Tuesday, February 12, 2013

BAHANA INGKAR



SIFAT INGKAR, ANGKUH, LALAI DAN LUPA SEBAGAI HAMBATAN DAN HIJAB BESAR MENGHALANGI HAMBA MENGENALI DAN BERKASIH-KASIHAN DENGAN TUHAN.
ADUHAI SAHABAT!

BISMILLAA HIRRAHMAA NIRRAHIIM
Alhamdulilah. Innaka Antallahu Laa ilaaha illa Anta. Allahuma Solli’ala Muhammadin ‘Abdika wa Rasulika wa ‘ala alihi waazwajihi wa zurriyatihi.

  1. INGKAR, ANGKUH, LALAI DAN LUPA.
Kerana ingkar dan angkuh, justru, enggan sujud kepada Adam, Azazil, Penghulu segala malaikat, bertukar menjadi Iblis. Hapus, habis kikis tujuh puluh ribu tahun darjat pengabdian kepada Tuhan!
Kerana lalai dan lupa, justru menjamah buah terlarang, Adam dan Hawa lalu diusir keluar Syurga turun kedunia! Beratus tahun  air mata membanjiri rintih keinsafan dihati penuh luka, meratapi dan memohon taubat maghfirah dari Tuhan Maha Esa! Kerana noda masih ada, tiadalah yang layak mendiami Syurga!
Demikian pula, segala manusia yang ingkar, angkuh, lalai dan lupa akan dihalau keNeraka! Yang ingkar dan angkuh adalah Kafir; dan yang lalai dan lupa adalah Munafiq! Jika yang Kafir itu jelas sifatnya, namun siMunafiq penuh penyamaran, sarat kepura-puraan, ibarat talam dua muka! Namun, Rasulullah telah memberi gambaran tentang sifat-sifat mereka, yang umum mengetahuinya! Justru, siapakah siMunafiq ini, adakah mereka terdiri dari orang-orang dizaman Rasul sahaja, seperti Abdullah bin Ubay?Tidak!! Mereka sebenarnya berada dikalangan kita semua! Nah! Tidak peduli samaada manusia itu zahirnya, Islam, bersolat, berpuasa, berzakat atau bergelar Tuan Haji, andai ia lalai dan lupa [Munafiq], ia tetap dihalau kelubang Neraka! Sila lihat Q.S.4:142 & 145, bermaksud:
' Sesungguhnya, orang-orang Munafiq itu hendak menipu Allah, tetapi Allah-lah yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk bersembahyang, mereka lakukan dengan malas. Mereka bermaksud riak [ingin pujian didepan manusia]. Dan mereka TIDAK MENGINGAT ALLAH, melainkan SEDIKIT SEKALI. Sungguh, orang-orang Munafiq itu [ditempatkan] pada tingkatan yang paling bawah sekali dari Neraka. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.'
Dalil diatas adalah jelas bahawa Allah menyelar  dan menggelar manusia yang lalai dan lupa itu sebagai Munafiq. Terlebih berat lagi jika manusia itu ada sedikit ingatan atau tidak mengingati langsung akan Allah Jalla waAzza. Sila lihat Q.S.18:24, bermaksud:
' Dan sebut dan ingatlah [Dzikir] akan Tuhan kamu, ketika kamu lupa.'
Sebaliknya, orang-orang yang khusyuk dalam solat mereka dan tidak bersikap lalai; mereka inilah yang berbahagia dan beruntung, seterusnya memasuki Syurga Allah S.w.t. Lihat firman Allah Q.S. 23:1 & 2, bermaksud:
' Beruntunglah orang-orang beriman yang mana sembahyang mereka khusyuk.'

  1. KHUSYUK
Khusyuk, pada hakikatnya bermaksud, banyak mengingati Allah, tawadhuk berserta penuh tumpuan, justru, Allah berfirman Q.S.20:14, bermaksud:
' Dirikanlah Sembahyang bagi mengingati Aku.' 
Tuntas sekali, Allah S.w.t. menyeru dan memerintahkan agar manusia itu BANYAK-BANYAK mengingatiNya [berdzikrullah], sepanjang masa, setiap ketika, yakni, berdzikrullah berkekalan dan berkepanjangan! Rujuk firmanNya Q.S.62;10 dan Q.S.3:191, bermaksud:
' dan INGATlah Allah [berdzikrullah] SEBANYAK-BANYAKnya agar kamu beruntung.'
' yakni, orang-orang yang MENGINGATI Allah [berdzikrullah] ketika mereka berdiri, duduk maupun dalam keadaan berbaring.'
Tergolong juga dalam kategori pilihan Allah ialah mereka-mereka yang Allah sendiri menggelar sebagai Rijalullah [‘Lelaki’Allah] seperti firmanNya, Q.S.24:37, bermaksud:
‘ Para Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual-beli, dari MENGINGATI Allah, melaksanakan solat dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang [Hari kiamat].’
Sebaliknya, orang-orang yang tidak khusyuk dalam solat mereka, yang sedikit-sedikit mengingati Allah, ‘penipu’, bersifat malas dan riak, malah kes teruk lagi, yakni, lalai dan lupa samasekali mengingati Allah S.w.t. , meskipun mereka itu terdiri dari golongan berdarjat bangsawan, berjawatan tinggi, hartawan, tokoh ilmuan tertinggi dan tersohor, bertitle dan berjenama [world-class], dan pakar-pakar motivasi dan Ustaz-ustaz yang hebat; jika lalai lupa dan tidak pandai mengingati Allah, sebagaimana yang Dia kehendaki; maka, jangan haraplah akan mendapat  UNDANGAN dari Allah S.w.t., sebagaimana firmanNya Q.S. 89:27-30, bermaksud:
' Wahai jiwa yang tenang/tenteram! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah kedalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam Syurga-Ku.'   
Sekali lagi, hanya orang-orang yang khusyuk dan berjiwa Mutmainah/tenang yang akan diundang masuk keSyurga Allah; yakni, para-para Ahli Musyahadah dan Mukasyafah [Arifbillah], orang-orang yang berkasih-kasihan dengan Allah, orang-orang yang bersama-sama/ berserta  Allah, dan orang-orang yang redha meredhai dengan Allah S.w.t. Justru, pilihlah mana-mana Syurga yang disukai, sesuai dengan maksud firman Allah tersebut!
Disisi yang lain adalah golongan yang dinyatakan Allah didalam firmanNya, Q.S.10;7-8, bermaksud:
‘ Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan [tidak percaya akan] pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan [kehidupan] itu, dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat [Kami], mereka itu tempatnya di Neraka kerana apa yang telah mereka lakukan.’
Hikmah dari ayat ini, pada esensinya, seseorang yang tidak mampu menggapai Liqa [pertemuan] dan Qurb [kedekatan] dengan Allah S.w.t. dalam kehidupan ini, justru, ia tidak akan dapat meraih pertemuan itu dalam kehidupan Akhirat kelak. Fahami benar-benar!
Dalam hubungan yang sama, perhatikan pula hadits Qudsy, yang turut mendokong Hikmah diatas, bermaksud:
‘Man ahabba liqaallah, ahabballahu liqaah’ berbunyi:
‘Barangsiapa yang senang [cinta atau rindu] bertemu dengan Allah; Allah pun senang [cinta atau rindu] bertemu dengannya.’
JANGAN, sekali lagi, JANGAN bersikap seperti majoriti umat Islam, rindu dendam mereka hanya terarah kepada memperoleh pahala bertimbun dan menemui/memasuki Syurga Allah sebagai prioritas utama! Namun, sila tunjukkan bukti pernyataan, anda benar-benar menyintai Allah; kasih untuk menemuiNya dan mencari keredhaanNya; kerana Dia yang memiliki segala pahala; Dia yang memiliki Syurga; malah, Dia Pemilik segala-galanya! Carilah KEMURNIAN dan KEIKHLASAN dalam ibadah. Fahamkan benar-benar!

  1. DEBAT LANGIT DAN BUMI
Pada sisi yang lain, seharusnya, kita mengambil 'iktibar dari Ilham perdebatan sengit diantara Langit dan Bumi, seperti berikut:
Langit: Hai Bumi! Apakah yang ada pada engkau?
Bumi: Ya, aku mempunyai tempat suci Baitullah diMakkah, tempat perhimpunan umat Islam sedunia, tempat bertawaf, bersa’i,  wuquf diArafah, tempat melontar, korban dan sebagainya. Justru kenapa?
Langit: Aduuh, tahukah engkau aku memiliki lebih lumayan dari itu! Aku ada BaitulMa’mur, Qalam, Loh Mahfudz, Arash dan Kursy, maka, aku nyata lebih hebat dari engkau!
Bumi: O O Langit, ternyata engkau memang sangat ‘tinggi’ lagi angkuh pula! Kalaulah bukan angin yang menahan engkau, pasti engkau akan jatuh tertiarap keperutku. Kau juga ada kelemahan! Kau cuba menghirup segala jenis air melangit kedada engkau, namun, setiap ketika, kau tidak mampu menahannya lebih lama, lalu jatuh turun juga sebagai air hujan; meresapi segenap liang permukaanku, menyubur dan menumbuhkan pelbagai tumbuhan hijauan, kembang mekar dan bebuahan meranum yang menjadi sumber rezeki kepada segala makhluk yang melata diatasku. Ini adalah ihsan! Lihat pula, setinggi-tinggi mertabat Insan akan bersujud diatasku juga. Pernahkah kau melihat Sang Matahari dan juga Rang Bulan pun turut bersujud pula? Malahan, Baginda Rasulullah, Insanul Kamil [Insan Sempurna] juga wafat dan bersemadi didalam perutku. Apakah kau juga terlupa bahawa Nabi Adam, insan pertama dicipta Allah S.w.t dicipta dari anasir yang empat, dan aku adalah salah satu dari anasir itu! Nah! Apa hal lagi dengan engkau? Jawablah!
Justru, langit lantas mengaku kalah.
Langit: Astaghfirullah..harap maafkanlah aku atas keterlanjuran diriku! Aku bertaubat kepada Allah! Setinggi-tinggi aku pun boleh jatuh juga. Barulah aku sedar bahawa kita tiada beda, kerana kita sama-sama dijadikan Allah. Kelebihan engkau ada dan kelemahan aku pun ada! Jika sebelum ini aku tidak mengenali Allah; nah, sekarang aku sudah pun mengenaliNya! Tiadalah kelebihan aku dan tiada pula kekurangan dirimu. Nasib baik juga angin tidak menyebelahi engkau, nescaya tertiaraplah aku!
Demikianlah perumpamaan bagi manusia yang bersikap angkuh dan bangga diri! Kerana didorong oleh ketaksuban diri dan Hawa Nafsu luar batasan, manusia ghalibnya suka mendabik dada dan berhidung tinggi walau sudah memiliki ilmu didada, berdarjat Ulama Professor, Syaikh Mursyid atau Alfadhil Ustaz masih sering terjebak dan tergelincir kelembah kerendahan ini. Masing-masing iri membuat persaingan dan perbandingan dengan pesaing, bagi mempamir kehebatan sambil membuka pula aib bagi menjatuhkan lawan. Bukti tragedi ketidak-wajaran dan songsang ini, sila lihat lambakan ‘juru-jual’ Agama, menjual koyok dan kelentong dilaman sesawang sosial media internet zaman kini!
Dari pengalaman, Penulis memberi tiga contoh berikut:
1] Suatu ketika seorang ulama pendatang bermestautin diNegara ini. Penulis memetik satu ujaran beliau berbunyi: ‘ Saya, walau pun berpangkat Ulama Besar, namun jatuh nombor dua diMalaysia; kerana diMalaysia tidak ada Ulama nombor satu!’ 
2] Komentar seorang Ulama terhadap seterunya, berbunyi: ‘ Mereka semua hanya setakat keluaran sekolah pondok sahaja, Guru Sekolah Rakyat, tidak belajar Ilmu Nahu, Mantiq, Bayan, Balaghah, dsbnya; sedangkan saya berkelulusan luar Negara, pass Arab lagi, dan pakar bahasa pula, hmm!’
3] Ujaran yang lain: ‘Ilmu saya paling tinggi dan saya telah sampai, sedangkan yang lain-lain masih teraba-raba dan merangkak-rangkak!’ [sampai keNeraka, barangkali, komen Penulis].
Bagi sesiapa yang masih merasakan kehebatan diri dan ketokohannya dan merasa amat ranggi untuk mendedah dan mempamirkannya, sila perhatikan Q.S. 53:32, bermaksud:
‘ Janganlah kamu bersikap sombong [memuji diri] menganggap dirimu suci. Dia mengetahui siapa sebenar orang yang bertaqwa.’

  1. DEBAT SANG BULAN DAN SANG MATAHARI
Sila ikuti pula debat menarik antara Sang Bulan dan Sang Matahari:
M/hari: Hai Bulan! Tahukah engkau aku lebih besar, lebih bulat kerana tak pernah pun luak atau berkurang, lebih terang benderang dari engkau, walaupun untuk satu hari, satu bulan atau satu tahun. Aku tetap terang benderang dan panas kecuali sesekejap bila ditutupi awan. Malahan, kalau tidak kerana aku-lah, engkau tidak akan menyinarkan cahaya! Jadi, apakah ada kelebihan engkau, aduhai Sang Bulan?
Bulan: O Sang Matahari! Kenyataan engkau memang ada kebenaran! Tetapi, rupanya engkau tak tahu engkau ada bodoh juga! Kerana engkau tidak tahu mengira! Cuba lihat, jika bukan kerana akulah, bagaimana manusia hendak membilang tahun, andai tidak terlebih dahulu membilang aku [bulan]. Perhatikan! Manusia dan unggas tidak pernah merindukan engkau seperti merindukan aku; bahkan hendak memandang wajah engkau pun mereka tak larat, mereka lebih suka mengalihkan pandangan dari menatap wajah engkau yang amat menyeksa itu. Andai ada sesiapa tergamak menatap wajah engkau pastilah mereka ini buta! Bandingkan, terangnya aku, manusia bersuka ria, sedangkan terangnya engkau, manusia berkerja berhempas pulas memburu dunia menjadi hamba! Tetapi, berlainan dengan aku, kedatangan aku sangat ditunggu, dicita-cita dan diintai oleh segenap lapisan manusia. Dari sekecil-kecilnya aku, dan ketika aku bersembunyi, aku tetap diburu, diintai dan dicari disegenap pelosok dunia. Bayangkanlah, seluruh dunia hendak memulakan ibadah pada satu Ramadan terpaksa mencari aku dahulu. Sekiranya aku tak kelihatan, terpaksalah mereka mencari kaedah lain! Apabila usiaku mencecah 15 hari, manusia dan Si-ponggok yang merindukan wajahku akan bergegas keluar menikmati malam yang bermandikan cahaya, kerana ihsan dari kehadiranku. Dan, apabila usiaku matang [cukup bulan], manusia diseluruh dunia, dari penjawat rendahan sehingga kesetingi-tingi jawatan, akan mera’ikan kedatanganku, kerana mendapat gaji dan gratis bagi menyara dan menyambung kehidupan! Cubalah engkau bayangkan, betapa terseksa dan berpeluhnya kebanyakan manusia apabila aku melambat-lambatkan perjalanan usiaku mencapai usia matang 30 hari [cukup bulan]. Mereka akan sering-sering mengeluh dan tertanya-tanya, bilakah gerangan aku akan sampai!
Sang Matahari, lantas mengakui kekurangan dan keinsafan dirinya; sedar bahawa riak dan takabbur bukanlah pakaian si-makhluk; sedar bahawa diatas yang hebat, sebenarnya ada lagi yang Maha Hebat; diatas yang berilmu sebenarnya adalagi yang Maha Tinggi ilmu!

  1. ‘IKTBAR SEEKOR CICAK [CHAMELION]   
Perhatikan pula seekor haiwan bernama cicak kubin yang berpaut gagah dipohon kelapa. Dengan lidahnya dijelirkan, lalu digoncangnya pohon kelapa tersebut dengan sekuat-kuat hatinya! Maka bergoncang kuat dan bergegarlah pohon kelapa tersebut, hanya pada sangkaannya, walhal yang bergoncang kuat semata-mata goncangan dirinya sahaja!
Jika cicak itu seumpama ulama, menjelirkan lidahnya bererti mencemuh dan mencaci-maki  orang lain; menggegarkan pohon umpama mengkotak-katik pegangan orang lain, dan gegaran kuat tidak memberi sebarang kesan kepada sasarannya, melainkan kepada dirinya yang akan merasa lebih hebat, menambahkan keangkuhan dirinya; berakhir dengan binasa diri sendiri kerana dikutuk dan dilaknat Allah S.w.t.

  1. JADI ORANG BERIMAN
Tidak demikian halnya dengan orang-orang beriman! Mereka tidak berbangga, tidak berlagak, tidak takabbur, tidak memfitnah, tidak menghasut, tidak bergunjing,tidak mengadu-domba dan tidak menyakiti orang-orang lain, dsbnya!

Mereka sentiasa beristiqamah, tetap/teguh seteguh-teguhnya; walau digoncang, diancam, dikecam, diulam, difitnah dan diganggu-gugat oleh anasir-anasir lain!
Jadilah manusia ‘Alim Rabbani, ‘Alim Billah dan beriman! Kerana manusia beriman itu adalah seperti tebu:
Ditanam ia manis; dipotong ia manis; dicincang ia manis; digigit ia manis; dikunyah ditelan ia manis; malah, dilontar dan dibuang pun ia tetap manis. Pangkalnya manis; tengahnya manis dan hujungnya tetap manis jua! 

  1. KEMBALI KEPANGKAL JALAN
Malu bertanya sesat jalan. Malu berdayung hanyut serantau. Jika sesat dihujung jalan; kembalilah kepangkal jalan! Sila perhatikan Q.S.50:51-52, bermaksud:
‘ Berlarilah kalian kembali [bertaubat] kepada Allah.’ Kerana Dia sahaja:
‘ yang memiliki kerajaan langit dan bumi. Dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.’
Lihat pula Q.S.42:13, bermaksud:
‘ Allah memilih orang-orang yang Dia Kehendaki kepada Agama Tauhid dan memberi petunjuk kepada [Agama]Nya bagi orang-orang yang kembali [kepada Nya]. Dan lihat lagi Q.S.6:91, bermaksud:
‘ Ucapkanlah ALLAH, kemudian biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatan.’
Lihat Q.S.6:102, bermaksud:
‘ Itulah ALLAH, Tuhan kamu, tidak ada Tuhan selain Dia, Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; Dialah Pemelihara segala sesuatu.’ Dan lagi Q.S.13:30, bermaksud:
‘ Katakanlah! Dia Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Dia; hanya kepadaNya aku bertawakkal dan hanya kepadaNya aku berTAUBAT.’Lihat Q.S.9:112, bermaksud:
‘ Mereka itu adalah orang-orang yang berTAUBAT, beribadah, memuji Allah, mengembara [demi ilmu dan Agama], rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang beriman.’
Ayat diatas menyarankan bahawa pengabdian kepada Agama Allah haruslah didahulukan [wajib] dengan bertaubat!
Lihat lagi Q.S.7:206, bermaksud:
‘ Sesungguhnya orang-orang yang berada disisi Tuhanmu, tidak merasa enggan untuk menyembah Allah dan mereka mensucikanNya, dan hanya kepadaNya mereka bersujud.’

Lihat lagi Q.S.25:73, bermaksud:
‘ Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidak bersikap sebagai orang yang tuli dan buta.'
Cubalah anda fikirkan, sehebat mana sekalipun ciptaan Langit dan Bumi, namun kedua-dua makhluk Allah ini amat meggeruni, tunduk dan amat patuh terhadap Perintah Allah S.w.t. Sebaliknya, apakah manusia itu memikirkan bahawa mereka lebih hebat lalu diberikan hak untuk kufur atau ingkar kepada Tuhan? Sila perhatikan firman berikut, Q.S.41:11, bermaksud:
‘ lalu Dia Berfirman kepada Langit dan Bumi, ‘ Datanglah kamu berdua menurut PerintahKu dengan patuh atau terpaksa.’ Keduanya menjawab, ‘ Kami datang dengan patuh.’
Justru, tadabburkanlah firman Allah berikut, yang telah memutihkan rambut Rasulullah [beruban], ketika diutuskan kepada Baginda, yakni, Q.S. 11:112, bermaksud:
‘ Maka tetaplah engkau [Muhammad] diJalan yang benar, sebagaimana telah diperintahkan kepada mu, dan juga orang-orang yang berTAUBAT bersama mu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan.’
Ya benar! Memutihnya rambut Baginda Rasulullah adalah kerana kecintaan, kebimbangan dan kegusaran Baginda terhadap umatnya, yang sering tidak mampu untuk benar-benar sentiasa menjunjung dan memenuhi Perintah-Perintah Tuhan, tanpa pertolongan Tuhan!
Justru, sesenang-senang perkerjaan adalah jika ditolong Allah; dan sesusah-susah perkerjaan adalah jika tidak ditolong Allah! Singkirkan segala hambatan dan rintangan agar terusan sukses berMahabbah denganNya! Insyaalah!
Maka teruskanlah istiqamah dalam pengabdian kepada Allah. Kembalikanlah segala urusan anda kepadaNya. Jadikan Dia satu-satunya sebagai pengatur dirimu dalam hidupmu; apa sahaja iradahNya atas dirimu, pasrah dan taslimlah! Juruskan Husnudzan seutuhnya terhadap Tuhanmu didalam setiap dan seluruh syakilah hatimu! Sehingga hujung nafasmu: 
‘ dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu keyakinan [kematian].’ Q.S.15:99.
Dan Allah Mengatakan yang sebenarnya dan Menunjukkan Jalan yang benar!’ Q.S.33:4.
ALHAMDULILLAH, WABILLAHIT TAUFIQ.
TABARAKALLAHU RABBUL ‘AALAMIN
Nota kaki: Berbetulan dari peristiwa debat antara Langit dan Bumi, Langit memanjatkan doanya agar Tuhan perkenankan pula Insan Kamil [ Muhammad Rasulullah] mengunjungi dan melaluinya; ini bersamaan dengan apa yang lazim dikenali sebagai Peristiwa Malam Isra’ Mi’raj, pada malam 27 Rejab itu!

09.02.2013. BLOG TN. MADRASATUL BAITUL ADAM, SHAH ALAM, MALAYSIA.