, November 25, 2012

SILAP PSYCHE



MERONGKAI DAN MEMPERBETULKAN SALAH PESEPSI/PSYCHE ORANG-ORANG MELAYU [TERMASUK 'ULAMA'] TERHADAP IBADAH DZIKRULLAH [TAREKATTASAWWUF]
BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIM

Alhamdulillah, Innaka Antallahu Laa ilaaha illa Anta. Allahumma solli’ala Muhammadin ‘Abdika wa Rasulika wa ‘ala alihi wa azwajihi wa zurriyatihi.
Malu bertanya sesat jalan. Malu berdayung hanyut serantau. Belum duduk sudah berlunjur. Sesat dihujung jalan, baliklah kepangkal jalan. AWWALUDDIN MA’RIFATULLAH. Awal dan pangkal Agama ialah mengenal Allah!
ADUHAI SAHABAT
Berikut penulis berkongsikan pandangan hasil dari rujukan dan pemerhatian berhubung dengan tajuk diatas, berdasarkan jaringan pengalaman dalam bidang Dakwah Agama lebih 40 tahun.

1. PENJENISAN TAHAP PENGHAYATAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP AGAMA ISLAM

i] KUMPULAN JAHIL
Kumpulan ini tidak mendapat asas Islam dan jahil Syariat, lalu terus mengabaikan langsung penghayatan hidup beragama Islam. Yang tidak berpelajaran akan menjalani hidup mereka dengan membelakangi seluruh Syariat Islam. Mereka merasakan hidup tanpa Agama memberikan penuh kebebasan, tiada kekangan, maka apalah perlunya hidup beragama!
Manakala yang berpelajaran dan berkelulusan tinggi, akademik dan profesional terdedah pula dengan kemodenan dan kebaratan [sebab belajar dan berkerja disana]  kebanyakan berfikiran saintifik dan banyak mempersoal dan mempertikai Syariat Islam yang dipandang sinis dan ketinggalan zaman. Justeru, ramailah yang berfikiran bebas [free thinker], menganuti fahaman Kaptalisme, Fascisme, Komunisme, Fanatik, Hedonistik, Liberalisma, Pluralisma, Syiah, Wahabbiyah dan lain-lain. Mereka juga bebas mengamalkan kaedah tuntutan nafsu berjaringan sosial LGBT dsbnya. Ramai juga, terutama yang remaja terpengaruh dengan dakyah agama lain yang mereka lihat lebih moden dan mesra kehidupan zaman cyber yang terkini. Kerana mereka amat mencintakan kebebasan dan berakhlak semahunya.
STATUS: Tidak mempedulikan Rukun Islam yang 5. [Sebab tidak kenal Syariat Allah.]

ii] KUMPULAN FAHAMAN SEDERHANA [AWAM]
Kumpulan ini mendapat asas pendidikan Agama Islam yang agak baik. Walaupun mereka mencuba menjalani kehidupan mereka, berkeluarga dan beribadah dalam ruanglingkup Syariat Islam, namun acap kali juga tersasar kekancah kemaksiatan, lantaran Iman mereka tidak kokoh  kerana tergoda terpedaya oleh keduniaan.  Akan tetapi mereka ingin kelihatan sebagai manusia yang beragama dengan bergaul dengan masyarakat dalam bab-bab muamalah, munakahat dan kemasyarakatan.

Kebanyakan mereka terlalu sibuk mengejar aspirasi dalam perniagaan, politik dsbnya, memburu wang ringgit, kemewahan, pangkat, darjat, kemuliaan, gelaran [DATO' dsb] dan keduniaan, lalu merasakan penghayatan agama mereka sudah mencukupi dan tidaklah perlu memperdalaminya, tapi masih merasa bahagia dan selamat. Namun, betapa ramai yang terjebak dengan khalwat, zina, rasuah profil tinggi dsbnya, walau bergelar Datuk, Pak Haji dan ustaz!
STATUS: Cuba menunaikan Rukun Islam tapi tidak mencapai kesempurnaan, dan cuba berlagak normal.

iii] KUMPULAN ‘ELIT’ AGAMA
Kumpulan ini disamping memiliki asas Agama yang baik dan kokoh, juga memperdalami pendidikan Agama sehingga ketahap sarjana/Phd dsbnya, dalam bidang-bidang Syariat Islam yang tertentu dan kebanyakan mereka menyandang jawatan tinggi kerajaan seperti  Mufti, Qadhi, Ustaz dan lain-lain.  
Kebanyakan mereka pula bersifat taksub dan ujub dengan darjat pencapaian mereka, sehingga tidak ikhlas dalam penyampaian dan dakwah mereka kepada khalayak ramai. Lagi ramai pula yang teruja menjadikan dakwah mereka sebagai kerjaya, mengharapkan habuan imbuhan dari tugasan dan tidak kurang pula yang sanggup berdakwah/berniaga dan menjadi Duta penjenamaan produk!
Penghayatan dan kedudukan/tahap ilmu kumpulan ini hanyalah terhad kepada bidang Syariat Islam yang zahir semata, dan menjauhi/meninggalkan Syariat Batin Islam, yakni, TAREKAT/TASAWWUF/IHSAN.
Namun mereka ghalibnya, beranggapan dan berpendirian bahawa merekalah yang memegang kuasa dan tampuk ilmu Islam sebenar dan hanya golongan mereka sahaja yang berhak dan mampu maragut kebenaran dari kekufuran, sekaligus mampu menyelamatkan umat sejagad!
Ketahuilah bahawa kumpulan ini juga dikenali sebagai Ulama Fiqih atau Ulama Zahir. Mereka menangani sebarang permasalahan secara pengertian zahir tanpa pengertian batinnya. [ Baca: Islam Syariat/Islam eksoterik]. Ambil pengertian puasa, misalnya, jika orang yang berpuasa itu hanya sekadar menahan nafsu perut dan syahwat kelaminnya sahaja, puasa orang itu sudah sah jika menurut Ulama Fiqih. Dimana pengertian batinnya? Sedangkan Hakikat puasa itu adalah bagi melepaskan tuntutan Basyariahnya agar berTajallinya Tuhan! Andai puasa begitu masih dianggap berguna, apalah ertinya maksud sabda Rasul yang berbunyi:
‘ Betapa ramainya orang berpuasa yang tidak mendapat dari puasa mereka kecuali lapar dan dahaga.’
Begitulah juga dengan ibadah lain seperti solat, andai kata sudah lengkap syarat dan rukun pelaksanaannya, hatta tidak mencapai tahap ‘khusyuk’ didalamnya sekalipun, hukum Fiqh menetetapkan solat itu sah!
Dan begitu juga dengan ibadah Haji. Walaupun tidak mengerti hakikat semua rukun-rukun Haji, terutama hakikat Wuquf diArafah [rukun terpenting mencapai Hakikat batin Haji,[ baca: Arafah = maqom ma’rifatullah], kedua, tidak pula tahu memasuki Maqom Ibrahim [Rohaniah], bagi mendapatkan rasa aman dari keterpisahan dari Tuhan dan ketiga, bila berdepan Ka’abah dan berTawaf, tidak tahu pula kaedah berMusyahadah dengan Tuhan, namun haji itu tetap dianggap sah lagi ‘Mabrur’. Dan begitulah seterusnya..
Sebagai Ulama zahir, mereka meletakkan syarat-syarat lahir itu dengan dalil-dalil yang lemah berbanding dalil-dalil pengertian batin diberi oleh Ulama Tasawwuf atau Ulama Akhirat. Boleh difahami jika mereka memberi taklif yang bersifat ringan dan mudah agar masyarakat awam yang jahil, biasa lalai dan bergelimang dengan dunia pun dapat ditarik perhatiannya dan ditambat hatinya dan kembali menghayati Agamanya. Namun, bagi Ulama Akhirat, sahnya sesuatu amalan itu menurut mereka adalah amalan yang diterima dan diredhai Tuhan, yakni, yang berjaya mencapai tujuan, kerana bersifat dalaman/kebatinan, disucikan dan berpiawaian yang lebih ampuh dan tuntas.. Sesungguhnya, sebutir akal dari orang yang yaqin dan bertaqwa itu adalah lebih baik, utama dan lebih berat timbangannya dari pada ibadah orang yang tertipu, walau sebesar gunung!
Arus perdana dan hala-tuju kumpulan ini, seperti juga kaum Muktazilah dan Wahabbiyah lebih cenderong untuk tidak mempercayai aspek atau sisi kebatinan dalam Syariat Agama Islam. Justeru, dalam ceramah/tazkirah mereka, mereka memilih untuk tidak menyentuh apa jua persoalan dan permasalahan yang berkaitan dengan ilmu TAREKAT/TASAWWUF/IHSAN, seolah-olah ini perkara TABOO, dan pantang nenek-moyang. Andai ada yang berani menyentuh, ia lebih merupakan kecaman, jauh sekali sokongan!
Jika Allah memiliki aspek zahir dan batin, tubuh memiliki zahir batin, penyakit mempunyai zahir batin, maaf juga ada zahir dan batin; tidak terkecuali dengan NAFKAH yang mempunyai zahir dan BATIN, yang menggoda spesis bernama JANTAN! Justeru, pastilah Syariat Islam yang suci juga mengandungi sifat zahir dan batin. Fahamkan benar-benar!
Berkata Saidina Ali Abu Talib, bermaksud:
‘ Barangsiapa yang hanya berSyariat tanpa Hakikat adalah batal; dan barangsiapa yang berHakikat tanpa Syariat adalah sia-sia. Dan barangsiapa yang menggabungkan kedua-duanya, itulah Islam sebenarnya.’
Berkata al-Imam al-Ghazali:
‘ Mal lam yakun lahu nasiibun min ‘ilmi yukhaafu ‘alaihi suu-ul khatimah.’ Bermaksud:
‘ Barangsiapa yang tidak menuntut ilmu Tasawwuf/Ihsan ini , ditakuti atasnya mendapati kesudahan mati yang buruk [tak mendapat husnul khatimah].’
Bagi penjelasan lanjut, sila rujuk kitab beliau, bertajuk ‘al-Munqidh Min adDholal.’
Seterusnya, Syaikhul Akbar, Ibn ‘Arabi, didalam kitabnya yang bertajuk al-Futuhat al-Makkiyyah, beliau menegaskan:
‘ Bahagia yang tiada tandingnya ialah bersama dengan golongan yang menyatukan diantara zahir dan batin. Mereka adalah golongan Ulama ‘bilLlah dan menghayati segala hukum-hukumnya.’

KEUTAMAAN ILMU BATIN DIBANDING ILMU ZAHIR
Haruslah anda mengarahkan pandangan anda kepada Ilmu yang sangat diutamakan dizaman Rasulullah, Sahabat dan Salafussoleh, suatu ilmu diagungkan pembahasannya, dinyatakan sebagai sifat seorang ‘Alim, bermutiara ilmu, dan dipandang sebagai manusia terpuji bagi sipemiliknya. Itulah yang disebut sebagai ilmu Tarekat/Tasawwuf, Ilmu Batin, Ilmu Marifat, Ilmu Akhirat, atau Ilmu ‘Billah’, yakni, ilmu yang mengarahkan seseorang kepada Allah dan mengembalikan kepadaNya. Hal keadaannya, ilmu tersebut hanya mampu dimiliki oleh orang-orang faqir, zuhud, tawakal, Taqwa, rindu dan cinta kepada Allah!
Senada dengan ini Ulama Salaf lebih mengutamakan penghayatan ilmu ini sebagai teras dan pokok ilmu. Setetes ilmu ini lebih utama dari segudang amal; dan dua rakaat solat yang dilakukan oleh orang yang berilmu lebih utama dari seribu rakaat yang dilakukan oleh seorang ahli ibadah. Sila rujuk Q.S.58:11’ bermasud:
‘ Allah akan meninggikan orang-orang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.  Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.’
Ibnu Abbas mentafsirkan ayat diatas sebagai berikut:
‘ Para Ulama [Billah] memiliki darjat lebih tinggi diatas orang-orang beriman sebanyak 700 darjat, dimana jarak diantara dua darjat itu sebanyak 500 tahun.
Seperkara lagi, tentang ilmu zahir yang harus difahami, ilmu zahir tidak banyak memberikan tambahan kepada amal, kerana ilmu zahir tersebut termasuk perbuatan yang bersifat zahir dan termasuk sifat lidah, dan adalah juga termasuk ilmu biasa yang dimiliki oleh kebanyakan manusia.
Sufyan al-Thaury telah mengkategorikan Ulama kepada 3 bahagian. Pertama: Ulama yang mengetahui dan mengenal  Allah SWT. dan perintahNya; Inilah Ulama ideal dan sempurna. Kedua:  Ulama yang mengetahui Allah sahaja.Ini Ulama yang sangat takut [Taqwa] kepada Allah; dan ketiga: Ulama yang mengetahui perintah Allah sahaja,  namun, tidak mengenal /mengetahui Allah. Jenis ini adalah Ulama  ramai terdapat pada akhir zaman, berakhlak jahat lagi buruk. Fahamkan benar-benar!
PELIK TAPI BENAR
Namun, amat malang sekali, kerana kumpulan ‘Elite’ ini sahaja yang 'layak' dianugerahi Tauliah oleh Kerajaan dan yang sentiasa mendepani masyarakat Melayu dengan jenama/brand dakwah mereka [Herd Mentality] yang mereka anggap menepati 'Islam Sebenarnya' [sebiji amalan Rasulullah]. Pada hakikatnya, tanggapan ini adalah meleset dan tersasar!
Janganlah anda termasuk golongan orang-orang  yang lemah daya pemikiran. Golongan ini hanya mengenal kebenaran dengan melihat orang yang mengatakannya, dan bukan mengenal orang dengan kebenaran yang diucapkannya. Mereka mengenal dan menilai kebenaran pada orang, bukan menilai orang pada kebenarannya. Orang-orang yang berfikiran waras akan berpandukan, misalnya, kepada ujaran Amirul Mukminin Saidina ‘Ali ibn Abi Talib k.w. berbunyi:
‘ Ya’rifunal haqqa birrijal, la rrajaala bilhaq.’
Dan lagi,
‘ Laa ta’rifil haqqa bir rijal, bal ‘a’rifil haqa, ta’rif ahlahu.’ Bermaksud:
‘ Janganlah anda mengenali kebenaran melalui orang yang berkata. Tetapi kenalilah kebenaran itu dahulu; nanti anda sendiri akan tahu siapakah ahli kebenaran itu.’
Dengan lain-lain perkataan, anda dengarlah apa yang diperkatakan, anda sendiri boleh menapis dan mengukur samaada perkataan/berita itu benar atau dusta. Tidaklah perlu anda hiraukan dari mulut siapakah ujaran itu dikeluarkan. Hanya orang yang jumud dan lemah akal [ baca:bodoh, bebal, majal, dungu dsb] yang mengenali kebenaran hanya dengan melihat siapa yang bercakap, dan bukan mengenali kebenaran demi kebenaran itu sendiri!   
Rujuklah kepada Nas-Nas sohih yang menyeru dan menggesa umat supaya berhati-hati agar tidak terjebak dengan dakyah Ulama palsu [ulama bu'su'] diakhir zaman, walau kelihatan baik namun sesat lagi menyesatkan. Ibarat musuh dalam selimut, menggunting dalam lipatan, telunjuk lurus kelingking berkait, dan lain-lain. Berhati-hatilah!
Nah! Sekarang jelaslah sudah bahawa setiap ibadah itu mempunyai sisi Syariat dan Hakikat, sisi zahir dan batin, mempunyai kulit dan isi. Kulit maupun isinya, memiliki beberapa darjat, diikuti masing-masing darjat terdiri dari beberapa tingkatan pula. Bagaimana pun semua terserah kepada anda masing-masing untuk membuat pilihan. Sudahkah anda merasa puas, hanya mengecap kulitnya sahaja tanpa menikmati isi malah intipati yang terdalam sekali?!
STATUS: Kumpulan ‘Elite’ ini yang fasih bertaranum, mengalun bahasa Arab, kelihatan alim, wara’ macam orang Arab, terkadang lebih Arab dari orang Arab, namun, hanya menghayati Syariat Zahir Islam semata. Kumpulan inilah yang bergemuruh mengimarahkan setiap sudut, studio, dewan masjid dan dikaca tv saban masa, terutamanya dibulan-bulan Ramadan. Mereka amat disegani dan dipandang tinggi oleh khalayak awam kerana menyangka kumpulan ini adalah sebenar pewaris Nabi/Rasul dan bakal sebagai penghuni Firdausy. Fahamkan benar-benar permasalahan ini!

iv] KUMPULAN 'ULTRA/EKSTREMIS' AGAMA
Kumpulan ini adalah segelintir, eksklusif dan menjadi 'black sheep' Agama. Mereka berilmu mantap, gigih mengamalkan kedua-dua Syariat zahir dan juga Syariat batin Islam! Oleh kerana khilaf pesepsi dan terlebih momokan dari pihak yang memusuhi, kumpulan ini, yang dianggap songsang, tidak mendapat perakuan dari pihak berwajib, malah dilabel sebagai Ekstremis Agama, maka tidaklah menghairankan apabila umat masyarakat sendiri takut, ragu menerima lalu menyingkir dan menjauhi kumpulan ini; kecuali golongan segelintir manusia yang telah mendapat Hidayah Allah.
Kumpulan ini berjaringan sosial bersifat penuh kasih sayang, bersilaturrahim penuh intim terutama dengan lingkungan Ahli-ahli mereka; namun, bersifat husnuzzan, prihatin dan menghulur kasih dan tegar mendoakan kemaslahatan terhadap umat dan seluruh Bani Adam.
Mereka amat mencintai Alquran kerana Alquran itu melakar diri dan peribadi mereka, menghayati  sunnah dan Syariat Islam seluruhnya, melaksanakan hatta, ibadah-ibadah sunnat seolah-olah ia adalah ibadah wajib juga. Namun, cinta mutlak mereka tetap kepada Dzat Wajibal Wujud. Tiada lain!
Kumpulan ini, bila berdakwah tidak menggunakan pendekatan 'Herd Mentality', seperti lazim dan lumrah digunakan ustaz-ustaz arus perdana, yang lebih mementingkan indah khabar dari rupa sebenar, berglamor dan berjenaka! 
Kumpulan ‘Ekstremis’ ini semakin menjadi pupus dan harus ditelan zaman ditengah-tengah ledakan gemuruh kejahilan beragama, gelora kemajuan dan kemewahan hidup dunia dan skala mega keruntuhan hidup tak bermoral zaman kini, sehingga hari akhir.
STATUS: Merekalah pemilik mutlak dan penganut Agama Islam sebenar. Walaupun demikian, tidaklah bermakna bahawa khalayak masyarakat akan bergesa, berduyun berbondong menuju  mencari dan mendekati mereka untuk menuntut Agama. Ini mustahil, kerana majoriti manusia dewasa ini telah menjadi 'BUTA, PEKAK DAN BISU' terhadap Agama. Mereka merasa begitu selamat dan aman dalam zon selesa masing-masing. Jika mahu beragama biar yang ringkas dan santai. Bikin apa repot-repot dan menyusahkan!, ujar mereka. Malah, manusia ini lebih berminat/teruja mengejar perkara-perkara yang akan menguntungkan diri mereka sahaja, yakni, mengumpul harta, mencapai kemuliaan dan kemewahan/kemegahan/berlazatan hidup didunia ini; seolah-olahnya dunia ini  akan kekal selama-lamanya dan begitu jugalah dengan mereka , berprasangka, yang tidak akan mati-mati atau binasa! Jangan tertipu!  

2.] PESEPSI/TANGGAPAN TERHADAP AMALAN DZIKRULLAH
Majoriti masyarakat Melayu, termasuk ‘Ulama’ hanya terdedah kepada amalan ibadah dzikir, yang lazim dilakukan selepas Soat, berwirid dan membaca sebanyak 33 kali tasbih tahmid dan tahlil. Selain itu terdapat pula majlis-majlis qiyamul-lail, membaca surah Yasin secara berkumpulan dimajlis-majlis Tahlil, kenduri, solat berjemaah, kematian dan sebagainya. Dilakukan pula dalam berwudhuk. Umum majoriti masyarakat Melayu mengetahui dan menerima amalan ini sebagai ibadah dzikir yang lazim dan mendapat pahala bagi yang melaksanakannya.Tiada lagi kaedah dzikir yang lain selain ini dalam masyarakat Melayu. Itulah tanggapan mereka!
Justeru, mereka tidak sedia dan tidak dapat menerima wujudnya kaedah amalan dzikir selain dari yang tersebut. Mereka dengan mudah menolak, menyingkir dan melontar dakyah, cemuhan dan kecaman kepada pihak pengamal Tarekat/Tasawwuf yang ruang lingkup kehidupan mereka itu adalah berpaksikan dzikrullah. Lantaran itu, dengan sebab-sebab kesamaran dan kejahilan, Masyarakat seolah-olah mencipta perasaan benci, meloya dan juga trauma, pabila perkataan dzikrullah dan Tarekat/Tasawwuf  diucapkan. Ini adalah suatu bukti bahawa manusia itu umumnya, sedia menjadi musuh kepada apa yang ia tidak ketahui dan fahami!


Lantaran itu terciptalah kata-kata sindiran, sinis dan juga ancaman dari mulut masyarakat Melayu, tidak terkecuali ‘Ulama’, yang gah mengatakan bahawa kita orang Melayu mesti maju membina diri dan modal insan dan gigih mengejar kemajuan. ‘Tak kan nak berzikir saja 24 jam atas tikar sembahyang!’, ujar dan ejek mereka. [OMG! You have no idea, if only you knew!].
Ungkapan-ungkapan sinis sebeginilah yang lebih bersifat meruntuh dari membina, dan amatlah dikesali! Seolah-olahnya, perintah Allah yang menyeru manusia berzikir sebanyak-banyaknya itu [lihat Q.S.Al-Ahzab: 41] adalah picisan, gurauan dan mainan! Ini menunjukkan betapa hati-hati yang menyangkal itu sudah tenat, kronik dan sarat kemunafiqkan! Fahamkan benar-benar!
Ketahuilah bahawa ibadah dzikir itu adalah amalan teramat besar dan mulia. [rujuk Q.S.Angkabut:45]. Tidak seperti amalan kebanyakan manusia seperti duduk dimeja minuman keras, meja judi, reality show, jomheboh, jomgegar, guna-khidmat KTM [kuda,toto,magnum], dan majlis-majlis berpeleseran sosial yang lain-lain. Anehnya, majlis-majlis yang ini tidak pun mendapat sindiran maupun kecaman dan kutukan dari masyarakat amnya, termasuk juga dari ‘Ulama’, yang berperanan sebagai  penjaga moral/akhlak masyarakat!?

3] ASBAB DAN PENYELESAIANNYA
Atas kemelut kekhilafan dan ‘psyche’ atau minda masyarakat Melayu yang lebih suka bertaklid sahaja, diburukkan lagi oleh ‘Ulama’ arus perdana, yang selama ini tidak cenderong mendedahkan kebenaran hakikat ilmu Tarekat/Tasawwuf yang berkedudukan tinggi, yakni, amalan para ambia’, wali-wali dan Salafus-soleh; masyarakat Muslimin harus ditekankan dan didorong supaya mengupaya dan menjurus kearah kebenaran ini bahawa ilmu Tarekat/Tasawwuf serba melengkapi ilmu Syariat yang sedia mereka miliki itu. Tetapi, Ilmu Syariat sahaja tidak akan pernah melengkapi ilmu Tarekat/tasawwuf! Ilmu yang sempurna ialah Ilmu Syariat yang diliputi dan dimurnikan dengan fahaman dan penghayatan secara Rohaniyah dan Sufiyah. Ketahuilah, Ilmu Tasawwuf sahaja yang mampu membenteras penyakit kronik yang kini melanda umat dan mentransformasi setiap diri agar menjadi umat ‘modal insan’yang berpribadi tinggi, unggul, cemerlang dan diredhai Tuhan, seperti umat dizaman Salafus-soleh! Fahamkan benar-benar!
Adalah belum terlambat jika Masyarakat Muslimin Melayu diNegara ini dididik dan diajar semula tentang ‘ISLAM SEBENAR’, dan perlu wujudnya pihak yang berupaya menjernihkan ‘psyche’ mereka yang dangkal, bertaklid dan bersangka buruk terhadap sesuatu yang belum mereka fahami. Tanpa penjelasan, perincian, penjernihan dan pencerahan yang dimaksudkan itu, masyarakat Melayu akan terus tinggal lesu, jumud dan jahil dan akan terdedah kepada ‘ism’ atau fahaman-fahaman baru, sehingga ada yang menyangka bahawa ‘Syiah’,Hadhari’ dan Wahabbi adalah Agama baru!
Mereka juga harus didedahkan tentang pengertian amalan Dzikrullah, tentang kepentingannya, kebesarannya dan kehebatannya, seperti diFirmankan Allah, Q.S. al-Ankabuut:45, bermaksud:
‘ Dzikrullah adalah amalan teramat besar.’

Allah Taala memerintahkan umat Islam agar melaksanakan amalan Dzikrullah SEBANYAK-BANYAKNYA, [bukan sikit-sikit atau lebih kurang je], rujuk Q.S.al-Ahzab:41-42, bermaksud:
‘ Wahai umat yang beriman! DZIKIRLAH [ingatlah] kepada Allah sebanyak-banyaknya! Dan bertasbihlah kepadaNya diwaktu pagi dan petang,’
Dalam pengertian HAKIKAT, amalan dzikirullah yang tersebut diatas, sebenarnya, dilaksanakan secara kebatinan dan kerohanian, [baca: amalan ini tidak dijelaskan dalam kitab-kitab Fiqh, maaf] Amalan ini pula adalah bersifat berkekalan dan berkepanjangan [timeless/endless]. Dan amalan ini juga dilaksanakan dalam keseluruhan hidup manusia itu didunia ini maupun diakhirat. Titik.Noktah.Period!
Seperti FirmanNya Q.S. Ali Imran:191, bermaksud:
‘ Orang-0rang yang mengingati Allah [berdzikir] ketika berdiri, duduk, maupun berbaring.’
Pada Hakikatnya, Qalbi/Hati yang benar, suci, bersih dan ikhlas sahaja [seperti saranan/kaedah Tasawwuf] yang akan mampu dan berjaya melaksanakan amalan ibadah dzikir jenis ini. [Believe u me!], Qalbi yang sebegini, tiada akan pernah tidur atau mati; dan senantiasa berada didalam ‘Solatandaaimun’ dan ‘dawaamuDzikri.’
Maka barangsiapa yang memiliki Qalbi/Hati dan amalan seperti ini, bererti, adalah senantiasa, berkekalan dan berkepanjangan dalam khidmat dan ibadah kepada Allah,[baca: meraih LailatulQadar] hatta, dalam keadaan tidur atau jaga, malah, dalam keadaan apa jua sekali pun! Sila bertanya kepada Ahlinya!   
Bagi mereka-mereka yang berkenaan, khidmat dan ibadah bersifat kerohanian ini adalah keseluruhan hidup mereka. Mereka tidak akan pernah ambil peduli, walaupun seluruh umat dunia terusan berpesta dan bertemasya dengan konsert JomHeboh, karnival Gegar, dsbnya; kerana Allah telah berFirman, Q.S. al-Hadid:16, bermaksud:
‘ Belumkah sampai waktunya bagi orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka berdzikir kepada Allah.’ Dan lagi Firmannya bermaksud:
‘ Ucapkanlah [katalah] Allah sahaja, dan biarkanlah mereka dalam keadaan leka dan bermain-main.’
Dan lagi Firmannya, Q.S. 70:42, bermaksud:
‘ Maka biarkanlah mereka tenggelam dan bermain-main [dalam kesesatan] sampai mereka menemui hari yang diancamkan kepada mereka.’
Dan sila rujuk dan fahami maksud Firman Allah Q.S.59:19:
‘ Dan janganlah keadaan kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah membuat mereka  lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang Fasiq.’
Apakah kita kekurangan para Hafiz atau Mufassirin bagi mentakwilkan ayat diatas bahawa andai kita lupa kepada Allah [ baca: tidak mengingat/tidak berzikir], maka kita dihukumkan sebagai orang-orang  Fasiq; dan apabila mati kenerakalah terlebih dahulu! Sila fahamkan benar-benar dan jangan anggap ini perkara remeh dan titik-bengik! Adakah kekhilafan atau dosa yang lebih besar dari tidak mengenal Allah, tidak mentauhidkan/menunggalkanNya, atau tidak langsung merasai Allah itu Maha Wujud; kerana, yang wujud hanya syahwat dan hawa nafsu tak bertepi yang asyik memperkuda diri, sampai kemati! 

4. DZIKRULLAH DAN SOLAT
Ketahuilah bahawa jalinan antara dzikrullah dengan solat adalah ibarat aur dengan tebing, ibarat kuku dengan isi, sealun seirama, bak lagu dan irama dan tidak akan pernah ada keterpisahan!
FirmanNya bermaksud: ‘Dirikan Solat bagi mengingati Aku.’
Solat dianggap telah mencapai tingkat kesempurnaan apabila kedua-dua elemen diatas bertemu dan seiringan, seluruh aspek badani/jasmani maupun rohani, berMi’raj dan berMa’rifat kepada Allah S.W.T.
Antara jenis-jenis Solat yang disebut Alquranul Karim, harus mendapat perhatian dan juga diamalkan adalah seperti berikut:
i] Solat Waktu
ii] Solat Hasyi’un
iii] Solat Yuhafizun
iv] Solat Wustho
v] Solat Daaimun
vi] Solat Munfaridun
Sila bertanya kepada Ahlinya!
 Sayugia ditegaskan disini bahawa sesuatu bangsa tidak akan pernah mencapai Tamadun dan berdiri teguh dan megah, melainkan dengan tinggi Ilmu, tinggi luhur budi pekerti dan mulia Syahsiah diri pribadi umatnya!
Allah berFirman, bermaksud:
‘ Sesungguhnya Solat mampu mencegah seseorang dari melakukan perkara-perkara mungkar.’
Demikianlah, dengan hanya mencapai ‘Hakikat Solat’ yang sebenar sahajalah yang mampu membawa seseorang Muslim secara terpimpin keTorik [jalan] Allah yang HAK dan benar, secara jelas, tuntas dan muktamad!
Segala kurnia yang telah anda gapai dan capai masih dianggap sekelumit [small mercy], melainkan Kurnia Mengenali DzatNya yang Maha besar dan Maha Tinggi!!!

AMIN YA RABBIL ALAMIN
TABARAKALLAH
WABILLAHIT TAUFIQ.

29.7.2012. MADRASATUL BAITULADAM, SHAH ALAM, MALAYSIA.