Thursday, February 28, 2013

PERTEMBUNGAN



PERTEMBUNGAN DIANTARA TAMADUN BARAT DAN TAMADUN DUNIA ISLAM, DIPINTAS DAN DITAKLUKI DENGAN MINDA MUSLIM BERHIKMAH.
PERUTUSAN KHUSUS KEPADA 17 JUTA MUSLIM MALAYSIA DAN 2 BILLION IKHWANUL MUSLIMIN SELURUH DUNIA.

ADUHAI SAHABAT:
BISMILLAA HIRRAHMAA NIRRAHIIM
Alhamdulillah wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah wa'ala alihi waazwajihi wa zurriyatihi ila yaumiddin.

1. MUKADDIMAH.
Jika para cendikiauan Barat serta para pak turut setia dan pendokongnya dirantau dan diNegara ini bisa mendabik dada dan bermegah dengan istilah ' LATERAL THINKING'nya, selama ini, yang dipelopori oleh seorang berbangsa Yahudi bernama Edward de Bono, yang mana falsafahnya tidak lebih dari gesaan penggunaan fakulti minda melalui kaedah berfikir secara tepat, cerdik dan maksimal! Beliau tersebut, disamping beberapa lagi tokoh-tokoh Barat tersohor dizaman mereka, yakni tiga dekad yang lalu ataupun lebih, seperti, Peter Drucker, Taylor, Maslow, Lee Iacoca, Henry Kissinger, Ziggler, Steven Covey dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka, dianggap sebagai ‘Guru’ pemikiran moden; falsafah dan methodologi pemikiran mereka dicanang, dikaji dan diapplikasi didalam modul-modul pendidikan diinstitusi-institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia! Ideologi mereka khusus berkait dengan pembinaan modal insan sebagai faktor primer dalam pengurusan dan penambah-baikan sesebuah organisasi. Gelombang pemikiran moden ini merupakan suatu gagasan 'phenomenal' [baca: gelombang/ledakan], ketika itu! Dibidang Sains pula nama-nama tokoh seperti, seorang lagi berbangsa Yahudi bernama Albert Einstein, Stephen Hawkings, dll, juga merupakan ‘genius’ didalam bidang mereka; melalui mereka, berbagai terokaan dan penemuan telah dirintis yang menatijahkan hasil dan ilmu pengetahuan yang tidak kurang menakjubkan! 

2. KEBANGKITAN
Apa yang terjadi adalah seolah-olah gelombang pemikiran Barat tersebut mencetuskan 'renai'ssance' [kebangkitan/pembaharuan] dalam mendepani dan menangani tamadun moden kini. Fenomena ini dibiarkan tercetus oleh kerana tiada atau kurangnya saingan dari mana-mana aliran falsafah atau ideologi pemikiran didunia sebelah sini. Untuk mengimbangi gelombang kebaratan itu, kebangkitan aliran ideologi Islamik harus dijana dan digembeling semula bahkan, secara lebih meluas lagi, agar Hikmah intipati Ilmu Wahyu Ketuhanan bisa disebar dan diterap oleh Ummah sejagad!

3. INTIPATI ILMU
Jika falsafah pemikiran Barat itu diupayakan oleh tenaga kekuatan dan kuasa 'cognitive dan conceptual' minda yang bersifat terhad, cuba anda bayangkan skala pencapaian yang bisa terhasil dari penjanaan pemikiran yang disokong dan didokong oleh Wahyu Ketuhanan yang sarat dan lengkap dengan KEBENARAN [TRUTH], dimaktub didalam Alquranul Majeed, bersumber Loh Mahfudz Ketuhanan!
Sila perhatikan Q.S.10:108-109, bermaksud:
‘ Katakanlah [Muhammad]. ‘Wahai manusia! Kebenaran [Alquran] dari Tuhanmu telah datang kepadamu, sebab itu siapa yang mendapat petunjuk, maka sebenarnya, [petunjuk itu] untuk [kebaikan] dirinya sendiri. Dan siapa yang sesat, sesungguhnya kesesatannya [mencelakakan] dirinya sendiri. Dan aku bukanlah pemelihara dirimu.’ ‘Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah sehingga Allah memberi keputusan. Dia-lah Hakim yang terbaik.’ Sila lihat lagi Q.S.16:102, bermaksud:
‘ Katakanlah, ‘Rohul Qudus [Jibril] menurunkan Alquran itu dari Tuhanmu dengan Kebenaran, untuk meneguhkan [hati] orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri [kepada Allah].’
Lihat lagi Q.S. 13:19, bermaksud:
‘ Maka apakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan Tuhan kepadamu adalah Kebenaran, sama dengan orang yang buta? Hanya orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pelajaran.’
Lihat lagi Q.S. 23:70-71, bermaksud:
‘ Atau mereka berkata, ‘ Orang itu [Muhammad] itu gila.’ Padahal dia telah datang membawa Kebenaran kepada mereka, tetapi kebanyakan mereka membenci Kebenaran!’
‘ Dan seandainya Kebenara itu menuruti keinginan mereka, pasti binasalah langit dan bumi, dan semua yang ada didalamnya. Bahkan kami telah memberikan peringatan kepada mereka, tetapi mereka berpaling dari peringatan itu.’
Dan lihat pula Q.S. 61:9, bermaksud:
‘ Dia-lah yang mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan Agama yang Benar, untuk memenangkannya [penakluk] keatas segala agama lain, meskipun orang-orang musyriq membencinya!’
Justru, adakah sesuatu yang menghairankan bahawa kebenaran ketamadunan kemanusiaan sebenar adalah dicetus dan dicipta didalam tamadun Islam yang dipelopori tokoh terulung, bernama Muhammad Ibn ‘Abd Allah, berbangsa Arab, yang menjadi idola cintakasih setiap manusia yang mengakui menganut Islam sebagai Agamanya! Kepada Baginda diturunkan Kitab Suci ALQURANUL KAREEM, kitab terakhir yang pernah diturunkan Allah Swt., Kitab yang menerjah omongan dan kepalsuan, dan menuntas Kebenaran. Noktah!
Tuntas, tanpa sebarang keraguan, Muhammad Rasulullah Saw, mencetuskan api revolusi kearah ketamadunan dunia Islam, menyemarakkan proses, kepimpinan, kebangkitan dan pembangunan minda Ummah; dengan Alquran dan Sunnahnya, menyebarkan bingkisan dan wacana Islam kesetiap arah untuk kemaslahatan umat sejagad. Misi Islam mekar yang diwahyu Tuhan ketika era kritis 610-632 A.D. sesungguhnya merupakan titik-tolak revolusi minda berhikmah, menatijahkan hikmah, fadhilah dan maslahah amat luar biasa bagi Ummah sejagad! Antara pencapaian cemerlang dari ledakan ini adalah terbinanya integrasi sosial kemanusiaan , bersifat universal yang meluas, dan pertumbuhan akademik dan intelektual keilmuan yang amat pantas diseluruh dunia Islam!
Namun, segala-galanya adalah dengan Iradah dan KeMahabijaksanaan Tuhan MahaPerancang dan MahaPencipta!     
Mengenai Diri Sang Pencipta ini, Dia sendiri berfirman, Q.S. 59:22-24 dan Q.S.57:2-4, bermaksud;
‘ Dia-lah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.’
‘Dia-lah Allah, tidak ada Tuhan selain Dia. Maharaja Yang Mahasuci, Yang Mahasejahtera, Yang menjaga keamanan, Pemelihara keselamatan, Yang MahaPerkasa, Yang Mahakuasa, Yang memiliki segala keAgungan, Mahasuci Allah dari apa yang mereka persekutukan.’
‘ Dia-lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki Nama-Nama yang indah. Apa yang dilangit dan dibumi bertasbih kepadaNya. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana!’
‘ Apa yang dilangit dan dibumi bertasbih kepada Allah. Dia-lah Yang maha Perkasa, Maha Bijaksana. MilikNya-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.’
‘ Dia-lah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.’
‘ Dia-lah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam diatas ‘Arsy . Dia mengtahui apa yang masuk kedalam bumi dan apa yang keluar dari dalamnya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik kesana. Dan Dia bersama kamu dimana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.’
Demikian maha hebat sumber pemangkin[‘catalyst’] dan pencetus percambahan dan kegemilangan keilmuan Islam [Baca:Allah dan Rasul], yang tidak akan pernah dapat ditandingi kemuliaan dan ketinggian ketamadunannya oleh bangsa dan Agama lain dalam sejarah kemanusiaan ini! NOKTAH!!!
Puncak kecemerlangan Islam tersebut menghasilkan 'renai'ssance' [kebangkitan,reformasi] ilmu serba ragam, ketika dunia Barat’ bertatih’ menelosori kewujudan dan kehidupan gelita, dan tandus keilmuan dan syahsiah bangsa dan diri!

4. ERA KECEMERLANGAN DIIKUTI DINASTI PEMERINTAH
Kebangkitan minda keintelektualan dalam mentadbir, memimpin, memerintah dsbnya, telah diterajui oleh Rasulullah dan amat cekap diapplikasi dan dihayati disepanjang tempoh kepimpinan dan pemerintahan Rasulullah dan para Sahabat, Tabi’in dan Tabi’it-Tabi’in sehingga hampir keakhir kurun pertama.Selepas itu, bermulalah pengambil-alihan dan pemerintahan Dinasti Umayyah selama 90  tahun, dan dituruti pula setelah kejatuhannya, oleh Dinasti Abbasiyah, untuk selama lebih 500 tahun! Namun, Dinasti Umayyah, diterajui oleh Khalifah Abd al-Rahman 111, [300-350 A.H.] diAndalusia, Spanyol bertahan sehingga 800 tahun!
Meskipun tercapai kecemerlangan dan kegemilangan ditengah-tengah pergolakan demi pergolakan yang terjadi pada tampuk pemerintahan penguasaan dunia Islam ketika itu, namun, Rasulullah, dalam sebuah Hadits masyhurnya bersabda:
‘ Khairul quruuni qarni, thummallaziina yaluunahum, thummallaziina yaluunahum.’ Bermaksud:
‘Generasi yang paling baik adalah generasi aku bersama para Sahabat, dan kemudian lagi generasi para Tabi’in dan kemudian lagi generasi selepas mereka.’
Tuntasnya, sebaik-baik generasi adalah generasi mereka yang hidup dalam kurun pertama penaklukan Islam, dimana Perlembagaan Islam pertama telah ditubuhkan dan asas keilmuan bersabit Keagamaan, Aqidah Keimanan, Keintektualan, Ekonomi, Politik, Perundangan, Kenegaraan, Syahsiah, Perdagangan, dsbnya, telah dimaktubkan didalam sistem pemerintahan Islam!

5. PENEROKAAN DAN PERCAMBAHAN ILMU DALAM DUNIA ISLAM DAN PERALIHANNYA
Pemerintahan Dinasti Umayyah banyak menekankan tentang pemahaman Agama Islam, mengkaji dan memahami tokoh-tokoh serta perjuangan mereka dalam penyebaran Agama Islam, mengkaji dan mengembangkan pendidikan bahasa Arab dan menebalkan jatidiri patriotisma bangsa Arab. Disisi yang lain, Dinasti Abbasiyah pula amat banyak menyaksikan penerokaan pelbagai bidang ilmu secara meluas sekali oleh tokoh-tokoh dan para sarjana Islam termasyhur, antaranya yang mendatangi dari segenap pelosok dunia Islam disebelah luar negara Arab, sebelah Timur dan Barat. Zaman pemerintahan ketika itu, bersifat lebih terbuka dan menggalakkan immigrasi dan integrasi sosial dan keilmuan secara meluas antara pemastautinnya,yang menghasilkan minda umat Islam yang lebih berhikmah!
Antara bidang-bidang penerokaan dan penemuan tersebut merangkumi bidang Sains, seperti Astronomi, Perubatan, Astrologi, Matematiks, Fiziks, Kimia, Botani, dsbnya. Bidang lain termasuk Falsafah, Musik, Kesusasteraan, Sejarah, Ethiks dan peradaban, Theologi,dsbnya. Antara tokoh-tokoh Sarjana Islam yang masyhur termasuk, Ibnu Sina, Al-Ghazali, Al-khawarizmi, Al-Farabi, Al-Kindi, Al-Biruni, Al-Razi, Ibnu Rushdi, Ibnu Khaldun, Muhammad Abduh, Al-Afghani, Hasan al-Banna dll. Antara tokoh-tokoh Sufisme Islam pula termasuk, Hasan al-Basri, Sufiyan al-Tsauri, Huzaifah Yemeni, Ibrahim Adham, Al-Junaid Bahgdadi, Yazid Bustami, Al-Qadr Jailani, Bahauddin an-Naqshabandy, dll. Dan antara tokoh-tokoh Fuqaha termasuk tokoh 4 Mazhab, Abu Hanifah, Malik Anas, Al-Syafi’e dan Ahmad ibn Hambal.
Apa yang terjadi berikutnya adalah agak ironis, malah 'sardonis', dan telah pun menjadi pusaka sejarah, dimana telah hampir pupusnya gedung keilmuan Islam itu, dengan kejatuhan dua dinasti besar sebelumnya, dan juga berakhirnya dinasti Uthmaniah setelah berkuasa selama lebih satu millenia, lalu berpindah kedunia Barat, dan tercetusnya 'renai'ssance' kebangkitan disana, sehingga kini! Inilah putaran sejarah, yang mana bibit perubahan diakhir-akhir ini, kian dirasai akan menyebelahi dunia Islam semula, setelah hampir 15 abad pemergian Rasulullah; kelangsungan fenomena ini boleh dicetuskan dengan syarat Umat Islam universal, kembali melalui Syariat Allah Zahir dan Batin, menakluki kejahilan, kejumudan minda, menghidup, memahami, mentadabburi, menghayati dan mengapplikasi segala seruan, perintah dan tegahan Allah Swt. Terlebih 'fundamaental' adalah menggarab essensi intipati Alquran dan menyemarakkan Ilmu Alquran dan Wahyu Ketuhanan, diterjemahkan agar menjadi realiti dalam segenap sisi kehidupan mereka!

6. ESSENSI ILMU HIKMAH DARI ALQURAN
Umat Islam haruslah menyedari bahawa essensi ilmu Hikmah sebenarnya adalah bersumber dari Allah Swt.; sarat dimaktub dan diterapkan didalam Alquran, Hadits Qudsy dan Hadits Rasulullah. Ilmu yang pada azalinya tersimpan didalam khazanah perbendaharaan Allah Swt, tanpa huruf dan tanpa suara; dengan Iradah dan Rahmat Allah Swt. khazanah ini dicurahkan kedalam dada Insan termulia bernama Muhammad Saw., yang mana menerusi Baginda tercetuslah  perbendaharaan kata [huruf dan suara] yang akhirnya bisa difahami oleh manusia dan dunia sejagad, melalui lidah dan kedua bibir mulia Baginda!

7. SYARIAT ZAHIR DAN SYARIAT BATIN
Dalam bahasa yang mudah, Syariat Zahir Allah diisyaratkan didalam firmanNya, Q.S.5:48, dan Q.S 45 :18, bermaksud:
' Untuk setiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.'
' Kemudian Kami jadikan engkau [Muhammad] mengikuti Syariat [peraturan] dari Agama itu, maka ikutilah [Syariat itu] dan janganlah engkau ikuti keinginan orang-orang yang tidak mengetahui.'
Syariat Zahir khusus merujuk kepada kaedah bermuamalah didunia dalam ruang linkup kekeluargaan, kemasyarakatan dan kenegaraaan dalam kehidupan, yang keseluruhannya bersifat AD-DEEN!
Disisi yang lain, Syariat Batin Allah, khusus merujuk kepada kaedah bermuamalah didalam amal ibadah kepada Allah Swt.,dengan cara merongkai rahsia-rahsia dan permasalahan didalam seluruh ruang- linkup peribadatan.
Sila teliti firman Allah Q.S.4:113 dan Q.S. 2:269, bermaksud:
' Dan Allah telah menurunkan Kitab Alquran dan Ilmu Hikmah kepadamu [Muhammad], dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum engkau ketahui. Kurniaan Allah yang dilimpahkan kepadamu itu sangat besar.'
' Dia memberikan Hikmah kepada siapa yang dikehendaki. Barangsiapa yang diberi Hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. dan tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang punyai akal/hati sempurna/bersih [Ulul Albab.]'
Ilmu Hikmah ini adalah suatu Ilmu Rahsia Ketuhanan atau disebut ilmu dari sisiNya [Laduni], yang memberi keupayaan kepada pemiliknya memahami Rahsia-Rahsia sulit dari Syariat dan Hakikat keagamaan.
Jelas sekali, Ilmu Hikmah ini, seperti dalil tersebut, adalah Ilmu yang paling tinggi darjatnya berbanding apa jua ilmu yang ada di-alam maya ini. [ Baca: Ilmu Lateral Thinking, Creative Thinking, Quantum Physics, Fusion, Rocket Science; dsbnya!]
Ilmu ini adalah kurniaan Allah kepada segala Nabi, Rasul dan Hamba-Hamba pilihanNya, kerana ia bersifat sangat intim dan pribadi, justru hanya dijawat oleh makhluk-makhluk pilihan.
Demi ketinggian dan kemuliaan darjat ilmu Hikmah ini, Nabi Ibrahim sendiri pernah memanjatkan doanya, Q.S.26;83, bermaksud:
[Ibrahim berdoa], ' Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku Ilmu Hikmah dan masukkanlah aku kedalam golongan orang-orang yang Soleh.'
Setelah menyedari kelebihan yang terhampar dan terdampar, kenapakah umat Islam masih selesa bergelut dalam kedhaifan ilmu dan kejahilan? Sedangkan umat Islam hanya perlu menyibak halaman sejarah silam yang melakarkan kemuncak kecemerlangan bidang keilmuan, kekuasaan dan kekayaan khazanah Ummah, tiada tandingan ketika itu! Walhal, senario kejayaan itu terbukti terhasil dari gagasan memahami, tunduk mematuhi Syariat Islam yang menggunapakai perlembagaan Alquran bagi memacu kelangsungan Addeen kehidupan! Fahamkan benar-benar!

8. DAKWAAN JAHAT PARA ORIENTALIS BARAT
Semenjak dua abad yang lalu, para sarjana Barat telah menaruh minat mengkaji budaya dunia sebelah Timur, terutama budaya dan keilmuan Dunia Islam; sebahagian mereka mendakwa bahawa para sarjana Islam dizaman puncak dan mercu kegemilangannya, bukanlah printis dan peneroka sebarang bidang ilmu. Sebaliknya, ujar mereka, para sarjana Islam tersebut hanya menciplak hasil-hasil karya budaya dari Greek dan Roman Byzantine. Namun, hasil data-data kajian para sarjana mutakhir telah membuktikan sebaliknya. Jelas terbukti sudah, bahawa para Orientalis Barat menyimpan dendam, iri hati dan berprasangka buruk terhadap apa jua kemajuan atau kejayaan silam yang berbentuk atau berbau Islamik! Prejudis ini besar kemungkinan timbul dari emosi dan sentimen pahit yang berkait rapat dengan pertembungan budaya, politik dan Agama zaman silam yang begitu kritis dan maha dahsyat! Sekadar perhitungan, sila teliti scenario-scenario berikut:
  1. Alquran dan Sunnah menjana secara semula jadi, jiwa dan minda Muslim terhadap hikmah keilmuan; justru berlakunya rintisan, penerokaan dan penemuan pelbagai bidang ilmu yang sebelumnya belum ditemukan.
  2. Tercipta bakat, dahaga dan tagihan terhadap pencarian ilmu, tanpa jerih dan letih. Faktor motivasi utama dari semua kejayaan dicapai oleh Dunia Muslim adalah tuntas, berinspirasikan Kitab Alquran dan al-Sunnah Rasulullah Saw.
  3. Terbukti bahawa bidang-bidang saintifik, fiziks, kimia, astronomi, perubatan, matematik, astrology, metafiziks, falsafah, logik, muzik, literari kesusasteraan,  dll, adalah dipelopori oleh tokoh-tokoh Sarjana Islam ketika era kecemerlangan tamadun Islam zaman tersebut. Pusat-pusat dan instutusi pendidikan tumbuh bak cendawan diBaghdad, Kufah, Basrah, Alleppo Syria, Kaherah Mesir, Cordoba Sepanyol dll. 
  4. Khalifah Abd al-Rahman 111 [300-350 A.H.] dari Dinasti Umayyah, dan anaknya al-Hakam telah membina Universiti Cordoba, sebuah institusi perubatan pertama di Eropah, juga membina sebuah perpustakaan terbesar didunia mengandungi 600,000 naskhah buku dan manuskrip. Fasilitas Scholarship ini sentiasa dirai’kan dengan kehadiran tokoh-tokoh dari negara-negara luar Dunia Islam, dimana sessi pendidikan dan pembelajaran, berupa majlis-majlis tazkirah, ceramah, muzakarah, debat dll. dilangsungkan. Dibawah pemerintahan mereka, perdagangan, perindustrian, pertanian, percambahan dibidang literasi, art dan sains amat menonjol sekali. Nah! Amati scenario ini; pada tahun 335 A.H.,[850 A.D.], Alvaro, Bishop Cordoba, mengajukan bantahan teradap remaja-remaja Christian yang asyik mengkaji dan menelaah Syair-syair romantis Arab dan juga karya-karya Falsafah tokoh-tokoh Falsafah Muslim tersohor Dunia Islam. Beliau amat kesalkan fenomena perlakuan masyarakat Christian ini, yang sepatutnya menggunakan ilmu mereka untuk menentang penyebaran Islam, dan bukannya tenggelam dalam pengkaryaan syair dalam bahasa Arab yang sangat menakjubkan! Bahkan, kalangan mereka tidak lagi berupaya membaca Gospel, dan ‘Scriptures’ atau menghasilkan sebaris versi dalam bahasa latin! Perlu disedari, bahawa bidang keilmuan dan pendidikan masih belum bertapak dikeseluruhan Eropah ketika itu, yang mana, jika wujud pun hanya apa disebut sebagai pendidikan elementri [rendah], pun cuma didedahkan kepada clergy Christian; sedangkan diMuslim Spanyol khususnya, dan diDunia Islam amnya, literasi pendidikan dan tamadun Islam terampil cemerlang dan gemilang, sudah pun bersifat universal! Suatu fakta dan ironi, ketika Dunia Islam mencapai cahaya tamadun dikemuncaknya, dunia Barat pula sarat diulit dan dibuai mimpi/igauan kejahilan! Hakikat ini, adalah amat sulit diterima atau ditelan mereka, sehingga kesaat ini! NOKTAH!
5. Abu Ali al-Hussain Ibn Abd Allah, atau nama masyhurnya, Ibn Sina, [Avicenna],[370-432 A.H.] tokoh terbilang Islam. Lahir diBukhara, seorang bestari dan memiliki daya akal peringatan tinggi, hafaz Alquran sebelum baligh, belajar Perubatan, Falsafah, Logik dan Musik. Menjadi doktor ketika berusia 16 tahun, berkhidmat dengan Sultan Sammanid. Beliau telah meghasilkan ‘al-Syifa’’. Karya 18 volume merangkumi logik, falsafah, fiziks, sya’ir dan musik, yang telah diterjemah kebahasa German dan Latin. Beliau juga menghasilkan karya masyhur, ‘al-Qanun’, manual perubatan, yang juga telah diterjemahkan kebahasa Latin pada tahun 1187 A.D.. Karya  ini telah kerap kali dicetak sebagai penggunaan buku teks di Universit-Universiti Eropah! Beliau juga banyak menyumbangkan theori-theori segar dalam ilmu Fiziks dan membuat banyak penerokaan dan penemuan dalam ilmu perubatan.
6. Abu Bakr, Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi, Rhazes [240-320 A.H.]. Walaupun beliau meminati musik pada mulanya, tetapi setelah beliau pindah keBaghdad, beliau beralih minat kebidang Kimia dan perubatan lalu menjadi seorang doktor. Khalifah al-Mu’tadid [279 A.H.] telah merujuk kepadanya dalam pembinaan hospital diBaghdad. Beliau melakukan banyak penemuan dalam bidang sains kimia dan perubatan. Beliaulah orang pertama mencetuskan penyedian ‘First Aid’, dan juga orang pertama menulis buku teks berkaitan dengan ‘anatomy’, yang telah pun diterjemah kedalam bahasa-bahasa Eropah, dan digunapakai diUniversiti-Universiti dunia Barat sehingga keabad 17!
7. Imam al-Ghazzali [451-505 A.H.]. Beliau dianggap sebagai tokoh sarjana termasyhur Dunia Islam, jika diukur dari hasil pengkaryaan beliau melalui penulisan-penulisan dalam kedua-dua bidang Syariat dan Tasawwuf, yang amat terperinci, authoritatif, relevan dan meninggalkan kesan yang mendalam. Dengan gaya penulisan yang amat menarik, dan ‘subject’ atau perkara yang kritis dan sulit mudah beliau tangani secara komprehensif, justru, bahan karya yang beliau garab tetap menjadi teks rujukan ulama-ulama silam dan terkini. Beliau adalah seorang Fakih dan juga seorang Sufi termasyhur. Beliau juga memiliki minda yang amat kreatif dan kritis dan dianggap sebagai tokoh yang telah berjaya mempertemukan dan merasionalisasikan dua aliran yang berbeza menjadi harmonis, yakni, diantara aliran Fiqh dan Tasawwuf, dan dapat diterima oleh penganut aliran masing-masing! Beliau mengajar diNisapur dan juga diUniversiti Nizamiyyah diBaghdad disepanjang kerjayanya. Disuatu ketika, apabila beliau menemui krisis spiritual, kerana tidak dapat menemui kepuasan diri dengan ilmu Doktrin Syi’ah dan logika Aristotalian, beliau lalu menemui kaedah mistik Sufisme atau tasawwuf. Beliau selanjutnya bersara dari kerjayanya dan sekembalinya beliau keTus, bandar kelahirannya, terus berkarya sehingga hujung hayatnya.
Antara karya besar beliau adalah:
* Ihya’ ‘ulum al-Din. Sebuah karya 4 volume berkenaan bidang Syariat, Theologi dan Peradaban Islam; Kitab yang amat populer dan masyhur.
* Al Munqidh min al- Dhalal; yang mengisahkan pencarian Rohani beliau sehingga menemui titik penamat, yakni, Ilmu Tasawwuf.
* Tahafut al-Falasifah; karya penuh kritikan keras terhadap doktrin Falsafah Greek, yang dipelopori Socratis, Plato dan Aristotal. Kebetulannya, ramai ahli-ahli Falsafah Islam kontemporari, yang meminati dan mendokong doktrin tersebut. Justru, dikafirkan oleh beliau!
8. Abu al-Fatah, Umar ibn Ibrahim, masyhur dengan gelaran ‘Umar al- Khayyam [515 A.H.], beliau lahir dan meninggal dunia diNisapur. Seorang tokoh Faqih bermazhab Hambali, beliau seorang pakar bahasa Arab dan Farsi, Matematik dan Astronomi. Atas permintaan Sultan Jalal al-Din ketika itu, beliau telah membina sebuah ‘observatory’, fasilitas pencarub bintang, pada tahun 467 A.H. Antara karya beliau termasuk:
* Risalah fi al-Jabr wa al-Muqabalah; naskhah mengenai Algebra dan ‘Equation’.
* Al-Khalq wa al-Takayyuf; mengenai ‘Penciptaan dan Adaptasi.’
* Al-Ruba’yyat,’ sebuah karya tokoh Muslim, satu-satunya yang amat diminati dan dihafal didunia Barat,di-alih bahasa kebahasa-bahasa Eropah. Thema karya ini berkisar pada Cinta asyik masyuk, dipersada puncak nikmat oleh anggur cinta dan ‘kemabukan.’
     
9.GESAAN DAN SERUAN
Dari sintesis dan pencerahan fakta-fakta sebelum ini, dapatlah kita mengambil ‘iktibar dan perbandingan diantara tamadun Islam dan tamadun Barat, antara kebenaran dan kepalsuan, antara fakta dan dakwaan/fiksyen, antara ketokohan dan plagiarisma, dan antara ketulenan atau sebaliknya! Seharusnya, kita merasa megah dan bangga diatas legasi kemenangan dan kejayaan umat Islam, perintis tamadun Dunia Islam terdahulu; dilakar dengan tinta emas! Justru, ayuh, kita bertekad dan berazam mengembalikan dan mengulanginya semula! Dengan berbekalkan Minda Muslim Berhikmah!
Untuk keselamatan, kemaslahatan dan penebus maruah ummah, umat Islam wajib menyahut gagasan kembali kepada Alquran dan menghidupkan Syariat Zahir dan Batin Alquran didalam setiap diri umat Islam itu sendiri tanpa dakwa-dakwi dan kompromi. Hanya umat Islam yang berhak menjadi perintis, pelentur dan penerus zaman! Noktah! Fahamkan benar-benar!
Sila teliti Q.S.40:3-5, bermaksud:
‘ Sungguh, pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi orang-orang Mukmin.’
‘ Dan pada penciptaan dirimu dan pada makhluk bergerak yang bernyawa yang bertebaran [dibumi] terdapat tanda-tanda [kebesaran Allah], untuk kaum yang meyakini.’
‘ Dan pada penggantian malam dan siang, dan hujan yang diturunkan Allah dari langit, lalu dengan [air hujan] itu, dihidupkannya bumi setelah mati [kering]; dan pada perkisaran angin, terdapat pula tanda-tanda [kebesaran Allah] bagi kaum yang mengerti.’  
Sila teliti pula Q.S.10:101, dan Q.S.7:185, bermaksud:
‘ Katakanlah, ‘ Perhatikanlah apa yang ada dilangit dan dibumi.’ Tidaklah bermanfaat tanda-tanda [kebesaran Allah], dan Rasul-Rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman.’
‘ Dan apakah mereka tidak memerhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan Allah; dan kemungkinan telah dekatnya waktu [kebinasaan] mereka? Lalu berita mana lagi setelah ini yang mereka percayai!?’
Sila perhatikan pula, Q.S.32:53, Q.S.12:105 dan Q.S.51:20-21, bermaksud:
‘ Akan Kami perlihatkan kepada mereka pelbagai pertandaan [ayat] Kami disegenap ufuk, dan juga dalam diri mereka sendiri.’
‘ Berapalah banyaknya tanda/ayat diLangit dan Bumi. Mereka lalui pertandaan itu tetapi mereka berpaling daripadanya!’      
‘ Bumi dipenuhi oleh pertandaan-pertandaan bagi orang-orang yang Yakin. Juga didalam dirimu sendiri, kenapa tiada kamu lihat?’

Bertitik-tolak dari Hujjah-Hujjah Allah Swt. yang sarat tersebut, hati dan jiwa mana tidak tersentuh, terbangkit dan terhambur; minda dan fikiran mana yang tidak meledak; qudrat mana yang tidak tergembeling dan terjana!
Oleh yang demikian, inilah panggilan JIHAD AKBAR yang terbesar bagi generasi dan umat Islam mutakhir ini; janganlah kita memalukan legasi Ketamadunan Islam dengan Tokoh-Tokoh masyhur terdahulu; terutama sekali Perintis Tamadun Zaman, keIslaman dan keilmuan, yakni Muhammad Rasulullah Saw., Para Sahabat, Tabi’in, Tabi’it-Tabi’in dan Salafus-Soleh seluruhnya. Mereka adalah dari Ummah yang terhimpit oleh cengkaman gurun pasir gersang dan, zulmat Jahiliah tiada penghujung dan legasi ketamadunan! Namun, lihat dan renungkanlah pencapaian dan kejayaan mereka! Berbanding tamadun dan zaman kita yang hanya bermegah dan berpoya dengan kemajuan materi tetapi muflis dari sisi hikmah moral dan spritual!
Hanya Islam yang bisa menyedarkan nilai dan fungsi minda penganutnya, tentang keperluan berfikir dengan berhikmah, waras, logik, kritis dan maksimal. Islam juga upaya mengisi hati dan jiwa Muslim dengan kecintaan kepada keIlmuan, yang membakar dan menggodanya untuk berjihad keras dan beristiqamah bagi mendapatkannya.
Dikala itulah tercetus dan terampilnya minda berhikmah, bersedia menerima curahan ilham dan inspirasi bagi menerajui ide pembaharuan, reformasi, dengan petunjuk dan kaedah terpimpin, tanpa prasangka dan kekangan! Baru kita sedari bahawa inilah hikmah minda, suatu ‘komoditi’ [permata] yang telah lama hilang dari milikan kita!
Sila teliti firman Allah, Q.S.58:11, bermaksud:
‘ Allah akan mengangkat darjat orang-orang beriman diantaramu dan orang-orang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti akan apa yang kamu kerjakan.’    
 Dengan anugerah Rahmat dan Barokah dari Allah, fikiran dan minda Muslim dan Mukmin akan dibuka seluas-luasnya, dan dengan berlapang dada, kita upayakan dan laksanakan Jihad Minda Muslim Berhikmah, agar generasi Muslim kini dan masa depan dapat mengulangi atau menyaingi kecemerlangan dan kegemilangan, andai mungkin tidak dapat melebihi pencapaian generasi zaman silam!

10. PELAN AKSI TINDAKAN
i]  Patuh kepada Allah dan Rasul. Justru, dahulukan Mengaji; kemudian Mengkaji; akhirnya Menyaji.
ii]  Cipta dan tanamkan didalam diri anda, cinta dan ketagihan terhadap pencarian ilmu, terutama dibidang keAgamaan.
iii] Setiap individu ‘dewasa’jika memiliki mobile fon, haruslah juga memiliki senaskhah mobile Alquran [Tafsir], milik pribadi seperti mobile fon.
iv] Berinteraksi, berkongsi dan berkarya dimedia sosial tentang sebarang cetusan dan penemuan ide yang bermanfaat; berbanding merapu dan mengarut tentang ehwal pribadi!
v] Jadikan Alquran bahan bacaan/rujukan sepanjang hayat seolah-olah nyawa anda bergantung dengannya!
vi] Jadikan Ulama sebagai saudara kembar anda, bermula dari saat ini!
vii] Belajar bertaubat dari tokoh [Mursyid] yang telah menjadikan taubat amalan sehariannya.
viii] Jangan anda mati dahulu, sebelum anda sempurnakan Taubat Nasuha!
 Kerana Taubat itu adalah penghapus dosa dan adalah langkah pertama menuju Tuhan; dan ia membuat pelakunya senantiasa condong dan cenderong kearah melakukan kebaikan.
Apabila ditanyakan kepada Imam Jaafar Saddiq r.a. tentang siapakah orang yang cerdik; beliau menjawab:
‘ Orang yang dapat membedakan perkara yang baik dengan yang lebih baik, justru memilih melakukannya; dan orang yang dapat membedakan perkara yang buruk dengan yang lebih buruk, justru menolak kedua-duanya!’

11. PENUTUP
Meskipun Jihad Minda Muslim Berhikmah ini bertitik-tolak dari individu, namun kesan daya ‘cumulative’ dan ‘multiflier’ nya akan menyaksikan penyaluran dan pendedahan sehingga keperingkat tertinggi, bilamana tindakan susulan pasti akan kita temukan, dan natijahnya adalah seperti yang pernah dilakarkan sejarah! Insyaallah!!!
Cernalah Minda Muslim Berhikmah anda bertepatan dengan Q.S. 5:48, Q.S. 48-1-3, dan Q.S. 110:1-3, bermaksud: ‘ Maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah kamu semua kembali.’
‘ Sungguh, Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Agar Allah memberikan ampunan kepadamu [Muhammad] atas dosamu yang lalu, dan yang akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan menunjukimu kejalan yang lurus; dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat [banyak].’
‘ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk Agama Allah; maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima TAUBAT.’
 Rakyat Berhikmah, Negara Berkaromah: ‘BALDATUN TAYYIBATUN WARABUN GHAFUR’  

TABARAKALLAH. WABILLAHIT TAUFIQ.
AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.
25.02.2013. BLOG TN. MADRASTUL BAITUL ADAM, SHAH ALAM, MALAYSIA.